Bayangkanlah
Kudup yang sepi
Sendiri di lautan
lalang
Bayangkanlah sengsara
digalas tatkala
Kelopaknya sedang mekar
Datang musim
Bersemarak harum
Sampai waktu
Peragakan hias...
Hari bahagia hanyalah angan
Yang tak kesampaian
Mengundang tangis
Keluhan...
~Begitulah diriku
Dapat kau umpamakan kekasih
Yang menangis
tak terhenti di dalam...
Begitulah diriku
Tiada gerangan siapa
Tempat nak ku mengadukan
Nasibku...
Bayu berlagu
Berkumandang rintihan
Mungkinkah
Engkau ku nantikan
Mungkinkah kau ??
....Loloq
Label: variasi
Kini bersiaran bersama Siaran Lalang Anda dengan acara anugerah post-gathering yang dijuluk (oops) dengan nama Anugerah Seri Lalang edisi kedua. Anugerah ini diadili oleh panel rahsia yang terdiri daripada juri – juri yang dengarnya banyak yang masuk spital gara-gara tak tahan dengan tekanan mental yang mereka hadapi semasa mengadili acara ini!! Apa-apa pun yang terjadi kepada juri-juri yang chantek ittew, majlis penganugerahan berjaya juga dilaksanakan...Kali ini kita bersama pengacara bermulut lancar..Kak Ceramah Ber-rahim dan Abg Swan Elly (abang ke??) dengan bertemakan aiskrim pelangi pilihan hatiku!!?? Oops pec lobs plak!!
Kak Mah: Hai...helo semua....pekaba?? Anda sihat??Swan Elly: Sihat ler..hakak oi!! Kalau tak sihat macam mana plok?? Kak Mah: Kalau tak sihat tu bawak-bawakla pegi klinik ye...hmm penting tau pegi klinik..dapat cucuk sana ,cucuk sini...Swan Elly: Wah kau, suker yer cucuk-cucuk ni? Koser tau!!Kak Mah: Very the kosmetik plastik ko ni!!!Swan Elly: Eh ko ni, macam tau2 aje anugerah kita yang pertama ni.Kak Mah : Oh..Anugerah ni pernah dimenangi oleh Himitsu pada edisi yang lalu!! Markah tertinggi tau!! Menang bergaya tu!!!Swan Elly: oh..Himitsu..I like!!! Tezz !!!!Kak Mah: Himitsu tu pun suka gak cucuk-cucuk ni!! Sejiwa la kami ni!!!Swan Elly: sama ke kaedah korang mencucuk tu??Kak Mah: Ntah..nanti I compare...kita tengoklah dulu pencalonan ni!!!VT: Calon-calon Anugerah Aksi Plastik Terbaik
~ Aksi Rattar sesat dan ketinggalan ketika di Genting padahal sedang enjoy dengan Shamsul!!!
~ Aksi Himitsu bermuka biasa dan penuh kepoyoan ketika mendapat kek surprise padahal terharu. Himitsu juga berjaya membuat lakonan semula meniup lilin seperti baru pertama kali meniup lilin kek itu!!
~ Aksi TedNet yang tidak tezz pada filem Spidey tapi teruja menontonnya ketika di KLCC!!
Kak Mah: wow..pencalonan nampaknya sengit.....untuk mengetahui keputusan , apakata kita dengarkan daripada para juri ini...(siaran terus ke bilik yang menempatkan juri)
Juri: Eh..napa tetiba sejiuk ni?? (suara pec lobs). Oops...ehem-ehem (membetulkan nada suara agar berbunyi macho)..Dengan ini para juri telah memilih ...Himitsu sekali lagi..... (tiba-tiba penonton bersorak sorai) kerana sememangnya mempunyai sifat plastik dalaman yang semula jadi!!!maaf yang lain tu masih bertaraf PVC dan Polisterin!!! Lain kali....cuba lagi!!
Swan Elly: Tahniah kepada pemenang...I sokong noks!!!Kak Mah: apa ko ni.?Nok..nok...yang menang tu bukan tenuk lah!!Swan Elly: Pepoyos aje!! Ko ingat ko diva qasidah bertelekung?Kak Mah: Macam kenal je tagline itu!! Hmm..sudeh!!!...kita ke anugerah seterusnya..Anugerah Aksi Suci Terbaik!!!Swan Elly: wah...ni pun I like..sebab I ni Sesuci Budi tau!!Kak Mah: Sesuci Budi?? Suci ker?? ~laaariiii!!!~VT: Anugerah Aksi Suci Terbaik
~ Aksi kali pertama ketibaan Aries di Pekeliling dan nampak kereta Lang
~ Aksi Aries pertama kali bersua muka dengan Tednet di Stesen LRT
~ Aksi Aries malu menyanyi di pusat karaoke tapi prektis dengan MP3 Player
Swan Elly: Aiyo..ni semua pencalonan bunyi macam orang yang sama jer??Juri: Diam lah Kak Mah!! Kami plak nak bersuara ni!!erm.. dengan ini, para juri memilih Aries memenanginya setelah tiada lain yang menampilkan aksi suci!! Harap-harap kesucian Aries terjaga!!! Kesucian itu lahir dari hati yang suci murni!! Beware of the dog!! Ooops...sorry tersalah senikata!!
Swan Elly: wow...memang dia kelihatan suci!! I Setuju!!! Sujud!!!!Kak Mah: Ko ni, cubalah kontrol skit.. kang kontroversi plak!!Swan Elly: I memang kontrol-versi occay!! Sejibik macam calon-calon ni...!!!VT: Anugerah Kontrol-versi Terbaik
~ Kisah Rattar-Shamsul yang di‘cover line’ dengan kisah nak gambar Pak Arab
~ Kisah pillowtalk Budi-Cekmi yang mengundang cerita pagi, petang dan senja
~ Kisah keakraban Tednet-Aries yang penuh persoalan di kaunter pertanyaan
Juri: Kami memilih Rattar-Shamsul setelah pening kepala dengan pencalonan yang paling sengit dalam sejarah penganugerahan ini!! Sesungguhnya kisah mereka di Genting Highlands sememangnya penuh kontrolversi sehingga Aries membuat andaian yang pelbagai dan sungguh versatile pada petang itu!! Aiyo...you go girls!!! Eh..girl ke??Ooops!!!Swan Elly: Ko tengok tu Kak Mah..ada yang lagi kontrol-versi daripada I tau!!Kak Mah: ye ke?? Nanti I nak scan jap!! Neno..neno...Swan Elly: ko ni sama plak perangai macam calon-calon ni...!!!Asyik scan sana . scan sini..pasang radar sana pasang antena sini!! Nasib baik tak pasang sesungut!!VT: Anugerah Aksi Scan Terbaik
~ Grey dengan kameranya.... sekali jumpa terus jadi mamarazi!!
~ Himitsu dengan mata melilau dengan teknik 180 darjah di Puduraya dan KLCC
~ Toolar di pusat boling dan karaoke dengan bunyi bunyian...”ahhh”, “uhhh” & “tezz”
Juri: Ini juga merupakan kategori yang membuatkan ada panel juri yang pengsan setelah mulutnya terkumat kamit menyebut nama Toolar...Toolar..Toolar!!Hambek ko Toolar sapa nak jawab ni??!!!Kak Mah: Tahniah Toolar....sampai pengsan kau kerjakan!! Tapi saya sokong penuh!!You got my vote!!!Swan Elly: Ko sokong ker?? kalau sokong haruz ikut macam calon-calon ni!!Barulah boleh jadi penyokong terbaik!!!VT: Anugerah Aksi Penyokong Terbaik
~ Toolar meneka Ebi sebagai Juara AF dengan penuh yakin walaupun tumpuannya lebih terhadap Farha
~ Alan yang bertaruh Mila sebagai Juara AF kerana mengikut jangkaan ramai dan saja mencabar Toolar
~ Cekmi yang menyebut nama Dafi sebagai Juara setelah bosan mendengar pertaruhan Toolar dan Alan
Juri: Juri dengan mudah memilih Cekmi yang selamba mencelah Toolar dan Alan dan menyebut Dafi sebagai Juara AF 5 dengan bangganya!! Satu aksi yang terbaik setakat ini dan sungguh mengkagetkan !! Dafi seharusnya berbangga dengan Cekmi dan kipas susah mati (die hard fan) nya!!Swan Elly: Dafi !! Dafi!! Dafi!!!Kak Mah: oi...ko ni ketinggalan episod ke dok sokong Dafi ni??Swan Elly: I tak ketinggalan occay...haaa...yang ketinggalan calon-calon ni lah, Deq Non!! Walaupun ketinggalan masih vogue the vast!!!VT: Anugerah Aksi Ketinggalan Terbaik
~ Rattar dan Shamsul terpisah dengan yang lain di Genting tapi masih happy
~ Grey yang sering tertinggal dibelakang kerana asyik mengambil gambar tapi tidak hirau melainkan bateri kameranya habis!!
~ Budi ditinggalkan dengan selamba oleh Cekmi, Lang dan TedNet ketika ke rumah A-Del dan merayu untuk dikutip semula!!!
Juri: Kami memilih Budi yang ditinggalkan dalam perjalanan ke rumah A-Del kerana berjaya membuatkan CekMi berpeluh-peluh dalam bergegas mendapatkan Budi yang sejiuk dan hatinya sunyi walaupun bersama dengan Himitsu ketika itu.Swan Elly: Wah...tahniahlaa..hebat sungguh aksi-aksi mereka ni!!Kak Mah: Memang hebat pun!! Okay, nanti kita bersambung kembali selepas iklan ini!!Swan Elly: Apa yang bersambung dan apa yang terpisah ni???Kak Mah: entah!!Iklan: 
--------------------------------------------------------------------------------
Kak Mah: Kembali lagi bersama kami...dalam Anugerah Seri Lalang kedua!! Yo..wazzup wazzup!!Swan Elly: wah ko...berseri-seri lepas iklan ek? Makan kacip fatimah beli satu percuma 5 batang tu ke??Kak Mah: hei...diorang ni lagi berseri tau!! Tengoklah calon-calon ni!! Seri ya amat ..walaupun hadir sebagai penyeri!!!VT: Anugerah Aura Seri Terbaik
~ A-Del riang ketika muncul di pusat karaoke
~ Nan tersenyum ketika hadir di pusat karaoke
~ Budi menjadi budiman ketika berada di rumah A-Del
Juri: Kami mendapat keputusan seri dalam Anugerah Aura Seri Terbaik ni kerana markah A-Del dan Nan sama-sama seri serta merupakan penyeri yang berwajah seri dan suka bersifat Seri Balas walaupun bukan berasal dari Sri Lanka!! Terimalah anugerah seri penyeri ini yang terpaksa dikongsi bersama A-Del dan Nan ini!! Dengarkan lagu Adam yang bertajuk Seri Satu Sama!!Swan Elly: Lor...tak berseri ke Budi yang merupakan favourite I tu??Kak Mah: Berseri gak sebab tu tercalon!! Kalau tak berseri kang timbul tenggelam lah!!Swan Elly: eh..ni bunyi macam nak umum calon untuk anugerah seterusnya je??? Anugerah Timbul Tenggelam ek??Kak Mah: Yela..Untung Batu Timbul...Untung Sabut Tenggelam!!Swan Elly: Oi....salah tu!!Yearh Yearh!!! ~ tiba-tiba feeling Bandi Amuk~VT: Anugerah Timbul Tenggelam Terbaik
~ Shamsul mengusung beg besarnya ketika di Puduraya seperti pelajar terkeluar dari AF
~ Alan dengan baju promosi jualan ketika di rumah A-Del
~ Yanz yang sempat bergelek sekejap di pusat boling sebelum bergerudi di tempat lain!!
Juri: nampaknya kali ni, anugerah ini juga harus diserahkan kepada 2 pemenang yang layak iaitu Yanz dan Alan yang berjaya meyakinkan kami dengan aksi kejap ada kejap tiadanya!! Macam biskut....tapi ada yang berperisa keju dan lasagna kaedahnya!!Kak Mah: wah selamba je kan ada anugerah macam tu?? Tapi tahniah la yer kak Yanz dan Abg Alan!!!Swan Elly: Ko ni selamba je tau...ko ingat ko tu muda daripada Kak Yanz dan Alan tu?? Diorang tu masih di alam remaja tau!!!Kak Mah: Eh selamba ke I ni?? taklah....tapi I rasa calon-calon ni lagi selamba!!!VT: Anugerah Aksi Selamba Terbaik
~ Tednet mengatakan Lang jahat dengan selambanya tanpa perasaan!!
~ Balingan boling Mr.F yang tanpa teknik dan fokus tapi mendapat strike!!!
~ Grey maintain sikap selamba dan blur walaupun ditinggalkan jauh di belakang!!
Juri: ini juga kategori yang sengit....masing-masing ada sifat selamba yang tersendiri tapi kami memilih Grey yang selamba tanpa kira masa dan suasana!! Grey sememangnya dilahirkan untuk selamba dan blur!! A star is born tonite!!!Swan Elly: Mr Kelabu menang lagi!!! Kami ni sejiwa tau....macam kita berdua!!Kak Mah: Ish..Kita berdua?? Seswai ke??Swan Elly: Aiyo..ko ni manala seswai..ko tu akak-akak..I pun akak-akak..ingat lesbo?? oops pec lobs!!Kak Mah: manala tau tahun depan leh tercalon dalam kategori ni plak!!!Swan Elly: kategori apa??VT: Anugerah Aksi Belangkas Terbaik
~ Shamsul- Rattar
~ Blalang- Mr F
~ TedNet – Aries
Juri: Tidak syak lagi, Blalang-Mr.F patut memenangi kategori ini kerana mereka amat jarang melakukan acara solo ketika berduaan!! Mereka dengan mudahnya kantoi ketika satu acara solo dilakukan secara tiba-tiba lalu mengundang persoalan umum terutamanya Aries!! Tapi calon lain juga berjaya beraksi mantap walaupun masih baru bergandingan...bakal pencabar pada masa akan datang!! Please try later...oops operator tepon mana plak ni??!!Kak Mah: Hmm...memang macam belangkas!! Kita ni ada rupa belangkas ker??Swan Elly: Ko ni kaver skit, kang kena penangan tanganku chantek ini!!Kak Mah: Chantek ke?? Tapi saya rasa tangan calon-calon ni lebih mengerlip tau!!Swan Elly: Orait...jom kita saksikan!!VT: Anugerah Hasil Tangan Terbaik
~ Gambar-gambar hasil tangan Grey yang kadang kala bergegar dan blur itu
~ Air Kopi Cekmi yang masih belum dapat dinikmati oleh Lang, Mr F dan Shahriz
~ Masakan Shahriz pada acara BBQ dan juga lontaran power beliau di pusat boling
Juri: nampaknya pesaing dalam kategori ini juga senget-senget tapi Shahriz paling mendapat tumpuan termasuk lontaran bolingnya mendapat kekaguman dan kekagetan Akak Yanz serta masakannya yang membuka selera peserta BBQ malam tu! Tahniah Shahriz...mak dah jangka dah U akan menang!!!Tak sia-sia prektis kan???Swan Elly: wah...sungguh hebat ye hasil tangan Shahriz!!Kelazzz!!!Kak Mah: Kau ado?? Kalau Kak Mah tangan ni setakat boleh bawak kereta dengan penuh sopan jela!!Swan Elly: hebat ke?? Ko kena tengok calon-calon ni memandu occay!!Baru leh jadi sebutan ramai!!!VT: Anugerah Pemandu Paling Popular
~ pemandu bas ekspres ketika ke Skyway, Genting
~ TedNet yang memandu terkadang ke kiri dan terkadang ke kanan serta berdesup!!
~ Blalang yang memeningkan kepala TedNet dengan melalui jalan berpusing-pusing
Juri: Para Juri memilih TedNet yang memandu dengan mantap ketika mengekori kereta di hadapan serta berasa pening kepala bila mengekori Blalang yang mengikuti jalan sesuka hati. TedNet turut menjadi sebutan Toolar dan yang lain kerana gaya pemanduan yang sukar ditiru, apatah lagi hendak diguna pakai!! Pencabar terdekat, tentulah pemandu bas semasa ke Skyway kerana mendapat kritikan terbuka daripada Shamsul dalam blognya serta keluhan daripada pesrta yang lain!! Blalang pula masih perlu dipertingkatkan prestasi serta perlu gali dan bongkar segala makna ! ~sempat feeling Kak OgyKak Mah: wah...selesai sudah 12 anugerah yang hendak disampaikan kali ini..tak sangka..tak sangka!!!Swan Elly: Eh ko ni...tak sabar-sabar....ada lagi la!!Ni anugerah juri nak bagi ni...walaupun dapat replika mini saja tapi masih bernilai rupiah tau!!!!VT: Anugerah Khas Juri : Namamu Jadi Sebutan
1. Afeer
2. Angah
3. Kamarul Izwan
4. Peah
5. Zerd
Juri: Para juri telah memilih nama-nama tersebut hasil intipan kami terhadap bahan bualan setiap peserta gathering kali ini. Paling mendapat sambutan hangat ialah 5 orang tersebut kerana merupakan peserta pada Gathering Awal Tahun lalu namun tidak dapat menghadirkan diri pada Gathering Pertengahan Tahun yang lalu !! Oops kantoi jadi mangsa umpatan!!!!Kak Mah: Oh...tahniah..ada gak Anugerah Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu!!Swan Elly: Erk...ko feeling Siti Fairuz ke??Kak Mah: tak lah...I feeling Amelina..Ahh ..Ahh!!Swan Elly: Oit tu rindu lain, konsep pun lain!! Takde maknanya!! Occay kita telah pun sampai ke hujung nya!!Kak Mah: Ke Hujung Dunia??Swan Elly: eh tu lokasi Shahriz seperti yang tertera dalam profil forum tu!!Oops sempat promot Shahriz!!Kak Mah: Tau takpe!! okayla...disini saya ingin menyusun jari jemari ermm....jari jemariku sakit semua..kerna bekerja sehari-hari.... (lagu Saloma)Swan Elly: Aiyai yai!!!makin parah dah pompuan ni!!!sebelum dia jadi lagi parah kita tamatkan je majlis penganugerahan disini!! Harap maaf ye dengan keletah kami ni!! Adios semua!!Kak Mah: Adios tu Adidas campur Vios ek??Swan Elly: Erk??? Assalamualaikum semua!!Kak Mah: Jumpa lagi kat tempat tempat pembuangan sampah!!!~rupa-rupanya Kak Mah diserang pening lalat yang membuatkan beliau feeling seekor lalat dan terpaksa berehat di rumah sakit jiwa selama seminggu !!!
Tamatlah majlis penganugerahan kali ini yang dipenuhi hadirin yang terdiri daripada kalangan diva-diva, ratu –ratu kebaya , ratu-ratu jamu, ratu-ratu suntik , raja-raja gelek dan putera-puteri harapan bangsa dengan masing-masing berpakaian tema Pelangi !!Tahniah kepada semua para pemenang dan pengacara yang menjayakan acara sehingga sakit jiwa itu!!
Segala kekasaran bahasa harap di ampun ya!!--------------------------------------------------------------------------------
Sorotan....Ringkasan PemenangAksi Plastik Terbaik:Himitsu
Aksi Suci Terbaik: Aries Kaze
Aksi Kontrolversi Terbaik: Rattar-Shamsul
Aksi Scan Terbaik: Toolar
Aksi Penyokong Terbaik: Cekmi
Aksi Ketinggalan Terbaik: Budi
Timbul Tenggelam Terbaik:Alan &Yanz
Aksi Selamba Terbaik: Grey
Aura Seri Terbaik: A-del & Nan
Aksi Belangkas Terbaik: Lang - Mr F
Hasil Tangan Terbaik: Shahriz
Pemandu Paling Popular: Tednet
Anugerah Khas Juri : Namamu Jadi Sebutan
~ Afeer
~ Angah
~ Kamarul Izwan
~ Peah
~ Zerd
Dengan itu kita saksikan pula apakah ucapan para pemenang dan komen tentang Anugerah Seri Lalang kali ni ....dipersilakan !! (Sila klik pada ruangan respon& komen)Label: kengkawan
Alhamdulillah...Gathering yang berlangsung selama 4 hari selesai dengan jayanya. Bermula petang Jumaat (18 Mei) dan berakhir pada petang Isnin (21 Mei)...ini merupakan gathering paling panjang dalam sejarah!! Dengan peserta rasmi seramai 16 orang ditemukan, gathering kali ini berjaya mengekalkan kemeriahan gathering yang lalu sekaligus menepis tanggapan awal yang menganggap akan berlaku sebaliknya. Ini juga kali pertama Lang mengedarkan kad aluan Selamat Datng yang mengandungi atr\urcara Gathering...kepada yang tidak dapat tu minta maaf yer! (Lang masih simpan 5 keping!!!)

kad rekaan Blalang sebagai aluan dan kenanganOkla...sekarang kita ikuti catatan khas daripada Blalang ini...
Catatan Kembara Pertama – 18 Mei 2007Petang Jumaat itu,jam 4.10 petang; Lang memandu kereta bapa terus ke Puduraya gara-gara kereta sewa yang dijanjikan lewat diterima. Ini kerana Shahriz telahpun tiba di Puduraya dan sudah memulakan acara menunggu. Nasib baiklah jalan kurang sesak, jam 5 petang tiba di perhentian bas KL itu!! Jumpa Shahriz, kali menunggu Himitsu pula. Tapi tak lama kemudian Himtsu tiba dengan kawannya Shamsul. Pun begitu, Shamsul perlu ke Subang untuk urusannya...lalu Lang mengambil keputusan untuk drop Shamsul di LRT Pasar Seni.
Kami kemudiannya ke Hentian Pekeliling pula untuk mengambil remaja suci bergelar Aries; peserta terbaru dan termuda dalam gathering kali ini. Dalam perjalanan, Shahriz dan Himitsu dilayankan dengan CD buatan sendiri; rangkaian lagu diva bersuara power milik Lang.
Aiyo...jalan ke hentian bas itu sememangnya sesak, lalu Aries dipaksa berjalan ke seberang jalan dan kami mengambilnya dari situ. Nasib tak baik, bumper depan tersangkut plak kat kaki lima semasa membuat pusingan U. Aiyo...nasiblah bumper plastik itu cuma terkeluar dari lekapan sajork!!! Tak lama kemudian Aries tiba dengan warna temanya iaitu Ungu. Wah suci sungguh wajah budak ni...cuak3!! Bila ingat Aries tanggungan Tednet ada baru lah rasa cool...ooops!!
Selepas mengambil Aries, kami terus ke KLCC. Kelam kabut juga Lang ni sebab nak antar kereta bapa dan mengambil kereta sewa. Selepas bersolat Maghrib di KLCC, Lang terpaksa meninggalkan Himitsu, Aries dan Shahriz untuk ke tempat kereta sewa. Lang meminta bapa untuk hantar ke sana. Cekmi menghantar SMS yang dia dalam perjalanan ke KLCC..begitu juga Rattar dan Mr F. Grey pula hantar SMS dia sudah tiba di Puduraya. Hujan renyai-renyai menyebabkan jalan sesak lagi!! Lang dengan jujur menjawab panggilan Grey mengatakan perjalanan ke Puduraya mungkin dalam 40-50 minit. Nasib baiklah Grey mengetepikan bersikap diva dan rela menaiki LRT untuk bertemu Lang. Dalam perjalanan itu, Lang mendapat beberapa SMS lagi secara serentak dan sekaligus menambahkan suasana kelam kabut sehingga ada yang bereaksi geram gara-gara Lang tidak dapat melayan SMS itu...sorry yer!!
Selepas dapat kereta sewa itu, Lang mengambil Grey di stesen Jelatek dan terus ke KLCC. Aiyo...jalan plak tiba-tiba ditutup...menghuru harakan lagi keadaan mengejar masa itu!! Tiba di KLCC pada jam 10 malam. Kedai semua dah memula tutup...akhirnya berjumpa dengan Mr F, Aries, Cek Mi, Shahriz, Himitsu dan Rattar. Kami berborak dahulu sebelum berangkat ke Plaza Ampang untuk acara nyanyian malam . Rattar terpaksa pamit dahulu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Di Plaza Ampang , Toolar muncul. Kami terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke bilik nyanyian itu gara-gara kehadiran begitu ramai penyanyi kabaret malam itu. Ada plak salah seorang manusia yang tak hingin Lang jumpa terserempak di situ...aiyo menci I!! Tak lama kemudian Nan pula muncul dengan lenggoknya!!
Kami masuk ke bilik nyanyian itu pada 11.45. Dimulakan dengan Kenangan Terindah, Pencinta Wanita yang merupakan nyanyian lagu-lagu dari Nan dan Himitsu yang dilatari suara CekMi dan Toolar. Lang kemudiannya solo dalam lagu Gadis Melayu. Selepas itu A-Del pula muncul dan menyertai kami.
Antara lagu yang berkesan meretakkan bangunan malam itu ialah Bukan Diriku (Nan), Nurkasih (Himitsu&Grey), Lamunan Terhenti (Grey& Himitsu), Semusim Berlalu (CekMi),Ada Apa Denganmu(Toolar), Biarlah Bulan Berbicara( Shahriz), Rindu Belaian (A-Del), Uptown Girl(MrF), Permaidani (Himitsu), Mungkin Nanti (A-Del), Kasih Berubah (Toolar), SayYes (Himitsu), Flora Cinta (Himitsu&Nan) dan My Heart (CekMi& Toolar). Lang sekali lagi solo dalam lagu Mungkin (Anuar Zain)...sambil nyanyi tu terdengar juga kritikan juri malam itu iaitu CekMi dan Toolar..... Wah bahana demam AF sungguh!!
Ada juga lagu yang ala2 perlu jurutera bunyi untuk cover balik macam lagu Buat Sang Puteri persembahan Shahriz, Budi (Grey) ..oops!! Persembahan penutup malam itu adalah Memori Cinta Luka (Lang&Grey) dan Dua Insan (Nan&Toolar). Aries pula malam itu masih dalam kepompongnya....malu untuk melontarkan vokalnya yang penuh rahsia itu malah melayan dirinya dengan MP3 Player. Shahriz pula sempat melelapkan mata dalam keadaan hingar itu...hebat betul!!
2.45 pagi; selesai meretakkan bilik dan bangunan itu, kami pun singgah sebentar di restoren mamak di Setiawangsa. Agak aneh, kami kelihatan seperti budak-budak yang baru balik klabing bak kata Mr.F!! Kami melepak di situ hampir sejam dan jam 4 pagi kami terus ke rumah Cekmi untuk acara Beradu Di Khayalan. Kami berpisah dengan A-Del dan Nan disitu. Dalam pada itu persoalan timbul..adakah kami mampu bertahan tidur selama 3 jam dan bangun pada pagi itu???
Label: kengkawan
Hari kedua bermula dengan persediaan diri.....kami berjaya juga bangun pagi itu dan bertahan kerana keterujaan untuk ke Genting Highlands yang tebal di sanubari masing-masing. Kami seterusnya bersarapan di Taman Melati disebuah gerai Nasi Lemak yang boleh tahan lemak dan pedasnya! Kami berjanji dengan Tednet dan Shamsul (rakan Himitsu) di Terminal Putra Gombak dan kemudian Rattar pula melahirkan niat yang sama. Kami tiba di Terminal Putra jam 10 dan menunggu Rattar yang tiba 45 minit kemudian. Nasib baiklah jangkaan Lang tepat dengan memilih waktu bertolak jam 11!!
Jam 11 kami bertolak dengan kami duduk secara berpasangan. Lang-Mr.F, CekMi- Shahriz, Rattar-Aries, TedNet- Grey, dan Himitsu- Shamsul merupakan gandingan yang cukup serasi lagi penuh kontrol-versi. Pun begitu, perjalanan agak lambat dengan bas memandu amat perlahan ketika di lebuhraya. Akibatnya perjalanan menjadi selama sejam untuk tiba di Hentian Gohtong Jaya. Bas itu sempat ‘menggila’ kerana mengejar masa sehingga terkezut Tednet dan mereka yang terlena!!
Kami tiba di Skyway itu pada jam 12 dan terpegun seketika dengan suara promo yang disiarkan dalam kereta kabel itu. Perkataan ‘sejiuk’ (sejuk) sebutan juruhebah itu menjadi buah mulut dan menambah hilai tawa kami kerana bunyi nada suaranya ala2 Pec Lobs!! Kami kemudian menyaksikan kereta itu menembusi awan di pergunungan...sungguh indah dan ‘sejiuk’ pemandangan yang semakin blur itu!!! Kami akhirnya tiba di Genting Highlands pada jam 12.20 tengah hari.
Sampai di Genting, keadaan pengunjung sederhana sesak, tidak seperti hari cuti yang lain. Mungkin disebabkan waktu tengah bulan atau bahana Konsert Akhir AF yang berlangsung malam itu? Apa pun, hari itu sememangnya waktu paling sesuai untuk kami bersantai. Dengan kurangnya kesesakan itu, dapatlah kami menikmati permainan taman tema luar itu dengan optimum.
Aktiviti kami bermula dengan melihat permainan buaian pusing yang dikagumi Shahriz. Pun begitu, kami menyimpan dulu niat itu untuk bermula dengan Cork Screw Rollercoaster yang selalunya mendapat sambutan ramai. Dalam berjalan ke tempat rollercoaster itu, Grey, Shamsul dan Rattar terpisah gara-gara kawalan yang tidak ketat.
Kami meneruskan perjalanan setelah mereka bagaikan tidak hairan dengan aktiviti kami. Hmm..menaiki CorkScrew RC itu sungguh mengujakan...terasa seperti mahu naik lagi. Namun Shahriz, Cekmi, Himitsu dan TedNet bagai serik pula. Lang kemudian menawarkan permainan SpaceShot (dulu namanya Solero Shot) kepada mereka...namun tiada seorang pun yang mahu termasuk Aries yang pernah menaikinya!! Lang pun pernah naik dulu sebanyak 3 kali sewaktu pergi bersama Toolar!!
Kemudian Lang, MrF, Aries dan Shahriz ke Rollercoaster klasik yang dipanggil Cyclone. Himitsu, Cekmi dan TedNet berpecah dengan kami kerana tidak berminat dengan ride yang laju seperti itu. Mereka ke Pirates Ship, Bot Kayuh dan rumah hantu ala2 tak menjadi yang dipanggil Pirate Train. Kami pula menaiki ride laju termasuk Mine Train iaitu Rollercoaster yang melalui gua sehingga mengkagetkan Shahriz yang takut kepalanya hilang!! Paling mengujakan Shahriz ialah Buaian Spinner yang tidak digemari Aries. Namun Aries mula keluar dari kepompong seganz-nya dengan mula menonjolkan personalitinya yang penuh warna!!
Lang dan MrF membayar ekstra RM 10 untuk menaiki Flying Coaster atau ‘Spiderman’ sebanyak 2 kali! Berbaloi juga kerana memang seronok naik benda alah tu dan yang tukang jaga tiket pun kendo juga!!! Siap panggil abang lagi!!Aiyo..haruzlah keejaaaar!! Oops... lupa diri kejap!!
Kami kemudian berhasrat untuk makan dahulu kerana tenaga bekalan Nasi Lemak itu sudah kehabisan. Dengan perut yang lapar, Lang, MrF, Shahriz dan Aries menunggu mereka yang lain di KFC. Rupa-rupanya Himitsu, Cekmi, TedNet dan Grey menaiki ‘Ulat Bulu’ yang sungguh sopan itu untuk ke situ. Aiyo... mereka terlepas pula stesen Taman Tema Dalam ..sehingga terkantoi dihadapan kami yang sempat melambai. Meskipun sudah 15 minit berlalu di kawasan KFC, monorail Ulat Bulu itu masih boleh kami lihat dengan jelas...aiyo!!! Kami dapat jua berkumpul dan makan tetapi Rattar dan Shamsul pula gagal dihubungi. Hmmm...sungguh kontroversi pabila mereka tak heran dengan kami makan2 di KFC ni!!!
Selesai makan, kami kemudian berjalan-jalan dan bergambar di dalam First World Plaza. Aries pula teringin nak menonton wayang 4D di Motion Master. Kami pun membeli tiket sebanyak 8 keping dengan RM8 setiap satu dan dijadual menonton pada 20 minit kemudian. Dalam masa tambahan itu, sempat juga singgah di kedai cenderahati dan ada yang membeli belah sedikit di sana. Kemudian kami ke tempat wayang 4D itu semula serta kaget sekejap kerana dihiburkan dengan sitkom MrBean yang memberi gambaran yang aneh. Tiba masa, kami menonton filem pendek Prehistoric selama lebih kurang 8 minit. Boleh tahan juga sakit mata selepas menonton filem itu!! Agak menarik efek yang dipaparkan terutama terasa seperti benar-benar lalang melibas kaki!!
Selesai wayang 4D kami menunggu Rattar dan Shamsul di depan Rollercoaster ‘Spiderman’ . Lang dan MrF menaiki buat kali kedua ‘spiderman’ itu dan ketika kami hendak berlepas, abang-abang jurukamera sempat meneriakkan semangat kepada kami!!Ooops kaget lagi!!
Selesai saja feeling Spiderman itu, Rattar dan Shamsul pun tiba di meeting point itu. Mereka hadir dengan gaya kontrol yang sempat dirakam serta gambar kenangan!! Sesungguhnya merekalah buah mulut kami petang itu!!!
Selepas it, kami pun terus bergerak ke permainan terakhir petang itu iaitu Mine Train yang digeruni Shahriz. Cekmi agak gusar, kerana menyangkakan Mine Train itu adalah Rajang Ride yang membasahkan diri itu, namun berjaya juga diyakinkan.Grey dan Rattar juga tidak menaiki permainan itu, cuma Lang, MrF, TedNet, Aries , Cekmi, Himitsu dan Shamsul sahaja yang enjoy!! Seronok betul ride itu, Lang naik sekali lagi kerana geram tak dapat naik Flying Dragon yang cukup Lang gemari itu gara-gara masih dalam maintenance.

wristband yang menjadi kenangan
Selesai Mine Train, kami berjalan menuju Skyway. Malang pula jalan pintas dikunci pak guard yang tak tezz!! Terpaksa kami turun semula dan menggunakan jalan jauh untuk ke Skyway. Tak pelah..senaman sekali sekala kan?? ~matila kurus masing-masing pasni!~
Kami pun tiba di stesen Skyway pada jam 5.52 petang. Suasana yang dikatakan ‘sesak’ itu menyebabkan kami tak perlu beratur!!! Kami pun terus menaiki kerta kabel untuk perjalanan selama 17 minit itu. Kami tiba di Gohtong dalam 6.10 petang dan sempat melilau-lilau sebelum ke stesen bas. Kami bernasib baik kerana ada bas yang sampai jam 6.30 itu masih banyak kekosongan dan boleh menampung kami untkk pulang ke Terminal Putra. Jam 6.33 kami bertolak dan tiba di LRT Gombak jam 7.17 malam. Laju juga bas ni dipandu!!
Kami kemudian terus memandu ke rumah Cekmi untuk bersiap-siap ke rumah A-Del pula demi menonton AF. Dalam pada itu, tiba-tiba pula Alan muncul untuk menolong Grey menyelesakan urusannya. Selesai bersiap , jam 8.10 malam kami ke Terminal Putra sekali lagi untuk bertemu Budi.
Himitsu kemudian bersama Budi dalam keretanya untuk menuju ke rumah A-Del. Lang menanti kereta Budi dan ternampak kereta Kancil yang melungsur ke depan ke arah kereta Cekmi lalu Cekmi dan TedNet pun terus bertolak. Ooops rupa-rupanya kereta Kancil itu bukan milik Budi! Akibatnya Himitsu dan Budi ketinggalan dan disedari setelah kami hampir tiba di rumah A-Del. Oleh sebab itu, CekMi terpaksa berpatah balik untuk mencari mereka dan kembali ke rumah A-Del.
Lang, Shahriz, TedNet dan MrF menunggu di luar perkarangan apartmen A-Del kehadiran mereka yang lain. Tak lama kemudian Alan dan Grey tiba dan join kami bersantai di tepi jalan. Terasa pelik pula apabila setiap kali kereta yang memasuki simpang pasti menoleh ke arah kami yang bersidai di tepi jalan itu!!
Akhirnya Cekmi tiba bersama Aries, Himitsu dan Budi pada jam 9 malam. Kami terus ke rumah A-Del untuk misi menonton Konsert Akhir AF. Nasib baiklah persembahan pelajar belum dimulakan. Kami juga turut ditemukan dengan kawan-kawan A-Del yang ada di rumahnya juga Nan. Sambil itu, kami dihidangkan dengan makanan yang disediakan A-Del...terima kasih banyak!
Konsert Akhir AF itu kurang menyerlah seperti diharapkan. Hanya Mila paling memuaskan hati , manakala pelajar lain bagaikan hilang arah dan kurang meyakinkan. Pun begitu, lagu terbaru Heliza paling mendapat perhatian kami gara-gara tajuknya “Cinta Di Lautan Lalang” yang bagai dekat dengan tema kepada blog Lang ni!! Ketika lagu itu diumumkan, kengkawan Lang yang berada disitu bersorak nama Lang seolah-olah perlawanan bola sepak pula!! Terima Kasih Loloq kerana berkias seperti berada di lautan lalang yang serupa seperti blog Lang ni!! Hmm ada lagu temalah nampaknya Blog Lang sekarang !!
Dalam pada itu, sempat juga mengumpat Peah (kawan Toolar) bersama Toolar yang mengatakan Peah sedang menonton perlawanan bola sepak. Mengejutkan pula ketika Mamat Khalid memberi komen ada menyebut “Saya menyeru kepada Mak Cik Peah yang menonton bola itu ....” wah...kaget!!!! Toolar nampak teruja sungguh dengan Farha! Toolar bertaruh dengan Alan yang Ebi juara...manakala Alan memilih Mila manakala Cekmi nakkan Dafi sebagai juara ??
Kemenangan Mila itu sememangnya dijangka dan layak serta keputusan boleh dianggap yang terbaik berbanding musim-musim AF yang lalu. Tapi sedih pula dengan Mila yang kehilangan suara tatkala saat gemilangnya sedang menyaksikan nyanyian semula “Persis Mutiara” daripada Mila hancus lebur!! Apa-apa pun...AF 5 masih boleh dibanggakan dengan gelaran Juara Wanita Pertama itu!!
Selesai AF, Lang, Mr F dan Shahriz mengambil keputusan untuk tidur di rumah Toolar. Himitsu, CekMi, Budi, Aries dan Grey tinggal di rumah A-Del manakala TedNet pulang ke rumahnya. Kami tiba di rumah Toolar pada jam 2.20 pagi dan terus melelapkan mata.
Label: kengkawan
Pagi Ahad itu , Lang, MrF dan Toolar mulakan dengan aktiviti bersarapan pada jam 8.45 pagi. Shahriz pula masih tidur dan kami membelikan beliau Nasi Berlauk sebagai sarapan. Setelah Shahriz bersiap, kami terus ke pasar di Country Homes untuk membeli bahan-bahan untuk BBQ malam nanti. 2 ekor ayam dibeli bersama bihun, sos dan bahan rencah masakan yang lain. Cuma Shahriz yang dapat membayangkan menu sebnar malam nanti kerana beliaulah Chef Agung untuk acara BBQ ini!
Dalam pada itu, TedNet sudah bertemu mereka yang lain di rumah Cekmi dan menghantar Grey di Puduraya. Kami berjanji untuk bertemu di Berjaya Times Square tengah hari itu namun agak lewat kerana memerlukan sedikit masa untuk menyediakan perapan ayam. Kami kemudian terus ke KL dan bertemu mereka di tingkat 10 untuk makan tengah hari. Kami kemudian ke pusat boling untuk acara seterusnya. Pun begitu, A-Del terpaksa berpisah kerana ada komitmen lain sebagai selebriti.
Kami memulakan permainan boling di lane 39. Himitsu berjaya mengekalkan rentak permainan begitu juga dengan Cekmi. Toolar pula seperti baru lepas mendapat latihan kerana tidak lagi bergelar Naib Juara Longkang. Pun begitu, permainan kami terganggu gara-gara ‘kepandaian’ Mat Saleh di lane sebelah kami ni menekan fungsi reset setelah bermain separuh game. Akibatnya sistem komputer kami juga terjejas gara-gara aksi berangan Mat Saleh itu seolah-olah memiliki pusat boling itu!! Oleh yang demikian, kami dipaksa bertukar ke lane 37 dan agak malang bagi Toolar kerana Strike miliknya dibatalkan dan perlu baling semula.
Gandingan Aries dan TedNet menjadi Juara Longkang baru,namun bukan pertandingan siapa hebat yang menjadi motif acara itu. Acara untuk tujuan sosial dan santai itu turut diserikan dengan kehadiran wanita sejati yang pernah mengelarkan dirinya Lasagna iaitu Yanz Sairi. Akak Yanz hadir dengan jarinya tercedera gara-gara memotong bahan masakan katanya...aiyo!!!
Suasana menjadi semakin meriah dan penuh dengan acara bergambar oleh TedNet. Petang itu Himitsu menjuarai diikuti Shahriz, Toolar, Cekmi, Lang-MrF dan Aries- Tednet. Takhta Strike dimiliki Himitsu manakala Shahriz dengan takhta Spare...dan hanya mendapat Strike diakhir game kedua!!!Lang pulak dapat merasa sakit kembali tangan bekas kemalangan motor ini dan menjadi merah-merah pada parutnya namun tetap berasa puas dan gembira petang itu. Akak Yanz kemudian meminta diri kerana urusannya dan kami pun terus ke rumah Toolar untuk acara seterusnya.
Toolar yang parking di luar bangunan menyebabkan kami perlu menumpang dulu kereta Cekmi dan TedNet kerana risau akan terpecah haluan. TedNet dan Cekmi meletak kereta di aras ‘Ikan Biru’ seterusnya mengundang buah mulut kami yang menumpang. Sungguh bertemakan anak ikan!!!
Tiba di Rawang, kami singgah sebentar di pasaraya NSK untuk membeli bahan yang lupa dibeli. Kemudian kami tiba di rumah Toolar pada jam 7.25 malam. Shahriz, Himitsu, CekMi, TedNet dan Aries ditinggalkan seketika di sana untuk Lang, Mr.F dan Toolar membeli bahan lain seperti arang, ais dan kejutan untuk Himitsu. Pada jam 8 malam, acara persediaan bermula dengan mantap dengan diketuai Shahriz di bahagian dapur di bawah dan Himitsu di bahagian alat bakar di tingkat atas. Bau masakan Shahriz sungguh menggoda selera sekaligus mengelorakan lagi jiwa kami malam itu seperti Gloria Estafan!!
Himitsu, Cekmi, TedNet dan Toolar bertungkus lumus untuk bahagian beranda manakal di tingkat bawah dipelopori oleh Shahriz, Aries, Lang dan Mr.F. Gotong Royong yang berjalan menampakkan keharmonian kami yang erat bagaikan sebuah keluarga yang bekerja sama demi majlis yang akan dinikmati bersama. Macam adanya Mak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Mak Usu dan Cik Kiah pulak!! Dalam masa singkat, makanan dan pekakasan dapat disediakan.... syabas!!!
Sesi BBQ itu diserikan dengan acara menonton Gangstarz TV3 di kaca TV tingkat atas itu. Sambil makan, acara berbual tidak pernah ditinggalkan walau seketika. Senda gurau , tawa dan semua perkataan yang terhambur menyaksikan hubungan kami semakin rapat. Selepas Gangstarz, kami melayan drama 2 beradik tezz iaitu Supernatural dengan episod lukisan berhantu. Kemudian acara meniup kek oleh Himitsu pula menyusul dengan penuh drama dan lakonan semula!! Kami kemudian menikmati kek coklat berjem oren itu dengan diserikan acara meminta Lang suap Mr.F oleh mereka yang lain terutama TedNet. Toolar pun nak suap juga tapi dia yang suap dirinya sendiri!!
Malam itu berakhir dengan sesi kemas mengemas dan Cekmi berangkat pulang pada jam 12.30 malam. Kami pun membuat acara baring duet selepas itu dengan Tednet- Aries, Shahriz- Himitsu dan Lang-Mr.F di tempat masing –masing manakala Toolar feeling duet sorang-sorang!! Menurut Himitsu, Shahriz akhirnya tidur seorang kerana dirinya tidak mahu di‘prot-prot’ oleh Diva Masakan itu!!
Label: kengkawan
Pagi Isnin itu dimulakan dengan acara persiapan diri dan mengemas beg. Kemudian Toolar pergi ke tempat kerjanya dengan selambanya meskipun sudah lewat. Toolar menitipkan kunci rumahnya kepada Lang. Dalam mengemas itu, Lang memulangkan kembali novel “Lang Budi” yang dipinjam pada Gathering lepas dan Himitsu menyerahkan pula novel itu kepada Shahriz. Servis Bertukar Tangan!!!
Kami kemudiannya keluar rumah dan bersarapan dulu di kedai berhampiran rumah Toolar itu. Sekali lagi, Lang menikmati Nasi Lemak secara 3 hari berturut turut. Selesai makan, kami terus ke KL dengan Lang menjadi pemimpin perjalanan. Pening pula TedNet dengan jalan yang dilalui Lang ni!! Kami tiba di Puduraya pada jam 12 tengah hari dan bertemu Shamsul di sana. Himitsu kemudian menaiki bas pada jam 1 dan kami terus ke KLCC untuk menonton wayang. Tiba di KLCC pada jam 1.40 kami terus membeli tiket Spiderman 3 yang belum ditonton Lang, Mr.F, Aries, Shahriz mahupun Tednet. Mengkagumkan, buat pertama kali Lang tak perlu beratur di TGV itu dan terus sahaja ke kaunter kerana tiada yang membeli selain kami.
Lang kemudian sempat mencuba ruangan interaktif yang memaparkan permainan snuker komputer. Jam 2, kami masuk ke panggung 2 dengan seat F8-F12 dan wayang bermula jam 2.15. Wah..merembez pula menonton Spiderman 3 ni...tezz sangat!!! Tednet pula muncul dengan ayat “tak Tezz” nya...hmm takpelah TedNet..nanti kita tengok wayang tezz u plak!! James Franco memang meletups..
Topher Grace pun bole tahan!! Oops...Tobey makin berisi ler!! Kristen Dunst pulak makin rendah key jeritannya!!

aiyo..cumil!!Sungguh sejuk panggung itu, mengalahkan Genting Highlands yang bersuhu sederhana sejuk sahaja!! Nampaknya tema ‘Sejiuk” itu terbawa-bawa ke panggung pula!!!
Selesai wayang pada jam 4.15, kami singah di McD untuk membeli makanan bungkus. Lepas itu, kami berjalan laju untuk menghantar Aries kerana bimbangkan ketiadaan bas. Tiba di tempat parkir, tiba-tiba pula enjin kereta sewa Lang tidak dapat dihidupkan!! Kaget dan cuak pabila tiada isyarat langsung meskipun kunci dipulas. Lang kemudian memberitahu Tednet dan membuka bonet untuk memeriksa enjin. Ooh..bateri longgar rupanya!! Enjin kereta akhirnya dapat dihidupkan namun isyarat penggera tidak dapat dihentikan. Gara-gara itu, Lang terpaksa membuka lampu untuk mengelakkan kantoi di jalan raya nanti!!
Kami kemudian terus ke Hentian Pekeliling. Aries dan kami berpisah di situ dan kami terus ke Puduraya pula. Shahriz diturunkan di tepi Hotel Ancasa dan kami berpisah di situ. Lang tidak berani mematikan enjin kerana bimbang tidak dapat menghidupkan kembali. Oleh itu, kami tidak dapat menghantar dan menunggu Aries dan Shahriz menaiki bas. Secara rasminya, pada jam 5 petang Gathering kali ini berakhir di situ!!
Selepas menghantar Shahriz, Lang meminta bantuan TedNet untuk mengikuti Lang menghantar kereta sewa itu. Kesian pula TedNet yang mengejar masa untuk mengelakkan pulang lewat hingga jam 7 malam namun akhirnya terjadi juga gara-gara kesesakan lalu lintas. Selepas menghantar kereta, Lang menumpang TedNet untuk menghantar ke rumah Lang demi mengambil kereta bapa Lang pula. Kami kemudian bertolak sama-sama untuk ke Bandar S namun berpisah akhirnya di tengah perjalanan setelah Tednet mahu ‘bebas’.
Label: kengkawan
Terima Kasih kepada semua yang melibatkan diri dalam gathering kali ini. Diharap anda semua berpuas hati dengan aktiviti yang berjalan kali ini dan segala kekurangan harap dimaafkan!! Lang juga ingin menyusun 20 jari memohon maaf atas kekasaran bahasa yang terhambur di mulut laser ini!! Semoga kita berjumpa lagi yer....lain kali orang lain pula mengambil tempat Lang ni....Insya Allah!!!
Untuk yang ada gambr gathering untuk dikongsi..bole upload di
GreyLocust Fotopages..boleh dapatkan password melalui Blalang atau Grey secara persendirian.
Carta tempoh penyertaan peserta (klik untuk link)1. Shahrizal = 72 jam2. Blalang = 72 jam3. Aries = 71 jam4. Himitsu = 68 jam5. Mr F = 68 jam
6. Toolar = 60 jam7. Cekmi = 52 jam8. Tednet = 47 jam9. Grey = 38 jam10. A-Del = 22 jam
11. Budi = 14 jam12. Shamsul Aqbary = 12 jam 13. Rattar =9 jam14. Nan = 8 jam
15. Alan = 6 jam16. Yanz = 2 jamLabel: kengkawan
Berita Harian 17 Mei 2007
SMS ibu sebelum maut BALING: "Assalamalaikum Ma...selamat hari ibu dan selamat malam." Itulah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang diterima Natrah Salleh, 40, daripada seorang anaknya yang terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Kulim-Grik, dekat Simpang Tiga Kampung Landak, di sini semalam.
Mesej dalam bahasa Inggeris itu dihantar Muhammad Nazri Mustafa, 17, kepada ibunya pada jam 11.28 malam Isnin lalu sempena sambutan Hari Ibu.
Ketika nahas, Muhammad Nazri menunggang motosikal, manakala adiknya, Muhammad Naziman, 16 yang membonceng turut meninggal dunia dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Itulah SMS terakhir yang saya terima daripadanya dan hari ini saya menerima berita kematiannya bersama Nazri dan Naziman," kata Natrah ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Baling semalam.
Beliau berkata, kali terakhir bertemu dua anaknya itu ialah dua minggu lalu ketika menziarahi seorang adik iparnya yang meninggal dunia di Kampung Mengkuang Masjid di sini.
Muhammad Nazri, Muhammad Naziman dan seorang kembar Nazri, Muhammad Nazirol, 17, tinggal bersama nenek mereka di Kampung Mengkuang Masjid sejak awal tahun ini, manakala Natrah tinggal di Taman Bandar Baru, Sungai Petani bersama dua lagi anaknya. Beliau mempunyai tujuh anak dengan dua daripadanya tinggal bersama bekas suaminya di Johor.
Natrah berkata, sehari selepas Muhammad Nazri menghantar mesej itu, beliau menerima satu lagi SMS ucapan hari ibu daripada Muhammad Naziman yang turut mendoakan beliau cepat mendapat kerja.
Dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki dua beradik itu bertembung sebuah kereta peronda polis yang sedang mengejar sebuah kereta Proton Waja, dipercayai dinaiki penjenayah dari Grik, Perak.
Ketika kejadian, mereka bersama Muhammad Nazirol yang menunggang motosikal lain bersama seorang rakan dalam perjalanan ke rumah seorang rakan lain di Kampung Iboi selepas selesai sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kuala Pegang.
Muhammad Nazirol yang melihat kejadian itu berkata, dia menunggang di belakang motosikal abangnya apabila tiba-tiba sebuah kereta peronda polis yang membunyikan siren dipandu beriringan dengan sebuah kereta Proton Waja menggunakan kedua-dua lorong.
Bagaimanapun, kereta Proton Waja berkenaan mahu membelok ke simpang ke Kupang, menyebabkan ia berlanggar dengan kereta polis.
"Kereta polis itu seperti hilang kawalan dan berlanggar dengan motosikal adik serta abang kembar saya," katanya.
--------------------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia- 17 Mei 2007Dalam Negeri
2 beradik maut dirempuh peronda polis kejar penjenayah
Oleh AZMAN MD. NOORMayat dua beradik Mohamad Nazri Mustaffa dan Mohamad Naziman ditutup selepas motosikal mereka bertembung dengan kereta peronda polis di Jalan Kupang Grik berdekatan Kampung Landek, Baling, Kedah, tengah hari semalam. – Gambar Azman Md. Noor.
BALING 16 Mei – Dua beradik terbunuh setelah motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta peronda polis yang sedang mengejar penjenayah dalam satu kemalangan di Jalan Kupang Grik dekat Kupang di sini hari ini.
Kejadian menyayat hati itu disaksikan pasangan kembar salah seorang mangsa yang mendengar dentuman kuat di belakangnya sebelum kenderaan itu mengheret kedua-dua mangsa sejauh kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.
Lebih memilukan, mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan.
Mereka baru pulang dari Sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kuala Pegang dekat sini, pagi ini.
Dua beradik yang maut itu, Mohamad Naziman, 16, dan abangnya, Mohamad Nazri Mustafa, 17, yang menunggang motosikal berkenaan.
Pasangan kembar Mohamad Nazri, Mohamad Nazirul, 17, berkata, dia bersama seorang lagi rakan, Mohd. Hamim Ismail, 17, ketika itu menaiki sebuah motosikal lain yang berada di hadapan motosikal mangsa.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang semasa kami sedang dalam perjalanan menuju ke Iboi dari Kuala Pegang untuk bertemu seorang rakan selepas meraikan sambutan hari guru di sekolah mereka
Dentuman“Saya menyedari kemalangan tersebut berlaku apabila mendengar bunyi dentuman kuat di belakang. Saya melihat dengan jelas bagaimana kejadian ngeri itu terjadi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Baling.
Mohamad Nazirul berkata, kembarnya itu kelihatan muram pagi tadi selepas menjamah sarapan pagi sebelum pergi sekolah.
Menurutnya, dia dan adik-beradiknya tinggal bersama nenek mereka di Kampung Mengkuang Masjid di sini sejak setahun lalu setelah ibu bapa mereka berpisah dan tinggal berasingan, masing-masing di Johor serta Sungai Petani.
Sementara itu, nenek mangsa, Kamariah Abdul Rahman, 72, berkata, ketiga-tiga cucunya itu diserahkan oleh bapa kandung mereka, Mustaffa Ahmad, 47, kepadanya supaya mereka dapat bersekolah di Kuala Pegang.
“Malam tadi, kedua-dua mereka (Mohamad Naziman dan Mohamad Nazri) tidur awal kerana mereka perlu bangun pagi untuk menyertai sambutan Hari Guru di sekolah.
“Saya amat terharu dengan kehadiran Pengetua Sekolah Menengah Kuala Pegang, Siti Mariam Shafie dan beberapa orang guru yang melawat jenazah cucu saya,” ujarnya dalam nada sayu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan kematian dua beradik berkenaan.

Gambar oleh Utusan Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------
Harian Metro- 17 Mei 2007
SMS terakhir ucap Selamat Hari Ibu
BALING: Khidmat pesanan ringkas (SMS) mengucapkan Selamat Hari Ibu adalah mesej terakhir diterima seorang ibu sebelum anaknya terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kupang-Grik dekat Kampung Landak di sini, semalam.
Mesej istimewa itu dihantar Mohd Nazri Mustafa, 17, kepada ibunya, Natrah Salleh, 40, dalam Bahasa Inggeris pada jam 11.28 malam Isnin lalu sempena sambutan Hari Ibu.
SMS berkenaan berbunyi, ‘Assalamualaikum ma, Selamat Hari Ibu dan selamat malam.’
Dalam kemalangan semalam, Mohamad Nazri dan adiknya, Mohamad Naziman, 16, yang menaiki sebuah motosikal meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta peronda polis yang mengejar sebuah kereta lain.
Natrah berkata, dia bertemu buat kali terakhir dengan kedua-dua anaknya itu kira-kira dua minggu lalu ketika menziarahi seorang adik iparnya yang meninggal dunia di Kampung Mengkuang Masjid di sini.
Menurutnya, Mohamad Nazri dan Mohamad Naziman serta seorang lagi kembar Mohamad Nazri, Mohamad Nazirul, 17, tinggal bersama nenek mereka di Kampung Mengkuang Masjid sejak awal tahun ini, manakala dia pula tinggal di Taman Bandar Baru, Sungai Petani bersama dua lagi anaknya.
Dua lagi anak Natrah tinggal bersama bekas suaminya di Johor.
“Itulah SMS terakhir daripadanya dan hari ini (semalam) saya menerima berita kematiannya bersama adiknya, Mohamad Naziman selepas terbabit dalam kemalangan.
“Sehari selepas Mohamad Nazri menghantar mesej berkenaan, saya menerima satu lagi SMS ucapan hari ibu daripada Mohamad Naziman yang turut mendoakan saya cepat mendapat kerja,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Baling, di sini.
Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mengkuang Masjid.
..........................
Mati berpelukan
Oleh Johari Ibrahim dan Safuri Kamarudin
BALING: Tragis dan memilukan. Begitulah perasaan seorang pelajar apabila melihat abang kembar dan adiknya maut dalam kemalangan di depan mata di Jalan Kupang-Grik dekat Kampung Landak, Kupang, dekat sini, semalam.
Lebih menyayat hati mayat kedua-dua beradik berkenaan, Mohamad Nazri Mustafa, 17, dan Mohamad Naziman, 16, dalam keadaan berpelukan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, dua beradik itu yang menunggang sebuah motosikal dipercayai dirempuh sebuah kereta peronda polis dari arah bertentangan.
Akibat rempuhan itu, dua beradik terbabit meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.
Kejadian sedih itu turut disaksikan saudara kembar Mohamad Nazri, Mohamad Nazirul, 17, yang menaiki sebuah lagi motosikal bersama rakan mereka, Mohd Hamim Ismail, 17.
Semua pelajar Sekolah Menengah Kuala Pegang (SMKP) di sini, sebelum itu dikatakan dalam perjalanan ke Iboi untuk bertemu rakan mereka selepas selesai menyambut Hari Guru di sekolah.
Difahamkan, sebelum kejadian, kereta peronda polis terbabit dipercayai mengejar sebuah kereta Proton Waja dari arah Grik sejauh kira-kira 50 kilometer yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Mohd Nazirul berkata, dia menunggang di belakang motosikal abangnya apabila melihat sebuah kereta peronda polis yang membunyikan siren dipandu beriringan dengan sebuah kereta Proton Waja menggunakan kedua-dua lorong.
Bagaimanapun, katanya, kereta Proton Waja berkenaan mahu membelok ke simpang menuju ke Kupang menyebabkan ia berlanggar dengan kereta polis.
“Kereta polis itu seperti hilang kawalan dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki adik dan abang kembar saya,” katanya.
Kedua-dua mangsa yang terperosok di bawah kereta peronda polis itu diseret kira-kira 15 meter menyebabkan mereka mati di tempat kejadian.
“Saya terus menerpa tapi mereka sudah meninggal dunia di bawah kereta itu,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di pekarangan Hospital Baling (HB), di sini.
Mengulas sikap saudara kembarnya, kata Mohamad Nazirul, dia agak muram pada sebelah pagi selepas menjamah sarapan sebelum ke sekolah, berbeza sebelum ini kerana dia seorang periang dan ceria.
Menurutnya, mereka tiga beradik tinggal dengan nenek di Kampung Mengkuang Masjid sejak setahun lalu, manakala ibu bapanya yang sudah berpisah tinggal di Johor dan Sungai Petani.
“Saya tak sangka perubahan sikap abang membawa petanda buruk dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan.
(Blalang : sedih + marah.....)
Label: variasi
Lang sedang sakit ketika menaip entri ni...semua gara-gara minum air masak di rumah yang tidak bertapis itu!LAng ni very sensitive dengan kebersihan air, senang je kalau nak kena penyakit atau alahan ni!! Hmm parents Lang ni bukannya mampu nak pasang benda alah tu...kami minum je apa yang dibekalkan syarikat bekalan air...hmm kalau tengok kolah bilik air yang berwarna putih di rumah Lang ni, leh tau dah tahap kebersihan air yang disalurkan!!
Setiap minggu haruzla kena bersihkan sebab dasarnya jelas nampak karat yang mendap!!
Alkisahnya bil air akan dinaikkan nanti..aiyo tapi kualiti nampaknya masih di tahap itu, yelah paip diguna sejak zaman Uji Rashid lagi!! Aiyo menteri kata nak denda rakyat gamaknya ..semua orang nak di dendanya , menteri bila plak nak kena denda?? Asyik naik je kan??
Lagi best tengok jiran yang duduk sebelah bukit yang banyak mata air ...setiap hari diorang minum air bukit yang suci& bersih ittew juga free of charge!! Cuma perlu maintenance yang kerap je la...dulu diorang guna buluh sajor sekarang dah tukar yang plastik! Jimat lagi menyihatkan..rumah Lang ni sebelah bukitnya tanah perkuburan!! Manala boleh nak wat gitu gak!!
Hmm sekarang ni dahla demam,kulit kering, panas, pening, tekak sakit ...suara pun dah takdo!! harap sakit ni semakin sembuh menjelang gathering nanti!!!
~matila I nak berkaraoke tak dapat!!~
Label: kisah blalang
Happy Birthday Himitsu!!!!Lang ucapkan Happy Birthday kepada tukang komen terbanyak blog Lang ; Himitsu a.k.a Misteri pada 13 Mei !!! Semoga bahagia & Sukses selalu!!! Jumpa di Gathering ya!!
Label: kengkawan
Akhirnya AF5 semakin hampir kepenghujungnya...malam sabtu itu, dalam keadaan diri yang kurang sihat dengan sakit tekak dan sakit kepala, Lang menggagahkan diri juga menonton konsert mingguan terakhir sebelum final ini!!Menariknya beberapa perkataan yang baru Lang lafazkan tiba2 disebut oleh pengkritik selepas itu antaranya kesesuaian, tempo, menghiburkan, keyakinan tinggi, lemah dan banyak lagi sampai mengkagetkan diri!!
Persembahan SoloAswad- Mungkin Langitmu Lebih BiruPersembahan Aswad tampak lemah dan feel lagu kurang kesampaian. Ternyata Mawi lebih baik. Satu persembahan yang Ok-Ok saja dan dianggap sebagai berjaya memancing undi!!
Pengkritik: 3 Biru
Blalang : 2 Hijau
Heliza- Ya atau TidakHeliza kembali lagi dengan keyakinan yang tinggi seperti minggu lalu. Ton suaranya juga sudah berubah dan beliau sudah menemui identitinya tersendiri. Heliza tidak gedik dalam persembahannya kali ini dan ternyata beliau semakin berani dengan aksinya. Satu persembahan keseluruhan yang baik walaupun vokal sedikit goyah dibeberapa bahagian. Tarian Heliza juga bagus.
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 4 Hijau
Ebi – Bukan dirikuEbi melontarkan suara dengan baik sekali dan tiada bunyi seperti penyanyi Indon. Feel kesampaian dan shot Ebi dalam lagu ini sungguh cantik dan nampak ‘ganteng’ sekali!! Ebi juga berjaya mencairkan hati untuk menyukai lagu yang kurang Lang gemari ini!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 5 Hijau!
Mila – PudarWow...hebatnya Mila!! Nyanyian Mila lebih baik berbanding penyanyi asal!! Mila juga berjaya membuatkan penonton melekat dan terpukau dengan persembahananya!! Satu modal yang baik untuk konsert Final nanti!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 5 Hijau!!
Shawal- CopacobanaNape la dalam banyak2 lagu English, lagu ni yang diberi kepada Shawal?? Sudahla sukar untuk mempersembahkannya malah melodinya agak membosankan!! Lagu ini bukanlah kegemaran Lang tetapi Shawal secara vokalnya masih dianggap berjaya! Kurang interaksi dengan penari dan terlalu bersendiri menyebabkan persembahan Shawal kurang perisa dan aromanya. Oh ye..kesian penari pompuan tu, Shawal tak layan!! Shawal tak perasan ke penari kat belakang??
Pengkritik: 2 Biru
Blalang : 2 Hijau
Candy – Cahaya CintaCandy memang nampak sakit dalam persembahannya kali ini. Dipertengahan persembahan nampak seprti beliau sudah tidak sabar lagi untuk menamatkan persembahannya. Satu persembahan yang kurang ikhlas dan telalu banyak kesalahantempo. Candy juga kelihatan tidak berkeyakinan!!
Pengkritik: 2 Biru
Blalang : 1 Hijau
Persembahan Duet:Candy & Shawal – Menari dengankuLagu berkonsep begini nampaknya kurang sesuai dengan mereka. Atitud Candy sekali lagi tidak begitu terkeluar bila diperlukan, Shawal pula nampak kurang selesa. Rap Candy kurang lancar dan semput. Masih menghiburkan terutama ketika tiba dibahagian terakhir lagu ini.
Pengkritik : 0 Biru
Blalang : 1 Hijau
Heliza & Aswad – Joget Cinta SaktiHeliza berjaya mempersembahkan lagu ini dengan baik, Aswad pula agak sederhana dan masih kongkang dengan pergerakannya!! Satu persembahan yang cukup menghiburkan dan tampak serasi!! Mungkin mereka berdua ni sesuai duet lagu joget macam ini agaknya!!
Pengkritik: 3 Biru
Blalang : 4 Hijau
Mila & Ebi – My HeartWow!!Hebat!! Ternyata kedua pelajar ini paling bersinar pada malam ini!! Lakonan yang mantap, persembahan vokal cemerlang dan feel yang cukup terasa!! Walaupun vokal Ebi sedikit goyah namun masih boleh dianggap lebih baik berbanding penyanyi asal!!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 5 Hijau!!
Penyingkiran Shawal melengkapkan terkeluarnya semua pelajar dari Lembah Kelang secara 3 minggu berturut-turut!! Yang tinggal kini Penang vs Sabah...dan Heliza yang berasal dari Terengganu dan membesar di Sabah boleh dianggap zon berkecuali!! Siapa pilihan pengundi untuk menjadi juara masih belum jelas tidak seperti AF musim-musim yang lepas!! Mungkinkah pelajar Pulau Pinang??
Ulasan Pelajar (graf diturunkan mengikut kesesuaian)
Mila :Persembahan Terbaik:
1. Pudar – konsert 9 (10/10)
2. Benci Tapi Rindu – Konsert 4 (10/10)
3. Puncak Kasih – Konsert 5 (9/10)
4. Drama– Konsert 6 (9/10)
5. Aku takkan Bersuara – Konsert 8 (8/10)
Persembahan Terburuk
1.Bersamamu – Konsert 1 ( 2/10)
2.Gotta to tell you – Konsert 2 (3/10)
Markah diberi Blalang = 51/70 =72%
EbiPersembahan Terbaik :
1.Kasihnya Laila – Konsert 4 (10/10)
2.Bukan Diriku – Konsert 9 (10/10)
3.Al Jannah – Konsert 3 (8/10)
4.Bailamos – Konsert 2 (8/10)
5.Kisah Kau & Aku – Konsert 8 (7/10)
Persembahan Terburuk
1.Milik Siapakah Gadis Ini- Konsert 1 (2/10)
2.Berdendang Dalam Tangisan – Konsert 7 (3/10)
Markah diberi Blalang = 48/70 =69%
HelizaPersembahan Terbaik:
1.Kesal – Konsert 8 (10/10)
2.Ya atau Tidak – Konsert 9 (9/10)
3.Kau Pergi Jua – Konsert 1 (9/10)
4.Melodi Ahlaan – Konsert 3 (7/10)
5.Aku Bukan Untukmu – Konsert 2 (7/10)
Persembahan Terburuk
1.Diam- Diam Jatuh Cinta – Konsert 5 (2/10)
2.Nafas Cahaya – Konsert 6 (2/10)
Markah diberi Blalang = 46/70 =66%
CandyPersembahan Terbaik:
1.Terlalu Istimewa – Konsert 3 (10/10)
2.Semua Jadi Satu – Konsert 2 (9/10)
3.Gadis dan Bunga – Konsert 6 (8/10)
4.Perhaps Perhaps Perhaps – Konsert 8 (7/10)
5.Tari Silat Melayu – Konsert 7 (7/10)
Persembahan Terburuk :
1.Cahaya Cinta – Konsert 9 (2/10)
2.Ka-Ching – Konsert 1 (3/10)
Markah diberi Blalang = 46/70 =66%
Aswad Persembahan Terbaik
1.Penyu Menangis - Konsert 7 (9/10)
2.Korban Cinta – Konsert 8 (9/10)
3.Nak Kahwin Duit Tak Ada – Konsert 2 (8/10)
4.Langit Biru - Konsert 9 (8/10)
5.Hakikat Sebuah Cinta – Konsert 4 (7/10)
Persembahan Terburuk
1.Hijau Bumi Tuhan – Konsert 3 (2/10)
2.60’s TV – Konsert 5 (2/10)
Markah diberi Blalang = 45/70 =64%
P/S: Tapi minggu depan Lang busy ngan gathering...harap2 bolehlah curik masa untuk mengetahui perkembangan konsert akhir nanti!!
Label: variasi
Cadangan....
Jumpa di panggung wayang jam 1 pada hari sabtu...
Jam 2 : Nonton wayang sama2
Waktu pulang : dijangka jam 5 petang.
Harga tiket : RM 11Ooops ni gathering lain ni..bukan Gathering
JoYwOrLd!! Tapi ini cerita benar ye...bermacam istilah gathering boleh ditafsirkan. Ada yang kata gathering ni haruz la tinggal di pulau terpencil bersama-sama selama beberapa hari!!Aiyooo!!!?? Apa-apa pun istilah...inilah tradisi Gathering
Kelab JoYwOrLd yang Lang sudah sertai sebanyak 7 kali...kami akan gathering dengan melakukan beberapa aktiviti bersama seperti BBQ, sarapan, buka puasa , sahur, jamuan kek dan semuanya makan,makan dan makan lagi!! Aiyo...tapi Lang bukan ler kuat makan occay!! Ini semua permintaan!!! ~pepoyos jer!~
Bukan makan saje..kami ada gak buat aktiviti lain seperti boling, wayang, karaoke dan semestinya berkongsi cerita!! Gathering paling ramai ialah pada bulan Ramadan tahun lepas dengan hampir 20 orang terlibat tapi yang paling meriah dan paling meletops ialah gathering farewell Angah yang lalu...errmmm...walaupun mengucapkan farewell kepada Angah bukannya sesuatu yang manis !! Bagaikan kemuncak...Lang terkenangkan saat gathering itu dan terus wat entri Anugerah Seri Lalang buat kali pertamanya berikutan kejayaan yang manis setelah melalui kepahitan dan masam masin itu!!
Gathering kali ini...nampak slow saja perancangan dan bayangan apa yang akan berlaku namun dengan pengorbanan semua peserta kali ini diharapkan akan lebih meletops dan kehangatannya sudah mula terasa!! Panas...sampai ada yang panas hati dan panas mulut!!oops!! jangan dok hangat no!!! Tenang saja...setenang perancangan gathering kali ini...~mungkin disebabkan penganjur sudah matang dan penuh pengalaman~ Ok inilah perancangan sebenar Gathering Mei 2007....
Jumaat – 18 Mei 2007Petang : Ketibaan para peserta di stesen-stesen bas Kuala Lumpur dan jemputan ke persada Gathering
Senja: Menjamu Selera dan persediaan diri
Malam: Acara ‘melalak dan meretakkan bangunan’
Tengah Malam: Pulang dan beradu di khayalan
Sabtu – 19 Mei 2007Subuh: Bangun, solat , persediaan diri dan bersarapan
Pagi: bertolak ke Terminal Putra Gombak dan beli tiket pakej ke Genting Highlands.
Tengah Hari : Meriah di Genting Highlands serta makan di sana
Petang : Naik Skyway dan naik bas di Gohtong Jaya untuk ke Terminal Putra
Senja: Solat, makan dan persediaan diri.
Malam : Acara pilihan *
Ahad - 20 Mei 2007Pagi: Persediaan diri dan sarapan
Tengah Hari hingga Petang: Acara Pilihan* dan makan tengah hari/petang, menghantar peserta yang perlu berangkat ~sebab AFUNDI tak cukup~
Senja dan Malam: Acara Pilihan*
*Acara Pilihan merupakan pilihan antara Wayang, Boling dan BBQ juga acara bebas lain yang belum mencapai keputusan muktamat. Perbincangan masih terbuka.Tuan Rumah kali ini ialah
Toolar . Blalang pula adalah Setiausaha sahaja. Bendahari masih kekal di tangan
Himitsu yang akan nyambut birthday 13 Mei ini!!!Panel Penasihat terdiri daripada
Tednet ,
Shahrizal dan
Grey Ada beberapa ahli baru yang dijangka akan menyertai. 12 peserta sudah mengesahkan penyertaan dan yang masih berteka teki sudah ada 8 orang. Terdapat kelonggaran dalam gathering ini dengan ada peserta yang hanya menyertai sebahagian acara dibeberapa ketika, dilepaskan awal dan juga berkomitmen penuh.
Untuk maklumat lanjut sila ke forum
JoYwOrLd atau kontek Bendahari, Panel Penasihat atau Tuan Rumah Gathering JoYwOrLd kali ini!! Pastikan Gathering Kelab JoYwOrLd kali ini mantap !!!
P/s: kalau nak kontek Blalang susah skit...sorry la HP problem...asyik off sajork!!! kena melekat ngan charger jer....HP plak jenis payah nak cari ganti baterinya!kalau SMS pun kreditku dah kehabisan!! sorry bebanyak!!!
Label: kengkawan
Sabtu lau berlangsung konsert kelapan...dari skrin kedai makan sahaj..Lang saksikan. Kali ini dimulakan ngan boria. Aiyo...kelam kabut plak tengok gerakan budak-budak AF ni nyanyi boria. Tapi yang menarik ialah bila diorang sebut balik Tagline budak2 yang terkeluar macam “Peace Mmuah”, “Sik Cayak Kah?”, “ada Staillah”... best plak! Ok persembahan permulaan dari Dafi...
Dafi-It’s Gonna Be MeAiyo...apa dah jadi ngan Dafi ni?? Persembahan vokalnya paling mengecewakan! Tariannya pula semakin kurang impak hingga ke akhir persembahan! Nampak penat dan memenatkan!! Lagu yang sepatutnya mudah buat Dafi menjadi terlalu menyeksakan pula!!
~ooh PalmOlive!!Pengkritik: 0 Lampu Biru
Blalang : Lampu Merah!!!OUT!!!
Mila – Ku takkan BersuaraMila memulakan persembahan dengan sedikit kerisauan. Di permulaan lagu nampak seperti vokal Mila tidak di warm up dulu sehingga berlaku ‘pecah’ suara dipertengahan lagu. Pun begitu selepas bridge, Mila mengumpulkan seluruh tenaganya bagai ingin membuktikan sesuatu sehingga persembahan vokalnya menjadi maksimum!!
~tak bersuara..just jerit2 jerrr!Pengkritik : 4 Lampu Biru
Blalang : 4 Lampu Hijau!!
Ebi- Kisah & Teladan
~Tak guna di rayu..I nak Rizal jer la !!Ebi sudah kembali! Vokal sekssi Ebi menyerlah kembali namun kawalan mikrofon agak lemah dan kadangkala menenggelamkan muzik!! Namun begitu, ada beberapa pergerakan Ebi yang tidak syncronize dan merimaskan!!
Pengkritik : 2 Lampu Biru
Blalang : 2 Lampu Hijau!!
Candy – Perhaps Perhaps Perhaps
Persembahan Candy dihiasi pelakon-pelakon kabaret yang sesuai gitu. Pun begitu, Candy tak pula keluarkan gedixnya seperti minggu-minggu lalu dengan lagu ini...pelik?? Kurang seksi vokal dan Candy hanya menyanyi semata-mata!!
~Ratu Bulu Hayam~Pengkritik: 4 Lampu Biru
Blalang: 3 Lampu Hijau
Shawal- Kau SegalanyaLagu ini sepatutnya memberi impak yang hebat kepada persembahan Shawal. Namun Shawal tidak berapa menyerlah pula!! Keraguan terhadap bait-bait awal terbawa-bawa sehingga ke pertengahan lagu. Pun begitu masih ada point yang menarik dalam persembahannya terutama selepas bridge lagu tersebut.
~Nonilah segalanya!!Pengkritik : 1 Lampu Biru
Blalang : 2 Lampu Biru
Heliza – KesalHeliza muncul dengan kain sebegitu...sikitlagi kalau ubahsuai penampilannya dah boleh jadi pontianak biru!!Heliza mengejutkan kerana bermula dengan nada suara dan ton yang jauh beza dari sebelum ini....langsung tiada bunyi CT!!! Terdapat beberapa bahagian hela nafas Heliza teramat jelas dan merosakkan sedikit persembahan vokalnya. Pun begitu, lepas geram Heliza berjaya memupuk keyakinannya untuk melontarkan vokal yang mengkagetkan!!Satu persembahan yang meyakinkan!!
~Yeargh...yeargh.....feeling Bendi Nyamuk ni!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang: 4 Hijau!!
Aswad- Korban Cinta
~mengalir dalam diriku..srupa dengan dirimu...
Aiyo tajuk lagu ni very the Z.Z punya...tapi rupa-rupanya lagu Aris Ariwatan! Aswad menonjolkan vokal yang sama seperti videoklip bersama kumpulan rocknya masa minggu pertama (masa Aswad kena campak). Nampaknya Aswad dah mula mendapat keselesaan untuk beraksi dipentas dan keyakinan untuk melontarkan vokalnya dengan lebih baik. Dia juga sudah mengerti apa itu ‘sumbang’. Tidaklah terlalu hebat persembahan Aswad tetapi kebolehan membawa lagu yang dikatakan sukar ini adalah boleh dipuji!
Pengkritik : 4 Lampu Biru
Blalang : 3 Lampu Hijau
Pilihan Blalang Lalang
1. Heliza – Kesal : 4 Hijau
2. Mila – Ku Takkan Bersuara : 4 Hijau
3. Candy – Perhaps Perhaps Perhaps : 3 Hijau
4. Aswad – Korban Cinta : 3 Hijau
5. Shawal – Kau Segalanya : 2 Hijau
6. Ebi – Kisah & Teladan : 2 Hijau
7. Dafi – It’s Gonna Be Me : Merah!!
Lagu Tugasan Minggu 9Ebi - Bukan Diriku (Samsons)
Shawal - Copacabana (Barry Manilow)
Mila - Pudar (Rossa)
Candy - Cahaya Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
Aswad - Langit Biru (Mawi)
Heliza - Ya Atau Tidak (Erra Fazira)
Heliza/Aswad - Joget Cinta Sakti (Rosma feat Haziq)
Ebi/Mila - My Heart (Irwansyah/Acha)
Candy/Shawal - Menari Denganku (Sarah feat Zahid)
Lagu Bonus
Let's Dance Together – Melly feat BBB
Falsafah Cinta – Jamal feat Ning
~~~~~~~
Ahad lepas, ingat nak ler pi tontonm Spiderman 3..hmm aiyo orang punyala ramai!!Lalu Lang decided untuk tonton The Number 23, Lakonan Jim Carrey. Biasalah cerita ni poster ala2 creepy..ingatkan citer seram ke hapa, rupa2nya filem suspen-misteri sajork!!
~aiyo..ni 23 lain ni!!Taklah suspen sangat...tapi misteri-misteri ni best gak dan metafora no.23 yang malang itu menarik juga. Ingatkan nak tonjolkan nombor itu membawa malang kepada peristiwa yang lebih meluas, rupa-rupanya bermain-main disekitar karektor saje!! Boleh tahan ler filem ni...Jim berlakon serius plak...tapi ada gak selit beberapa lawak bahasa bukan slapstik seperti kebiasaan Jim yang sekadar dicelah gigi saja!! 2 bintang saje!!
Ok..jumpe lagi dalam edisi akan datang...di sini LAng nak minta maaf le salah silap bahasa kat kengkawan ek...sori tak dapat balas SMS..kredit ku tamat tempoh semuanya!!Sorry Uols!!
Label: variasi
Hello hello hello...bertemu lagi dalam rancangan...” Carta Top 5 Seri Lalang” edisi terbaru. Opps... Aiyo3!! Kita mulakan dengan kedudukan tempat kelima dahulu...oh nampaknya ada muka baru dalam carta..Tahniah kepada KenNaVaro yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik kali ini setelah mencuba beberapa lama. Ken berjaya dengan komen sebanyak 2 (saje???) sepanjang April 2007.

penga'carta' kali ini: kucing jiran yang asyik ngendap!!
Di tempat keempat, seorang lagi pencalonan baru berjaya menempatkan diri didalam carta Top 5 April. Oh... tahniah Aries Kaze yang menzahirkan sebayak 11 komen sepanjang bulan April...hmm memang berbaloi!! Bulan lepas tempat keempat dimiliki oleh Himitsu manakala tempat kelima milik Shahrizal.
Sekarang tiba untuk kedudukan Top 3. Syabas kepada Tednet kerana berjaya mengekalkan kedudukan lalu di tempat ketiga dengan komen sebanyak 18 sepanjang April 2007. Di tempat kedua, Himitsu berjaya melonjakkan diri sebanyak 2 anak tangga dengan komennya yang berjumlah 28.
Orait..berdebar-debar ni....ada 3 nama dalam carta bulan lepas yang masih belum disebut iaitu Grey (Juara Mac) , Rattar (naib Juara Mac) dan Shahrizal (tempat kelima Mac).
Ooops ...aiyo3....inilah dia juara baru.....tahniah kepada Shahrizal kerana berjaya menjuarai carta bulan April dengan memecahkan rekod 30 komen Tednet pada bulan Februari . Shahrizal berjaya kali ini dengan komen sebanyak 33 komen yang melonjakkan dirinya sebanyak 4 anak tangga!!!! Wow..mengerlip!!!!
Gitulah tadi nama-nama Top 5 dalam Carta April. Kepada yang tersingkir...anda boleh buat comeback pada bulan Mei ni harapnya!! OK..sekian saja sorotan Carta Komentar April 2007...... Ooops Aiyo3 ~matilah trademark tiru sajork!!~
1.Shahrizal ~ 33 komen
2.Himitsu ~ 28 komen
3.Tednet ~ 18 komen
4. Aries Kaze ~ 11 komen
5.KenNaVaro ~ 2 komen
Label: kengkawan
Ahad yang lalu sempatlah pegi date ngan si dia kat KLCC...kitorang menonton wayang filem Terowongan Casablanca atau Kuntilanak Merah. Aiyo..seram gak ler ala2 Jangan Pandang Belakang versi Indon ,cuma tak de watak yang betul-betul kuat...menarik gak ada plak plakon filem ni yang ada iras Dafi, Rizal AF 5 dan Kefli AF 3 berlakon . Paling menariks plakon utama ni asyik beraksi dalam boxer ajer...pastu bab ringan2 ni tak de tapisan ler plak!!! Dahsyat & brani gak plakon Indon ni!! Jalan cerita filem itu dah boleh jangka ler...dan agak membosankan skit walaupun adegan seram membuatkan akak kat seat blakang ni menjerit sambil tepuk kerusi Lang!
Sebelum masuk wayang tu sempatlah ajak Rattar datang ke situ...dia plak sudi...Lang ingat nak tunggu dia sampai ..tapi jadual wayang plak dah fix waktu tu...maka Lang pun teruslah nonton . Keluar je wayang tu, try kontek Rattar...oh dia dah sampai & tunggu kat Isetan.Dia sempat bershopping tu!! Lang pun menuju ke situ dan mencari-cari mana Rattar ni. Then dia call lagi...Lang pun curik2 pandang..tengok siapa yang sedang melekap HP di telinganya!!oh itu dia jejaka ber baju luar belang2...tapi dia tak perasan plak Lang!! sampai dekat ngan Rattar...dia borak plak kat HP dia sampai Lang dok kat sebelah dia pun wat tak tahu je!! Aiyo lama plak...Lang pun pegi jap dari spot Rattar tu untuk borak ngan si dia yang beberapa meter dari situ..yelah...orang tu bz plak borak kan??
Kemudian Rattar terus beredar dari situ dan tepon Lang lagi. Lang pun cakaplah yang Lang dah duk pun sebelah dia tadi...dia kata tak perasan pun! Dia pun suruh Lang ke spot dioa yang baru kat sebelah butik...Lang & si dia berjalanlah menuju ke arah Rattar..aiyo...berjalan plak si Rattar ni! Lang pun tukar gear laju skit dan terus tepuk bahu Rattar!! Amik kau terkezut Rattar!! Kami pun bersalam..aiyo biasalah mula2 jupe mesti seganz kan?? Tapi segan si Rattar ni lagi obvious! Kalah Shahrizal lah kalau gini!!Eh..seri kot!!
Kami pun pegilah ke Food Court sebab Rattar ni kata dia nak makan & minum. Lang & si dia beli air Epal je...maka kami pun borak2lah..berkenal2an apa yang patut....kemudian kami window shop kat Parkson. Sambil2 tu Lang tepon ajak Toolar plak...tengok dia pun line clear & sudi nak datang! Lepas window shop tu kitorang bersidai jap kat tepi koridor....kitorang borak2 lagi kat situ then Lang terperasanlah ada sorang mamat berpakaian sut penuh...merembeznya...Lang tak sangka la dia tu pi balas balik renungan tu sambil dia berjalan...dia tu senyum lagi sampai dah ke depan pun dok toleh ke belakang lagi!!kaget jap!!
Lepas puas bersidai, kami pi Cold Storage nak beli & makan aiskrim..Rattar plak beli kek lapis..... kitorang boeaks2 lagi sampai Toolar datang dalam pukul 6 gitu! Kami pun boraks lagi ...Toolar SMS Phoenix pasal Rattar ..direct je Phoenix call! Hm..no comment!! Lama gak Rattar borak ngan Phoenix melalui HP....then kami sambung borak2 sampai kul 8...banyak betul yang terkeluar dari mulut Rattar ni....macam2 cerita kaedahnya walaupun baru kali pertama!! Tak pelah..Lang anggap Rattar sudah selesa dengan kami petang tu....Kesimpulannya Rattar seorang yang friendly, shopaholic, tidak berapa gemar menonton wayang tapi suka DVD, gemar bersiar-siar dan banak bahan bualannya..yelah sorang yang banyak pengalaman!! Tiba jam 8 malam Rattar pulang ditemani Toolar ke stesen komuter..Lang plak dengan si dia terus ke rumah si dia. Esok pagi barulah lik umah Lang...bangun jer mata dah bengkak!aiyo...ketumbit!
Label: variasi