* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Januari 24, 2006

buah hati..buah mulut

tidak dinafikan, terdapat ramai insan di muka bumi ini yang sua menjadi perhatian umum, popular atau dikagumi...Dalam pada itu, terdapat 2 jalan untuk dikenali ramai, sama ada dari segi kebaikan atau keburukan..atau ringkasnya..PUBLISITI & KONTROVERSI!
Satu cara untuk popular yang paling mudah ialah dengan mengaku orang popular itu sedara bau2 bacang ke bau2 kentut ke, kawan lama mahupun kekasih lama!!Contoh yang sukses ialah Rebecca Loos & Sarah marbeck yang menjelmakan kontroversi terhadap bintang kesayangan Phoenix , david beckham! Dengan tiba2 je nama mereka berdua ini sebaris pemenang Oscar kategori pelakon wanita terbaik dan menjadi cover story di mana2!!

Satu lagi way to be popular ialah dengan mendampingi orang2 popular ini !tak kiralah sebagai kawan ke bodyguard ke...atau paling best jadi je couple si DIA!!Kita boleh lihat bagaimana melonjaknya nama Katie Holmes yang hanya bintang drama TV bila couple ngan TOM Cruise!!

Tentulah ramai di antara kita yang mengimpikan buah hatinya adalah dari kalangan buah mulut yang hangat diperkatakan tentang kelebihannya,bukan??!

Buah mulut orang ni tak terhad pada situasi sebagai selebriti ajer...malah boleh juga dalam lingkup yang lebih kecil...seperti di dalam kumpulan, kelas, sekolah, kolej, di kampung atau taman perumahan!!ingat tak masa dulu2 ..time blalanglalang xde lagi...Ratu Kebayalah paling glemer kat kampung2...pastu Juara kugiran...Juara talentime dan zaman sekarang ni pulak kat kampung paling femes ialah Ratu Propaganda!!
Hmmm...apa pun..blalang lebih senang dengan keadaan yang kurang popular..profil rendah dan lemak pun rendah!!keadaan cam ni lah yang lebih selesa dan aman (bukan "ammey" la!!) walaupun sifat blalang gitu..yang suka nyorok dibalik lalang ni..tidak dapat nak halang takdir....apa yang nak terjadi..terjadi juga!!Blalang dlu pnah la jadi buah mulut ni kat sekolah..gara2 dianggap anak emas kesayangan cikgu...selain menang beberapa pertandingan kat sekolah..(walhal ciput jer!!) ..then bila kat kolej pulak..bila nak terlalu low profile pun kene kutuk juga!!Aiyo..tk tau lah nak puas kan ati orang2 ni camne!!

Hmm..agaknya sronot juge agaknye kalau jadi buah mulut orang ni agak nya...maka sronot la juga berdamping dengan org2 yg jadi buah mulut orang ni agaknya..tak kiralah ppopular sebab rajin posting dalam forum internet ke..atau popular sebab suka berfantasi o realiti..tak pun jadi wakil bola kat kolej...takpun popular sebab blog yang tak berhenti berharap...atau popular sebab suka menyorok kat blog orang lain(hehe..matilah aku pas ni!!)semuanya ada kelebihan tersendiri!!!

justeru itu..tepuk dada tanyalah Chef nak masak ape!!!!tak pasal2 kena tepuk kat muka!!Aiyo!!
eh...Mahu ke buah hati yang merupakan mulut orang ni??atau mahu yang sebaliknya?terpulanglah...sapa tahu ..kalau dah nasib lepas berbuah hati nanti ..kalau nak jadi buah mulut orang jadilah juga!!!!!Aiyaaaa!!!



--buah2 yang tak mungkin menjadi buah hati..tapi buah yang akan masuk ke mulut!!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Januari 16, 2006

blalang di sebalik lalang

blalang di sebalik lalang

Label:

Blalang*Lalang

Penghantar terseronok!!

Aiyo...memang hari2 blalang berjalan agak sama setiap hari...hmm..aktiviti sosial pun kurang..kecualilah kalau ada ajakan toolar,phoenix atau member2 lain ...adalah juga aktiviti nak dibuatkan?...hmm..dalam membuat perkara yang sama hari2 tentunya adalah lebih membosankan jika kita tidak cuba enjoy melakukan benda2 alah tersebut!!hmm...blalang pun tercari2 juga joy dalam aktiviti sehari2..lalu terjumpa di dalam aktiviti mengambil adik dari sekolah!!hmm... apa lagi aktiviti cuci matalah paling senang & praktikal sekali!!hmm...tak sangka dalam perjalanan yang melalui 3 sekolah menengah tu rupanya banyak sekali wajah2 yang fresh2 ; yang cukup menarik perhatian blalang!! aiyoo tapi kan memandu kenalah mata kat jalan aje kan??erm..apa yang boleh dibuat ialah memandu perlahan dan menikmati view2 yang fresh2 itulah...(aiyo ... budak2 pun jadi!!) seronok juga tengok gelagat mereka ni...teringat lagi lah zaman sekolah dulu2 tu!!!hmm..tak sangka juga , ingatkan blalang je usha mereka ni..rupanya mereka pun usha blalang juga!!(hei phoenix aku tak bertepuk sebelah tangan tau!!)
Aiyo..ada yang brani mati siap “hai” lagi!!aiyo..comel!!
hm.. ada skali tu blalang saja je hon 4 girls ala2 jelita yang lalu kat depan kete time berhenti kejap kat tepi nak tunggu adik blalang kat situ...hehe...diorang terkejut giler...then balas ngan reaksi yang agak menggoda!!??...aiyo...blalang tersenyum aje...ala2 senyuman marketing berjaya lah!!...hehe...brani betul mereka ni!!apa2 pun mata blalang melilau2 cari budak2 ‘pelapis’ yang kiut2..hmm aiyo..ramainye!!naik juling mata!!hmm ada juga budak2 ‘pelapis’ ni siap usha& senyum lagi kat blalang...hmm...blalang pulak yang jadi tak menentu!!nampaknya budak2 skarang ni makin berani dan makin “brani mati” lagi!!hmm.. bezalah time blalang dulu..budak2 sebegitu agak sukar ditemui...kalau ada pun dari group budak2 nakal aje!!tak tau le ..mungkin budak2 skang ni makin nakal...hish.’habislah’ sapa jadi cikgu skang ni!!! hmm..best gak jadi cikgu agaknya..hihihi..dapat usha budak2!!(aiyo..statement giler budak ni!!)apa2 pun.. Blalang salute lah to all cikgu yang berjaya mendidik budak2 yang nakal2 skang ni...

Label:

Blalang*Lalang

Charmed is back!!

Hmm..drama omputeh paling blalang ikuti iaitu Charmed dah kembali ke STAR WORLD (Astro channel 70 )setiap Selasa!!hmm seronoknye!!hmm watak Phoebe, Piper & Paige memang ‘menarik’ hati!! ...every season macam biasalah si Paige atau Phoebe mesti akan ada pak we baru...aiyo..menarik sungguh!!Skang diorang dah kena nyamar guna identiti lain...nama pun dah jadi Jo, Jenny ngan Julie...bila tengok cermin atau orang lain tengok pompuan2 ni muka diorang nampak lain...except for family diorang yang kenal diorang!!pastu ada plak chick baru berlakon dalam season yg ni..ala yg berlakon "8 simple rules" jadi kakak yg seksi tu!!(sape yg tengok tau ler...)
aiyo lupa lak..sorry pada yg tak subscribe astro..pointless lah entries ni...hihihi



gadis charmed memang HOT!!

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, Januari 13, 2006

nak posting tapi..

hmm.. ikut ati memang ada nak posting ni..tapi kan blalang nak 'tahan' posting lah dulu..bukan apa ... tak aci lah si toolar ngan si phoenix tu tak masuk entries baru lagi!!...so simpan dulu this story yang patut release today ni!!aiyo...tak sampai ati jugak 'rasain' nya!!sian plak pembaca misteri yang setia blog aku ni...hmm...tunggu sekejap yer...kita baca lah plak blog si phoenix,raku,toolar, dan lain2 member yang ada blog tu yer!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Januari 12, 2006

kasih....


Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimpi ku
Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu...

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, Januari 11, 2006

“Saya ikhlas ni...”

Ya...betullah orang yang ucapkan perkataan di atas itu ikhlas agaknya..soalnya apakah ikhlas itu boleh diucap dengan perkataan seperti itu sahaja?? Persoalan ikhlasnya sesuatu pihak itu boleh menjadi satu perbincangan polemik ( bukan "Polleney" pati ikan tu!!) ..,mungkin topik ini kalau dibincang akan tiada penghujungnya!!
Topik ini memang tidak pernah bertarikh luput ..dan kerap kali saya bincangkan bersama keluarga, rakan2...termasuklah toolar& phoenix yang menjadi mangsa!! Bukannya apa ...saya rasa ikhlas itu lahir dari hati ..bukannya dari kata2 atau bahasa yang indah...
Akan tetapi pada zaman ini, keikhlasan itu sebegitu mudah dibuktikan atau di’zahir’kan melalui kata2....malah lebih hebat lagi keikhlasan itu boleh dilihat dan dibaca dari raut wajah seseorang!!!..maka tidak hairanlah kalau ada insan boleh mendapat kejayaan yang mudah melalui raut wajah dan tingkah laku yang dikatakan berciri2 kan ‘ikhlas’ !! lebih advance lagi beliau dijadikan role model dan idola ataupun pemimpin kerana memiliki keikhlasan sebenar itu!!
Satu lagi persoalan ialah perlunya orang yang menerima pemberian itu bertanyakan.. "ikhlas ke ni??" mungkin sesuatu yang biasa kita dengar..tetapi persoalan itu juga melambangkan keraguan penerima itu sendiri!! Kemudian si pemberi itu pun berkata.., "saya ikhlas ni!!" ..mungkin itulah cara paling mudah untuk menjawab keraguan penerima tersebut..akan tetapi terbuktikah keikhlasannya itu dengan kenyataan sebegitu???
Ada orang kata ikhlas itu ialah apabila membuat sesuatu tanpa inginkan balasan atau keuntungan selepas itu..tapi bagaimana pula halnya dengan kata "ikhlas cintaku ini!!"?? mungkin penyanyi Nurul dan suaminya Ajai yang mencipta lagu "Ikhlasnya Cintaku" boleh menjawab persoalan ini agaknya...
Bagaimana pula dengan "Ikhlas tapi jauh" yang didendangkan oleh Zainal Abidinitu?? Ikhlaslah jugakkan walaupun jauh.... "ikhlaslah jugak??" aiyyo...ikhlasnyerrr!!
Satu lagi budaya membuat majlis penyerahan cek derma yang kerap sangat berlaku...pada majlis itu pastilah ada replika cek sebesar satu depa yang akan menjadi simbol pemberian ‘ikhlas’ itu ...Turut disertai dengan acara posing dan senyum manis penuh ‘ikhlas’ bagi membolehkan lensa kamera merakamkan detik2 penuh ‘ikhlas’ itu!!Hmm...sungguh ‘ikhlas’ kan??Selepas itu pihak terbabit pastilah dilabelkan sebagai berciri2kan ikhlas!!!
Sebenarnya persoalan ikhlas ni tak boleh dipersoal, diiktiraf mahupun dibuktikan kerana hanya pemberi itu sendiri dan Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu!! Siapa tahu..hari ini dia kata... "Ambillah ini..aku ikhlas ni!!" esok lusa pula dia mengungkit
" Nasib baiklah aku bagi kau hari itu..kalau tidak susahlah kau kan??". Jika korang pernah menghadapi salah satu dari situasi terbabit...maka fahamlah apa yang dipanggil keikhlasan sebenar bukan??!!
Oklah..dengan ingatan tulus dan ikhlas..diharapkan semua yang kita buat adalah ikhlas..lahir dari hasrat kita sendiri bukan dipaksa atau terpaksa....selamat ber’ikhlas’ semua!!!



" aku ikhlas nak TERKAM korang semua nih!!! "

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, Januari 06, 2006

Perbualan yang tidak patut di...

Aaah...lenguh pula duduk lama2 di CC ini...aiyya.dah 2 jam 50 minit rupanya!! Hmm ..alang2 aku cukupkan jelah lagi 10 minit tu dengan bukak apa je web yang terlintas...hmm puas juga hari ini (rabu,4 Jan 2006)...aku dapat juga belajar sedikit sebanyak mengenai setting2 dalam blog ni...Cuma nak blajar lagi kod HTML yang aku tak berapa paham lagi..mujurlah toolar dan adindanya; raku mengajar aku...kalau tidak habuk pun tak jadi!! Hmm..jam dah 1845 ...aiyya aku kena jemput adik ni!!!dah terlewat rupanya...duduk dalam CC ni memang tak sedar apa yang berlaku di luar..hatta masa pun berlalu cepat...adakah disebabkan server slow atau aku yang terlalu asyik sangat dengan internet ni?? Aku pun mengangkat punggung dan menuju ke kaunter... “hmm komputer 31, berapa??!!”... budak lelaki yang menjaga kaunter itu pun membalas.. “ nam inggit ,bang!!” .Aku pun terus mengeluarkan duit dalam dompet yang semakin menipis itu!! Hmm sambil2 menunggu baki itu, aku melihat keadaan di dalam CC itu dipenuhi remaja yang pastinya bukan budak2 sekolah...lepasan SPM agaknya(main teka2 je)...selesai urusan ke kaunter aku pun bergegas membuka pintu CC itu...



alamak!! hujan lebat rupanya di luar ni!! Aku terus memikirkan cara untuk ke kereta yang berada sejauh 50 meter itu!!hujan semakin lebat pula..diselangi guruh berdentum...aku pun memilih untuk melompat2 dari deretan kedai ke deretan kedai yang lain!!think like blalang jugalah ni!!
...dari jauh terpandang seorang lelaki beruniform biru macam JPJ aje di deretan kedai yang akan aku lompat itu!!...teringat pula abang JPJ masa ujian memandu dulu!!! Aku terus melompat...alamak abislah rosak topi biru berlambang “smart petrol” ni ...



Aku memandang brader tadi...Semakin dekat semakin jelas dia bukan JPJ tapi pekerja Majlis Perbandaran rupanya..hmm segak jugalah orangnya..aku jalan melalui belakangnya untuk menuju ke hujung deretan kedai yang nak ditujui itu..terhidu pula wangiannya yang aku tak cam dari jenama apa..hmm..lagi pun memang aku tak pakar mengenali bauan minyak wangi ni..lainlah kalau bau RIDSECT!!! Tapi menangkap jugalah sampai ke otak!!
Sampai di hujung deretan kedai itu aku terpandang air longkang di sebelah tepi kedai itu melimpah dan jarak ke deretan kedai seterusnya agak jauh juga ...aku memandang sekeliling..termasuklah memandang kembali brader tadi yang berjarak 4 meter aje.....aku sudah sepuluh minit di situ..alamak kenalah telefon adik aku ni..kenalah bagitau yang dia keadaan kat sini....Aku terus mendail...hmm bunyi toot..toot..yang dikatakan membosankan itu kedengaran ...terbayang pulak muka si Kartini pengacara 3R itu membuat muka boring dia dalam iklan maxis tu..aiyyo tak de jawapan pula...
tekan redail..sambil2 membuat panggilan itu aku mengerling ke arah pekerja Majlis Perbandaran itu ...aik dah ramai pula...kawan2 brader tu muncul tiba2...semuanya datang dari beberapa kenderaan Majlis Perbandaran yang berada di kedudukan pukul 10 aku itu agaknya!! Mereka nampak tengah memulakan perbualan...ada yang memandang ke arah aku mungkin sebab takde scenery lain nak pandang kot!! Hmmm... penat aku mendail..namun adik aku tak menjawab...aku mendail nombor mak aku pula...sambil2 tu terlihatkan mereka menghidupkan api rokok masing2..aku pun terfikir..”hmm perokok ni tak tahan sejuk agaknya...sejuk sikit terus nak merokok!!”....Mak aku menjawab panggilan..tapi suaranya putus2...hmm ..bosannya macam ni!!aku menamatkan terus panggilan itu...aku lepak kejap..dalam hati nak je kata kat adik aku “ nasib ko lah..aku call ko tak jawab..ambik lambat2 lah skit!!” Aku terlihatkan ada sesorang dalam jip Majlis Perbandaran itu bagai menjenguk2 untuk melihat siapa aku ni agaknya...aku pun turut terjenguk2 juga bagai membalas jengukan dia tu!!
Kemudian hujan reda skit..kemudian terdengar suara mereka berbual..rancak gamaknya!!!aku pun terus mencuri dengar apakah topiknya itu...suara mereka yang bagaikan melawan bunyi guruh itu semakin jelas tatkala hujan makin reda walaupun berstatus agak lebat!!
Seorang dari mereka berkata “Hujan2 begini mel***** sedap gak kan??” kemudian seorang lagi mencelah “Abang , hujan2 begini kalau kat umah itu lah startlah buat benda tu” nampaknya mereka suka dan gembira dengan topik itu!!..
Aku kaget!!aiyyo..apalah topik diorang ni???hmm itu memang hak diorang..tapi sesuai ke dengan keadaan open air sebegini??terpandang pula kakak2 sedang membuka payung di deretan kedai yang seterusnya, nasib baik jauh dan hingar suasana!!....aku tak selesa dan macam amat tak setuju je...aku ni memang sempit skit pemikiran lebih2 lagi melibatkan soal peribadi dan sx ni!! Aku dulu pernah memarahi kawan cina lama aku yang suka sangat crita sx2 ni...bukannya apa ..aku tak selesa sebab cerita di tempat dan masa yang tak sesuai!!tiba2 ..”KEDEBUMMM!!” cahaya terang disertai jaluran kilat terpancar jelas dipandangan sejauh 10 meter bersudut 45 darjah di kiri aku..kilat itu menyambar sebuah kedai disitu!!terkejut semua yang ada di situ termasuklah aku!! Ketika itu, aku masih memegang telefon bimbit ku di tangan menanti khabar dari adik aku....syukurlah aku tak disambar petir!! Kemudian mereka semua itu memandang tepat ke arah aku bagaikan juri mahkamah menetapkan aku bersalah menyebabkan kilat petir itu...Aku glabah juga..dan cepat2 sorok handphone di ketiak berdeodoran ini..nampak gayanya diorang rupanya Cuma ingin memastikan aku ok je kot..kemudian meneruskan perbualan yang nampak bersangkut paut dengan kejadian tadi..
Hmm ujan makin reda..mereka semua itu menuju ke kenderaan berlambang Majlis Perbandaran meninggalkan aku keseorangan dan nampak seperti ada kerja menanti mereka!!!aku menerima mesej mengatakan adik aku dah pun pulang..”hmm hantu betul!!”
Aku pun tak berminat lagi duduk di situ..dan melompat ke deretan kedai seterusnya dan sampai juga berdekatan kereta... aku terus melarikan diri ke kereta..malas pulak nak tunggu lagi!!Dalam pada tu terpikir juga.....aiyoo..sesuai betul topik tersebut di tempat yang open air camni...hmm .. tak sangka yer... dengan teman sekerja pun nak story benda2 cam tu yang bagi aku amat peribadi...hihihi.... Persoalan turut timbul apakah ia topik yang tak patut di...dengari, di...bincang atau di...malukan???

Sebenarnya bukanlah blalang tidak penah membuat perbincangan topik tersebut..tetapi ia berlansung penuh privacy, tanpa hilai tawa..tepuk tampar atau sindir menyindir..ia lebih kepada hati ke hati....setaraf cik sri siantan jugalah kan.... cuma takdelah nak heboh2!!
mamat yang berbincang itu pun dah ber-rumah tangga sekarang dan ber-anak satu!!Hmm teringat lagi masa baru2 mamat tu kahwin..kengkawan sibuk menanyakan malam pertamanya...sambil si mamat tu tersenyum dan memandang aku ;bagaikan ingin memberitahu sesuatu kepada aku...aku nak je mentertawakan sikap kengkawan aku yang kebudak budakan itu..yelah bukankah hal suami isteri itu rahsia mereka..adakah mereka tidak mengetahui atau masih berfikiran tidak matang??

Apa2 pun, maybe next time aku kenalah open skit mind ni manalah tau pada masa depan nanti apalah pula topik yang terkeluar dari teman sekerja aku?!!

Label:

Blalang*Lalang

Mi condicion


Ewah betul ke ayat ni toolar?? Sebenarnya Cuma nak bagitau keadaan diri aku sekarang ni...perkembangan semasa blalanglalang!!!

Sekarang ni jadi driver aje kat umah..adik2 & nenek punya driver....takdelah pi jauh2 pun, tak brani sesangat masuk KL ..maklumlah lesen ‘P’ pun tak abis lagi!! Sekarang just makan tidur, tv..computer...CD...telefon...brangan..(ooppss!!!) Dengar2 ada gathering member2 JW ...bulan Feb..hmm..kenalah prepare diri skit( ye ..ye..aje!!)!!hihihi....skang ni musim ujan pastu panas then ujan lebat..pastu panas kering..itu yang buat orang yang ber-anti bodi lemah pastilah mudah dapat demam!! Blalang pun asik2 tak sedap badan je..aiyyo macam nak demam je ..pastu tido kejap then ilang terus perasaan tu!! Tapi suhu badan still panas2 walaupun kondisi takdelah sakit2 atau sengal2!! Tak taulah demam rindu orang jauh kot!!! (oopps!! I did it again!!)
Petang semalam sempat lagi mandi sungai dengan member..nasib tak baik.. tergelincir time nak push kaki masa nak terjun...licin banget!! Nasib baik tak de batu kat bahagian dasar kawasan yang diterjuni itu!! Bahaya jugak!!! Tapi teringat masa kecil2 dulu selamber aje lompat kat situ..sekarang terlalu berhati2 tak taulah mungkin sebab dah tua kot?? Masa tergelincir tu ..lompatan gaya terkangkang terjadi juga tapak tangan aku terkena batu dan membuat kan rasa sengal2 sampailah time publish ni!!aiyoo... time jatuh tu adalah pulak teenage boys yang tengah ber BBQ terpandang ..pastu gelak sakan!!aiyoo...malu deh!!sib baik lelaki je kat situ!!!kira oraitlah skit!
Walaupun gagal lompatan itu, syukurlah selamat dan paling best dapat atasi ketakutan masa nak terjun tu!!kira puaslah jugak..cuma slack ada kesilapan teknikal ajer!! Hmmm nantilah ada rezeki nak je ajak member2 lain plak..tapi tempat tu sebenarnya lebih sesuai dengan bilangan pengunjung seramai 25 orang ke bawah sahaja..hari cuti memang ramai..even hari biasa pun ada gak yang berkelah dan bertenet..cam ne tu??

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, Januari 04, 2006

6 entries 1 day??


Baiyyo...6 entries 1 day?? Itu cuma untuk intro ajer...mula2 start the blog..hihihi..semangat skit!!bukan nya apa..bukan slalu online ni..so bila dah update kena lah bagi sekali rub gitu!!masa publish ni still learning about the settings in this blog...cubaan pertama dah gagal..hihihi...upload gamba pun tak reti?????ada ke main copy paste aje...ngok nget btul!!sib baik si toolar bagitau!!harap2 blog ni akan sedikit terhias dan lebih mantap dengan adanya gamba2 yang tak sesuai bawak ke majlis ni!!!!!!!oklah, enjoy!!!also thanks 4 link up my blog!!!

Label:

Blalang*Lalang

Teringat member lama

Bila teringat zaman sekolah, secara tiba2 teringat juga kat kawan lama yang suka men-title kan dirinya best friend aku!!setiap kali nak pinjam sesuatu ..pastilah terpacul perkataan "kita ni best friend kan?? Ye aku boleh terima statement itu pada waktu dulu...mungkin kami memang best sebab sekepala..suka sharing...selalu nasihat menasihati..borak telefon lama2....malah berutus surat & e mel juga!!dia lah yang membawa aku ke dunia internet..tapi nak kata best friend tak tahu lah...lama gak kami berkawan sampai tamat sekolah aku amik matrik..dia amik dip...lamalah kami ni berkawan..macam2 kenangan ada bersama...sepanjang kami berkawan ni banyaklah gak aku bersabar dengan mulut laser dia ni ...maybe sebab dia anak bongsu..so semua situasi tu dia nak menang aje.. selain itu, dia juga agak menjaga standard membuatkan aku kurang selesa kerana sifat aku yang suka pada kesederhanaan... alah sabar jelahkan ..member baik!!!kami pernah berjanji akan berkawan sampailah ke anak cucu..hmm..tapi tuhan menentukan segalanya...
Tatkala aku benar2 & terdesak memerlukan dia di saat sesuatu masalah berlaku kepada aku, dia langsung tak ambil peduli malah mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan..barulah aku tahu erti persahabatan sebenar!!!Lalu aku menggunakan kuasa veto menamatkan terus persahabatan kami!!!Ambik kau!!
-> ye kejam bukan tindakan itu?? Memang sukar membuat keputusan itu..tapi tekad telah mengatasi segalanya..
berhelai surat dia utus supaya kami kembali berkawan seperti dulu malah melalui telefon juga....namun hatiku masih belum bersedia menghadapi dirinya kembali!!! Aku telah memaafkan dia ni..tapi aku tak sanggup hadapi apa jua tekanan bila berhadapan dia...ialah bila bersama dia aku rasa macam tengah berlakon drama pula!! Hmm selepas dia ni ..muncullah beberapa insan lain yang aku rasa benar2 menghargai aku sebagai sahabat...syukurlah aku temui mereka ini..dan tak disangka2 rupanya ada juga kawan sebaik itu!!Apa2 pun... bukanlah sesuatu yang baik memutuskan sesuatu silatur rahim ..tapi kalau demi kebaikan, adalah harus kita menjauhi orang2 tertentu ketika berhadapan situasi tertentu!!

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Januari 03, 2006

Budak2 kembali ke sekolah

Hari ini budak2 sekolah telah pun memulakan persekolahan..satu kelegaan juga..yelah kiranya kat CC kurang skit budak2 yang main game ni..tenang skit dalam CC yang aku guna untuk masukkan entries ni...hmm..bilalah nak pasang internet kat umah??hmm bahye..tunggu lah bilik aku leh masuk komputer!!skang ni kat sangat dengan TV tak syoklah kan??hmm ..lagipun bila ada internet kat umah takde alasan plak nak kluar2 ni...hihihi..adik bongsu aku form 4 skang..hmm..cepat masa berlalu..macam baru je abis sekolah ni!!!itu yang Toolar tegur masa aku tengok lama kat ibubapa yang sibuk beli barang sekolah anak mereka tu..bukan apa rindulah gak kat zaman sekolah!!
Ingat lagi sekolah yang penuh dengan umpat mengumpat, adik-kakak-abang angkat, pertandingan itu dan ini, gelagat budak2, cikgu garang, cikgu lawa, ko-kurikulum, perbarisan, sukan...uniform aah..rindu kan??memang macam giler skit kalau kenang masa dulu2.. macam2 kes!!

Label:

Blalang*Lalang

Selamat Datang 2006

Selamat Tahun Baru semua!!!Tahun baru azam baru???isk..azam tahun ni ialah menunaikan azam tahun2 lepas lah...hihihi...ada gak azam baru..salah satu ialah meng-update blog baru ni seberapa kerap yang boleh...ok tak??? Harap2 ada idea & ransangan..(huiyo!!)

Aku sebenarnya setiap kali kalender bertukar helai ..hanya harapan yang sering dipalu..bukan cita atau tekad...apa pun harapan yang terdetik kini ..aku akan pastikan cita dan tekad akan seiring!! Yelah harapan kita pastinya agar tahun baru ini lebih baik dari tahun2 yang lepas...oh ya..grad sudah..kerja belum lagi!!hmm... pastinya tahun 2006 ini akan lebih bermakna bila aku amik skrol bulan 8 nanti!!aiyo..isk..tapikan, bulan 8 tu dah nak abis tahun tu..->> abih den nak buek cam no??

BAiyyo..lambatnya nak bulan 8 ni....

Label:

Blalang*Lalang

Review 2005- Hari Jadi

Setiap kali hari jadi aku akan adalah cerita yang berlainan setiap tahun..pun begitu tahun ini sambutannya berbeza..ada insan lain turut meraiikannya..hihihi..sape tu??rahsia lah...hadiahnya sesuatu benda yang pakai habis!!aiyo...camne ni nak pakai pun sayang tak pakai macam bazir plak??!! Famili aku pun sambutkanlah juga..yelah. hari jadi beza sehari dengan kakak..so nak tak nak buat skali rub lah!!

Aku gak terlepas beberapa surprise birthday untuk member lain disebabkan kesilapan teknikal & masalah aku sendiri..alah..takpelah ..takde rezeki kot!!

Lain plak di penghujung 2005!!aku mengenali ahli forum yang seterusnya mengajak aku ke majlis hari jadinya..alah si Toolar & Phoenix lah!!ok lah gak kan...sib baik dorang ni satu kepala lah gak...walaupun aku segan giler pada mulanya!!bersama kitorang ialah kawan diorang ni..Peah!!(aiyo..) aku kenalah ingat ni..tarikh dorang nih..22/12 & 29/12..eh betul ke??hihihi…

>> dari kiri ke kanan..phoenix, peah , aku & toolar


oo pembetulan..tarikh sebenarnye 23&30 disember..tercepat sehari plak!

Label:

Blalang*Lalang

Review 2005- Perkenalan

Tahun 2005 juga tahun perkenalan aku kepada beberapa insan – insan bergelar “chit chat only”, kawan, sahabat, pencinta, insan nyamuk dan musuh dalam selimut!! Aku mula aktif berforum di “JW” dan mengenali beberapa ahli forum yang begitu “mesra” dan juga begitu mengikuti perkembangan aku dalam web itu!! Tambahan lagi, penghujung 2005 aku berpeluang mengenali ahli forum secara langsung!! Terima kasih atas layanan baik diorang ni... hmm kenalah sebut gak nama diorang ni... àPhoenixmly & Toolar!!!
Dorang ni nice & baik2 belaka !! sesapa ahli yang belum jumpa, eloklah jumpa diorang ni...(hihihi...ayat promoter plak!!) kalau ada rezeki harap2 dapatlah jumpa lain2 ahli forum..

Label:

Blalang*Lalang

Review 2005- Kerja Sementara


Tahun ini menyaksikan aku bekerja sementara di KLCC sebagai pembantu jualan sementara menunggu cuti semester berakhir..yelah cari duit skit buat bayar utang!!hihihi.. seronok juga kerja simple camni...masih ada sakit peningnya kerja camni tapi seronok sebab dapat kenal pekerja2 lain yang baik hati, kelakar dan boleh dibuat kawan!!! Meskipun kerja disitu cuma sebulan tapi boleh dikatakan memberi kesan jugalah kepada kenalan di situ walaupun pekerja sebelum aku dulu tu seseorang yang lebih glemer kerana suka sangat berlawak slapstik! Mungkin adalah juga daya penarik aku ni walaupun jarang sekali berlawak dan selalu gak kunci mulut!!

hmm paling kelakar sekali tak de sorang pun kat situ yang mempercayai aku berumur 23 tahun ketika itu!!patutlah adik2 kat situ haram lah nak panggil “abang” kat aku! hampeh!! Sampai aku tunjuk IC barulah percaya!!hmm sebelum tu main teka2 lah jugak kan.. paling banyak teka aku ni umur lepasan SPM,18 & 19..aiyo mudanya!!ni kena makan jamu nampak tua lah plak!!
kerja kat situ penat berdiri aje..tapi paling seronok kitorang main BINGO yang direstui oleh supervisor department tu tapi tidak penyelia department lain!!hihihi..lawak2..tapi biasalah..main BINGO tu slalu lah gak jadik juara!!yeeehaa..

dalam men-serve customer yang banyak dari golongan kaya & foreigner tu banyaklah menghadapi kerenah.. then..masa sidang NAM berlangsung ramai lah foreigner yang datang

Insiden paling konpius ialah mengenai sorang bodyguard yang tengah jaga Menteri Kewangan Senegal membeli belah boleh pulak sedap2 borak ngan aku!!lama gak borak2 ..pastu dia begitu bersungguh2 meyakinkan aku dia ni polis yang juga tengah under-cover..yelah aku ni mungkin kelihatan tak percaya apa yang dia cakap ..itu yang sampai dia pegi bagitau dia bawak pistol kat pinggang tu!!

Statement dia cam ni lah masa tu..
(selepas agak lama berborak mengenai Menteri Senegal yang banyak kerenah tu)
Bodyguard: aku ni polis tau !!
Aku: eh ye ke ni?
Bodyguard: yelah..aku tengah undercover ni..yelah sambil2 jaga Menteri Senegal ni..
Aku: Polis ke? bukan ke patut bodyguard upahan??
Bodyguard: Dah orang atasan suruh nak wat pe kan?? Aku ada pistol ni kat pinggang ni!!
Aku: Ooo ye ke?? (sambil tersenyum sinis)
Bodyguard: Yelah!!Itu yang pakai blazzer ni..ingat kitorang ni(bodyguard) suka2 je pakai blazzer ni!!
Aku: Oo..OK!(buat2 tak tahu je; tak interested pun.. cuma macam nak ketawa je dengan statement cam tu)
~ tak lama kemudian Menteri itu memanggilnya supaya membawa barang yang telah dipilih untuk dibayar...

Selang beberapa minggu lepas itu, aku kemudiannya terserempak dengan bodyguard a.k.a polis itu pakai uniform dia kat area ampang..oh.. sah betullah dia polis!!
..aiyo.. nak je aku cakap ...kalau ya pun tengah under-cover hari tu pun awatlah hang bagitau aku??perlukah dia bagitau aku yang dia bawak pistol dalam blazzer tu ke hulu ke hilir??
Hmm ada gak polis yang leh cakap ala2 gitu!!(hihihi..) Tapi tak pe gak ..aku tahu lah bahawasanya aku ni orang yang boleh dipercayai meskipun dari first sight dari orang yang baru dikenali!!

Hmm kerja kat situ gak kadangkala aku juga terpaksa melarikan diri juga kalau2 ada kenalan yang singgah kat situ..yelah segan gak kan!!tapi biasalah nak elak camne ..mesti terjumpa jugak!!adalah yang ok je nampak aku kat situ..tak kurang yang senyum sinis..hmm tapi peduli apa kan? Kita kerja situ sementara je..yelah cari duit poket skit..oklah dapat duit halal dekat RM900 >> sape nak bagi??

Label:

Blalang*Lalang

Review 2005- Dugaan


Hmmm tahun 2005 adalah tahun yang penuh dugaan buatku...tahun 2005 menyaksikan kejadian2 hebat di seluruh dunia juga...takziah buat mangsa2 bencana alam Tsunami,gempa bumi, dan taufan...sesungguhnya Allah Maha Besar...

Buat diri aku pula adalah perjuangan menghabiskan pengajian ku...sesuatu dugaan juga...yalah member2 lain dah grad&konvo tinggal aku sorang je terkontang kanting bersama beberapa kerat lagi kawan se-intake yang masih tinggal!!setiap kali terdengar lagu “Graduation(Friends Forever) - Vitamin C” tersentuh semacam (sampai sekarang)!!! Tapi Alhamdulillah aku berjaya jua menamatkan pengajian ku itu!!Lepas je dengar lagu Vitamin C yang tak bervitamin tu kenalah cover balik perasaan dengan lagu “Through The Rain- Mariah Carey”. Dugaan dalam pengajian ni dahsyat juga..sama ada dari segi mental, pengurusan kewangan mahupun dalam menjaga hubungan dengan insan lain!! Paling menduga rasa adalah apabila duit loan PTPTN hanya dimasukkan pada 3 minggu terakhir sebelum semester berakhir.. masa tu memang dah nak give up dah..nasib baik ada sahabat yang bagi peransang supaya meneruskan juga!!dia jugalah yang banyak membantu dari segi kewangan dan akhirnya aku kenalah kerja untuk bayar balik pinjaman dia itu!!

~ Graduation - Vitamin C
And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
We'd get so excited, we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels[1]
- As we go onWe remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still beFriends Forever
So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels[Repeat 1]
La, la, la, la:Yeah, yeah, yeahLa, la, la, la:We will still be friends forever
Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

~ Through The Rain - Mariah Carey
WHEN YOU GET CAUGHT IN THE POURING RAIN
WITH NOWHERE TO RUNWITHOUT ANYONE
AND YOU GET A LITTLE BIT FRIGHTENED
CAUSE YOU'VE LOST YOUR WAY HOME
BUT THROUGH ALL THE THUNDER AND LIGHTENING
JUST KEEP PRAYING AND KEEP SAYING TO YOURSELF
CHORUS:YES I CAN, YES I CANI'LL MAKE IT THROUGH THE RAIN
I'LL STAND UP ONCE AGAIN
ON MY OWN AND I KNOW
THAT I'M STRONG AND IN TIME
I CAN MEND
WHEN I'M AFRAID
I HOLD TIGHTER TO MY FAITH
LIVE ANOTHER DAY LONGER
AND I MAKE IT THROUGH THE RAIN
VERSE 2 :AND IF YOU KEEP ON FALLING DOWN
DON'T YOU DARE GIVE IN
YOU WILL ARISE SAFE AND SOUND
IF YOU KEEP PRESSING ON, STEADFASTLY
YOU'LL HAVE EVERYTHING YOU NEED
BELIEVE YOU WILL PREVAILIF YOU JUST SAY
CHORUS:
YES I CAN, YES I CANI'LL MAKE IT THROUGH THE RAIN
I'LL STAND UP ONCE AGAIN
ON MY OWN AND I KNOW
THAT I'M STRONG AND IN TIMEI CAN MEND
WHEN I'M AFRAID
I HOLD TIGHTER TO MY FAITH
LIVE ANOTHER DAY LONGER
AND I MAKE IT THROUGH THE RAIN
BRIDGE:THERE ARE TIMES IN YOUR LIFE
WHEN YOU FEEL LIKE YOU CAN'T KEEP GOING
BUT KEEP HOLDING ON, KEEP HOLDING ON
THERE ARE TIMES IN YOUR LIFE
WHEN YOU FEEL LIKE THE WORLD ALL AROUND YOU HAS SHATTERED,
BUT KNOW THAT YOU CAN'T BE BROKEN
DON'T BE AFRAID, STAND TALL AND SAY

CHORUS: YES I CAN, YES I CAN
I'LL MAKE IT THROUGH THE RAIN
I'LL STAND UP ONCE AGAIN
ON MY OWN AND I KNOWTHAT I'M STRON AND IN TIME
I CAN MEND
WHEN I'M AFRAID
I HOLD TIGHTER TO MY FAITH
LIVE ANOTHER DAY LONGER
AND I MAKE IT THROUGH THE RAIN

Label:

Blalang*Lalang

Selamat Datang ke Dunia Blog ku

Assalamualaikum pada pembaca budiman…ceh..ayat…

Eh terlewatkah aku memulakan blog sendiri?hmm ini bukanlah blog yang pertama buat ku..dulu pun adalah buat ala2 blog camni…tapi kat yahoo-geocities lah…tu pun dah lama tu…
Citer lama tak yah le nak heboh2 kan? Sebenar nye malas nak ber blog2 ni …tapi adalah sorang insan ni sibuk nak tau gak perkembangan semasa blalanglalang yang tak glemer ni…aiyo…terpaksalah jugak ni!! Takpelah ni kira “seru” dah sampai sampai lah ni...Hihihi… sebut pasal “seru” ni..aku sekarang ni meruntun jiwa kalau dengar lagu “KU SERU” dari filem PHSM 11 nyanyian artis remaja kegemaran aku..Misha Omar...
lagu ni meskipun orang kata tak sepopular “Pulangkan” dulu tapi bagi aku lagu ni lebih dari sebuah “lagu hantu”..kerana lirik nya flexible( sesuai ke??)...boleh mengikut situasi...sama ada menceritakan jalan cerita PHSM 11 atau pun kisah pasangan kekasih yang terpaksa berpisah..

~ Ku seru – Misha Omar

ku membayangi..jiwa hatimu
tapi perpisahan menunggu
ku ingin membelaimu
namun kasihku tiada restu

diri begini..kerna selama
ditinggal marah sengsara
hingga hilang terlupa
siapa aku sebenarnya..sayang..

oh dengarlah sayu tangisanku
mengapa degupanmu ku seru
kerna kesepian nan terlalu
kembalikan hidup yang ku rindu

oh dengarlah sunyi tangisan ku
kau tahu ku amat menyayangimu
oh pergilah kau bukan milikku
pulang pada yang mengasihi..dirimu

~ kau ku seru...kesepian berlalu..maafkan daku.. ~

sampai disini
ku lepas kau pergi
biar ku damai bersemadi
lukamu ku mengerti
kanku hilangkan derita..ini...

Label: