Mesti semua pelikkan nape tetiba kuar entri sebegini? Kadang-kadang Lang teringin nak tulis benda benda lain plak. Sebenarnya dah lama nak menulis perihal ni sejak bulan Ogos lagi tapi asyik tertangguh. Ini pasal kereta nasional kita, Proton. Berbanding Naza dan Perodua yang cuma menukar jenama kereta yang dipasang, Proton adalah satu-satunya kereta nasional yang tak perlu membayar royalti kepada syarikat lain untuk model keluarannya.
Terbaca dalam internet ramai rakyat Malaysia yang suka menghentam Proton terutama sejak keluarnya model-model seperti Proton Juara, Arena dan Savvy.
Namun baru-baru ini Savvy memenangi anugerah di Indonesia sebagai kereta bandar terbaik menewaskan Suzuki dari Jepun dan Cherry dari China selepas menang anugerah kat Malaysia dan mencipta rekod Malaysia . Siapa nak jawab tu?
Napa ye satu-satunya kereta milik tempatan yang direka dan dibina dengan sendiri sejak Proton Waja tahun 2000 ni menjadi sasaran utama? Bagi Lang, memang ada yang perlu diperbaiki oleh Proton untuk lebih dihormati oleh ramai peminat dunia permotoran. Tapi kereta jenama lain juga ada yang lebih teruk daripada Proton. Janganlah kata Proton ni kereta paling teruk di dunia okay!
Terbaru Proton berjaya menjadi hits semula dengan munculnya Proton Persona. Model ini sepatutnya di keluarkan bersama-sama Gen 2 dulu tapi ada krisis katanya. Persona menjadi hits tertinggi Proton selepas era model terlarisnya iaitu Proton Wira. Memang wajarlah Persona dinamakan model gantian Wira!! Sekarang pun kalau kat KL memang dah berlambak jumpa Persona ni kat mana-mana padahal baru nak masuk 3 bulan tu uols!
Lang pun dah lama bawa Proton Gen 2 selepas kereta pertama dalam hidupku yang kupandu iaitu Perodua Kancil. Memang ada banyak masalah pulak kereta bapaku ini. Biasalah, kalau beli barang ni memang kadang-kadang nasib tak baik dapat yang kualiti kurang. Tapi taklah sampai rasa serik dihati dengan Proton ni!! Pakai Perodua dulu pun ada problem gak!
Akan datang Proton akan keluarkan model gantian Saga/Iswara dan MPV. Shot-shot curi ini dah lama Lang dapat dari blog popular Paul Tan. Inilah dia Proton yang akan dibuka tempahan dalam 2 bulan lagi dengan kod Proton BLM. Ia dibina diatas platform Savvy khabarnya,tapi kelihatan bahagian depan seperti Proton Satria Neo dan bahagian belakang seperti Proton Waja.
Adakah ini bakal menjadi ‘Baby Waja’ atau ‘Baby Persona’? Proton terbaru ini ialah sedan kompak bersaiz seperti Toyota Vios dan Honda City tetapi menggunakan enjin Campro 1.3 yang diperbaiki dan ditingkatkan. Harga alat gantinya kata Proton akan dimurahkan lagi namun kualitinya tetap dijaga! Harganya dibawah RM40k (lebih murah dari Savvy dan Viva), wah jadi bulanan dalam RM300 sahaja!Ini satu pakej yang menarik bagi orang yang nak memiliki kereta buat kali pertama! Kalau ditanya Lang, kemungkinan besar model terbaru ini akan menjadi hits sekali lagi buat Proton. Wah....tetiba plak feeling jadi promoter Proton uols!!
Hmm...berangan je Lang ni kan?? Dulu masa kerja dulu memang target nak wat loan kereta tahun depan tapi nampaknya terpaksa aku redha... menunggu sampai rezeki ada.
Label: variasi
Assalamualaikum... hmm Lang baru sahaja melalui satu lagi kisah naik turun...yep...beginilah yang terjadi di suatu pagi..
(Semua perbualan ini asalnya dalam Bahasa Inggeris)
Lang meminta untuk berbicara 4 mata dengan Bos di biliknya. Ketika itu ramai pekerja lain baru keluar daripada biliknya. Semuanya sempat memberi ‘salam’ kepada Lang sebagai ahli keluarga baru mereka.
Bos: Hai...pekaba??ok hari ini??
Lang: Sebenarnya ini adalah sesuatu yang sukar bagi saya. (dalam nada gabra dan tidak tenang)
Bos: Kenapa?
Lang: Selepas menghadapi hari yang tidak menyelerakan...
Bos: Apa yang awak makan?
Lang: tak...saya kena buat peras otak, berbincang panjang dengan keluarga...ermmm
Bos: ???? (sambil membuat tangan isyarat tak tahu)
Lang: sebenarnya selepas hari pengenalan semalam saya mendapat tawaran kerja lain daripada tempat lain...jadi saya terpaksa tinggalkan jawatan yang berharga ini...
Raut wajah positifnya terus berubah...dan terlihat wajah sebenar bos yang sentiasa bercakap tentang perkara-perkara positif itu.

Bos: oh..ok jadi jangan buang masa lagi, saya pun dah buang masa saya! Silakan...pulang semula segala benda hak syarikat!
Lang pun memulangkan risalah dan buku-buku pemberiannya semalam dan bos syarikat itu pun terus bangun dan menunjukkan jalan keluar sdang Lang masih di tempat duduk.
Lang: ada apa-apa yang perlu saya tandatangan sebab semalam dah tanda surat persetujuan.
Bos: tak perlu sebab awak belum pun mula bekerja lagi.
Lang pun bangun....Lang ingin bersalam namun dia seperti enggan dan Lang sempat menitipkan terima kasih.
Lang: terima kasih atas segalanya.
Bos: Ok...semoga hari awak bahagia, ingat lain kali kena tahu apa yang awak mahukan!!
Lang terus keluar dari pejabat itu dan terserempak dengan kumpulan pekerja dan ketua sepatutnya bekerja bersama Lang. Mereka sedang melepak di tangga,lalu bertanya “mahu ke mana?” Lang menjawab dengan selamba “ nak turun kebawah”.
Itulah ungkapan terakhir buat syarikat yang telah menawarkan peluang pekerjaan kepada Lang.
tertanya mengapa Lang bertindak sedimikian? Ini kerana Lang sendiri mengakui membuat kesilapan memilih kerja yang tidak mampu Lang buat kerana bekerja lebih 14jam sehari tanpa cuti walau sehari dalam sebulan!! Malah Lang hanya dibayar komisen tanpa sebarang ‘basic’ atau gaji asas!! Menurut perkiraan, pekerjaan itu sukar kerana perlu ‘mengganggu’ ketenteraman orang.
Lang mengambil masa berbincang dengan ibubapa sendiri, sahabat handai dan membuat perkiraan sendiri. Akhirnya Lang membuat keputusan untuk menolak sahaja tawaran kerja itu walaupun surat persetujuan kerja telah pun ditanda tangan. Segalanya berlaku di minit terakhir. Lang sendiri kurang yakin dengan pekerjaan itu. Untuk mengelakkan jiwa terseksa di masa hadapan, keputusan awal harus dibuat!!
Lang menggunakan ayat mendapat kerja lain bagi mengelakkan bos itu menyangkal atau mengetahui tanggapan buruk Lang terhadap pekerjaan itu. Menurut perkiraan bapa Lang, dengan menggajikan pekerja di jawatan itu, bos itu dapat keuntungan beribu-ribu ringgit dalam 2 bulan manakala pekerjanya hanya untung sekitar puluhan ringgit sahaja!! Dahla pekerja hanya dibayar komisen, tiada gaji pokok, malah cuti dan kemudahan lain langsung tidak diberikan!!
Keterdesakan Lang untuk mendapat kerja membuatkan Lang tidak berfikir panjang...Lang mengakui kesilapan itu, namun bersyukur sebab masih belum terlambat. Inilah laluan rollercoaster’ yang Lang harus lalui dalam hidup dan sehingga kini Lang masih perlu mencari kerja....dan kini.. aku dah kembali...menganggur!!
Label: kisah blalang
Assalamualaikum semua..
Amacam seronok ke beraya?? Lang sempat beraya di wilayah tengah dan selatan tanah air... Suasana raya tu ada la juga...seronok berjumpa sedara mara yang rapat ni!! Hmm biasalah bila dah berjumpa sedara mara, ada je cerita nak dikhabarkan. Cerita paling hangat tentulah tentang makanan baru, pakaian baru, langsir baru, TV baru, menantu baru, ipar baru, kereta baru dan semua baru lah..termasuklah tentang pengangguran Lang yang terbaru!! Memang segan dibuatnya bila dah heboh yang Lang ni dapat keje 3 bulan je pastu berhenti...mulalah pertanyaan dan respon bersahutan. Kelulusan Lang jadi pertanyaan hangat diikuti respon murah hati nak minta kawan-kawan mereka rekemen Lang ditempat mereka....aiyo...ni yang buat Lang menjadi bertambah tak senang hati.
Apa-apa pun, Lang bersyukur sebab mereka begitu mengambil berat tentang Lang sekeluarga apatah lagi bersedia membantu. Pun begitu Lang tak suka dianggap menagih ehsan daripada mereka pula...Hmm susah-susah je!!
Perihal interview yang Lang dapat setiap minggu juga sesuatu yang mengejutkan. Tak sangka, laku juga resume Lang ni!! Lang baru mendapat satu tawaran kerja yang bukan dalam skop kejuruteraan. Bermula dengan interview pusingan pertama Lang ditemu duga bersama seorang lagi calon yang cukup berpengalaman dalam bidang pemasaran. Sungguh gementar apabila mengetahui calon itu sudah berpengalaman 5 tahun. Memang ketrampilan beliau juga hebat dengan Bahasa Inggeris yang lancar berbanding Lang yang berbahasa Inggeris pun macam hampeh!! Siap penemu duga tu betulkan ayat Lang lagi tu...aiyo..haruslah amik kursus ngan Cekmi pasni!
Dalam pusingan pertama itu, Lang terasa peluang untuk mara ke peringkat kedua agak samar. Lang langsung tidak menaruh harapan apatah lagi pada hari selepas itu, tiada satu pun panggilan telefon daripada pihak syarikat itu. Sehari kemudian Lang dikejutkan dengan panggilan untuk hadir ke pusingan kedua pula!! Sungguh tidak sangka!!
Lang pun hadir ke temuduga yang lebih kepada praktikal itu. Lang teringat tips-tips subjek temuduga yang pernah Lang belajar dulu, lalu diaplikasikan dalam pusingan itu. Pun begitu bagi Lang, temuduga itu bagaikan satu bentuk lakonan yang perlu Lang lakukan bagi menyembunyikan sifat pemalu dan tidak selesa dengan persekitaran yang baru.
Lang dibelanja makan tengah hari oleh bos syarikat itu sebelum dibawa ke tapak kerja iaitu di luar pejabat dan merupakan tempat tumpuan orang ramai. Memang agak kekok..namun Lang tidak boleh menunjukan sebarang perilaku negatif. Sesi soal jawab berlaku selama 4 jam disertakan dengan gambaran kerja yang bakal dilakukan. Lang masih dengan Bahasa Inggeris yang kurang baik namun masih cuba yang terbaik demi mengelakkan 2 orang penemuduga berasa bosan dengan Lang. Komunikasi Lang berjalan lancar malah bos syarikat itu turut memuji penampilan Lang.
Melihat waktu kerja yang agak panjang dan memenatkan, Lang memang berasa kurang teruja apatah lagi perlu bekerja setiap hari daripada pagi ke malam. Paling melemahkan semangat ialah tempat kerja yang berpindah randah. Lang juga tidak digalakkan menaiki kenderaan sendiri dan perlu bergantung dengan pengangkutan awam terutamanya bas!! Wah..inilah menjadi 3 kali ganda kepenatan!!

Selamat tinggal cuti-cuti M'sia (oops ni gambo angkasawan M'sia)
Lang sudah pun menerima tawaran kerja itu. Lang diberitahu bahawa Lang berjaya memenuhi 12 kriteria daripada 15 yang dikehendaki....sungguh mengkagetkan!!! Lang dijadualkan untuk bermula pada Isnin 22 Oktober 2007 dan akan diperkenalkan kepada pekerja-pekerja syarikat. Perasaan Lang bercampur aduk sehingga tak lena tidur dibuatnya! Apa-apa pun Lang faham bahawa tidak boleh bersikap memilih dan mungkin inilah rezeki yang tersurat buat masa ini! Berat juga hati menerima kerja yang tiada cuti dan waktu rehat yang amat minima ini!! Hmm...harap Lang akan dapat menyesuaikan diri dan serasi dengan suasana yang mengejutkan itu!! Lepas ni susah skitla nak pi cyber cafe..aiyo!!!
Sekian salam Syawal semua!!!
Label: kisah blalang
Lang dah pun hampir selesai dengan persediaan untuk Aidilfitri tahun ini, cuma baju Melayu je belum beli lagi dan kena beli juga sebab dah 2 tahun guna yang sama. Tengoklah kalau berkesempatan nanti.
Kengkawan semua macam mana ye persediaan ? Kepada yang merantau di negara orang, tabahkanlah hati ye, Lang tetap mendoakan kesejahteraan kengkawan disana.
Rancangan Lang sempena selepas Hari Raya nanti ialah untuk mencari kerja dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Lang dah pun mendapat 2 panggilan temuduga dan satu tawaran terpaksa ditolak dahulu kerana lokasi agak jauh. Temuduga hari itu rasanya kurang berjaya sebab jawatan itu pun tidak sesuai dengan karektor Lang. Harap selepas ini ada tawaran yang betul –betul sesuai dengan Lang!
Diharap Syawal tahun ini akan melimpahkan rezeki dan penuh hikmah terhadap kejadian yang menimpa Lang sepanjang Ramadhan ini. Kepada semua, selamat memanfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan ibadah dan kebajikan. Semoga diberkati hendaknya.
Ramadhan ini keseronokan ke pasar dan bazar memang paling diingati. Kat pasar juadah tempat Lang ni ramai gak yang menarik perhatian...ermm nak je snap-snap tapi apakan daya, cuma setakat cuci mata saja yang mampu dibuat!! Ramai pula yang tezz dok balas-balas jelingan Lang gitu!!(oops perasan jap!)
Beberapa hari lepas Lang dijemput oleh kawan-kawan kilang S untuk menghadiri majlis berbuka puasa mereka...wah...tak sangka mereka masih ingat kat Lang ni!!Segan pun ada juga sebab majlis tu untuk pekerja-pekerja mereka sahaja...nasiblah buat kat tempat umum...hermmm...ada plak geng-geng 'rimau' kat situ...bertambah nyam-nyam lah!!! Minggu ni ada geng Kilang X pula nak ajak berbuka sekali...Lang sambar jela!!
Ok lah....Kepada yang akan ke kampung, selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya ye!! Selamat menyambut hari raya semua Blalang ucapkan kepada kengkawan semua!!semoga berjumpa lagi di bulan Syawal pula!!Maaf Zahir & Batin daripada Blalanglalang
Label: kisah blalang
Wah dah macam-macam gaya plak permainan
tag-tag ni. Skarang nak dedah apa ada kat wallpaper desktop ek?? Ambik la…Lang punya bukan
vogue pun, ala PC kat umah sajork. (Perlu ke
vogue-vogue wallpaper ni semua??)
Lang suka gambar-gambar flora&fauna yang menggambarkan ketenangan. Banyak dah gambar yang dah menjadi pilihan untuk dijadikan latar skrin computer kat umah ni.
Ni gambar Lang
snap sendiri di waktu senja kat hotel masa tu tengah dok bercuti ngan famili...nampak plak kapal lalu kat laut tu....(padahal banyak snap orang yang main kat gigi pantai!!). Hmm ni pakai kamera
muroh cap ayam je tapi
not very bad lah hasilnya. Yang paling best matahari oren tu jadi kaler kegemaran si Aries Kaze plak!
Ok lah nanti Lang tukar lain plak gambar
wallpaper ini, yela manade
wallpaper yang kekal selamanya kan? (tak baik tipu tau
uols) Takkan
wallpaper kat
Cyber café yang Lang online sekarang ni
uols pun nak tau gak??
Jadi buat masa ini, inilah saja pendedahan yang boleh didedahkan…jangan
kuciwo noh…!!
Peraturan….(matila..guna ayat sendirik!!)
1)Ambil gambar
wallpaper anda dan dedahkan dalam blog.
2)
Tag 5 lagi orang untuk dijadikan mangsa seterusnya.
3)Sambung rantaian pautan asal yang memaut blog anda dengan permainan ini.
Jawapan no.1Inilah gambar kapal lalu di laut waktu senja tetapi matahari jadi purple plak!!
Jawapan no.2
Inilah nama-nama yang kena panggil sekali lagi untuk permainan ini..jangan marah aaa...
U all are my favourite!!i)Aries Kaze …si hantu ungu
ii)Walkthrulife ...akak yang tabah
iii)Zerd ... tag yang lepas2 pun blom terjawab
iv)KenRixx …tunggu balik Malaysia baru nak jawab katanya
v)Grey ... ni lagi la…na’uzubillah!!bila mau jawab???
Jawapan no.3Inilah link-link yang memaut permainan ini sampai kepada Lang...
iRonnie - I Set No Corner
Thess - Thesserie
Rebecca - Skippy Heart
Knoizki - A Dialogue With K
Beng - Kauderwelch - domlawrenceOSB - bluepanjeet™ OTWOMD™
Marie @ Vanidosa Marie and Vanidosa at blogspot and
Ems @ Just Let Go and Pieces of Me Angie The Daily Matters and The Simple Times In Life
Puteri @ Puteri's Musings, Puteri's Musings 2 and Health and Beauty Notes Green @ Kehijauan hidup Mr Green and Dunia Kibin
Lee UK1972 @ Colours Of My Life and Neverending Story of My Life
Cheezzy Cheese @ Life Is A Bittersweet Symphony
Blalang Lalang @ Kisah Blalang disebalik lalang
-sekian terima kasih- (tepuk2)
Label: kisah blalang
Hari itu sungguh suram...mentari memancar lesu dan angin yang berlalu tidak mampu menghembuskan dedaun yang gugur di taman. Aku melangkah ke Kilang X untuk minggu ke 10. Aku kelihatan seperti salah seorang pekerja Kilang X yang profail tingggi itu, namun hakikatnya adalah berlainan sekali. Aku sebenarnya adalah pekerja syarikat yang dikontrakkan oleh Kilang X untuk memberikan servis kepada pekerja-pekerja mesin di Kilang X itu. Syarikat itu adalah Syarikat J.E yang berpusat di selatan tanah air. Aku menerima lamaran syarikat itu tanpa berfikir panjang kerana sudah tidak tahan menganggur lama.
Aku termanggu seketika dan mengingati detik pertama kali menjejakkan kaki disini. Minggu depan adalah hari gaji aku buat kali yang ketiga, terasa cepat juga masa berlalu!
Aku pun tiba di tingkat 4, tempat lokarku. Aku memakai pakaian kerjaku sebelum ke tingkat bawah, tempat kerjaku. Aku berjalan sambil memandang mesin-mesin di tingkat itu beserta pekerja-pekerjanya. Ramai juga yang tezz.
Tiba di tempat kerjaku, aku ternampak adanya projek untuk hari itu. Ketuaku yang berketurunan Luzon itu terus bertanyakan akdakah aku mahu membuat kerja itu. Aku pun mengiyakan dan terus memulakan hari itu dengan projek itu.
2 jam berlalu, aku pun selesai menerakan projek itu. Tiba-tiba ketuaku yang berketurunan Luzon itu berkata bahawa bos yang datang dari selatan tanah air hendak bertemuku di bilik lokar tingkat itu. Kau terkejut juga kerana belum pernah lagi aku ketemu dengan bos walaupun sudah lebih 2 bulan di situ. Bos itu pula hanya datang 2 kali sebulan sahaja di Kilang X itu untuk mendapatkan respon bagi pekerja- pekerja Syarikat J.E itu .
Aku pun ke ruang lokar dan terlihat seorang Cina mengendong beg bersama seorang jurutera berbangsa Cina berbual dalam bahasa mereka. Aku menanti selama 10 minit disitu sebelum jurutera itu beredar. Aku pun melemparkan senyuman dan terus bersalaman dengan bosku itu. Wajahnya ada ekspresi yang kurasakan semacam pula,lalu dia pun memulakan perbualannya.
Bos: Amcam, OK ke kerja disini?
Aku: OK je bos!!
Bos: Beginilah saya ada berita sikit untuk awak.
Dia pun mengeluarkan surat dari satu sampul untukku. Aku tertanya seketika apakah surat itu. Aku membaca surat berbahasa Inggeris yang bertarikh dua hari kemudian itu. Aku terasa bagai halilintar membelah bumi dengan tajuk surat itu!
Bos: Beginilah,minta maaf banyak kami terpaksa memberhentikan perkhidmatan awak.
Aku: (kaget) Kenapa?
Bos: Awak tahukan; shift kerja 12 jam yang ditawarkan untuk itu tidak dapat berjaan seperti yang dirancangkan. Syarikat kami tidak mendapat kontrak daripada Kilang X. Kami selama 2 bulan ini sudah mengeluarkan wang sendiri menggajikan awak dan beberapa pekerja lain meskipun kami tidak mendapat kontrak itu. Harap maaf ya
Aku termenung dan mendengar kata-kata yang menghiris hati...terasa dunia ku gelap gelita dilatari suara yang menusuk hati.
Aku: Mana boleh maca ini, saya mana ada backup apa-apa. Bagilah saya tempoh sebulan.
Bos: Maaflah, sebab bos yang jaga kontrak dengan kami itu dah buat keputusan. Awak buat kerja bagus!
Aku tidak mempeduli kata-kata yang sekadar pemanis itu.
Aku: Boleh tak saya minta lagi sebulan kerja?Hujung bulan ini saya berhentilah.
Bos: Beginilah, nanti saya bincang dengan orang atasan saya tentang kes awak ini. Saya tak boleh jamin, tapi kalau dapat tunaikan permintaan awak itu saya akan beritahu kemudian.
Aku: Oklah...saya dah faham. Terima kasih.
Aku dengan sugul berjalan meninggalkan bilik itu.
“ Sorry ye!!” teriak bos yang dah pun bergelar bekas bos mengakhiri pertemuan pertama dan terakhir kami itu. Aku terus ke tandas bagi menenangkan perasaan, sambil membacakan surat yang bernotis akhir pada 2 hari kemudian itu.
Aku kemudian ke tempat kerjaku semula dan mengemaskan projek yang berjayaku selesaikan tadi itu. Kau terus bertanyakan kepada kawan yang juga berpangkat penyelia kepadaku tentang halku ini. Ternyata dia tak mampu berbuat apa-apa. Raut wajahnya menunjukkan rasa bersalah namun tubuhnya memang tiada apa yang dilakukan demi membantuku.
Aku terasa berbagai-bagai perasaan. Namun aku cuba bertahan untuk menunggu jam 12.30 iaitu waktu rehat setelah meminta untuk bekerja setengah hari sahaja pada hari itu. Aku terus memeseji Ted untuk memberitahu hal ini. Kemudian Ted pun menelefonku dan memberikan nasihat. Kata-kata saktinya,” Kalau aku, aku dah blah je sekarang!”
Benar juga kata Ted itu. Aku berfikir sejenak dan naik lif ke tingkat paling atas untuk bermain laptop berinternet demi menenagkan perasanku. Di tingkat 5 itu aku bertemu dengan seorang lagi pekerja J.E iaitu Z yang dah lama merancang untuk meninggalkan syarikat itu selepas Hari Raya nanti. Dia sedang menelefon seseorang demi menghebohkan perancangannya itu.
Aku pun terus membuka internet demi melihat tawaran temuduga pekerjaan yang ada. Z pun tamatkan panggilannya itu. Aku memulakan perbualan dengan memberitahu bahawa aku yang akan ‘pergi’ dulu sebelumnya. Z kaget dan bertanyakan kenapa. Kau menjawab bahawa aku dah pun dapat surat dan kena berhenti. Z terkejut namun dia meneruskan gaya perbualannya yang sering menyelitkan lawak jenaka itu.
Aku menghiburkan diri dengan melayan celotehnya itu. Kami berbual seperti akan berbual untuk kali terakhirnya. Aku bertanyakan pendapat Z dan dia juga sependapat dengan Ted. Aku akhirnya menerima cadangan Ted dan Z dan memulakan langkah untuk meninggalkan Kilang X untuk sekian kalinya.Z bersetuju untuk mengiringiku dan menyerahkan kunci lokarku nanti kepada pihak pengurusan.
Pertemuan kami pun berakhir di ruang lokar itu. Aku tidak mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja lain melainkan kepada Z seorang. Aku tidak sampai hati nak mengucapkan perkataan itu apabila melihat wajah mereka menerima ucapan itu. Aku meninggalkan Kilang X pada jam 11.30 dan membuatkan pak gad disitu juga berasa kaget.
Aku pun tiba di rumah dan membuatkan ibu serta adikku yang sedang membakar kuih tertanya-tanya kerna jam masih menunjukkan 11.48. Aku memberitahu dengan nada ganas lagi kecewa. “Astaghfirullah”,ucap ibuku. Aku merasa hiba dengan reaksi itu dan terus masuk ke bilik. Kau memeseji beberapa member lain dan ternyata mereka memahami keadaan diriku. Ayat sakti “ dalam nak menyambut aidlfitri ini kau diduga sebesar ini” antara yang menyentuh perasaanku.
Aku kemudian mendapat mesej daripada teman sekerja yang baru tahu berita itu melalui Z yang bermulut becok itu. Mereka juga terkejut dan bersedih dengan pemergianku itu. Aku terharu kerana tidak menyangka kehadiranku yang seketika itu berjaya memberikan kesan di hati mereka.
Petang itu aku bertemankan bantal yang dibasahi kesedihan dan perasaan-perasaan yang bercampur baur. Waktu berbuka puasa pula, aku kurang berselera dan terlihat wajah ibuku yang menahan hiba melihat dugaan yang menimpaku sedang anggota keluargaku yang lain belum mengetahui.
Label: kisah blalang