* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Jumaat, November 28, 2008

Takziah..

Di sini Lang turut bersedih dan simpati dengan takdir yang menimpa kawan baik Lang
sejak mulanya era Lang menulis blog iaitu Grey
yang kini baru sahaja kehilangan ayah kandungnya yang pulang ke Rahmatullah pagi tadi (28/11/2008)...Innalillahi wainnalillahi Rajiun...


Takziah buat Grey sekeluarga..

Juga kepada Shahrizal, sahabat Lang yang turut kehilangan nenek tersayang pada petang yang sama..

Takziah buat Shahrizal sekeluarga..

semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat-Nya..Amin

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, November 19, 2008

SLaMat HAri LaHiRrRr

Tua dah aku lagi Setahun...(umo brapa dah tu..??Shhhh...)

.

.




.

Kedotz dah Tambah lagi satu!...uhuk2  (macam atuk tua lah plok !)

.

.

.

Tapi balik2 orang ingat aku ni budak amik SPM lagi!! aduh!!!

.

.

.

Sedih tau asik kena panggil dengan nama 'adik' jerr....

.

.

.

Takpa....tunggulah 10 tahun lagi...baru orang muka tgk aku macam budak umo 27!!~~nanges~~



Label:

Blalang*Lalang

Isnin, November 10, 2008

Cuma merancang...

Disini suka cita untuk dicanangkan kepada kengkawan rapat Lang tentang pertemuan yang dirancang pertengahan bulan hadapan iaitu pada 13-15 Disember 2008..

sesungguhnya inilah perancangan yang yang telah diimpikan ...

Dengan aktiviti seperti ke taman tema dan berhiburan berserta majlis BBQ dan aktiviti sosial yang lain...Lang cuma boleh berharap kengkawan sudilah hendaklah datang sementara kita masih ada sinar dalam persahabatan ni...masa akan datang siapa yang mampu menduga kan??

Ayuh ketepikanlah apa yang tak patut tu agar perancangan yang sederhana ini akan termakbul jua....bukannya selalu pun dapat bertemu muka...

Lang teringin sekali memohon ampun atas kekurangan majlis-majlis sebelum ini.... segala kelemahan adalah daripada pihak Lang sendiri ...harap diampun!!

Label:

Blalang*Lalang

Ahad, November 02, 2008

Rumah terbuka Zulkaedah??

Syawal dah pun berlalu...dan bulan Zulkaedah dah pun menjelma..pun begitu ada sesuatu yang nampaknya berulang seperti tahun lalu...

Ketika Lang bersiar-siar bersama F semalam, kelihatan di bandar S , adanya umat berbaju kebangsaan ..eh ada majlis perkahwinan ke di lot-lot kedai itu???tiba-tiba kelihatan banner RUMAH TERBUKA AIDILFITRI sebesar alam...eh bukankah dah masuk bulan Zulkaedah sekarang ni??? Bukan satu atau dua tempat..malah lebih daripada itu!! Syarikat korporat mana plak yg tak peka ni???

Sejak setahun lalu..Lang dah perasan adanya amalan rumah terbuka meskipun dah sebulan 1 Syawal berlalu. Memang amalan ini tidak berdosa malah amat dimuliakan... namun tetap 'berdosa' di mata apabila adanya banner RUMAH TERBUKA AIDILFITRI serta dengan tema hari raya seperti gantungan ketupat dan kad raya ketika majlis itu!! Ini sekaligus akan menampakkan kejahilan tuan rumah majlis tentang kalendar Hijriah sekiranya ada pula tetamu bermulut laser mau panas telinga kena 'tembak'!! 

"hai...sebulan raya pun tak cukup masa ke nak buat open house?" ujar Puan Senah Sengal

Mungkin Tuan Rumah memang dah terlalu sibuk pada bulan Syawal dan sukar mendapatkan tarikh sesuai ketika itu sekaligus mendesak mereka menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada tarikh yang 'teramat sesuai' itu!! 



"alang-alang extend jer Raya Puasa dengan Raya Haji terus!!!" kata Cik Leha Laser

Adalah mungkin lebih sesuai diletakkan banner RUMAH TERBUKA PERAYAAN (kena dengan sempena Deepavali) atau RUMAH TERBUKA UMUM agar ketidakpekaan tuan rumah itu tidak ler nampak 'obvious'!!  

Harap-harap tahun depan takdelah tuan majlis buat RUMAH TERBUKA dengan tema AIDILFITRI pada bulan -bulan lain selain Syawal...... 'weird' seh!!!

Label: