Kisah 2009...penghujung dekad yang lalu
Salam semua...lama x update blog ni...sorry sesangat sebab sepanjang ujung tahun 2009 Lang tersangatlah sibuk dengan pelbagai aktiviti..selain itu Lang menghadapi masalah kelembapan servis internet sehingga menghilangkan mood untuk berblog!!
* Kini Lang dah beralih kepada internet berwayar...lebih stabil...lebih hebat!!*
Alkisahnya....Lang sempat ke utara beberapa kali sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2009 selain ke selatan tanah air....banyak betul travel kali ni!! hehe
sempatlah ber-Gathering bersama Mistu, Grey dan Shriz yang merupakan rakan setia setiap acara buah fikiran Lang...siapa sangka pada asalnya hendak berkumpul di KL tiba-tiba leh buat di utara!!!?? hehehe...syukur tiba-tiba dapat rezeki yang lebih masa tu!! selain itu dapat berkenalan dengan rakan barudi utara yang sangatlah baik meskipun ada baru berkahwin dan sibuk dengan tugas menjaga keamanan!! Syukurrr!!
Pada 2009, ligat betul Lang setelah berkenderaan 4 roda kepunyaan sendiri...hmmm berjaya gak capai azam 2009 tu!! Alhamdulillah!!
Setelah berpindah ke teratak baru ..Lang menghadapi suasana baru...dari kawasan bersuasana kampung kini duduk di kawasan perumahan tersusun. Ternyata duduk di taman ini lebih senyap dan sepi berbanding suasana lama...memang rindu juga dengan suasana tempat lama yang teramat dekat dengan pusat bandar. Jarak yang jauh ini juga mengurangkan peluang untuk bertemu kawan-kawan lama termasuk Toolar.
Tahun 2009 ..hidup solo amat menguji.... terima kasih kepada sahabat yang sudi mendengar keluh kesah bagaikan Kak Esah .. sedih jua namun ketabahan diri mengatasi segalanya..
Lang jua dapat melakukan beberapa aktiviti luar jangka yang mencabar. Kembara serta perjalanan yang mencabar memberi suatu pengalaman yang cukup berharga.
Tahun 2009 yang diselimuti sejarah suka dan duka tetap kekal diingatan..kepada rakan-rakan Lang yang menghilang dan muncul bak bayang diharap akan dapat dipertemukan kembali di dekad yang baru muncul ini...Salam 2010!!

Label: kengkawan, kisah blalang