* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, Januari 31, 2008

Yang nombor satu!!

Hmm...kisah kerja di tempat ini semua dah tau kan?? memang langit tak selalunya cerah....pun begitu masih ada cerita yang masih dapat menghiburkan hati.. Lang yang sudah pun mengambil alih secara berperingkat kebanyakan kerja pengurus itu, antaranya ke Bank setiap kali beliau bercuti...Dengan duit 'beriban' itu, Lang buat sahaja kerja yang dianggap ringan oleh pengurus itu.


Di bank itu, ada pula stafnya yang menarik perhatian...wah...seronok pula dibuatnya!! Kehadiran Lang itu pernah mendapat renungan 'antara matamu dan mataku' yang sangat mendebarkan. Tez pula si perenung itu. Pada awal kehadiran Lang disitu, beliau seolah-olah terkesan, lalu dengan automatik mencuri pandang ....(wah perasan je kan?)

Lang setiap kali menunggu giliran, sudah pasti mengharapkan kaunter hujung yang dikendalikan beliau...bila tak dapat tu , kuciwa murana la kan? Lang hanya dapat sekali sahaja setelah beberapa kali mengharap giliran Lang mengenai kaunternya....wah macam menang loteri kalau dapat!!

Kali pertama Lang mendapat kaunternya, beliau memberi senyuman manis...wah berbunga-bunga pula dihati... pun begitu tak banyak yang leh LAng jadikan buah mulut. Oleh sebab itulah LAng hanya memerhatikannya....dan terserlah pula 'Zon V' beliau itu! mau nak terjojol mata!!


Lang semakin teruja setiap kali beliau bangun (kerana hendak mengambil barang di meja belakangnya) dan duduk kembali ke kaunter itu....hmmm

Ada pula pelanggan lain yang memuji penampilannya, dan sudah pasti samam seperti Lang , mengharap nombor giliran mengenai kaunternya!!

Kemudian Lang sering 'tidak bertuah' kerana asyik mengenai kaunter lain yang tak tezz, ada sekali beliau memandang Lang yang berada di kaunter lain dengan wajah hampa (wah perasan lagi!!)

Setelah berlarutan beberapa minggu, Lang terkena pula kaunter yang mengandungi seorang lagi staf yang tak kurang tezznya, ranking kedualah kiranya. Beliau yang sudah beberapa kali melayan Lang ;namun Lang plak asyik fokus kat tezz no.1 itu...akhirnya meringankan mulut bertanyakan pelbagai soalan terutama latar pekerjaan Lang. Beliau tidak sangka Lang berjawatan agak penting juga, tiba-tiba teruja dan bertanyakan bermacam-macam lagi. Beliau yang berminat hendak datang ke pusat jualan meminta-minta pula diskaun yang sama sekali tidak wujud!! (wah mulalah 'gedik' keluar)

Tezz no.2 itu, dengan selamba meminta kad nama Lang yang ketika itu terasa macam mahu 'menyuruk' je (gara-gara kaget dan keseganan) . Lang menjawab tiada, lalu beliau menghulurkan kertas kecil dan meminta Lang menuliskan nama dan nombor telefon. Lang pun menunaikan permintaan beliau. Lang sendiri lupa bertanyakan nama beliau apatah lagi nombor telefonnya, setelah LAng terus berlalu dari kaunter itu dalam kekagetan!

Lang tunggu juga, kalau-kalau tezz no.2 itu ada cuba menghubungi, namun tiada pula...hmmm hari seterusnya Lang mendapat giliran kaunter tezz no.1. Wah 'menang loteri' lagi!! Beliau tersenyum dan mengucapkan 'Hai'! Wah...tetiba plak si no.1 ni!! Beliau terus meminta kepastian tempat kerja Lang. aiyo...dah sah no.2 ni mulot tempayan kan??huhu...Lang memberikan kepastian dan beliau mula mengusik LAng untuk memebeli barang dengan harga staf yang sekali lagi Lang tegaskan ...tak wujud ok! haha..beliau meneruskan usikan beliau itu...sampai senyap sikit sambil-sambil LAng memfokuskan kepada zon v ittew!

Terkejut juga, beliau sudah mula menegur Lang...wah petang itu terasa berbunga-bunga lagi (bak unjuran kak Yanz) macam tak percaya pula si no.1 bank itu mengusik Lang dengan penuh mesra gitu!! Apa yang terjadi lepas ni??hmm rasa-rasa nya tak delah apa-apa sangat...ini sekadar hiburan waktu kerja je...boleh?? (tiba-tiba ada 'bau plastik terbakar'...~laaariiiii!!!~)

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Januari 28, 2008

Mimpi Mu Bukan Mimpi Ku

Untuk 'BOS' ku terimalah....

Mimpi Mu Bukan Mimpi Ku

Oh sampai bila
Berlarut aksi ini ?

Hey sutradara
Hentikan watak ini !

Engkau hanya inginkan
Ku mendiamkan diri
Sentiasa ...

Ku punya pendirian
Tak ingin jadi permainan
Mimpimu bukan mimpiku !

Jenuh melihat
Aksi yang tiada ketulusan
Tak ingin
Diri terhimpit ....

Oh bebaskanlah
Bebanan di bahu ku ..

Ku telah cuba
Mengikut telunjuk mu ..

Engkau hanya inginkan
Ku mendiamkan diri
Sentiasa ...

Manusia berkorban
Bukannya untuk kemewahan
Penghargaan jadi tuntutan hidup !


Demi sesuap nasi
Tak perlu ada hipokrasi
Yang perlu
Keikhlasan ...

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Januari 24, 2008

Alkisah kerjaku kini!!

Alkisahnya perihal di tempat kerja...hmm nampaknya pekerjaan yang nampak mudah tidaklah seperti yang disangka...yela...memang tiada pekerjaan tulen yang mudah kan? Apa yang membingungkan Lang ini ialah sehingga kini Lang tidak mengetahui apakah skop sebenar pekerjaan Lang ini!! ??

Lang telah berjaya masuk ke dunia kesemua staf secara umumnya dan mereka pun menerima kehadiran Lang dengan baik meskipun pada awalnya Lang agak geram dengan perangai mereka yang mengikut mood itu. Setelah kehadiran Lang diterima, terasa mereka (staf seliaan) semakin dekat namun begitu terasa semakin berjarak pula dengan pengurus.

Ini kerana konsep dan ideologi pengurus itu yang ala tentera yang beliau panggil sebagai ‘cara komunis’ yang membezakan darjat semakin pudar dihati Lang berbanding konsep kekeluargaan yang telah lama pupuk di tempat itu. Mungkin pengurus yang baru dinaikkan pangkat itu terbawa-bawa daripada tempat lamanya, iaitu di kampung halamannya atau hasil didikan ala tentera!

Tiada kesalahan dengan ideologi itu, namun Lang lihat dengan cara kekeluargaan itu, tekanan kerja dapat dikurangkan dan produktiviti tetap mantap. Lang sendiri dapat menguruskan salah seorang yang dianggap degil sehingga menjadi satu pasukan yang baik hasil daripada ketulusan yang lahir dari hati. Pun begitu, Lang sedar, ketegasan tetap perlu ada!


Perihal kerja ini, Lang bermula dengan bersetuju 200% dengan segala percakapan dan ngomelan pengurus muda itu. Dengan pengalaman lebih 2 tahunnya itu, beliau telah memberitahu pelbagai informasi. Lang yang masih dalam proses pemerhatian dan konsep ‘bos selalu betul’ cuba Lang praktik dan plastikkan demi memasuki dunianya.

Lang melihat beliau begitu obses dengan wanita dan aset yang ada pada wanita. Malah beliau sendiri mengakui dengan bangga beberapa keterlanjurannya!! Pun begitu, Lang Cuma mendengar sahaja dan menasihati secara halus supaya beliau berkahwin sahaja. Nampaknya beliau lebih suka berseronok!

Ketepikan hal peribadinya itu, Lang melihat beliau meletakkan kepercayaan kepada Lang dalam beberapa perkara. Lang berterima kasih atas perkara tersebut. Namun begitu, tingkahnya semakin lama semakin menjelekkan Lang. Cara membentak nama Lang dihadapan pelanggan memulakan episod baru. Lang sudah mula melihat pada perspektif yang berbeza.
wet angry cat

Belang sebenar beliau sudah mula nampak ke arah hendak mempergunakan Lang. Beliau sudah mula melepaskan tanggungjawabnya satu persatu kepada Lang yang merupakan budak mentah dalam syarikat itu. Sebelum itu, belia ada mengajar Lang tentang laporan harian yang perlu dibuatnya. Lang menolongnya beberapa kali selepas itu dan ada ketika beliau menyiapkannya pula.

Kini, laporan harian itu sudah menjadi milik mutlak Lang!! Sungguh mengejutkan, sekiranya ditempat lain kejadian ini terjadi juga seperti yang beliau dakwa tak tahulah!!

Lang dipaksa membuat laporan itu, walaupun Lang cuba mengemukan hujah yang itu adalah skop kerjanya. Setiap kali ada komplen daripada ketuanya, Langlah mendapat tempiasnya.


Pendekatan ala tentera itu tak bermakna beliau seorang yang penuh disiplin. Sudah beberapa kali beliau lewat namun tiada siapa berhak menegurnya. Pernah beliau meminta seluruh staf datang 2 jam sebelum waktu kerja untuk satu kerja audit. Lang datang 15 minit sebelum waktu yang dijanjikan, menjadi orang pertama tiba. Namun kecewa terpaksa menunggu beliau yang memegang kunci dan hanya tiba satu setengah jam selepas itu!!! Tiada maaf pun daripada mulutnya!!

Beliau juga sering keluar rehat beberapa kali dengan alasan untuk menikmati rokoknya.
Apabila jualan menurun, Lang juga yang ditanyanya!! Apabila dijawab, Lang dikatakan suka memberi alasan!!

Hari Isnin merupakan hari paling sibuk tidak kira dimana pun kita bekerja. Banyak dokumentasi dan memo baru muncul pada hari tersebut. Pun begitu, hari itulah juga menjadi pilihannya untuk bercuti. Bebanan hari tersebut disandarkan ke bahu Lang yang masih dalam latihan dan percubaan ini. Seluruh staf merasa tidak puas hati dengan pilihannya itu, sehingga semua mengusulkan bantahan terhadap tindakannya itu. Dengan nada rayuan, semua pekerja memintanya menukar hari cutinya termasuk oleh Lang dan orang nombor 2 disitu. Permintaan itu ditolak mentah-mentah dan dengan selamba beliau mengatakan itu adalah satu pembelajaran dan pengajaran buat Lang !!

Lang yang turut serta dalam bantahan itu kemudiannya dipanggil bersua dengannya. Tindakan Lang menyebelahi staf disitu dikecam dan dikatakan tidak patut berbuat sedemikian malah patut meyokongnya!! Alangkah terkilannya Lang apatah lagi orang nombor 2 disitu tidak pula ditegurnya (mungkin kerana kalah dengan pengalaman dan faktor usia)

Cara ‘ala tentera’nya itu sebenarnya boleh dikatakan gagal meresapi para pekerja yang sudah lama bekerja disitu kecuali pekerja baru yang diimport daripada kampung halamannya. Walaupun Lang tidak sehebat dan sekeras mahupun setegasnya, boleh dikatakan cara halus dan lembut Lang berjaya juga merubah tingkah kurang baik para pekerja lama disitu. Antaranya, mereka sudah rajin dalam perihal kebersihan setelah Lang memperlihatkan tiada salah bagi seorang bertali leher melakukan kerja sebegitu, apatah lagi mereka yang bermeja T setiap hari itu. Mereka mulai ‘segan’ dengan kerajinan itu dan mengadaptasi budaya yang mereka lihat Lang bawakan. Dengan secara automatik, setiap hari kebersihan menjadi agenda utama. Pun begitu perubahan itu didakwa pengurus itu sebagai kejayaannya setelah menempelak mereka...hmmm tak tahulah pula!!

Lang juga memperolehi keseganan seorang staf yang terkenal dengan tabiat 'playboy 'meskipun sudah berkahwin. Beliau yang menggunakan komputer di situ sejak sekian lama untuk mencari teman baru (meskipun akan menimang cahaya mata) ...akhirnya terkena dengan sindiran Lang .
Beliau yang panas baran, menjerit marah kepada Lang kerana begitu berani terhadapnya (seorang kaki pukul juga) dan menyoal kedudukan Lang di situ namun Lang hanya mendiamkan diri sahaja. Drama dingin antara Lang dan dia, akhirnya melahirkan ketidak sedapan hati terhadapnya untuk melakukan kesalahan itu sekaligus merupakan permintaan maaf secara tidak langsung. Sejak itu hubungan kami sudah mulai rapat.

Tabiat mencari teman baru olehnya itu berkurangan , namun oleh kerana pengurus itu pun sama juga menggunakan komputer untuk berbual dengan teman baru menghidupkan semula budaya itu!! Wah...pelik sungguh dengan polisi 'penuh disiplin' 'ala tentera' yang beriya-iya cuba diterapkan oleh pengurus itu!!

Apa yang pasti, pengurus dan staf itu berkongsi obses i dan saling menggalakkan antara satu sama lain meskipun pada waktu kerja!! Adakah betul perbuatan itu???

Polisi, kemahuan dan ideologi pengurus itu serta perlaksanaannya mula menjadi persoalan. Sudahlah Lang tidak dibenarkan menyuarakan pendapat sendiri apatah lagi bantahan!! Malah ada beberapa kerja kreatif Lang dikritik meskipun dipuji oleh orang atasannya!! Aduhai...sesungguhnya kesabaran sahajalah yang mampu Lang pupukkan dalam diri apatah lagi sekiranya Lang nampakkan sikap memberontak mulalah Lang dikecam sekali lagi!!

Beliau memberitahu kedudukan dan kuasa miliknya terhadap Lang supaya Lang mengikut sahaja perintahnya malah sekiranya Lang menentangnya dengan mengadu kepada ketuanya, beliau bersedia menggunakan orang yang berpangkat lebih tinggi lagi!! Beliau merendahkan ketua-ketuanya yang masih 'hijau' dan sama sahaja pengalaman seperti Lang!!Bagi dirinya, pengalaman miliknya mengatasi pendidikan formal milik mana-mana pekerja lebih baru daripadanya!

Semalam, sewaktu dalam proses menyiapkan laporan yang dibuat betul-betul dihadapannya, beliau sedang 'sibuk' membuat temu janji dengan seorang gadis dengan menggunakan telefon pejabat!! Lang yang sebelum itu membuat kerja-kerja menyediakan fail informasi (atas permintaan pekerjaan bawahan) dikatakan membuat kerja tak berfaedah dan membuang waktu dan sepatutnya memikirkan hal jualan dan mengutamkan laporan yang disuruhnya itu!!


Lang sedar, ada juga salah dengan perbuatan sendiri tapi adakah beliau sedar beliau juga melakukannya?? Lang juga tahu dengan kedudukan Lang disitu...Apakah yang mampu Lang lakukan lagi??

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Januari 17, 2008

Tak bernapas cahaya!!

Alkisahnya hal Cik Adik yang merupakan tunangan orang itu masih menjadi isu dalam kehidupan Blalang ini. Tunangan orang itu sudah mula SMS sejak meminta nombor telefon Lang. SMS beliau seperti 'menghidupkan enjin kereta' mula dengan menghidupkan dan menekan sedikit pendikit untuk memanaskan enjin. Pun begitu rentaknya agak pantas itu semakin menggusarkan LAng. Lang harus bertindak cepat supaya beliau tidak memasuk 'gear' kereta idaman beliau itu!!

Pun begitu, Lang sedikit tertekan gara-gara Lang bukanlah jenis kejam terhadap kaum Hawa ini....mungkin sudah terdidik begitu! Beberapa kata nasihat daripada teman 'Joyworld' untuk Lang nampaknya sekadar idea, akhirnya Lang bertindak mengikut gaya sendiri kerana tidak biasa dengan gaya tindakan yang diunjurkan itu.


Lang melayan sahaja SMS tunangan orang itu, sehingga satu ketika mesejnya berbunyi terlalu 'daring' dan semakin men'gerun'kan Lang!! Lang keesokannya memulakan tindakan yang halus mulus bagi menyatakan tiada ruang lagi untuknya!! Lang menerima mesejnya yang dahulunya memanggil Lang dengan tambahan perkataan 'abang' dihadapan tetapi kini dipanggil 'Abang' sahaja!! Lang pun membalas dengan pertanyaan mengenai hadiah paling sesuai untuk awek Lang. Agak lama kemudian , barulah beliau menjawab dengan nada yang masih manja tetapi ayat yang agak pendek. Lang juga mengelakkan daripada melalui tempat kerjanya yang terpaksa Lang lalui kalau hendak ke surau dengan melalui laluan Alternatif....kiranya macam mengelak Tol lah pulak!!!

Semakin lama, semakin kurang mesej beliau...sehinggalah ke hari ini mesejnya sudah tiada lagi!!! Ketika Lang terlalu tempat kerjanya untuk ke surau (akibat terlupa) , Lang terlihat beliau bermain mesej dengan seseorang dengan kyusuk...lega, Lang bukanlah penerima mesej Cik Adik itu, mungkin bermesej dengan tunangannya...Lang begitu dan teramatla leganya...akhirnya keserabutan itu terurai!!

Kini hanya mesej daripada Cik Adik Kilang yang mengaku merindui Lang tanpa menggunakan ayat-ayat 'daring' tetapi berkonsepkan irama ROck Etnik !!???bole??

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Januari 10, 2008

Kisah Cik Adik yang memusingkan kepalaku

Ahhh.... minggu ini agak memusingkan buat Lang.. Lang tiba-tiba je dapat banyak panggilan interview gara-gara gatal tangan hari tu pegi klik apply kat web carian kerja. Terpaksalah LAng tolak dulu semua tawaran itu untuk memberi peluang kepada pekerjaan sekarang ini untuk menambah nilai dalam resume Lang.

Apa yang lebih memusingkan kepala LAng ialah , adanya beberapa Cik Adik yang kini menerjah hidup LAng. Satu ialah Cik Adik daripada kilang X. Tiba-tiba je dia mesej dia kata teringat kat LAng!! aiyo kaget tau!! rindu-rinduan gamaknya kot!

Satu lagi Cik Adik merupakan kenalan baru di syarikat S. Dia merupakan tunangan pekerja syarikat S, namun sudah ditukarkan ke tempat lain baru-baru ini. Tunangannya itu begitu ramah tamah terhadap Lang sehingga menimbulkan kekagetan!! Beliau merupakan seorang yang lemah lembut, wajah manis dan gayanya manja tapi tak gedik. Bagai sudah lama berkenalan pula sehingga pernah dia menangis di hadapan Lang kerana mengadu nasib kesusahannya!!

Baru-baru ini beliau memberikan bekal yang dimasaknya kepada Lang....katanya ikhlas. Lang pun merasalah air tangannya....wah sedap pula tu...macam masakan ibu!! 3 lauk masakannya semuanya dapat markah A daripada Lang!! Wah....teringat-ingat juga masakannya tu walaupun lauk ringkas je!!

Semalam pula beliau meminta nombor telefon Lang....terkejut dibuatnya!! LAng tanpa prasangka beri je la nombor telefon LAng. Tak sangka beliau beri mesej pada jam 12.45 malam memberi tahu nombornya. Kenapa pula di tengah-tengah malam baru nak beri mesej ni??? Lang belum jawab lagi mesejnya itu sehingga detik ini...

Hmm risau ni....Lang tak mahu terlajak jauh dengan tunangan orang itu, Lang cuma layan sahaja setiap butir bicaranya dengan ikhlas....tak de pun niat lain!!
Sekarang ni gusar juga....sebab jurang kemesraan semakin nipis....kang ada pula yang 'sangkut'!!! tak mahu yang lebih layak tersingkir....nak teruskan berhubung ke tak ?? ohh sungguh serba salah dibuatnya!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Januari 03, 2008

Salam 2008!!!

Salam Tahun Baru kepada semua!!

Hari ini, 3 Januari 2008 genaplah 2 tahun blog “Kisah Blalang di sebalik lalang” bersiaran! Blog ini berjaya juga bertahan malah mengekalkan alamat laman ini iaitu www.blalanglalang.blogspot.com tanpa ditukar sejak mula bersiaran pada 3 Januari 2006. Terima kasih atas lawatan serta pengisian masa untuk menjenguk blog Lang yang tak seberapa ini.

Agak mengejutkan Lang juga, trafik ke blog Lang tahun ini meningkat mendadak!! Menurut laman ‘extreme tracking’ , trafik bulanan teringgi berjaya dicatat pada September 2007 dengan 908 hits unik! Wah kaget dibuatnya!! Terima kasih yer semua!!
Di bawah ini merupakan statistik yang di ambil daripada lama Extreme Tracking:

tarfik blog 2007
Trafik mengikut bulan pada 2007



Trafik mengikut hari


Trafik mengikut waktu Malaysia



Sekarang diunjurkan Juara Komen dalam blog ini.....pemenang tahun ini ialah TedNet!!! Tahniah!! Setelah bersaing sengit bersama Shahrizal dan Himitsu yang bertukar-tukar tampuk kejuaraan, akhirnya kemenangan berpihak kepada beliau. Ted telah membuat sebanyak 155 komen berbanding naib juara, Shahrizal = 139 dan Himitsu = 136. Dibawah ini senarai carta Top 15 pemberi komen kesuluruhan entri pada 2007.....



1. Tednet (159)
2. Shahrizal (143)
3.Himitsu (137)
4. Rattar (47)
5. Aries Kaze (42)
6. Shamsul Aqbary(41)
7. Yanz Lasagna (22)
8. Grey (15)
9. Zerd (13)
10. KenRixx (10)
11. Walkthrulife (8)
12.Kamarulizwan (5)
13. Nadzeem (4)
14. CekMi (3)
15. Kudorin(2)



Buat kali pertamanya, Lang mengumumkan statistik bagi ruangan kotak borak di blog ini....

1. Yanz @ Lasagna = 46 bicara kata
2. Angah = 42
3. TedNet = 41
4. Ken = 40
5. Rattar= 30
6. Shahrizal= 27
7. Aries Kaze =25
8. Tular@Toolar= 14
9. Nadzeem = 13
10. Budi= 12
11. Grey = 10
12. Kamar = 9
13. Zerd = 5
14. Shamsul Aqbary = 4
15 . Akak PokPek= 3

Sebanyak 328 bicara kata kesuluruhannya di dalam kotak borak itu untuk 2007!

Untuk tahun 2008 ini Lang akan cuba menyegarkan blog ini dengan paparan pelbagai kisah lagi. Terimalah “kisah Blalang di sebalik lalang” untuk tahun yang keduanya!! Tahun 2007 blog ini mengumpul 8118 hits berbanding 4844 hits pada 2006 .....thanks Uols!! Sekian laporan tahunan buat 2007 daripada Lang!!


P/s: bolehlah tempah Proton SAGA baru kepada sesapa yang minat dan mampu sebab tempahan dah dibuka!! Lang blom mampu lagi,..huhu geget jari je yang mampu!!

Label: