* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, September 12, 2006

Kenangan lalu menyinggah pula…

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah… akhirnya tercapai jua impian menggenggam segulung ijazah dan meraikan bersama keluarga di hari konvokesyen yang dah pun selamat!!! Sungguh seronok dapat menjejakkan kaki kembali ke kolej lama yang menyimpan seribu kisah selama 5 tahun berada disitu….. banyak perubahan yang berlaku..beza sungguh dengan ketika Lang mula-mula berada disitu…sungguh menakjubkan jika dikenang kembali!! Sepanjang hari konvo lepas…banyak gak benda best berlaku!!!


Sampai je kat tempat tersebut..banyak pula adik-adik tezz yang bagaikan menyambut kedatangan Lang (ceh perasan!!) lalu perasaan ingin menuju ke kolej menjadi membuak-buak!!Nak sampai je kat kolej tu …tak sabar2 sangat tercepat pulak tekan loceng!!!gara- gara tertekan awal sangat..terpaksalah menapak jauh untuk berjalan ke kolej…tapi tak kisah pun sebab ketika itu, tetiba je memori lama terimbau..yelah dulu Lang berjalan lebih kurang 2 km untuk ke kolej setiap hari…sambil2 melihat pelajar- pelajar lain begitu mudah ke sana ke mari dengan kenderaan sendiri!! Huhu….itu yang badan tak naik-naik…hari2 berjalan jauh!! Bukan itu saje …kulit pun jadi gelap semacam…mulalah muka jadi pun macam meniru permukaan bulan!!!

Teringat masa tahun pertama dulu…Lang dengan gaya budak nerd…sikat rambut pun macam orang zaman P.Ramlee..hehe…lawak btul!! Ada plak senior yg panggil ‘goodboy’ sebab buat rambut gitu!!!tak kurang diperli pensyarah!!masa tu pegi kuliah ngan member satu kolej lama je..nak gaul ngan bebudak lain plak susah skit..sebab diorang pun macam terikat dengan geng2 satu kolej matrikulasi lama dorang jugak!!! Lama2 kami pun menjadi ramah dan menjadi satu geng pulak walaupun kitorang ni ada macam2 gaya dan stail masing2!!! Masa ada tugasan…sah-sah ler bantu membantu!! Yelah dapat pensyarah yang bagi kerja macam kitorang ni amik subjek dia sahaja semester tu..memanglah terkejar-kejar!!

Cerita balik pasal hari konvo ketika Lang nak mendaftar diri…masuk je kolej waktu solat fardu Jumaat pun tiba…Lang terus menuju ke masjid…nampak pula bakal2 graduan yang pernah Lang perasan semasa pengajian dulu..eh ada yang melambailah pula!!Lang pun membalas lambaian dan senyuman budak yang entah apalah nama dia tu!!

Masuk je masjid ternampak pulak ramainya tezz kat dalam tu…tapi Lang tengok2 aje sambil2 berehat menunggu azan dan mengambil wudhu’!kemudian Azan pun berkumandang….makin lama makin penuh masjid itu dengan jemaah yg kebanyakannya tezz belaka!!Lang pun pilihlah duduk disebelah seorang tezz..sambil2 melihat sekeliling!!tiba2 terpandang seseorang beruniform tentera selesai mengambil wudhu’ dan tercari2 tempat kosong!!! Aaah…cumilnya dia!!!tengok betul2....rupa2nya dia tu bekas penasihat akademik Lang yg amat2 Lang suka apatah lagi wajahnya yang comel dan muda itu!!! Lang pun berharap sangat dia akan duduk berhampiran Lang agar mudah la Lang nak bersalam nanti!! Hmm…nasib baik dia memilih untuk duduk di baris belakang Lang…dapatlah Lang mengusha dia sikit2!!! Selesai je khutbah , dia bangun dan hendak menuju ke saf yang hadapan..lalu Lang pun mengekori belakang beliau tanpa dia sedar..tup-tup dapat solat dibelakang dia!! Huhu…suka!!! Apalagi nampak ler segala2 nya..hehe puas!!!

Selesai je solat , Lang terus tak malu2 lagi bersalaman dengan bekas penasihat akademik Lang yang segak dengan uniform dia tu ...Lang kaget seketika!!! Memang dia ingat betul muka Lang yang selalu berjumpa dan terserempak dengan dia ni dimana2…apatah lagi Lang pernah buat persembahan di majlis yang dihadirinya!! Selesai bersalam dengan tangannya yang jantan itu, Lang pun buat2 tanya macam2 benda sampai dah tahu apa lagi nak tanya ,dia pun minta beredar! Puas juga dapat jumpe beliau..tapi terkilan tak dapat nak bergambar bersama beliau yang segak sangat ari tu!!

Selesai solat di masjid, Lang pun berjalan2 di sekitar kolej itu…wah banyak pula bebudak Palapes ari tu…lagi ‘keras’ dibuatnya!! Dalam berjalan2 tu adalah Lang menghubungi kawan2 lama yg turut serta dalam konvo itu…hampehnya dorang pulak tak sampai2 lagi!! Lalu Lang pun jalan je seorang diri hingga terserempak membe baik masa blajar dulu!! Apalagi Lang pun berborak2 , bergelak tawa dan bercerita sehingga waktu untuk raptai!!! Masa raptai itu ramainya tezz sampai naik juling mata melihat mereka ini!!! Dalam masa raptai tu ..barulah ramai lagi member2 Lang muncul..dan berbuah lagi kegembiraan dihati!!

Selesai sahaja raptai,Lang terus ke kaunter pakaian konvo yang dijaga oleh budak2 yg tezz juga!!wah…kaget lagi!!!selesai urusan itu, Lang berjalan bersama-sama dengan member lama Lang …kaget lagi bila melihatkan budak2 menjual makanan yg tezz…apatah lagi yg jualnya adalah anak2 ikan dan bebudak Palapes!!kaget lagi!! Tetiba rasa nak beli!!sib baik ada member tu…kalu tak “pec lobs” dibuatnya!!

Sesudah puas berjalan di tapak pesta , Lang pun meninggalkan member itu disitu sahaja untuk menuju ke rumah sedara bagi tujuan penginapan dan menunggu hari penganugerahan!!

Pada hari konvo itu, perasaan berdebar dan pelbagai perasaan bercampur aduk memang tak dapat dihindar lagi!! Pada pagi tu..sempat la bergambar lagi sebelum mendaftar diri dan beratur untuk masuk ke dewan.

Ketika menunggu untuk masuk ke dewan, tak sangka tiba2 ada seorang abg yang mungkin sedara graduan berhampiran Lang mengambil gambar Lang dengan kamera video dan kamera telefonnya!! Aneh juga…memang Lang susah nak percaya..tapi Lang tahu sangat dia mengambil gambar Lang dari shot yang dia buat tu..hehe mungkin disebabkan Lang & Grey selalu gak buat begitu, jadi tahulah gaya orang mengambil gambar curik tu!!tezz gak brader tu, mungkin gara2 Lang balas senyuman manis dari dia sebelum itu membuat dia pun tak malu nak ambil gambar Lang yg tengah kekagetan itu!! Apa2 pun …Lang anggap itu satu penghargaan aje, ada gak orang nak ambil gambar Lang nak tak seberapa ni!!

Kemudian, waktu masuk dewan pun tiba dan masuklah ke dewan itu!! Wah…sempat lagi Lang lambai ibubapa Lang kat dewan tu!!slamber jer!! Masuk je..ikutlah protokol majlis…dan tunggu hingga giliran Lang tiba!!nama dipanggil , Lang pun ambillah ‘ijazah’ itu yg plastik semata2!!!satu kepuasan selepas ambil tu walaupun gerak langkah Lang yang gementar tu canggung !!

Dalam dewan tu terperasanlah pula wajah2 lama yang pernah Lang admire...seperti ‘I” yang sudah kelihatan tidak sekemas semasa menjadi kadet dulu malah berisi sedikit serta beberapa muka-muka yang masih kekal dengan gaya lama mereka yang juga mengecam wajah Lang ni!!huhu...tak sangka budak2 yang tak pernah tegur Lang ni tegur juga akhirnya...terharu gak!! Ini bermakna kehadiran Lang disedari walaupun tak pernah berbual dan berkenalan dengan mereka ini!!

Selesai dalam dewan itu, sesi bergambar bersama famili pula diikuti makan tengah hari dan gambar bersama member2 pula!!! Dah puas dengan pakaian konvo yang dikatakan segak oleh mak cik Lang, Lang pun pulangkannya dan mendaftar untuk mendapatkan ijazah yang sebenarnya di pejabat akademik!! Dalam ruang menunggu itu terserempak lagi dengan wajah2 lama yang pernah Lang minati...mereka juga tersenyum dan melambai ke arah Lang...tak sangka walaupun Lang tak pernah berpeluang berkenalan dengan mereka ini...akhirnya dapat juga berkenalan dan ternyata kewujudan Lang memang disedari dan diingati oleh mereka!!

Satu kenangan dan pengajaran manis buat Lang di hari bersejarah tersebut...satu penyesalan juga tidak dapat berkenalan dengan mereka yang menegur Lang pada hari itu sewaktu masih di alam pengajian gara2 perasaan malu dan segan yang menebal diselimuti oleh tiada alasan kukuh untuk menegur mereka pada masa itu!!Namun bagi Lang itu pun sudah mencukupi, melihat mereka dari kejauhan sahaja!!

Sesudah dapat ijazah sebenar itu, Lang pun berjumpa dengan member2 semula sebelum bertemu dengan famili dan pulang ke tempat asal ....Terima kasih kepada rakan2 seperjuangan Lang dari dulu hingga kini...jasa mereka cukup berharga dan tidak mampu dibalas....Thanks Uols, I suka sangat!! (alamak pec lobs lah plak!!! Laaaaaarrrriiiiiii!!!!!!)

Label: