Tragedi di rumah baru
Lang dah selamat pun pindah ke kawasan baru yang berjarak 30++km dari umah lama...tempat ini sedikit terceruk dan bakal membataskan pergerakan sosial Lang ini...Alkisahnya Sabtu lalu...ketika Lang tergesa-gesa menuruni anak tangga di rumah baru itu..tiba- tiba pandangan mata kabur lalu terpijak 'pentas angin' menyebabkan terlepasnya 2 anak tangga di bawah...lalu mendarat laju telapak kaki kanan menampung berat badan Lang dengan keupayaannya sahaja...!!!
"Krekkk" bunyi derapan tulang kaki..lalu terkesima sekejap Lang dengan rasa yang menghinggapi kaki kanan itu ...memang malang tak berbau!!!
tiba-tiba kaki Lang kelihatan 'gemuk' dan berwarna merah...Mak Lang menjerit dan menerpa kepada Lang...hmm...gopoh katanyer...
selepas 2 hari bengkak di kaki Lang belum surut dan ketika hendak bersolat barula terperasan kaki Lang dah bertukar kepada warna biru!!
Kemudian Lang terus minta kebenaran untuk pergi ke klinik sewaktu bekerja...Lang terus menunggang motosikal sendirian dan menuju ke klinik
di klinik itu..Lang dilayan oleh doktor bertudung tetapi rambut terjurai keluar ....bercakap loghat utara dan nampak bersungguh-sungguh...doktor Klinik itu menyuruh Lang membuat x ray kerana risau ada kepatahan tulang...dan kembali ke klinik itu selepas selesai membuat X ray
Selesai x ray di tempat berdekatan, juru x ray itu memberitahu tiada keretakan....!! Lang sedikit lega...kemudian kembali ke klinik doktor rambut terjuari itu...beliau kemudian melihat kembali dan ternampak ada garisan halus....retak katanya!!
Belia meng'kondem' juru x ray itu dan meminta Lang terus ke hospital swasta. Lang kemudian meminta untuk ke hospital gomen sahaja kerana memandangkan kemampuan Lang ..

Lang kembali menunggang motosikal ke hospital yang pernah Lang kunjungi tahun lalu ketika kecederaan akibat kemalangan motosikal yang mana doktor meletops bekerja di sana!!
Tiba di hospital itu Lang terus menunjukkan surat doktor klinik kepada penjaga kaunter kecemasan yang agak blur..."adik" dipanggilnya Lang ni...(ntah2 dia lagi muda daripada Lang )
Lang terpaksa menaikkan pitch suara yang masih kesakitan tekak ini untuk memberitahunya kerana tahap blur yang tinggi dimilikinya!!
Kemudian Lang diberi kad hijau (maksudnya tidak kritikal) dan disuruh mendaftar di kaunter pendaftaran..
Selesai mendaftar Lang dipanggil setengah jam selepas itu untuk diperiksa oleh pembantu pegawai perubatan (bukan doktor) untuk dikategorikan...
Kemudian acara menunggu pun bermula pada jam 330 petang...
Lang tunggu dan terus menunggu ...banyak pula kes kritikal yang berlaku pada hari itu..lalu menambahkan lagi waktu menunggu...pengumuman bersabar asyik berkumandang demi menyabarkan sang penunggu...
ada yang menunggu sejak pagi masih belum dapat dilayan sampai mengeluh...
Jam demi jam berlalu...perut dah berkeroncong...dah 3 jam menunggu keseorangan sambil Lang men-SMS kawan-kawan yang terpilih secara rawak dan melayan sahaja SMS mereka kerana tahap kebosanan yang maksima..
terdapat jua tezz yang lalu lalang...ternanti-nanti jua apakah doktor tezz itu akan menjelma...
setelah jam menunjukkan jam 7 barulah kelihatan doktor tezz itu....wah masih segak bergaya..makin cute walaupun sedikit kurus berbanding tahun lalu!!
Lang sempat mengambil gambar video jarak jauh bagi menjadikan kenangna....
Dah malam pun nama Lang belum dipanggil!! 2 jam kemudian barulah nama Lang dipanggil!!
Sungguh menguji kesabaran...Lang kemudian diminta menunggu lagi setelah doktor pertama yang memanggil Lang (berbadan gempal dan bersuara halus) seperti tidak bersungguh melayan Lang
Ketika menunggu , doktor tezz itu ada jua berlalu lalang..dapat jua Lang mencuci mata dan hilang rasa bosan...
Ketika itu Lang dah pun menelefon ahli keluarga supaya datang (kerana Lang x mampu nak pulang sendiri ke rumah yg jauh tu)
setelah itu Lang dilayan oleh doktor wanita yang kelihatan mesra bersama sorang lagi doktor muda yang percakapannya sedikit pelat.
Gambar x ray dilihat kembali dan dikatanya tiada keretakan...untuk kepastian ..Lang disuruh menjalani X ray lagi!! (mak uihhh kena sinar radioaktif lagi!!)
Lang pun membuat x ray lagi dan memangnya tiada keretakan kerana garis halus dimaksudkan doktor rambut terjurai itu ialah garis jari!!
Lang berasa lega kerana tiada yang serius... namun begitu Lang tetap diberi ubat-ubatan meredakan bengkak berserta MC seminggu!!!
Sekarang ni Lang sedang melepak di rumah je sambil mennti surt bengkak dan kebiruan di kaki ini hilang!!!
~tangga dah makan tuan!!~
Label: kisah blalang