Review 2005- Kerja Sementara

Tahun ini menyaksikan aku bekerja sementara di KLCC sebagai pembantu jualan sementara menunggu cuti semester berakhir..yelah cari duit skit buat bayar utang!!hihihi.. seronok juga kerja simple camni...masih ada sakit peningnya kerja camni tapi seronok sebab dapat kenal pekerja2 lain yang baik hati, kelakar dan boleh dibuat kawan!!! Meskipun kerja disitu cuma sebulan tapi boleh dikatakan memberi kesan jugalah kepada kenalan di situ walaupun pekerja sebelum aku dulu tu seseorang yang lebih glemer kerana suka sangat berlawak slapstik! Mungkin adalah juga daya penarik aku ni walaupun jarang sekali berlawak dan selalu gak kunci mulut!!
hmm paling kelakar sekali tak de sorang pun kat situ yang mempercayai aku berumur 23 tahun ketika itu!!patutlah adik2 kat situ haram lah nak panggil “abang” kat aku! hampeh!! Sampai aku tunjuk IC barulah percaya!!hmm sebelum tu main teka2 lah jugak kan.. paling banyak teka aku ni umur lepasan SPM,18 & 19..aiyo mudanya!!ni kena makan jamu nampak tua lah plak!!
kerja kat situ penat berdiri aje..tapi paling seronok kitorang main BINGO yang direstui oleh supervisor department tu tapi tidak penyelia department lain!!hihihi..lawak2..tapi biasalah..main BINGO tu slalu lah gak jadik juara!!yeeehaa..
dalam men-serve customer yang banyak dari golongan kaya & foreigner tu banyaklah menghadapi kerenah.. then..masa sidang NAM berlangsung ramai lah foreigner yang datang
Insiden paling konpius ialah mengenai sorang bodyguard yang tengah jaga Menteri Kewangan Senegal membeli belah boleh pulak sedap2 borak ngan aku!!lama gak borak2 ..pastu dia begitu bersungguh2 meyakinkan aku dia ni polis yang juga tengah under-cover..yelah aku ni mungkin kelihatan tak percaya apa yang dia cakap ..itu yang sampai dia pegi bagitau dia bawak pistol kat pinggang tu!!
Statement dia cam ni lah masa tu..
(selepas agak lama berborak mengenai Menteri Senegal yang banyak kerenah tu)
Bodyguard: aku ni polis tau !!
Aku: eh ye ke ni?
Bodyguard: yelah..aku tengah undercover ni..yelah sambil2 jaga Menteri Senegal ni..
Aku: Polis ke? bukan ke patut bodyguard upahan??
Bodyguard: Dah orang atasan suruh nak wat pe kan?? Aku ada pistol ni kat pinggang ni!!
Aku: Ooo ye ke?? (sambil tersenyum sinis)
Bodyguard: Yelah!!Itu yang pakai blazzer ni..ingat kitorang ni(bodyguard) suka2 je pakai blazzer ni!!
Aku: Oo..OK!(buat2 tak tahu je; tak interested pun.. cuma macam nak ketawa je dengan statement cam tu)
~ tak lama kemudian Menteri itu memanggilnya supaya membawa barang yang telah dipilih untuk dibayar...
Selang beberapa minggu lepas itu, aku kemudiannya terserempak dengan bodyguard a.k.a polis itu pakai uniform dia kat area ampang..oh.. sah betullah dia polis!!
..aiyo.. nak je aku cakap ...kalau ya pun tengah under-cover hari tu pun awatlah hang bagitau aku??perlukah dia bagitau aku yang dia bawak pistol dalam blazzer tu ke hulu ke hilir??
Hmm ada gak polis yang leh cakap ala2 gitu!!(hihihi..) Tapi tak pe gak ..aku tahu lah bahawasanya aku ni orang yang boleh dipercayai meskipun dari first sight dari orang yang baru dikenali!!
Hmm kerja kat situ gak kadangkala aku juga terpaksa melarikan diri juga kalau2 ada kenalan yang singgah kat situ..yelah segan gak kan!!tapi biasalah nak elak camne ..mesti terjumpa jugak!!adalah yang ok je nampak aku kat situ..tak kurang yang senyum sinis..hmm tapi peduli apa kan? Kita kerja situ sementara je..yelah cari duit poket skit..oklah dapat duit halal dekat RM900 >> sape nak bagi??
Label: kisah blalang



