* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Jun 25, 2007

Fatalistik

~Tepuk dada dengarkan kata fikir
Kerana masa merubah cara hidupmu~

Begitunya mudah masa berubah
Di dalam hidup dan takdirnya
Ada ada cerita yang dikatakan
Untung rugi diri sendiri!

Tiada siapa akan merasa 'dia' ada di sini
Kosongnya di minda terkunci hati
Mulanya oh dirimu
Fatalistik...

Semakin pantas masamu fatalistik
Meresap fikiran merubah cinta insan
Semakinnya hangat godaanmu fatalistik
Menawan dunia dan jiwa manusia




Fikiran mereka pastinya sehala
Serah nasib hidup di dunia

Jangan jangan ditanya
Ada saja jawapnya
Nanti dikata dunia yang gila

Tiada siapa akan merasa 'dia' ada di sini
Kosongnya di minda terkunci hati
Mulanya oh dirimu
Fatalistik...



Setiap hari semakin sempit
Jangan tuju masa hadapan
Tertutuplah cinta dan mata
Menurutkan katanya budaya
Fatalistik...

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, Jun 20, 2007

Siapa Ikon Malaysia 2007??

Siapakah Ikon Malaysia 2007??


Pertandingan Ikon Malaysia dah pun bermula. Ramai yang pertikai perkataan Ikon dalam pertandingan ini. Bagi Lang, kita boleh samakan tajuk pertandingan ini seperti Malaysian Idol juga yang mencari seorang idola baru.


Begitulah juga Ikon Malaysia yang nak mengetengahkan Ikon baru. Jadi tak perlulah runsing mengenai perkara tak mengiktiraf artis yang dah pun tersedia dianggap ikon pada era masing-masing!!


Semalam dah disaksikan pertandingan pusingan ke separuh akhir kategori grup untuk Ikon Malaysia di Astro Ria. Nampaknya kebanyakan kumpulan Rock berjaya memukau dengan persembahan mantap seperti May dan Amuk. Pun begitu keputusan yang layak ke Separuh Akhir Ikon Malaysia hanya akan diketahui pada 30 Jun nanti di Buzz Ikon Malaysia jam 9 malam di Astro Ria.



1.

Jaclyn Victor

Siapa yang tidak kenal dengan keistimewaan Jac? Lagu nada tinggi boleh dibawa dengan mudah sahaja. Merupakan antara penyanyi angkatan baru paling berjaya setakat ini. Malaysian Idol telah mengangkatnya sebagai bintang dan idola baru dengan muncul sebagai juara. Jac berjaya memenangi banyak anugerah yang diadili oleh juri profesional. Beliau pernah menewaskan beberapa nama besar dalam pencalonan terbaik termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Aishah, Kris Dayanti, Rossa, Titi DJ dan Noryn Aziz.


Kejayaan Jac:


Juara Malaysian Idol 2004

Piala Emas , 8th Shanghai Music Festival

Artis Baru Terbaik, Album Terbaik AIM 13

Best New Comer Hitz. FM Malaysian

Hitz FM Awards: English Top 10 Awards

Chinese Global Awards - Most Promising Artist (Non Chinese)

Artis Baru Wanita Paling Popular ABP 2005

Juara Balada dan Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL) 2005

Persembahan Terbaik dan Juara Hits 1 Akhir 2005

Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2006

Anugerah Vokal Terbaik AIM 14






2.

Dayang Nurfaizah


Dayang adalah artis yang dianggap sudah matang dalam industri dengan 7 buah album termasuk album yang dipakej semula. Lagu Seandainya Masih Ada Cinta mencetuskan fenomena Dayang pada lewat 2001. Dayang kembali hangat melalui lagu Erti Hidup ciptaan Afdlin Shauki yang menjadi lagu tema PLKN sekitar tahun 2004 . Di tahun 2006, namanya menjadi sebutan setelah menyertai OIAM namun hanya muncul sebagai pemenang tempat keempat.


Kejayaan Dayang:


Juara Bintang Asli Remaja RTM 1996

Juara Golden Teen Search RTM 1997

Juara Bintang Remaja Kuching 1997

Lagu Paling Popular APM 2001

Juara Bintang Penghibur HMI 2001

Lagu Terbaik AIM 2002

Juara Balada AJL 2002

Juara Etnik Kreatif AJL 2004

Tempat Keempat One In A Million 2006





3.

Mawi


Mawi mencetuskan fenomena peminat fanatiknya bermula AF 3 pada 2005. Beliau amat sinonim dengan anugerah melibatkan pilihan peminat dan SMS seperti Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular dan kategori popular dalam APM. Gelaran diberi termasuklah Tsumawi, Raja SMS dan Raja Kontroversi. Fenomena Mawi mencetuskan perdebatan sehingga kini dan dianggap bintang realiti paling popular di Malaysia!


Kejayaan Mawi:


Juara AF 3

Platinum Berkembar 8 Album Best of Mawi World

Platinum berkembar Album Yang Tercinta

Platinum Album Doa,Berzanji dan Qasidah Berlagu

Anugerah Anak Johor Cemerlang

Anugerah Belia dan Sukan Negeri Johor

Anugerah Pencapaian Anak Felda

Lagu Paling Popular Hits 1 Musim 2-4

Persembahan Terbaik & Juara Etnik Kreatif AJL 2005

Penyanyi Lelaki, Lagu Etnik Pilihan Anugerah Era 2005

Anugerah MTV Awards Asia untuk Artis Malaysia 2006

Lagu Paling Popular APM 2006

Penyanyi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular 2005

Penyanyi Lelaki, Duo (bersama Jamal) & Bintang Paling Popular 2006

Anugerah Kids Awards Choice Nickelodeon Malaysia Wannabe

2 Anugerah Majalah URS

Penyanyi Lelaki & Lagu Paling Popular APM 2007

Anugerah Artis Baru Cemerlang pilihan PARFI (Indonesia)



4.

Reshmonu


Reshmonu adalah penyanyi berbakat yang berkebolehan dalam bidang muzik termasuk kejuruteraan bunyi. Beliau merupakan antara artis paling banyak memenangi anugerah di AIM setiap kali menyertainya. Beliau muncul dengan irama R&b dan Fusion serta imej rambut yang unik.


Kejayaan Resh :


Artis Inggeris Baru Terbaik AIM 2004

Artis Inggeris Tempatan Terbaik AIM 2004

Album Inggeris Terbaik AIM 2004

Piala Emas untuk "Walk Away (Slow Jam Jam)" )" - 8th Malaysian Video Awards 2003

Piala Perak untuk "Cintaku Pergi" -8th Malaysian Video Awards2003

Vokal Lelaki Terbaik AIM 14 2007


Best Pop/Dance Award 2005 Hitz FM Malaysian English Top 10 Awards 2005 for "Its You That Matters"

Best Music Video Awards 2005 at the 10th Malaysian Video Awards 2005 :

Silver Award for "Kiranya Tiada Lagi" Music Video
Bronze Award for "Hey Waley" Music Video


5.

Dina


Kejayaan Dina :


Dina mengetengahkan lagu berunsurkan Fusion R&B dan Bounce. Beliau dianggap seorang yang berani mencuba irama yang mempunyai kelainan tersendiri. Pemenang pingat emas dan perak di World Performing Arts boleh dianggap sebagai penyanyi pelapis yang berbakat besar.


Pemenang 16 pertandingan Nyanyian sekitar Johor Bahru

Naib Juara Malaysian Idol 2004

Pingat Emas Kategori R&B World Performing Arts, Los Angeles 2005

Pingat Perak Kategori Lagu Asli World Performing Arts 2005

Calon Artis Baru Terbaik AIM 13

Calon Vokal Terbaik AIM 13



6.

Ezlynn


Ezlynn adalah penyanyi yang popular dengan lagu berkonsep Pop Rock. Lagu Hi Hi Bye Bye ciptaan KRU berjaya mencetuskan fenomena pada 2004. Ezlynn pernah mewakili Malaysia di Festival Muzik di Shanghai bersama Vince.


Kejayaan Lynn


Juara Kategori Pop Rock AJL 2004

Anugerah Artis Baru Berbakat, Shanghai Muzik Festival

Anugerah Carta Era 2003 untuk Hi Hi Bye Bye

Artis Baru Wanita Paling Popular ABP 2004

Artis Baru Terbaik AIM 2003

ASTRO - Anugerah Parti CitCat 2006 - Artis Paling Popular






7.

Farah Diana Anuar


Farah mempunyai suara yang lantang serta terkenal dengan vibratonya. Lagu Tangisan Dalam Kerinduan berjaya merangkul Anugerah Lagu Popular pada pertandingan Separuh Akhir Balada Juara Lagu 2005. Beliau adalah antara penyanyi wanita remaja yang paling popular di Malaysia.


Kejayaan Farah


Tempat Keempat AF 2

Artis Harapan Terbaik AIM 12

Artis BAru Wanita Paling Popular ABP

CAlon Vokal Wanita Pilihan Anugerah Era2006

Lagu Balada Paling Popular Juara Lagu 2005



8.

Adam AF 2


Adam dianggap protege KRU paling berjaya setakat ini. Terkenal dengan ‘bandangan’ serta lagu-lagu berunsur pop dance dan hiphop. Adam juga pernah muncul dalam beberapa filem. Adam adalah antara penyanyi lelaki paling popular dikalangan remaja.


Kejayaan Adam


Tempat Ketiga AF 2

Layak ke AJL kategori Pop Rock

Anugerah ERA Duo/Kumpulan Pilihan & Muzik Video Pilihan

Layak ke Hits 1 Akhir selama 3 kali

Finalis Penyanyi Baru Lelaki Popular ABP 2005

Finalis Penyanyi Lelaki Popular ABP 2005


9.

Shahnon Shah


Shahnon pernah muncul dengan album Di Landa Cinta. Beliau merupakan pensyarah muzik yang berkebolehan dalam penciptaan lagu. Namanya masih dianggap baru oeh peminat seni tanah air namun pengalaman muzik yang dimilikinya adalah luas.


Kejayaan Shahnon :


2001- Juara Tempat Pertama - Lagu "Kisahmu Belum Berakhir" & Mencipta lagu Patriotik alaf baru, Anjuran Kolej Muzik Antarabangsa Malaysia.

2003 - Won Mandarin Oriental Fan of the Arts Most Promising Artist Award at the 2nd Annual Boh Cameronian Arts Awards.


2006-Anugerah Vokal Terbaik AIM 13


10.

Daniel Lee


Daniel mencetuskan fenomena pada pertandingan Malaysian Idol 2 dan juga dikalangan peminat lagu-lagu Mandarin di Malaysia. Beliau berkebolehan bermain alat muzik serta mencipta lagu. Beliau menewaskan Nita untuk bergelar Juara Malaysian Idol 2 pada lewat 2005. Setakat ini beliau sudah merakamkan 2 buah album.


Kejayaan Daniel


Juara Malaysian Idol 2005

Anugerah Platinum Daniel - 25,000 unit

Kancil Air Awards

Award for outstanding commitment to the Malaysian Music Industry (Chinese)

PWH Awards ( Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia, Entertainment Reporters
Association Awards)

Most Favorite New Local Artist -SMS

Most Favorite Local Artist -SMS

Most Favorite Chinese song (Local) - SMS

The Best New Artist (Silver)

Top 10 Song - Organic Love (You Ji)

The Most Outstanding Artist (undian penonton)

Layak ke Hits 1 Akhir 2006 dengan lagu Mimpi



Pertandingan ini diadili dengan 35 markah diberi kepada vokal dan 35 markah persembahan oleh juri. Pengundi SMS juga memberi peranan sebanyak 30 peratus markah. Ada yang anggap peratus SMS itu terlalu kecil. Jangan lupa 30 peratus markah itu diangap seperti bahagian kek yang perlu dikongsi oleh semua peserta Ikon Malaysia. Sekiranya ada seorang yang mendapat 20 bahagian, bahagian yang lain perlulah dikongsi oleh baki peserta lain!!


Baiklah disini Lang berikan satu contoh untuk membuktikan nilai SMS di pertandingan seperti ini.


Contoh:


Peserta A menyanyi dengan hebat dihadapan juri dan penonton namun bukanlah penyanyi yang menjadi pilihan penonton yang menghantar SMS.


Markah Juri = 67 / 70 (hampir perfect!!)

Markah SMS = 2 daripada keseluruhan 30 %

Jumlah = 69 / 100


Peserta B membuat persembahan yang biasa dengan vokal yang kurang menonjolkan skil tetapi mempunyai penyokong yang ramai.


Markah Juri = 50/ 70 (Sederhana Baik)

Markah SMS = 20 daripada keseluruhan 30%

Jumlah = 70/ 100


Jadi pemenangnya tetap peserta yang mempunyai sokongan peminat juga persembahan yang tidak perlu begitu hebat. Apa-apa pun terpulang kepada pilihan masing-masing. Diharapkan pertandingan ini akan menonjol Ikon Malaysia yang boleh mengharumkan nama Malaysia di Ikon Asean yang melibatkan Ikon dari Indonesia dan Filipina juga!!


Ikon Malaysia kategori solo akan bersiaran dari PICC, Putrajaya serta Astro Ria pada Jumaat ini, 22 Jun dan keputusan yang layak ke Separuh Akhir diketahui pada 30 Jun.


Siapa Ikon Pilihan Lang?? Rasanya adalah beberapa nama yang obvious kan?? Apa pula kata korang??

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Jun 18, 2007

Demam apa???

Salam semua....Nampaknya minggu ni LAng dapat SMS demam filem saja sepanjang minggu ni...erm demam Fantastic 4: Rising of Silver Surfer nampaknya si Himitsu dan Shahriz, Grey plak dengan Transformersnya!!....hmm ye ke demam filem?? Rasanya ada faktor lain kot..hahaha mungkin ini faktornya....hero !!! Dalam Fantastic 4, pelakon ganteng si Chris Evans turut berlakon kan?? Patutlah si Shahriz dan Himitsu demam!! Haruslah I demam gak pasni!!!



~Cakk!!~

~apa usha-usha ni ??~


~mana lagi cun, i ke spidey??


siapakah objek sx sebenar dalam F4??


~Rileks, jangan rebut2 Dr Doom tu!!~


termenung mengingatkan seseorang!


angle berlainan demi kepuasan berbeza


trio bahagia


barula Roxx!!!



Hmm.. dalam Transformers pun ada gak pelakon cumil macam Josh Duhamel tapi nampaknya unsur objek SX seperti dalam F4 kurang diserlahkan!! Tapi teruja gak adanya aksi-aksi ‘ask’ dalam tu kan??






~cakkk!!~


hei girl,sapa yang ko pilih ni???


tezz ke abg ask??


siapa yg dinantikan??


pose untuk feminats


aiyo...kat bilik pun kena paparazzi!!




Lang memang minat Optimus Prime sejak dulu walaupun kurang faham dengan jalan cerita dalam animasi Transformers selain perang Decepticons vs Autobots.






Optimus Prime versi Filem


Autobots: persatuan robot mesra alam


Decepticons: persatuan robot pemusnah alam



Teringin gak nak tengok 2 filem yang turut menjadi perhatian tahun ini selepas Spidey dan P.O.C 3. ..Tapi minggu ni takde transpotla...menganga la nak ke mana-mana apatah lagi nak ke panggung tu semua!!Waaaa......!!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Jun 14, 2007

Bagaimana nak masuk fotopages?

Aiyo ..sejak minggu lepas ada je yang tanya macam mana nak nak masuk http://greylocust.fotopages.com gara-gara ada username&password segala!! Lagi satu hal, ada kesukaran juga nak masuk disebabkan server laman fotopages yang bermasalah.


~error yang selalu muncul dalam fotopages~

Baiklah kali ini Lang nak share macam mana nak masuk ke ruangan fotopages dan cara mengupload gambar demi kengkawan yang masih ‘hijau’ dengan laman fotopages ini!

Untuk Memasuki Fotopages dan lihat gambar


  1. Taipkan URL di address bar (contoh : http://greylocust.fotopages.com ) atau terus je ke laman http://fotopages.com


  1. Masukkan username dan password (jika ada). Adalah digalakkan mengisi di ruangan atas sebelah kanan (kotak yang lebih kecil) kerana proses akan lebih licin. (bukan botak licin)



~boleh pilih yang mana-mana, tapi Lang pilih yang hijau!~
  1. Klik "My Account" kemudian “My Fotopage” untuk melihat gambar-gambar yang ada di dalam laman itu!!





~klik My Account (hijau) dulu baru My Fotopage (ungu)

Untuk memuatkan gambar baru...

  1. masuk ke laman http://fotopages.com dan login. Kemudian klik “My Fotopage”


  1. Untuk memuat ataskan gambar (upload picture) klik “Today/New Entry”




  1. Taipkan judul entri di bahagian 'title' dan penerangan di bahagian 'text'

  1. Klik “browse” untuk memilih gambar dalam fail anda (maksimum 6 sekali upload)

  1. tekan “save/update” untuk mengesahkan entri anda

  1. Ulangi langkah 7 &8 untuk memasukkan lebih banyak gambar dan jangan lupa tekan “save/update”

  1. tekan “My Fotopage” setelah selesai entri disimpan dan lihatlah entri baru dah muncul!!


Itulah tadi, sesi kuliah sempena Minggu IT Kampung Ros Mawar tempat diva-diva membesar di utara tanah air....kampung Shahrizal dan Afeer la, siapa lagi!! Kalau ada apa-apa lagi kemusykian..bolehla tanya Blalang lagi!!(jangan tanya Pak Blalang plak tau!! )

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Jun 12, 2007

Rasakanlah!!( Sebuah kisah korek mengorek)

Semalam balik dari ngambil adik kat sekolah terlanggarlah lopak tepi jalan dekat bangsal kereta keluarga Lang. Terkejut plak bila melanggar lopak itu rasa macam dah sampai mencecah ke lantai kereta itu plak!! Lopak tu semakin lama semakin dalam gara-gara kenderaan berat seperti lori dan bas yang suka hati je nak letak tepi jalan depan rumah lalu menyebabkan keadaan permukaan tanah jadi tak rata, berlopak-lopak.

Turun je kereta, Lang terus capai penyodok dan ambil tanah seberapa yang boleh. Berat pula penyodok ni sebab ada bekas simen yang melekat! Aiyo...sekali ambil tak cukupla.. 4 % je terkambus!! Jauh lopak dengan sumber pasir tu lebih kurang 20 meter. Jenuhla kalau ulang alik!!Kemudian Lang ternampak baldi terpakai tepi rumah. Kebetulan yang tepat pada masanya!!

Lang pun terus dengan idea mengisi pasir dalam baldi dan membawa ke tempat lopak lalu menimbusnya. Dalam menyodok pasir tu ternampak pula parit kecil atau longkang tepi rumah yang dah penuh dengan tanah...alamat tak berfungsilah longkang itu!! Longkang tu khusus untuk aliran air hujan sahaja manakala untuk aliran air dari sinki dan sebagainya adalah melalui longkang di belakang rumah...jadi tiada lah isu longkang tu berbau occay!

Tiba-tiba teringat berita semalam tentang KL banjir. Walaupun kemungkinan untuk banjir di tempat Lang ni amat rendah ; disebabkan tinggal di kaki bukit, namun pada penghujung 80an pernah juga banjir gara-gara sistem perparitan yang teruk.

Lang masih ingat masa berumur 5 tahun, ketika itu balik mengaji al-Quran di rumah ustaz, Lang dan kakak terkejut tiba-tiba air memenuhi jalan raya dan sekitarnya! Kami terpaksa meredah air sedalam 50 cm sejauh 300 meter untuk sampai kerumah!! Sampai ke umah, baru sedar selipar di kaki Lang sudah lenyap !!

Selepas peristiwa banjir gara-gara longkang tak dapat menampung air itu, penduduk kampung ini berkongsi belanja membina sistem perparitan baru yang lebih dalam dan efisyen. Begitulah pentingnya perparitan kan??

Aiyo...lama plak mengelamun sampai lupa penyodok masih kat tangan!! Lang pun dapat idea untuk mengorek tanah yang menimbusi longkang sedalam setengah meter itu sekaligus mengisi baldi dan menimbuskan pula kat lopak tadi!! Kreatif tak?? Pusingan pertama pun bermula setelah sempat terawang selama 10 minit. Korek....angkat....masukkan...sampai penuh baldi!! Kemudian angkat baldi dan jalan....ergh.... ya rabbi...beratnya !! ~ Ingat berat satu baldi tanah sama dengan satu baldi air ke??? ~ Jalan plak sejauh 20 meter..amik kau!! Pegi balik dah 40 meter dalam satu pusingan ditambah pula mengangkat sebaldi tanah!! Abislah keluar semua tenaga dalaman bekalan nasi goreng sepinggan pada pagi itu !!

Sampai je tepi jalan tadi..terus wat muka sposen dan kambus lopak durjana itu. Lantaklah orang dok lalu lalang di situ melihat diriku laksana pekerja binaan!! Dengan persalinan hijau dan kelabu, Lang hadir dengan ayunan langkah tanpa catwalk....aiyo perlu ke catwalk bagai kalau nak wat kerja berat macam tu??

~oit..sempat lagi itik - itik comel ini!!~

Pusingan kedua pula bermula. Keringat dah mula mengalir nampaknya lalu mencorakkan kemeja T hijau epal yang kosong itu. Setiap kali nak menyodok di longkang itu, badan haruslah dibongkokkan kerana terdapat pohon ubi di situ. Penuh je baldi, terus jalan lagi!! Kambus lopak itu sudah selesai 30 %. Sebaldi pasir memenuhkan 15% sahaja lopak itu, bayangkanlah yer!!

Lang terus mengorek longkang itu lagi. Misi yang satu lagi ialah membolehkan ir mengalir di longkang itu juga. Tanah yang memenuhi longkang itu adalah akibat aliran tanah dari atas bukit yang dibawa bersama oleh air hujan. Tambah lagi, kerja ayam belaan jiran yang mengais tanah tanpa memikirkan benda lain melainkan cacing!! Longkang yang penuh tanah itu adalah sepanjang 12 meter. Sebaldi tanah yang dikorek itu hanya mengurangkan 5 % sahaja tanah yang memenuhi longkang itu!! Aiyo..satu lagi misi yang berat!!

Sampai pusingan ketiga, tekak pun dahaga. Lang terus berlari ke dalam rumah. Sebotol air masak terus dicapai dari dapur rumah dibawa keluar dan air pun diteguk!! Lang duduk berehat sebentar di tepi rumah. Kucing-kucing belaan memandang Lang seolah – olah pelik tuannya duduk begitu lama di halaman rumah. Datang si Nikei yang namanya ala2 pasaran saham Jepun lalu mengendeng manja. Kemudian datang pula si Boobuk yang berwarna kelabu yang baru sahaja beranak sulung. Kedua-dua kucing ini jadi penghibur Lang seketika sebelum meneruskan kerja semula. Lang bangun, si Boobuk pun terus ke tempat anaknya untuk disusukan manakala si Nikei terus mengikut Lang dan jadi peneman.

Korek, masuk, angkat, jalan, kambus kemudian jalan balik semula. Begitulah perbuatan yang diulang sehingga 6 kali barulah selesai!! Badan kecil Lang ni boleh juga melakukan kerja yang agak berat seperti ini tapi semua otot pasti ‘meradang’ selepas ini!! Selesai lopak itu dikambus, tanah di longkang pula harus diselesaikan. Hasil korekan tadi itu, menyebabkan 20% kerja longkang itu selesai! Tapi badan Lang sudah mula merasa sakit terutamanya belakang kerana asyik membongkok selain tangan dan kaki. Ikutkan sakit tu, Lang akan berhenti sahaja dengan kerja sukarela itu. Tapi demi kepuasan, Lang teruskan juga.

Akhirnya, selepas 3 jam longkang itu berjaya dibuat sepanjang 7 meter. Badan Lang sudah tidak mampu lagi menanggung kesakitan akibat asyik membongkok dengan penyodok yang berat berserta lenguhan otot dan lecetan disekitar tangan akibat tidak memakai sarung tangan. Langit pun mula mendung dan memberi isyarat hari akan hujan.
Dengan baki 5 meter lagi longkang yang perlu dikerjakan, Lang pun akhirnya mengalah dan pasrah sahaja setelah kehabisan tenaga. Puas juga dalam hati bila melihat air hujan mengalir dalam longkang itu dengan lancar.Begitu perasaan setelah keringat yang mengalir menampakkan kejayaannya dan manfaatnya.

Selesai kerja itu, Lang terus terbaring sahaja dalam bilik akibat sakit otot dan seluruh anggota. SMS yang datang terpaksa dibalas dengan jari jemari masih sakit dan penuh lecet. Itulah tadi kisah yang bukan sekadar mengorek tanah untuk menimbus lopak dan membuat parit. Tiada siapa yang paksa Lang melakukan kerja itu..... ntah dari mana pula perasaan nak buat kerja itu datang!!

Walaupun kerja sukarela itu mendera anggota badan Lang, namun ada perasan lain yang melanda diri. Pun begitu sehingga nukilan ini diterbitkan, tubuh badan Lang merasakan kesakitan dan pegal yang sudah begitu lama tidak dirasakan. Kepada urat,tulang, sendi dan otot-ototku.... Rasakanlah!!!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Jun 07, 2007

Berita kepada kawan


Hai kengkawan..harap semua sihat ye…hmm demam gathering dah kebah…bak kata Shahriz, sekarang ni demam poketku kekeringan plak ye?? Hmm yelah… rezeki tu semua di tangan tuhan.. makhluk mana yang tahu untung rugi di hari mendatang? Yang senang hati tu, jangan takbur pula dengan apa yang dinikmati hari ni yer.

Hari-hari Lang datang dan pergi begitu sahaja...rezeki belum lagi ada untuk memulakan kerjaya baru. Banyak juga permohonan dalam talian dah dibuat minggu ni. Sabar menanti...setia menunggu....

Setiap hari, aktiviti Lang ialah melayan SMS, akhbar, TV, PC, Internet berbayar di CC dan menjadi driver yang kadang kala mendapat upah. Hilang bosan yang melanda diri kalau buat aktiviti macam tu apatah lagi melayan SMS kengkawan seperti Himitsu, Grey, Kamar, Tednet, Shahriz, Aries dan yang pasti Mr F. Kadang kadang rasa tak best gak kalau SMS tak berbalas tapi kadang kadang jadi kelam kabut plak nak balas SMS yang datang menderu sampai tak menang tangan!!

Ada ramai plak member lama yang mungkin rindu dan terkenang kenangan lama, tiba-tiba je keluar dari kebisuan!! Rasa bertuah juga bila merasakan diri Lang ada juga ditempatkan di hati mereka sehingga menimbulkan keinginan untuk bertanyakan khabar. Siapalah Lang ni kan?? Mereka ini adalah rakan sekolej serta rakan setempat kerja Lang masa dulu yang terdiri dari pelbagai usia, kaum dan latar belakang. Bukan adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang je..makcik makcik pun ada!!!

Bulan Mei dan Jun ni ramai pulak bekas member sekelas yang hantar kad undangan kahwin mereka. Masa cuti sekolah jadi musim kahwin la gamaknya!! Tapi apa nak buat, lokasi mereka jauh-jauh, tak dapatlah Lang nak merasa nasi minyak tempahan mereka ni!! Apa pun, harap dorang ni bahagia ke akhir hayat...semua secocok je ..yang perempuan jelita dan comel yang lelaki plak macho-macho!

Skandal lama (skandal angan-angan je) , si S dah pun menjadi pengurus asrama di sebuah pusat pengajian di utara semenanjung. Suka nampaknya dia dapat bergaul dengan budak-budak yang bertaraf anak ikan ittew!! Sebelum ni S kerja kilang kat utara gak, tapi dia SMS Lang bagitau dia tak gembira di situ sebab tak dapat kawan rapat seperti Lang. ~Wah...terharu I!!!~ yelah.... Walaupun gaji meriah dan banyak duit tapi hati tak gembira tak bermakna kan?? Apalah guna kaya harta tapi peribadi menyedihkan! Setuju?

Mr F akan memulakan pengajian SBM nya minggu ni setelah tertangguh sekian lama. SBM??apa tu??ala yang belajar tekan pedal minyak, kontrol stereng, perhati papan tanda jalan dan keselamatan jalan raya tu la!! Harap selamat lah si dia menyelesaikan pengajiannya itu!! Lehla Lang duduk kat kerusi penumpang plak lepas ni!! Oops lesen Lang pun akan tamat tempoh 22 Jun ni!!aiyo!!

Himitsu dan Rattar nampaknya enjoy dengan aktiviti membeli belah secara solo mereka. Shahriz pula sibuk melayan seseorang katanya..siapa ??tatau!! Grey ngadu kreditnya kehabisan dan mohon maaf sebab tak dapat balas SMS sesiapa pun. Lawaknya, Lang jadi jurucakap untuk sampaikan pesanan Grey kepada Kamar supaya menghubunginya!! Aiyo!!! Aries pula semakin membara dengan sinar ultra ungunya!!Aaarghh...abisla epidermis!! Lang tiada nombor telefon Nan, Adel dan Shamsul Aqbary ye...jadi tatau ler cerita dan berita mereka!! Ada juga yang senyap macam Afeer, Kamar dan Zerd. Hmmm diam-diam kucing!

Berita lagi. Selasa lepas, Ted, Alan, Mr F dan Toolar sempat buat mini gathering kat restoren mamak di bandar S dari jam 10 ke 1230 malam. Lang tak dapat nak turut serta sebab tiada transport malam tu !! Pasti ada sesuatu yang boleh mereka kongsikan. Kalau takde pun, jom paksa mereka story mori!! Bole??? Ooo ngumpat yer??oops!!

Oh ye memmber gathering sekalian, blog blalang& buddies pix atau greylocust fotopages tu dah di update oleh Lang, Grey , Tednet dan Aries....leh la tengok muka2 peserta gathering termasuk Angah, Zerd, Zan, Kamar, Aries, Tednet, Nan, Himitsu, Grey dan ramai lagi!! Oops tapi untuk member gathering saje yer!!


Itulah tadi ngomelan untuk minggu ni....tunggulah minggu depan kalau-kalau ada berita yang lain pula akan disampaikan.


Sekian, inilah berita kepada kawan!!



aiyo...ni tahun bila punya pembaca berita ni??

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Jun 04, 2007

Sorotan Carta Top Komentar Mei 2007

Haiyo...haiyo..haiyooo..kita bertemu lagi di acara wajib setiap bulan iaitu Carta Top Komentar bagi pusingan untuk bulan Mei pula. Sungguh dasyat bulan Mei ini apabila jumlah komen pelawat keseluruhannya melonjak ke angka 170 komen berbanding 101 komen pada bulan April 2007. Ini juga merupakan satu rekod baru bagi blog Blalang Lalang!! Terima kasih kepada para penonton ..bapak-bapak..ibu-ibu semua yang ada disini!!~oops feeling Inul plak!!

Bulan Mei juga merupakan bulan demam gathering yang seterusnya melonjakkan hits blog Lang ke angka yang mengkagumkan apatah lagi komentar-komentar kita kali ini juga berjaya mencatatkan satu jagi rekod baru!! Menurut Extreme Tracking , blog Blalang Lalang telah mendapat 690 klik unik sepanjang Mei lalu. Ini juga merupakan yang tertinggi setakat ini! Terima kasih kepada mereka yang mengunjungi blog Lang yang tak seberapa ni....sekaligus memberi peransang kepada Lang untuk terus berkarya!!




Tanpa buang masa lagi, kita ke carta nombor sepuluh ...kali ini 3 nama berkongsi kedudukan iaitu Zerd, Mr Kelabu (Grey) dan kEnNaVaRo dengan masing-masing menzahirkan satu komen sahaja. Di tempat ke sembilan, pendatang baru iaitu Nadzeem berjaya menempatkan diri dengan jumlah 2 komen beliau yang menyusul. Di tempat ketujuh dan kelapan, terdapat kedudukan seri sekali lagi dengan Toolar dan Yanz berkongsi mata sebnayak 3 komen. Tahniah kepada pemenang Anugerah Aksi Scan Terbaik dan Anugerah Timbul Tenggelam Terbaik pada Anugerah Seri Lalang Kedua ini !!!

Baiklah...sekarang kita ke tempat keenam yang kini diduduki oleh pendatang baru blog Lang ini iaitu Shamsul Aqbary. Tahniah kepada pemenang bersama Anugerah Aksi Kontrolversi Terbaik ini kerana bersemangat memberi reaksi selepas berakhirnya gathering dan penganjuran Anugerah Seri Lalang Kedua yang meriah ittew!! Jangan lupa mengunjungi blog beliau pula!!


Sekarang kita ke Top 5 Carta Komentar pusingan Mei. Jeng ..jeng..jeng....(oops very the Swan Eli) Aries Kaze nampaknya jatuh satu anak tangga bulan ini. Dengan jumlah komen sebanyak 15, Aries Kaze; pemenang Aksi Suci Terbaik ini berjaya meningkatkan prestasinya namun masih belum mampu melawan arus di 4 tangga teratas! Apa-apa pun, Aries yang semakin sibuk dengan blog Kaze yang semakin mengerlip itu seharusnya juga mendapat penghargaan.

Di tangga keempat, Rattar berjaya membuat kejutan dengan kemunculan semula setelah menjadi Juara Mac 2007 dengan prestasi mengejutkan. Rattar berjaya dengan 20 komen; iaitu yang terbanyak pernah dizahirkannya setakat ini dalam blog ini!! Tahniah kepada pasangan Shamsul dalam Anugerah Aksi Kontrolversi Terbaik ini!!! Jom kita ke blog dia plak lepas ni!!!


Kita ke tempat 3 teratas pula...kali ini Himitsu atau Abg Mengong Misteri jatuh satu lagi anak tangga ke tempat kedua dengan 36 komen. Komen terbanyak pemenang Anugerah Aksi Plastik 2 kali berturut turut ini dalam sejarah ialah sebanyak 35 komen yang dicipta pada Oktober 2006 iaitu rekod tertinggi pada 2006. Wah...walaupun memecahkan rekod sendiri, Juara Carta Komentar sebanyak 7 kali ini masih belum cukup mata untuk berada di tempat dua teratas. Ini bermakna, semua Top 3 bulan Mei berjaya memecahkan rekod komen terbanyak dalam sejarah blog ini!!!

Di tempat kedua, pemenang Anugerah Pemandu Paling Popular iaitu Tednet sekali lagi menjadi naib juara carta setelah kali terakhir menjadi naib juara pada Jan 2007 . Tednet merupakan Juara Feb 2007 dan Dis 2006 juga menzahirkan komen terbanyaknya dalam sejarah iaitu 38 komen. Tahniah Tednet yang mengatakan beliau ikhlas sahaja dengan komen-komennya ittew!! Pun begitu...rekod tinggi ini masih berjaya dicantas oleh penyandang juara pusingan Mei ini!!!

Ooops ...prott prott prott...siapakah Juara Mei 2007??? Inilah dia, satu-satunya.... Shahrizal ~kaulah shatu...shatu nya (lagu Lagenda, Sheila Majid) ~
iaitu pemenang Anugerah Hasil Tangan Terbaik Anugerah Seri Lalang Kedua dengan rekod komen individu tertinggi dalam sejarah blog Blalang di sebalik lalang ..iaitu 48 komen dalam sebulan!!! Tahniah dan syabas kepada beliau yang bersemangat waja dan Gen-2 pada bulan Mei sekaligus mengekalkan takhta juara selama 2 bulan berturut turut!!

Sekianlah sorotan Carta Komentar pusingan Mei 2007...Terima kasih kepada semua pemberi reaksi dan komen sepanjang blog Blalang di sebalik lalang ini bersiaran dan semoga kita bertemu lagi dalam entri-entri yang akan datang!!!

Ringkasan Carta Komentar Mei 2007


1. Shahrizal = 48 komen
2. Tednet = 38 komen
3. Himitsu (Misteri) = 36 komen
4. Rattar = 20 komen
5. Aries Kaze = 15 komen
6. Shamsul Aqbary = 4 komen
7. Toolar = 3 komen
7. Yanz = 3 komen
9. Nadzeem = 2 komen
10. Mr Kelabu (Grey) = 1 komen
10. Zerd = 1 komen
10. kEnNaVaRo = 1 komen

Label: