* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Sabtu, Ogos 18, 2007

Bukan seperti sangkaanmu!!

Hmm...Lang hadapi situasi yang rasa-rasanya ramai kengkawan pernah hadapi.....salah anggap kerana wajah yang dikurniakan tuhan ini. Salah anggap ni bukanlah negatif kerana cuma salah anggap Lang ni bukan orang Melayu!! Semenjak Lang mula bekerja di kilang X ni, selalu juga Lang mengikuti bos Lang yang berasal dari negara yang terletak berjiran dengan Sabah. Lang pun nuka mengenali beberapa pekerja lain di beberapa bahagian kilang ini yang terdiri daripada pelabagi bangsa dan warganegara.

Satu jari tu, adalah seorang brader ni, haha cumil gak ler mukanya ;menyapa dan bertanya kepada Lang “ Malaysia ke Filipina?” Aiyo..tiba-tiba je diri Lang kaget dan teringat kat kes si Aqbary yang menghadapi situasi yang sama!! Lang pun jawab, “saya ni orang Malaysia lah!” brader tu pun kata “Ooo...Ingatkan Filipina, nampak blur semacam je!” Aiyo...hebat betul kesimpulan abang ni...semua orang Filipina muka blur gamaknya!! ~matilah kena remuk ngan Filipino nanti!!~

Kejadian itu belum terhenti, Lang juga mula dipandang dengan pandangan ingin berkatakan sesuatu orang seorang pekerja dari Nepal pula!! (Nepal atau orang Gurkha ni berwajah ala2 orang Tibet di Negara China dan tidak sama dengan Bangladesh ) . Lang ingatkan dia ni orang Melayu, mungkin dia menganggap Lang ni orang Nepal plak kot!! Aiyo!!!

Inilah pertama kali Lang dikatakan berwajah Filipina! Tak pernah lagi sebab kebanyakan yang Lang kena ialah mengatakan Lang berbangsa Tiong Hwa atau Cina. Pernah sekali menghantar kawan naik kapal terbang di KLIA di waktu subuh, tiba-tiba datang segerombolan pelancong dari Negara China mengejar Lang dan terus bertanya macam-macam seperti mereka kesesatan!! Mereka nampaknya tidak boleh berbahasa Inggeris sehingga memeningkan Lang untuk menjawab. Dengan selambanya member Lang yang ada bersama Lang terus berkata dengan penuh yakin,“ Sorry, dia ni Malay lah!!!” dan terus memnarik Lang pergi. Para pelancong China itu terpinga-pinga dan berwajah hampa . Lucu betul kejadian itu!!


Lihatlah betapa divanya I!!

Selain itu, pernah juga berlaku ketika terserempak dengan Mat Saleh ni tiba-tiba je mulutnya dengan ramah bercakap Jepun dengan Lang!! Aiyo...lancar betul bahasa Jepunnya tanpa menyedari yang Lang ni tak faham langsung!! Lang Cuma tersenyum sahaja. Lang ni adalah keturunan Melayu tulen dan nenek moyang pun berasal dari Sumatera; iaitu tempat asal kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia selain Tanah Siam, Tanah Jawa dan Indo-China. Lang ini bukan Jawa, Bugis, Banjar atau pun berketurunan Siam pun. Tak tahulah kalau ada campuran lain di peringkat lebih tinggi daripada nenek moyang tapi Lang ni kurang plak ‘muka Melayu’ ni!!

Apa-apa pun yang pasti Lang ni berwajah Asia dan Lang bersyukur dengan kurniaan-Nya ini. Kejadian-kejadian ini adalah antara pengalaman yang mencuit hati dan akan dikenang sampai bila-bila. Oops ada juga yang salah anggap umur Lang kerana rupa!!?? Yang itu, tak boleh nak komen lagi buat masa ini!!!haha

Label: