* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, September 26, 2006

kau pergi jua........


Akhirnya kawan Lang iaitu Kamar mengikut jejak langkah Phoenix menamatkan riwayat blognya yang hanya sempat menjamah usia selama setahun lebih sahaja. Berbanding blog lain yang membiarkan sahaja tanpa update seperti blog Kunimitsu atau PenyuKL...Kamarulizwan menutup terus link ke blognya tanpa jejak seperti blog PhoenixMly!!

Sememangnya sedih tidak dapat membaca coretan Kamar yang penuh gaya tersendiri itu lagi.... namun apakan daya beliau sudah tegar dengan keputusan nya…mungkin kata Kamar; “ Aku Saja Yang Tahu!!” ….

Kamar berhenti berkarya di dalam blognya ketika kebolehan dan bakat penulisannya semakin terserlah !!!apatah lagi... terbentuk identiti seperti perkataan ‘maut’nya iaitu “merembez” semakin menitip di bibir….

tidak seperti blog-blog lain yang mencurah perasaan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain atau men’Diva’ kan diri sendiri ….gaya Kamar menulis melambangkan kelembutan jiwanya dan sensitif terhadap atmosferanya!! Mungkin sempena bulan Ramadhan tahun ini ada cita-cita dan azam yang murni ingin Kamar tunaikan ....selamat berjaya Kamar!!

Apa-apa pun diharapkan Kamar gembira sentiasa...dan ingatlah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya!! Kepada member2 Lang yg masih ada blog tu...diharap seboleh-bolehnya ‘maintain’ lagi blog tu...sayang rasanya jikalau korang pula mengikut jejak langkah seperti Kamar ini!!Untuk memori ..Lang akan membiarkan sahaja link ke blog Kamar itu kerana mempunyai “sentimental value” nya tersendiri!!

Terima Kasih blog “Kamarulizwan” kerana memberi inspirasi dan dorongan pada Lang selama ini!!

Label: