segan la pulok!!???
Rupanya ada yg suka follow kisah 'Spa Q' yang saban hari mengusik jiwa Lang ni. Maaflah..beberapa minggu ni Lang terlalu sibuk menghabiskan kerja yang semakin menimbun sehingga kekurangan stamina untuk menulis blog.Berbalik kepada 'Spa Q' yang tempat duduknya yang begitu hampir sekali dengan Lang, beliau semakin hari semakin manis pula! Figuranya sedikit sebanyak mengingatkan kepada kenangan lama Lang iaitu 'S' yang masih dalam ingatan.
Setiap kali Lang bersama 'Spa Q' beliau lebih banyak bertanya berbanding Lang yang lebih banyak berkongsi kisah dan pengalaman Lang. Ini bermakna saban hari, beliau lebih mengenali Lang berbanding Lang mengenalinya! Pun begitu, Lang tetap mengikut rentaknya bagi mendapatkan kisah daripada sebelahnya pula.
Apa yang Lang perhatikan, beliau sebenarnya mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan butir bicaranya kedengaran alim sekali!!! Kadangkala, Lang menjadi segan pula kerana takut tersalah cakap atau memperlihat kelemahan Lang yang ketara!!
Beliau juga rajin berpuasa dan sering mengucapkan kalimah suci sebagai alas kalimahnya! Ini membuatkan Lang menjadi segan untuk bersikap 'over the top' seperti kebiasaan ! !!!
Baru-baru ini, beliau semakin rajin berpuasa dan maka tertinggallah Lang di waktu makan tanpa dirinya di sisi!
Sifat yang ada padanya itu membuatkan Lang mula segan dan hormat padanya meskipun Lang akan terpana setiap kali bibir bak jambu air itu mengukir senyuman manis bagaikan mahu bertamu di alam kemesraan.
Label: kisah blalang