* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Jumaat, Januari 06, 2006

Perbualan yang tidak patut di...

Aaah...lenguh pula duduk lama2 di CC ini...aiyya.dah 2 jam 50 minit rupanya!! Hmm ..alang2 aku cukupkan jelah lagi 10 minit tu dengan bukak apa je web yang terlintas...hmm puas juga hari ini (rabu,4 Jan 2006)...aku dapat juga belajar sedikit sebanyak mengenai setting2 dalam blog ni...Cuma nak blajar lagi kod HTML yang aku tak berapa paham lagi..mujurlah toolar dan adindanya; raku mengajar aku...kalau tidak habuk pun tak jadi!! Hmm..jam dah 1845 ...aiyya aku kena jemput adik ni!!!dah terlewat rupanya...duduk dalam CC ni memang tak sedar apa yang berlaku di luar..hatta masa pun berlalu cepat...adakah disebabkan server slow atau aku yang terlalu asyik sangat dengan internet ni?? Aku pun mengangkat punggung dan menuju ke kaunter... “hmm komputer 31, berapa??!!”... budak lelaki yang menjaga kaunter itu pun membalas.. “ nam inggit ,bang!!” .Aku pun terus mengeluarkan duit dalam dompet yang semakin menipis itu!! Hmm sambil2 menunggu baki itu, aku melihat keadaan di dalam CC itu dipenuhi remaja yang pastinya bukan budak2 sekolah...lepasan SPM agaknya(main teka2 je)...selesai urusan ke kaunter aku pun bergegas membuka pintu CC itu...



alamak!! hujan lebat rupanya di luar ni!! Aku terus memikirkan cara untuk ke kereta yang berada sejauh 50 meter itu!!hujan semakin lebat pula..diselangi guruh berdentum...aku pun memilih untuk melompat2 dari deretan kedai ke deretan kedai yang lain!!think like blalang jugalah ni!!
...dari jauh terpandang seorang lelaki beruniform biru macam JPJ aje di deretan kedai yang akan aku lompat itu!!...teringat pula abang JPJ masa ujian memandu dulu!!! Aku terus melompat...alamak abislah rosak topi biru berlambang “smart petrol” ni ...



Aku memandang brader tadi...Semakin dekat semakin jelas dia bukan JPJ tapi pekerja Majlis Perbandaran rupanya..hmm segak jugalah orangnya..aku jalan melalui belakangnya untuk menuju ke hujung deretan kedai yang nak ditujui itu..terhidu pula wangiannya yang aku tak cam dari jenama apa..hmm..lagi pun memang aku tak pakar mengenali bauan minyak wangi ni..lainlah kalau bau RIDSECT!!! Tapi menangkap jugalah sampai ke otak!!
Sampai di hujung deretan kedai itu aku terpandang air longkang di sebelah tepi kedai itu melimpah dan jarak ke deretan kedai seterusnya agak jauh juga ...aku memandang sekeliling..termasuklah memandang kembali brader tadi yang berjarak 4 meter aje.....aku sudah sepuluh minit di situ..alamak kenalah telefon adik aku ni..kenalah bagitau yang dia keadaan kat sini....Aku terus mendail...hmm bunyi toot..toot..yang dikatakan membosankan itu kedengaran ...terbayang pulak muka si Kartini pengacara 3R itu membuat muka boring dia dalam iklan maxis tu..aiyyo tak de jawapan pula...
tekan redail..sambil2 membuat panggilan itu aku mengerling ke arah pekerja Majlis Perbandaran itu ...aik dah ramai pula...kawan2 brader tu muncul tiba2...semuanya datang dari beberapa kenderaan Majlis Perbandaran yang berada di kedudukan pukul 10 aku itu agaknya!! Mereka nampak tengah memulakan perbualan...ada yang memandang ke arah aku mungkin sebab takde scenery lain nak pandang kot!! Hmmm... penat aku mendail..namun adik aku tak menjawab...aku mendail nombor mak aku pula...sambil2 tu terlihatkan mereka menghidupkan api rokok masing2..aku pun terfikir..”hmm perokok ni tak tahan sejuk agaknya...sejuk sikit terus nak merokok!!”....Mak aku menjawab panggilan..tapi suaranya putus2...hmm ..bosannya macam ni!!aku menamatkan terus panggilan itu...aku lepak kejap..dalam hati nak je kata kat adik aku “ nasib ko lah..aku call ko tak jawab..ambik lambat2 lah skit!!” Aku terlihatkan ada sesorang dalam jip Majlis Perbandaran itu bagai menjenguk2 untuk melihat siapa aku ni agaknya...aku pun turut terjenguk2 juga bagai membalas jengukan dia tu!!
Kemudian hujan reda skit..kemudian terdengar suara mereka berbual..rancak gamaknya!!!aku pun terus mencuri dengar apakah topiknya itu...suara mereka yang bagaikan melawan bunyi guruh itu semakin jelas tatkala hujan makin reda walaupun berstatus agak lebat!!
Seorang dari mereka berkata “Hujan2 begini mel***** sedap gak kan??” kemudian seorang lagi mencelah “Abang , hujan2 begini kalau kat umah itu lah startlah buat benda tu” nampaknya mereka suka dan gembira dengan topik itu!!..
Aku kaget!!aiyyo..apalah topik diorang ni???hmm itu memang hak diorang..tapi sesuai ke dengan keadaan open air sebegini??terpandang pula kakak2 sedang membuka payung di deretan kedai yang seterusnya, nasib baik jauh dan hingar suasana!!....aku tak selesa dan macam amat tak setuju je...aku ni memang sempit skit pemikiran lebih2 lagi melibatkan soal peribadi dan sx ni!! Aku dulu pernah memarahi kawan cina lama aku yang suka sangat crita sx2 ni...bukannya apa ..aku tak selesa sebab cerita di tempat dan masa yang tak sesuai!!tiba2 ..”KEDEBUMMM!!” cahaya terang disertai jaluran kilat terpancar jelas dipandangan sejauh 10 meter bersudut 45 darjah di kiri aku..kilat itu menyambar sebuah kedai disitu!!terkejut semua yang ada di situ termasuklah aku!! Ketika itu, aku masih memegang telefon bimbit ku di tangan menanti khabar dari adik aku....syukurlah aku tak disambar petir!! Kemudian mereka semua itu memandang tepat ke arah aku bagaikan juri mahkamah menetapkan aku bersalah menyebabkan kilat petir itu...Aku glabah juga..dan cepat2 sorok handphone di ketiak berdeodoran ini..nampak gayanya diorang rupanya Cuma ingin memastikan aku ok je kot..kemudian meneruskan perbualan yang nampak bersangkut paut dengan kejadian tadi..
Hmm ujan makin reda..mereka semua itu menuju ke kenderaan berlambang Majlis Perbandaran meninggalkan aku keseorangan dan nampak seperti ada kerja menanti mereka!!!aku menerima mesej mengatakan adik aku dah pun pulang..”hmm hantu betul!!”
Aku pun tak berminat lagi duduk di situ..dan melompat ke deretan kedai seterusnya dan sampai juga berdekatan kereta... aku terus melarikan diri ke kereta..malas pulak nak tunggu lagi!!Dalam pada tu terpikir juga.....aiyoo..sesuai betul topik tersebut di tempat yang open air camni...hmm .. tak sangka yer... dengan teman sekerja pun nak story benda2 cam tu yang bagi aku amat peribadi...hihihi.... Persoalan turut timbul apakah ia topik yang tak patut di...dengari, di...bincang atau di...malukan???

Sebenarnya bukanlah blalang tidak penah membuat perbincangan topik tersebut..tetapi ia berlansung penuh privacy, tanpa hilai tawa..tepuk tampar atau sindir menyindir..ia lebih kepada hati ke hati....setaraf cik sri siantan jugalah kan.... cuma takdelah nak heboh2!!
mamat yang berbincang itu pun dah ber-rumah tangga sekarang dan ber-anak satu!!Hmm teringat lagi masa baru2 mamat tu kahwin..kengkawan sibuk menanyakan malam pertamanya...sambil si mamat tu tersenyum dan memandang aku ;bagaikan ingin memberitahu sesuatu kepada aku...aku nak je mentertawakan sikap kengkawan aku yang kebudak budakan itu..yelah bukankah hal suami isteri itu rahsia mereka..adakah mereka tidak mengetahui atau masih berfikiran tidak matang??

Apa2 pun, maybe next time aku kenalah open skit mind ni manalah tau pada masa depan nanti apalah pula topik yang terkeluar dari teman sekerja aku?!!

Label: