* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Ogos 04, 2010

Insan biasa...

aku cuma insan biasa.............
tiada yang istimewa....

seumpama belalang di sebalik lalang...
tiada yg memandang...
hanya sepi yang bertandang...

di sana yang hebat menonjolkan diri..
di sini insan merendah diri...


aku cuma insan biasa.............
namun tetap bersyukur dengan kurniaan -Nya...

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Julai 24, 2008

Masihkah ada cinta?

Betapa pun jauh pandangan mata

Betapa pun jauh kaki melangkah

Namun terasa diri terpenjara

Oleh suatu ikatan

Nan tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri

Walau kadang kala aku membenci

Namun setiap kali terpandang mu

Kehangatan di hati ku

Dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan

Antara jemu dan harapan

Biarkanlah di sini

Aku terus begini

Sendiri

Tak mungkin ada yang dapat

Mengerti

Gelisah yang datang melanda diri

Masihkah ada rasa cinta

Ataukah sekadar

Kau berpura-pura

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Januari 28, 2008

Mimpi Mu Bukan Mimpi Ku

Untuk 'BOS' ku terimalah....

Mimpi Mu Bukan Mimpi Ku

Oh sampai bila
Berlarut aksi ini ?

Hey sutradara
Hentikan watak ini !

Engkau hanya inginkan
Ku mendiamkan diri
Sentiasa ...

Ku punya pendirian
Tak ingin jadi permainan
Mimpimu bukan mimpiku !

Jenuh melihat
Aksi yang tiada ketulusan
Tak ingin
Diri terhimpit ....

Oh bebaskanlah
Bebanan di bahu ku ..

Ku telah cuba
Mengikut telunjuk mu ..

Engkau hanya inginkan
Ku mendiamkan diri
Sentiasa ...

Manusia berkorban
Bukannya untuk kemewahan
Penghargaan jadi tuntutan hidup !


Demi sesuap nasi
Tak perlu ada hipokrasi
Yang perlu
Keikhlasan ...

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, September 28, 2007

duhai hati

tak terlihat beban yang ditanggung
rintihan yang lama terhimpun...
tak terserlah luka yang menghurung
rindukan kasih yang terlindung


mengalir airmata di pipinya
luahan suara keresahan di jiwa
tiada lagi daya menahannya
hanya tangisan bergema...

redup mata bagai berbicara
cerita hati yang terluka
dan kupinta semua cahaya
menyuluh laluan tamannya...


sejak dinantikan semilir yang berdesir
moga membawa khabar senyuman dibibir
namun benarlah penantian itu
hanya melahirkan perindu...
kembali dialunkan hangat kasihnya
terlenakan irama sentuh dijiwanya


duhai hati tenanglah dikau
usah diturutkan kehampaan
tika mimpi hanyalah igau
tak menjelma kenyataan

pujuklah tangismu jangan dibiarkan
indah malammu tercalar
kerna bahagiamu telah dijanjikan
sebuah istana terhampar

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, September 12, 2007

Ramadhan kembali lagi...

Alhamdulillah bertemu jua dengan bulan ibadah yang mulia lagi dimuliakan iaitu Ramadhan..
Syukur Lang dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh ketenangan ini...
Ramadhan....kini detiknya!

Inilah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam yang sejati!!

Selamat menunaikan ibadah kepada rakan-rakan seagama semua...Semoga diberkati dan dirahmati selalu...


ikhlas,
Blalanglalang

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, Ogos 24, 2007

Usah ditambah bara yang tersimpan!

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam....

Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan....

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang?

Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku...

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan..

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam

Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan!


Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan

Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Jun 25, 2007

Fatalistik

~Tepuk dada dengarkan kata fikir
Kerana masa merubah cara hidupmu~

Begitunya mudah masa berubah
Di dalam hidup dan takdirnya
Ada ada cerita yang dikatakan
Untung rugi diri sendiri!

Tiada siapa akan merasa 'dia' ada di sini
Kosongnya di minda terkunci hati
Mulanya oh dirimu
Fatalistik...

Semakin pantas masamu fatalistik
Meresap fikiran merubah cinta insan
Semakinnya hangat godaanmu fatalistik
Menawan dunia dan jiwa manusia




Fikiran mereka pastinya sehala
Serah nasib hidup di dunia

Jangan jangan ditanya
Ada saja jawapnya
Nanti dikata dunia yang gila

Tiada siapa akan merasa 'dia' ada di sini
Kosongnya di minda terkunci hati
Mulanya oh dirimu
Fatalistik...



Setiap hari semakin sempit
Jangan tuju masa hadapan
Tertutuplah cinta dan mata
Menurutkan katanya budaya
Fatalistik...

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, April 02, 2007

aku cintakan mu



Aku cintakan mu Dari jiwa
Dan menular sampai jauh Ke dasar hatiku
Aku cintakan mu dengarkanlah
Degup jantung dalam dakapanmu

Teguh asmara di antara kita
Membuktikannya bukan mekar sementara
Tahun demi tahun akan mengujiku
Namun kasih kukuh bertakhta di hati

Pada ketika terlanjur kata
Jangan dibiarkan tersemat di hati

Ku cintakan mu Sepenuh jiwa
Ku cintakan mu Untuk selamanya
Hanya padamu aku curahkan
Tidak tersimpan walau sedikit pun

Teguh asmara di antara kita
Membuktikannya bukan mekar sementara

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Februari 13, 2007

kupu kupu

Kecil mungil berwarna
Warna-warni terangi alam
Sentuhan karya indah
Jika tergambar baik

Matahati melihat kau sangat istimewa
Terbang melayang-layang
menari hinggapi bunga-bunga

Kupu-kupu jangan pergi
Terbang dan tetaplah di sini...

Bunga-bunga menantimu
Rindu warna indah dunia
Anak kecil tersenyum manis
pandang tarianmu indah
Bahagia dalam nyanyian

Kupu-kupu jangan pergi......

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Disember 12, 2006

Gementar Menghukum Kalbu



Pernah dulu ku cari,
Sentuhan kasih berlagu di hati,
Tercipta seri cinta,
Belum pernah ku merasa....

Sehinggalah aku bertemu,
Jernih cahaya wajahmu,
Erti kasih terhias,
Bermakna cinta ku berbalas.....

Akan terbina penuh rahsianya,
Sepi kata tiada suara,
Sembunyi rasa ,
selindungkan wajah,
penuh cinta.....

Biar gementar menghukum kalbu,
Biarku menanggung rindu,
Biar selama mana,
Tak mungkin wajah cinta berpaling,
Haruman seri tak terbanding.....


Biar gemersik denyutan dada,
Aku yang memendam rasa,

Biar sejauh mana,
Tak mungkin bunga cinta menghilang...
Kuntum rindu kian berkembang,
Merdunya makin terasa,
Mekarnya ke puncak cemara...



Kini aku renungi,
Jaluran mega terhias kembali,
Dalam indah jalinan,
Pasti aku abadikan.....

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, November 29, 2006

Terkenang Jua



Ada rindu dari kejauhan
Ranum dalam sepinya perjalanan

Sungguh manis ingatan denganmu
Dari terlukis di hamparan hidupku

**

Terkenang jua dalam sepi rasa
Kemerduan senandungmu
Menjadikan kau dekat selalu

Terkenang jua pada raut wajah
Kau membuat segalanya
Begitu indah

Kau Bersinar Dalam Hati Ini
Kan terbawa manapun Ku Berdiri

Sungguh dalam
Rindu terhadapmu ....
Dan bersatu di ranting usiaku
Di setiap waktu

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, November 13, 2006

Ku Redha Sendiri

Aku bukan aku
Yang kau kenali dulu
Engkau bukan engkau
Yang pernah memukau

Di hadapan kita
Dua insan berbeza
Yang mencari-cari
Arahnya sendiri


*
Suara senada
Seia sekata
Tiba saatnya
Bercanggah jua

Kita yang bersifat baru
Berubah dengan waktu
Kau dan keangkuhanmu
Mencabar kesabaranku

Ke mana kelembutan
Bicara yang bersopan
Diriku dikasarkan
Oleh pengalaman

Andainya berjauhan
Rahmatnya kedamaian
Biarkan pergi
Biarku di sini

Biarlah pergi
Ku redha sendiri

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, September 26, 2006

kau pergi jua........


Akhirnya kawan Lang iaitu Kamar mengikut jejak langkah Phoenix menamatkan riwayat blognya yang hanya sempat menjamah usia selama setahun lebih sahaja. Berbanding blog lain yang membiarkan sahaja tanpa update seperti blog Kunimitsu atau PenyuKL...Kamarulizwan menutup terus link ke blognya tanpa jejak seperti blog PhoenixMly!!

Sememangnya sedih tidak dapat membaca coretan Kamar yang penuh gaya tersendiri itu lagi.... namun apakan daya beliau sudah tegar dengan keputusan nya…mungkin kata Kamar; “ Aku Saja Yang Tahu!!” ….

Kamar berhenti berkarya di dalam blognya ketika kebolehan dan bakat penulisannya semakin terserlah !!!apatah lagi... terbentuk identiti seperti perkataan ‘maut’nya iaitu “merembez” semakin menitip di bibir….

tidak seperti blog-blog lain yang mencurah perasaan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain atau men’Diva’ kan diri sendiri ….gaya Kamar menulis melambangkan kelembutan jiwanya dan sensitif terhadap atmosferanya!! Mungkin sempena bulan Ramadhan tahun ini ada cita-cita dan azam yang murni ingin Kamar tunaikan ....selamat berjaya Kamar!!

Apa-apa pun diharapkan Kamar gembira sentiasa...dan ingatlah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya!! Kepada member2 Lang yg masih ada blog tu...diharap seboleh-bolehnya ‘maintain’ lagi blog tu...sayang rasanya jikalau korang pula mengikut jejak langkah seperti Kamar ini!!Untuk memori ..Lang akan membiarkan sahaja link ke blog Kamar itu kerana mempunyai “sentimental value” nya tersendiri!!

Terima Kasih blog “Kamarulizwan” kerana memberi inspirasi dan dorongan pada Lang selama ini!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, September 21, 2006

Salam Ramadhan Semua!!!



yeaahuuuuu...Alhamdulillah bertemu jua dengan RAmadhan tahun ini!!Alhamdulillah, bulan yang paling ditunggu2 oleh umat islam sejati tiba jua..bulan untuk kita beribadah, bersyukur, insaf dan tawaduk datang lagi! selamat tinggal bulan syaaban (susah2 je Angah ingatkan baca Yasin malam nifsu Syaaban tu!!trimas!!)

hmm...suasana nak puasa tahun ni terasa terlebih awal bila awal2 Syaaban lagi dah keluar iklan kurma lah...iklan majerin untuk biskut lah....tapi bila dah berapa hari ni ..banyak plak kedai dah taruk banner "selamat hari raya"!!aiyo geram gak..nape tak de banner selamat berpuasa??ish3 tak sabar nak beraya ler tu kan??

bulan puasa tahun ni , Lang tak tahu lagi macam mana sebab masih menunggu tempat keje yg bakal Lang tempuhi nanti!! erm...harap2 tak jauh la sangat merantau...kang merindu orang yg jauh susah gak kan?? sempena bulan ramadhan ni, Angah dah ajak plan nak buat majlis berbuka bersama member2 forum!!! mungkin 7-8 hb Oktober... harap2 tak de aral melintang untuk tujuan yg mulia ni!!! ni juga sempena hari jadi Angah tu..nak gak kawan2 Angah ni raikan dia!!! Apa2 pun, Angah selaku PM berhak lah buat apa2 pindaan .... mana lah tau kan, kalau ada apa2 plak !!! LAng nak lah jemput member2 forum yg baik2 join skali...(yg rasa diri dia tu member jelah ek?)
harap2 nanti akan sukses cita2 di akhir syaaban ni sempena bulan Ramadhan ni!!!

Sempena ramadhan ni...ingat nak berehat lah kan...tapi selalu nya bulan ni lah paling aktif skali!!!..kalau siang tido je alamat lagi letih la time2 petang tu!!!tapi ada limitnya gak..takkan tengah2 hari puasa nak berkaraoke plak kan??hehe...kena lah hormat bulan RAmadhan ni org2 dok baca Al-quran dan berselawat !!harap2 bulan puasa ni tak dicemari ngan gambar2 kat paper yg citer pasal orang kena tangkap buat maksiat, tak puasa then kena angkut ngan van mayat...ermm.....mintaklah dijauhkan!!

bulan puasa ni, LAng tak delah nak stop terus menulis blog...cuma bhahan2 merembes tu sahaja yg di pause kan kejap...yelah..takkan nak merembes2 plak time2 puasa!!kang batal sape nak jawab???

OKlah....SElamat berpuasa kepada muslimin muslimat semua!!!!diharap RAmadhan kali ini lebih menambah keberkatan kepada kita semua!!!bersihkanlah diri dari noda...sempena bulan ibadah ini!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Julai 20, 2006

Bingung.....???

Setiap langkah ku atur
Semuanya tidak betul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul

Namun langkahku tak betul
Segalanya yang menyusul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul

Ku cuba fahami segala
Namun berat jiwa
Untuk ku mengalah lagi dengannya
Ku cuba selami semua
Namun apa daya
Untuk ku mengalah lagi dengannya

Bingung dengan cinta / yang pertama...
Bingung dengan dia / yang melanda...
Bingung yang kurasa / jiwa ini....
Bingung yang melanda

Bingung kerana cinta / kerananya kumerana.....
Bingung kerana dia / kebingungan yangmenimpa
bingung yang kurasa

Bingung yang melanda
Bila mula ku berkata
Ada saja yang tak kena
Ku akur dengan semua
Ku bersabar ku perbetul

Inilah ragam manusia
Ku turutkan segalanya
Ku terpaksa dan dipaksa
Ku bersabar ku perbetul
Oh kerananya ku sengsara
Tak ingin lagi bersama
Ku percaya hati luka ini
Akan bahagia Tanpa dia...


Bingung - Amy Mastura

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, Julai 07, 2006

embun di lalang : episod: kebenaran

dalam satu situasi terhimpit dengan kebenaran yang cuba dilabel dusta...
percayalah..kebenaran itu akan menang jua sekiranya kita berada di pihak yang benar.....
jangan lah gusar dengan fitnah dan kata2 cercaan ...
satu hari nanti pasti bagai menepuk air di dulang....malah bagai membuka pekung di dadanya sendiri...

sekalipun penganiaya itu terselamat di dunia .. ingatlah di akhirat belum tentu lagi..
sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Adil!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Julai 03, 2006

Kepercayaan........

Kepercayaan adalah salah satu elemen penting dalam jiwa manusia…Kita hidup di dunia berlandaskan kepercayaan.... dengan kepercayaan kita merasa selamat dan yakin dengan apa yang kita lakukan! Bukan mudah meletakkan kepercayaan kita kepada seseorang …..betapa ia memerlukan keyakinan yang tinggi dalam diri insan terbabit!! Maka wajarlah kepercayaan yang diberi kepada seseorang itu dianggap sebagai satu penghormatan yang tinggi dan mulia!! Sesungguhnya bukan mudah mendapat penghormatan sebegitu, lebih-lebih lagi sekiranya kepercayaan yang diletakkan adalah begitu tinggi pada orang yang memberikannya!!

Bagaimana pula sekiranya kepercayaan yang kita beri dirosakkan begitu sahaja??tentulah kita akan hilang kepercayaan terhadap mereka ini dan berasa amat kecewa.... malah rasa dikhianati!! Contohnya, kita ceritakan satu rahsia kepada seseorang yang rapat dengan kita pada suatu hari.....alih2 keesokannya..... cerita itu sudah disebarkan juga disindir oleh orang2 lain pula!! Apakah agaknya perasaan orang yang dikhianati itu?? Sedih?? marah?? geram?? kecewa??? Adalah pelik kalau si mangsa itu berasa gembira atau tidak merasa apa2, bukan???

Dalam hal sebegini....telah banyak yang Lang lalui apatah lagi ‘terkena’ dengan makhluk-makhluk yang Lang berikan kepercayaan yang amat tinggi dan akhirnya menjerat diri Lang sendiri!!! Mungkin kerana apabila sudah mesra dan rapat, kita merasa yakin dan selamat dengan orang tersebut.... hingga lupa akan kemungkinan yang boleh terjadi!!! Maka diceritakanlah sepenuh jiwa kepada makhluk-makhluk itu tentang apa yang Lang ingin kongsi dan luahkan secara ekslusif.....

Tanpa diduga…pada suatu hari...tiba2 cerita itu dibongkar dan ditelanjangkan kepada umum!! Tambahan lagi,ada yang bukan setakat menyebarkan cerita berlabel rahsia tersebut sahaja..malah melangkah lebih jauh daripada itu!!! Bukan sahaja isi cerita yang mahu dibongkar..malah watak2 dalam cerita (rahsia) itu juga mahu diterjahnya tanpa rasa bersalah!!!Bila kita dapat tahu apa yang mereka telah lakukan.... Tuhan sahaja yang maha mengetahui betapa hancurnya perasaan orang yang dikhianati dan teraniaya sebegitu !!

Image Hosted by ImageShack.us

Lang sudah banyak terkena dengan orang2 yang tidak tahu menjaga hati insan lain seperti ini, tidak pernah berasa bersalah serta menganggap hal penting kita sebagai remeh temeh!!paling mengecewakan adalah mereka ini bersikap tidak amanah ….. Halnya kalau dalam dunia profession ; pecah amanah syarikat tu hukumannya dipecat dan disenarai hitam bukan??? Bagaimana pula dalam soal hubungan antara insan?? Perlukah makhluk2 tersebut dianggap sahabat lagi?? Apakah jaminan mereka ini tidak akan mengulangi perkara yang sama???

Serik????Entahlah sejak dari zaman persekolahan hingga sekarang sudah berkali-kali Lang terkena!! Apa yang perlu dilakukan pada hari mendatang ???Berhati-hati ?? Jangan mudah percayakan insan lain??? Berwaspada dengan kawan baik sendiri??? Curiga dengan orang lain???Entahlah....sebab sukar mengesan mereka ini dikalangan kita!!…hari ini kawan, esok bertukar menjadi lawan!!!Siapa tahu ??? Bagi Lang sendiri...alhamdulillah ...tidak pernah pula setakat ini, membocori rahsia yang diamanahkan orang lain kepada Lang ...dan bila masa Lang ingin berkongsi rahsia atau cerita mengenai diri Lang ....terjadi pula yang sebaliknya!!Mungkin ini satu ujian.... Akhir kata, Lang doakan.... janganlah korang menjadi mangsa mereka yang seterusnya pula!!!Aamiiiin!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Jun 29, 2006

dihimpit lalang....

Berderu angin meniup sapaan...
Riuh berkicau bak burung di dahan....
Terpaku aku dengan sabda keluhan...
Dalam hingar terdengar bersahutan!

Lihat di sana sandiwara gembira....
Tingkah berturutan ketawa berdekahan...
Bertepuk tampar tarian gurauan...
Hilai berderai ditegur tangisan!

Terdarat aku di epik kecewa..
Biasan kepalsuan bermain di mata..
Namun jiwaku lebih terseksa..
melihat kebenaran dikata dusta!

Terdengar majmuk suara berhujahan,
ikut-ikutan mengikut sang menang...
mampukah aku bertunggul pendirian...
sedang diri dihimpit insan-insan lalang?

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Jun 20, 2006

Tak tercapai akalmu.............

.........................................................
Ku congak apa yang didepan ku
sebelum atur langkah
ku tahu kan ke mana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ke dunia mu

sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalunya difikirkan dulu

biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku

biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku
mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akal mu

jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
yang kau sangka mudah rebah
santun bukan yang ku lemah
mudahnya merosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah

.......................................................................

tak tercapai akalmu - Elyana

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Mei 04, 2006

Can't take that away...from me

They can say anything they want to say
Try to bring me down
But i will not allow
Anyone to succeed
Hanging clouds over me

and they can try
hard to make me feel
That i don't matter at all
But i refuse to falter
In what i believe
Or lose faith in my dreams

cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me

They…
they can do anything they want to you
If you let them in
But they won't ever win
If you cling to your pride
And just push them aside

See i…
I have learned
there's an inner peace i own
Something in my soul
That they cannot possess
So i won't be afraid
And darkness will fade

cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me

No…..
they can't take this
Precious love
I'll always have inside me
Certainly the lord will guide me
Where i need to go

They can say anything
they want to say
Try to break me down
But i won't face the ground
I will rise steadily
Sailing out of their reach

Oh lord
they do try ....
hard to make me feel
That i don't matter at all
But i refuse to falter
In what i believe
Or lose faith in my dreams
cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me…
from me...

Label: