Kena tag lagi sekali!!!
Aiyoo..terkena tag lagi!! dah kali kedua ni..merasalah siaran ulangan lagi tertunda!!Hmm...lain kali kalau kena lagi permainan berantai ni,merasalah lagi siaran ulangan ini sekali lagi!! ok la...ikut dulu peraturan pertama....
THE RULES:
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've tagged, and to read ur blog.
Fakta rawak #1
Lang ni seorang yang pemalu kalau pertama kali bersua dengan sesiapa...aiyo...bukan apa, Lang suka memerhati dan mengkaji dulu orang tu sebelum melakukan langkah seterusnya. Pun begitu, kalau 'radar serasi' LAng ni dapat merasakan keserasian dengan orang yang baru dikenali itu, cepat aje Lang akan mesra dengan orang itu,malah kadang2 terlebih mesra pula!!
Fakta rawak #2
Muzik kegemaran Lang ialah lagu-lagu yang mesra telinga dan tidak membingitkan seperti muzik rock yang jerit-jerit ittew!! Lang layan ler lagu-lagu diva yang bersuara power macam Mariah, Celine, Whitney, Christina, Beyonce, JAc, ZZ dan ramai lagi.... Hits terkini kegemaran ialah Hurt-Christina dan Listen-Beyonce...oops !! Pun gitu Lang layan gak lagu-lagu jantan seperti lagu-lagu Anuar, Jamal, Nash dan M.Nasir!! Yang paling ramai yang tak tahu ialah Lang suka mendengar lagu-lagu lama yang berunsur tradisional dan menonton filem zaman 80an!!
Fakta rawak #3
Lang paling susah nak naikkan berat badan.Sumbatlah Multivitamin ke, Jus Noni ke, Susu Weight Gain ke Pil Jamu Serapat ...eh tak berkesan!! Mungkin tahap metobolisme yang tinggi LAng makan apa pun tak nampak kesan. Pun begitu kalau bab penyakit, perutlah yang paling sensitif sekali!!
Fakta rawak #3
LAng suka drama bercorak komedi,misteri,penyiasatan,kepolisan dan ketenteraan. Tak tahu napa suka plak kat drama yang selalu membuat hati rasa geram..lagi-lagi sinetron yang penuh kekejaman ittew !!
Fakta rawak #4
Lang sudah banyak berhadapan dengan kejadian paranormal...yang ini seramlah nak cerita!!
Fakta rawak #5
Lang mempunyai 'stage freak' yang teramat sangat!! Paling gerun kalau kena berucap kat pentas...pun begitu Lang pernah berlakon drama kat sekolah dan menyanyi solo dihadapan penonton semasa di kolej...itupun kala kenang balik mesti rasa malu giler!!
Fakta rawak #6
LAng suka senyum..pun begitu kadangkala bila tak senyum pun orang kata Lang senyum gak. Pernah kena marah dengan pensyarah sebab 'kelihatan senyum' ketika dia tengah membebel kat depan!!Paling pelik, kengkawan satu asrama masa kolej dulu tegur yang Lang tidur pun senyum!!!
Fakta rawak #7
Lang paling mementingkan kepercayaan dan menghormati privasi.sori.... manusia mulut-mulut tempayanlah yang paling LAng nak jauhi!!
Fakta rawak #8
Lang paling suka membaca buku sains ketika di sekolah dahulu. Lang sanggup tak turun rehat demi menghabiskan semua buku-buku sains bergambar di dalam perpustakaan sampai hafal kebanyakan nama dinosaur,planet,reka bentuk bangunan,peta dunia dan organisma mikro biologi ketika itu. Very the nerd kan?? Tapi itu kat sekolah je, kat rumah plak jadi budak yang lasak!!Pun begitu, kalau korang tanya fakta sains tu sekarang, dah banyak lupa lah pulak!!!
Ok ..itulah saja fakta-fikti yang boleh dibentangkan kali ini...harap pueh ati!!
Peraturan seterusnya meminta Lang untuk menyenaraikan 8 lagi mangsa untuk di tag...merasalah!!
1.Aqbary....pengembara yang tabah
2.Grey...jurufoto sambilan yang mengkagumi Mr Kelabu!!
3. Cekmi...pensyarah yang gigih
4. Zerd .... programmer yang selalu bz katanya
5. WalkthruLife...pendatang baru blog Lang yang menyerlah
6.Rattar...seorang yang sukar dijangka...hahaha
7. KenRixx...yang ni asyik tukar link blog sajork!!
8.Aries Kaze...remaja vogue yang bercita-cita membangunkan perisian permainan komputernya sendiri!!
Label: kisah blalang