* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Oktober 23, 2007

Rollercoaster ride..

Assalamualaikum... hmm Lang baru sahaja melalui satu lagi kisah naik turun...yep...beginilah yang terjadi di suatu pagi..

(Semua perbualan ini asalnya dalam Bahasa Inggeris)
Lang meminta untuk berbicara 4 mata dengan Bos di biliknya. Ketika itu ramai pekerja lain baru keluar daripada biliknya. Semuanya sempat memberi ‘salam’ kepada Lang sebagai ahli keluarga baru mereka.

Bos: Hai...pekaba??ok hari ini??
Lang: Sebenarnya ini adalah sesuatu yang sukar bagi saya. (dalam nada gabra dan tidak tenang)
Bos: Kenapa?
Lang: Selepas menghadapi hari yang tidak menyelerakan...
Bos: Apa yang awak makan?
Lang: tak...saya kena buat peras otak, berbincang panjang dengan keluarga...ermmm
Bos: ???? (sambil membuat tangan isyarat tak tahu)
Lang: sebenarnya selepas hari pengenalan semalam saya mendapat tawaran kerja lain daripada tempat lain...jadi saya terpaksa tinggalkan jawatan yang berharga ini...

Raut wajah positifnya terus berubah...dan terlihat wajah sebenar bos yang sentiasa bercakap tentang perkara-perkara positif itu.



Bos: oh..ok jadi jangan buang masa lagi, saya pun dah buang masa saya! Silakan...pulang semula segala benda hak syarikat!

Lang pun memulangkan risalah dan buku-buku pemberiannya semalam dan bos syarikat itu pun terus bangun dan menunjukkan jalan keluar sdang Lang masih di tempat duduk.
Lang: ada apa-apa yang perlu saya tandatangan sebab semalam dah tanda surat persetujuan.
Bos: tak perlu sebab awak belum pun mula bekerja lagi.

Lang pun bangun....Lang ingin bersalam namun dia seperti enggan dan Lang sempat menitipkan terima kasih.
Lang: terima kasih atas segalanya.
Bos: Ok...semoga hari awak bahagia, ingat lain kali kena tahu apa yang awak mahukan!!


Lang terus keluar dari pejabat itu dan terserempak dengan kumpulan pekerja dan ketua sepatutnya bekerja bersama Lang. Mereka sedang melepak di tangga,lalu bertanya “mahu ke mana?” Lang menjawab dengan selamba “ nak turun kebawah”.
Itulah ungkapan terakhir buat syarikat yang telah menawarkan peluang pekerjaan kepada Lang.

tertanya mengapa Lang bertindak sedimikian? Ini kerana Lang sendiri mengakui membuat kesilapan memilih kerja yang tidak mampu Lang buat kerana bekerja lebih 14jam sehari tanpa cuti walau sehari dalam sebulan!! Malah Lang hanya dibayar komisen tanpa sebarang ‘basic’ atau gaji asas!! Menurut perkiraan, pekerjaan itu sukar kerana perlu ‘mengganggu’ ketenteraman orang.

Lang mengambil masa berbincang dengan ibubapa sendiri, sahabat handai dan membuat perkiraan sendiri. Akhirnya Lang membuat keputusan untuk menolak sahaja tawaran kerja itu walaupun surat persetujuan kerja telah pun ditanda tangan. Segalanya berlaku di minit terakhir. Lang sendiri kurang yakin dengan pekerjaan itu. Untuk mengelakkan jiwa terseksa di masa hadapan, keputusan awal harus dibuat!!

Lang menggunakan ayat mendapat kerja lain bagi mengelakkan bos itu menyangkal atau mengetahui tanggapan buruk Lang terhadap pekerjaan itu. Menurut perkiraan bapa Lang, dengan menggajikan pekerja di jawatan itu, bos itu dapat keuntungan beribu-ribu ringgit dalam 2 bulan manakala pekerjanya hanya untung sekitar puluhan ringgit sahaja!! Dahla pekerja hanya dibayar komisen, tiada gaji pokok, malah cuti dan kemudahan lain langsung tidak diberikan!!

Keterdesakan Lang untuk mendapat kerja membuatkan Lang tidak berfikir panjang...Lang mengakui kesilapan itu, namun bersyukur sebab masih belum terlambat. Inilah laluan rollercoaster’ yang Lang harus lalui dalam hidup dan sehingga kini Lang masih perlu mencari kerja....dan kini.. aku dah kembali...menganggur!!

Label: