Kong Hei Fa Choi..puas ek cuti panjang sempena Tahun Baru Cina?? Lang cuti pun tak sempat nak rehat...ada je undangan pi majlis perkahwinan...duh..penat nyer... tak sempat rehat penat berjalan dah esok kena kerja!! siapa suruh cari padah kan pi melancong berbatu-batu jauhnya!!
Hari ni LAng kerja sampai dekat jam 8 malam..haha..first time tu wat overtime kat kompeni ni!! plak tu dah namanya kuli kan?? "terpaksa aku redha" konsepnyer... !!
Pun gitu kerja Lang di pejabat minggu ni dijangka akan hebat dan dahsyat apabila Lang diberikan masa yang terhad untuk menyiapkan projek yang hanya diberi masa untuk siap sebelum isnin depan!! padahal sambil2 nak wat kerja tu lah ada je iklan...banyak plak songeh bos dan tukang2 suruh ni kan....pening kepala melayan!!
Minggu ni dijangka Lang akan meluangkan masa di tempat kerja berlebihan sehingga cuti hujung minggu pun 'Yang Ado' katanya..merasalah feeling busy seperti TedNet yang dah lali dengan menjawab perkataan busy-nya itu!!
Harap sangatlah hasil buah tangan sulung Lang kepada syarikat ini akan menjadi sesuatu yang memuaskan hati kebanyakan pihak yang menyuruh nyuruh itew!!
Senyum seindah suria,yang membawa cahya,senyumlah dari hati ,duniamu bererti...Senyum umpama titian... dalam kehidupan,kau tersenyum,ku tersenyum, kemesraan menguntum...Senyum,kepada semua..senyumanmu,amatlah berharga...Senyum,membahagiakan,dengan senyuman,terjalinlah....ikatan...
Lagu ni ialah jingle atau lagu kempen senyum mesra dalam memberi perkhidmatan dan melaksanakan urusan harian..kira macam iklanlah juga... iklan ni ehsan atau terbitan Maybank dalam penghujung tahun 1980an dan awal 90an macam tu.. Lagu duet lelaki dan wanita...Suara penyanyinya sedap...jayjay kalau tak silap!Lagu pun sedap lah di telinga Lang yang masih kecil lagi...yang masa tu ala-ala bagai gahara gitu!!
Lagu ni penah gak jadi lagu tema persahabatan ketika di kolej dulu...lirik agak kurang sesuai tapi memberi kesan yang agak mendalam...Lang tercari-cari kalau ada link untuk mendapatkan lagu ni....lagu pendek...lagu iklan RTM plak tu...hmm bertuahlah kan??
Lang cuma terjumpa versi nyanyian semula ..video amatur di youtube... ni sampel lagunya..
tentu2lah nyanyian asal jauh lagi merdu!!
Anyway kalau kengkawan ada lagu-lagu iklan atau lagu kempen yang memberi kesan sampai hari ni story mory lah sikit yer!!
Hmm ramai gak kengkawan Lang yang dah set-up nak wat bisnes sendiri ikut impian masing-masing...ada yang dah stabil ngan kerjaya mereka tapi tetap nak mula ngan bisnes...ada yang menganggur dan dah fed-up benar nak cari keje dan jadi kuli orang nak plak mulakan bisnes...
sekarang ni ada pelbagai skim pinjaman bukan dari Along atau Angah Winehouse...tapi dari ejen-ejen kerajaan seperti MECD dan Agro Bank...
Lang pun ada mendapat 'tawaran' untuk melabur dalam bisnes agro ni..tapi hanya melalui perbualan telefon yang tidak diundang..yang bercakap pun bunga ala2 kegersangan nak mengayat Lang ...lagilah pudar kepercayaan Lang terhadap bunga(atau kerang kata Shahriz) itew!
Kalau ada modal teringin ke kengkawan nak berbisnes??best sangat ke wat bisnes ni?? dalam hadis ada berfirman kebanyakan rezeki datangnya daripada perniagaan.
Tapi perniagaan ni selain memerlukan modal, ia memerlukan komitmen lebih 200%, usaha, idea yang kreatif dan inovatif, keberanian dan kesanggupan. Bukan semua orang leh berjaya dalam bisnes...hmm ada kaum keluarga Lang yang gagal juga!!
Tapi kengkawan Lang nampkanya cenderung nak buat bisnes..tapi bisnes apantah dorang je yang tau!! LAng pun dulu ada impian nak buat Cafe D'Lalang dengan gambaran kafe impian tu dah leh terlihat hampir di mana-mana!! Mana dorang leh baca idea dalam kepala otak Lang 3 tahun dulu ek?? Ntah ntah pembaca forum@blog tak??Isk speku jerrr...
~a dream within a dream~ mimpi dalam mimpi!!~ kan best kalau ada kedai camni???
Bila dah ada bisnes nanti macam dah kira macam ber'bini' juga...komitmen tinggi wooo!!! Hmm...tapi itu tetap salah satu impian Lang.....tapi bukan untuk masa ini dilaksanakan...tunggulah umur dah patploh macam tu kot!!!
adododoi...sibuk banget minggu ni ngan keje...dush!! sorry blog ni terkontang kanting...hmm keje Lang untuk minggu ni ...aduhai...banyak plak tugasan perlu diselesaikan!!!
Kena plak org yang suruh tu banyak kerenah...jap nak begitu..jap nak begitu...nak senget sana ..nak senget sini...adoi...senget betul lah!!!
kesabaran dan kegigihan mesti menyala-nyala nih...adoiiii...gigih ni...harap sempatlah siap sebelum minggu depan!!
Dah lama tak story mory pasal kerjaya Lang ni...hmm ala2 kak Lasagna lah gak kan?? Sekarang Lang dah masuk fasa akhir sebelum dihitung sama ada dikekalkan atau tidak di syarikat ketiga Lang kerja untuk 2008 (dan pertama untuk 2009) itu...
Di tempat kerja Lang ada seorang rakan yang agak rapat sebab kami kiranya sama batch gak...beza sebulan je...Dia masuk awal daripada Lang. Nama watak itu kita sebut W dalam story ni. W memang friendly hampir pada semua orang nampak dia leh masuk...tak macam Lang yang pendiam dan pemalu...
Kerajinannya membuatkan bos Lang yang juga bos W sayang kepadanya..leh katakan saban hari nama W menitip di bibirnya. W dilihat bakal protege dan bos sabagai mentornya.
Di pejabat suasananya tidaklah se-happening seperti pejabat lama Lang yang lebih meriah dan heboh.. Di pejabat baru ini diisi dengan staf-staf yang semuanya dah berkahwin dan kertu semuanya...kecuali Lang, W dan beberapa staf muda.
Akibat ke-kertu-an suasana, Lang kurang berani untuk menonjol apatah lagi pengalaman kerja LAng yang terlalu sikit dalam bidang berkaitan membuatkan hari-hari Lang muram dan suram dan membosankan!!
~Ketawa kertu nan plestik ~
Cuma ada 2 orang kakak-kakak setiausaha yang mulutnya meriah memberi sedikit hiburan selingan setiap kali kebosanan melanda..
Kerajinan W menonjol dan kesuraman Lang juga terjojol mungkin menyebabkan ramai berpandangan siapa yang akan berkekalan di syarikat itu...bagai tiada rahsia lagi!!
Setelah hampir 5 bulan W yang merupakan teman bual Lang terulung di syarikat itu terlepas kata. Kami selalu berbincara tentang happeningnya suasana tempat kerja lama yang riuh berbanding syarikat itu yang selalunya terlalu bisu hingga bunyi deruman pendingin hawa jelas di halwa telinga.
Tiba-tiba W meluahkan hasratnya untuk berhenti tak lama lagi dan sedang mengintai peluang di kompeni lain. Dengan pengalaman kerja lebih 3 tahun berserta akademiknya yang baik beliau pasti tiada masalah untuk bertemu 'buah hati' baru buatnya..
Memang Lang terkaget, terkejut malah terkilan apabila satu-satunya teman Lang di kompeni tersebut hendak pergi dari situ....apakan daya, kehendaknya melebihi segala-galanya..
Selama beliau di situ, kakak yang selalu berlagak bagai guru disiplin selalu membandingkan Lang yang bermasalah disiplin ni dengan dia dan pandangan staf-staf lain bagai melemparkan kata bahawa Lang tidak akan lama di kompeni itu berbanding W yang bakal menjadi the next apprentice...mereka mungkin mendakwa Lang akan terima 'You're fired" manakala W " You're hired" ketika bos tengah feeling Donald Trump dalam bilik sempitnya.
Kuasa tuhan siapa yang tahu, rupa-rupanya kerajinan W itu adalah semata-mata untuk mengaburi pihak syarikat itu tentang aktivitinya yang sedang mencari pekerjaan lain. Alasan nak bertukar begitu ringkas...bosan katanya!!!
W sudahpun menemui bakal majikannya dan akan berpindah akhir bulan ini sebelum bos feeling Donald Trump lagi!! Apa-apa pun itu keputusannya dan itu juga katanya buat masa ini...takdir siapa yang leh ramal??
Lang kini dah pun lali dengan suasana sepi pejabat ini dan mula menyukai keadaan ini. Suasana tempat ini mungkin bosan tetapi tidaklah seteruk di tempat kerja Lang sebelum ini...pun begitu untuk buat Overtime..sorry Lang tak berminat!!
Berbalik kepada cerita si W yang bertubuh tinggi lampai dan berkulit cerah..memang beliau dah bulat dengan keputusannya katanya sambil menepuk belakang LAng bagai mengucapkan selamat menghadapi suasana di pejabat itu 'berseorangan' !!
Buat kakak sumber manusia yang feeling guru disiplin yang selalu mengherdik Lang tiba tepat pada waktu dan balik tepat waktu, mungkin satu hari selepas W pergi dan Lang pula yang kekal maka segala andaian kakak dan staf lain akan terbukti gagal dan memalukan diri mereka sendiri!!
Baru-baru ini muncul pula ambilan terbaru syarikat ini yang nampaknya begitu peramah dan rajin apatah lagi memiliki kemahiran yang amat mengkagumkan sudah memulakan langkah pertama di syarikat ini..Oleh kerana beliau adalah satu-satunya 'bunga' yang masih baru berkembang, maka ramailah kumbang-kumbang tua yang cuba sengatan masing-masing yang dah tumpul itu....Blalang pula hanya tersenyum sinis!!
~Angkut jela bunga itu kumbang tua oi!!~
Hmm....dengan jawatan yang sama level dengan W...siapa akan tahu apakah yang akan berlaku seterusnya!!
Salam Tahun Baru buat semua!! Kita menyambut tahun baru Kalendar Syamsiah (tahun Masihi) dan Kalendar Kamariah (tahun Islam) sekaligus kali ini!! moga semua azam dan cita2 masing2 tercapai kekdahnya!
Hari ini, 3 Januari 2009 merupakan hari ulangtahun ke3 blog "Kisah Blalang di sebalik lalang" ni. memang tak dapat dinafikan, tahun 2008 merupakan tahun yang teramat sibuk bagi Lang kerana 3 kali bertukar tepat kerja, menghadapi kemalangan jalan raya sehingga kecederaan kaki dan tangan sehingga nak pulih ambil masa lebih 2 bulan dan merupakan tahun yang banyak kisah suka dan duka.
Akibat 'aturcara' yang tidak dirancang itu, maka tempiasnya terkena jua kepada blog kesayangan Lang ini.. maka tahun 2008 hanya 36 entri sempat ditulis berbanding 95 entri pada 2007 dan 83 entri pada tahun 2006. maka carta ranking komen juga tidak dapat disiarkan gara2 suhu blog ini bagai menyanyikan lagu popular Ziana pada 2008 iaitu Dingin!!
Dengan ini Lang mengemukakan carta komen yang dinukilankan oleh kengkawan Lang pada 2008...
TOP 10- Juara Komen blog Blalang disebalik lalang : (nilai adalah komen)
1.
Shahrizal=
22 Komen
2
.Mistriah=
19 Komen
3
.TedNet=
14 Komen
4
.Aqbary=
11 Komen
5
.Hideaki=
11 Komen
6
.Lasagna=
9 Komen
7
.Ken=
7 Komen
8
.Rattar=
6 Komen
9
.Aries=
4 Komen
10
.Grey=
2 Komen
10
.Toolar=
2 Komen
Ini pula carta bagi luahan di kotak borak bahagian tepi blog ini...
1
.Angah=
25 Bicara
2
.Yanz@Lasagna=
14 Bicara
3
.Budi=
13 Bicara
4.
Grey=
9 Bicara
4
.Ken=
9 Bicara
6
.Shahrizal=
8 Bicara
6
.Hideaki=
8 Bicara
8
.Kamar=
7 Bicara
8
.Fatboy=
7 Bicara
10
.Tednet=
5 Bicara
Pun begitu Juara keseluruhan dikira dengan mencampurkan kedua-dua mata..dengan ini pemenang buat tahun 2008 yang mengikuti jejak Himitsu@Mistriah pada 2006 dan TedNet pada 2007 ialah....
SHAHRIZAL @ SHAHKIRA @ SHAHRENA WILLIAMS
dengan kedudukan keseluruhan TOP 15(komen+bicara)
1.
Shahrizal=
30 mata
2
.Angah=
25 mata
3.
Lasagna@Yanz=
23 mata
4
.Mistriah@Himitsu=
22 mata
5.
TedNet=
19 mata
5.
Hideaki=
19 mata
7.
Ken=
16 mata
8.
Budi=
13 mata
9
.Aqbary=
12 mata
10.
Grey@Mr Kelabu=
11 mata
11.
Fatboy@Kak Mel=
8 mata
12.
Kamar=
7 mata
12
.Rattar=
7 mata
14
.Aries=
4 mata
14.
AkakPokPek=
4 mata
Ada juga pengunjung-pengunjung baru yang turut memberi komen seperti .. BudakBaik, Ernie,Kario,Puteri Manja, Ayu, Vivianna George, Marisya, Okid, Muizz,Lhahura Alfira, Arshad, Sing Da Song dan Illa 69...Lang tak tahu kalau2 mereka ni sebenarnya tersesat dan terbaca plak blog ni...anyway..terima kasih..thank you!!
Penghargaan kepada semua yang rajin menjenguk dan memberi sokongan kepada blog Lang ni...
Moga tahun 2009 ni akan memberi rahmat kepada semua!!
~Alang Blalang~
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
diriku umpama belalang yg terselindung di sebalik lalang...tiada yg perasan..tiada yg memandang...kehadiranku hanya sebagai pemerhati klik untuk profil