catatan kembara 3: LTDG: North
(laporan ini berkonsep Pop Pet Pot Pet!!)Ekspress Sinaran Pagi
Setelah malam pertama berlalu dengan mimpi indah mengulit lena para Divoa..muncul lah hari kedua program Le Tour De Gath:North ini. Mistriah tersedar awal gara-gara mimpi teringatkan lagu rock kapak bervokal flat yang dipasang sekuat hati oleh pemandu bas hari sebelumnya!! Ngeri katanya!!
Pagi hari kedua program LTDG itu disinari dengan deruan bayu laut yang menyegarkan...siapa sangka bila bangun je pagi terus nampak tepian pantai bersama sinaran mentari yang indah ?? Para Divoa sememangnya teruja terutama Cekmine Dion dengan kata hikmatnya..."wah...wah...woahh..."
Seterusnya pagi itu selepas bersiap-siap dan melayani bunyi desiran ombak di pantai...Shahna Turner bersama Buffy terpaksa mengundurkan diri daripada program tersebut kerana terdapat show dan undangan di tempat lain.
Belum puas rasanya para Divoa dengan pasangan itu yang cukup meninggalkan kesan mendalam dalam setiap celoteh serta tingkah apatah lagi persembahan mantop dan manbottom malam semalamnya yang cukup diingati!!

Selepas puas melambai ala2 ratu kepada Shahna dan temannya itu tibalah aktiviti melahap sarapan yang digabungkan dengan makan tengah hari atau namanya "Brunch"!!
Keinginan dan oleh kerana Cekmine begitu mengidamkan nasi kari yang teramat popular di sana maka Afeetha pun memandu dengan penuh sesat demi mencapai sasaran restoren yang paling popular di sana itu!! Di tempat duduk belakang kenderaan itu Mistriah, Cekmine, Blance dan Greyney berhimpit himpit namun tetap ceria dengan pelbagai celoteh yang mengusik hati.
Mereka beberapa kali tersesat jalan sehingga Afeetha kurang keyakinan manakala Greyney cuba membantu dengan mengingati mercu tanda berhampiran restoren popular yang sering dikunjungi arwah bapanya itu!
Setelah hampir sejam pemanduan Afeetha yang berlegar-legar di bandar itu, akhirnya tiba jua ke restoren yang diidamkan itu setelah penat pusing satu bandar di pulau itu!!
Lagu "Pada cintanya" nyanyian Ct- pot iaitu lagu tema drama "pompuan tak sedar diri" berkumandang dua kali sepanjang berlegaran di bandar itu!!
Cekmine dengan begitu bergaya diva terus memilih lauk pauk kegemarannya!! wah orang pantai timur hantu kari rupa-rupanya!!!
Mistriah Kari meskipun mempunyai nama kari namun bukanlah peminat nasi kari seperti Cekmine "wah" Dion ni!! Hasilnya...tak habis menu "Brunch" nya itu!!
Afeetha, Greyney juara licin pinggan diikuti Cekmine, Shahkira, Blance dan Mistriah yg paling nasi tak terjamah!
Seterusnya para Divoa di bawa ke satu tempat yang popular kerana menjual makanan ringan lagi diawet mudakan. pun begitu terkejut juga Blance apabila tiba-tiba Greyney membawa para Divoa terus ke tingkat atas!!
Tiba-tiba sound effect daripada Cekmine berkumandang lagi "woah...woah...woah.." melihatkan deretan buku-buku bernilai khazanah baginya terbentang luas di depan mata!!! Buku - buku lama merangkumi novel, buku rujukan ilmu, komik mahupun majalah lama di jual di tingkat tersebut!!
Sungguh mengujakan juga Mistriah dan Shahkira untuk terus mendapatkan majalah lama idaman mereka. Cekmine pula berkeliaran dengan "woah" nya sambil bertanyakan buku tulisan penulis kegemarannya.
Sungguh memeranjatkan juga pabila penjaga tempat tersebut mempunyai pengetahuan yang luas tentang buku-buku yang diniagakannya!!
Ingatkan kat Indon je ada (seperti dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?) rupa-rupanya ada juga tempat sebegini di Malaysia. Hmm atleaste tau juga si Greyney Spears ni mengenai negerinya!!
Blace juga sempat membeli sebuah buku kontroversi yang melucukan baginya! Shahkira memborong majalah diva antarabangsa manakala Mistriah dengan majalah diva tempatan.
Afeetha dan Greyney hanya melihat sahaja..telatah bagai janda masuk kampung itu!! (ada ke pepatah ni??)
Selesai memborong sehingga Mistriah lupa diri sebentar dan sempat diingatkan Blance bahawa beliau akan pulang ke kampung dengan pengangkutan awam nanti...mereka terus ke pasar di bawah bagi mendapatkan makanan ringan sebagai ole-ole yang boleh dimakan.
Cekmine Dion kelihatan sebagai peserta paling gembira bagi sesi pagi ke tengah hari itu!!
~Petang yang mantap~
Selepas kekenyangan para Divoa meneruskan acara ke taman mini reptilia yang agak fofuler.
Untuk ke destinasi itu, Afeetha sekali lagi gagal mengingati jalan yang perlu dilalui untuk menuju ke taman tersebut. Sejam lagi masa diambil untuk berlegar-legar di dalam bandar itu!!!
Kemudian Blance mencadangkan agar berhenti di stesen minyak untuk bertanyakan arah yg patut dilalui untuk ke sana.
Tiba di sebuah stesen minyak, Mistriah turun dari kenderaan dan bertanya terus kepada penjaga kaunter itu arah ke taman tersebut. Selesai mendapatkan panduan perjalanan dimulakan kembali.
Akhirnya tiba jua di taman tersebut yang begitu hampir dengan restoren menu gorengan yang mereka kunjungi semalam!!
Para Divoa terus masuk ke taman tersebut manakala Afeetha hanya melayan dirinya yang keletihan memandu.
Pameran di taman yang tidak dikenakan bayaran tersebut agak mengecewakan Mistriah kerana terlalu sedikit untuk ditatap oleh mata bundarnya itu!!
Bersebelahan taman percuma itu terdapat pula taman pameran reptilia yang mengenakan bayaran rendah dengan pelbagai dan penerangan bagi setiap pamerannya.
Dilayani oleh auntie yang peramah dan penuh informasi, Mistriah, Shahkira dan Blance menjadi Divoa terawal memasuki pusat pameran tersebut. Cekmine dan Greyney tersesat entah ke mana di taman percuna itu dipercayai sedang ghairah membuat photo shoot untuk album masing-masing!

Terdapat jua tezz tizz yang tiba-tiba memenuhi pusat pameran yangpada mulanya sepi tanpa pengunjung sehingga jelingan berisyarat daripada Shahkira sekali lagi dilemparkan kepada Blance tanya menyukai pemandangan indah tersebut!!
Di tempat pameran terdapat daripada haiwan jenis cicak, ular, kura-kura, arnab, monyet dan paling meng'geram'kan hati para Divoa ialah Guinea Pig yang teramatlah comel!!

Pameran 'pak panjang' di taman itu mengujakan Mistriah&Greyney. Blance pula kurang berminat mana kala Shahkira & Cekmine sememangnya geli dengan binatang tersebut!! beberapa kali Cekmine dikejutkan dengan sel kulit mati ular-ular di taman itu yang banyak tergantung di pokok pokok bagaikan ular sebenar!!
Mistriah meneruskan keterujaannya pada pertunjukan istimewa yang diadakan oleh pusat pameran tersebut pada petang yang damai tersebut. Beliau tidak melepaskan peluang mendekati raja ular dan menarik perhatian umum dengan keberaniannya itu!!
Pun begitu terdapat pula kumpulan yang digelar Asap Hitam cuba menggugat perhatian yang diraih Mistriah daripada penganjur! Kumpulan Asap Hitam itu menunjukkan perangai mengada ngada , terlebih sudip dari sos, dan telatah yang meluatkan demi tujuan meraih perhatian.
Mistriah pun begitu tetap top petang itu dengan keberanian menyentuh raja ular sekaligus dapat mengalahkan konco Asap Hitam itu!! Pun begitu, rupa-rupanya raja ular itu berbau busuk dan melekat di telapak tangan Mistriah meskipun sudah dicuci dengan air paip!!
Selepas petunjukan itu, Blance, Shahkira & Cekmine terus keluar dari taman itu manakala Mistriah dan greyney masih lagi belum puas dengan binatang-binatang tersebut dan masih lagi nak menyaingi perangai mengada ngada konco Asap Hitam tersebut!
Shahkira, Cekmine& Blance singgah di kedai cendera hati di luar taman itu...dan membelek belek serta menodai barangan jualan di situ bagi menghiburkan hati. Sempat jua Blance bergambar di situ. Ketika itu hadir pula tezz yang sama-sama berada di pusat pameran itu tadi meninggalkan pasangannya ntah kemana!! Si tezz itu kelihatan berkeliaran berdekatan Blance sehingga membuatkan Blance terkesima lalu berangan beliau berlutut di hadapannya!!sama
Angan sekadar angan...si tezz pun berlalu bersama masa ... Cekmine, Blance dan Shahkira kembali ke kenderaan dan kelihatan Afeetha sedang berehat di dalam kenderaannya itu. "Kasihan" luahan Cekmine Dion yang merupakan duta kebudayaan Kenya itu!
Tak lama kemudian hadir Mistriah Kari dan Greyney Spears setelah selesai memuaskan nafsu masing-masing kepada pak panjang tersebut. Mistriah kemudiannya terus meluahkan rasa meluatnya terhadap konco Asap Hitam dan Blance menjadi mangsa sebagai pendengar setia.
Mereka kemudiannya kembali berhimpit dalam kenderaan itu untuk pulang ke teratak penginapan untuk acara seterusnya..dan untuk ke sekian kainya lagu tema drama "pompuan tak sedar diri" tu berkumandang di stesen lebih hangus daripada biasa itu!!
Menjelang senja nan merah
Selesai memborong barangan bacaan &puas menatap Pak Panjang tersebut seterusnya mereka kembali ke tempat penginapan dan memulakan aktiviti bermandi manda demi melepaskan geram masing-masing terhadap pantai yang indah tersebut. Dengan dihiasi pemandangan menarik dan aktiviti sekitar seperti jet ski dan bot pisang...lebih menarik lagi si tezz citarasa berjelira yang berkeliaran di hadapan penginapan masing-masing!

Blance&Mistriah sempat memandang mandang hati kama sambil feeling Brandy&Monica!!
Cekmine pula menunjukkan kehebatannya sebagai perenang wakil Tadika Gemilang Realiti yang menampilkan kuak kupu kupu,kuak layang layang, kuak dada dan kuak perut!!
Kehebatan Cekmine Dion itu cuba disaingi Shahkira yang mempamerkan skilnya yang digelar "renang berirama tenggelam selamanya"

Sambil-sambil berendam dan bermain air...sempat jua mereka bergosip dan bersoseh soseh!! Paling best petang itu apabila Shahkira sekali lagi mencuri 'limelight' dengan melakonkan semula aksi Halle Berry dalam filem James Bond iaitu scene berjalan dari laut ke tepi pantai!!

Terkesima , kaget lalu pengsan sebentar ikan-ikan di situ lalu terus bertaburan melarikan diri!!
Setelah puas feeling duyung the movie...Cekmine, Mistriah,Blance dan Shahkira pun kembali ke penginapan dan bersiap-siap untuk acara malam itu pula!!
Malam yang menguji!
Setelah malam menjelma..mereka terus bergegas menuju ke sebuah bangunan tumpuan ramai yang terletak di tepi laut. Tiba disana, Afeetha mencari-cari tempat parking disebalik rimbunan kenderaan yang letak di bahu jalan....dan akhirnya dapat jua meskipun para Divoa menapak terpaksa jauh untuk ke bangunan itu!!
Afeetha sempat menelefon saudara yang tinggal di pulau itu bagi memeriahkan acara malam itu.
Perkara pertama dilakukan pabila tiba di bangunan itu ialah menuju ke kaunter jualan tiket wayang.Greyney Spears pula membuat halnya sendiri iaitu melepaskan rasa mengidamnya untuk memakan makanan bergula iaitu donat yang cukup menghantui dirinya sepanjang hari itu!
Give me donut one more time!!

Para Divoa terpisah dengan Greyney dan meneruskan perjalanan mereka... semasa berjalan sambil mencari kaunter itu..terserempak beberapa kumpulan remaja yang tezz tizz dan amatlah menarik hati Blance dan Shahkira. "Elok!!!" , bisik Shahkira disambut senyuman tanda setuju Blance serta mata menajamkan pandangan kepada pencuri pandangan itu.
Kehadiran 'kerang' yang mengganggu pandangan menjadi keluhan tatkala sedang elok mata mengekor sang tezz tizz.
Pencarian kaunter tiket itu menyesatkan para Divoa bersama sama sekumpulan remaja tezz yang diamati Shahkira&Blance. Paling mengujakan kesesatan itu membawa mereka ke pusat senaman yang menampilkan seorang tezz sedang merenggangkan tubuhnya di tepi tangga!
Meleleh sebentar air liur para Divoa namun ada pula pengurus pusat senaman itu menghalang para Divoa berada sesaat di situ seterusnya memberitahu jalan yang patut dilalui untuk ke kaunter tersebut!
Akhirnya setelah naik tangga turun tangga , pusing keliling 360 darjah barulah ketemu kaunter tiket itu di tingkat menuju delapan !!
Akhirnya filem mengenai pahlawan wanita lagenda bak kata Aries Lavigne iaitu Chun Li menjadi pilihan. Waktu tayangan adalah jam 11malam .... lalu memberikan para Divoa masa yang terlebih sudah untuk mengalas perut yang sudah hazab kelaparan itu!

Temu janji dibuat bagi bertemu semula dengan Greyney yang sudah mendapatkan makanan idamannya itu..kemudian para Divoa meneruskan perjalanan ke tempat santapan..
Restoran Nasi Ayam menjadi pilihan..dan ketika di restoran itu para Divoa dilayani oleh gadis yang kelihatan cemerkap tapi mesra. acara memilih perisa ayam mencuit hati gadis pelayan itu apabila Blance memulakan melabel ayam mengikut warna apabila dipersoal Greyney Spears! akhirnya setiap pesanan dijawab dengan warna kulit ayam yang dimasak dengan pelbagai cara dan me'lahir'kan pelbagai tona warna kulitnya!!
Akhinya hidangan pun tiba dan masing melahap tanpa kesopanan dan kesusilaan lagi!!
Setelah selesai makan...Cekmine cuba menggunakan 'charm' yg ada padanya untuk mendapatkan diskaun dengan penuh keyakinan sekali!!

Namun usahanya tidak berjaya melembutkan penjaga kaunter yang agak menarik itu untuk menunaikan keinginan para divoa itu! Mungkin hikmat minyak senyonyoh takde power !!
Setelah keluar dari restoran itu..kelihatan urusan perniagaan di dalam bangunan itu sudah terhenti operasinya buat hari itu dan suasana sunyi mula menyelubungi.
ketika itu semua perjalanan eskalator di bangunan itu mula dihentikan dan terpaksala para Divoa menapak lagi dengan high heel masing-masing!
Pada mulanya para Divoa masing-masing seperti selesa sahaja berjalan menuju ke panggung wayang yang berada di tingkat paling atas sekali itu namun akhirnya barulah sedar bahawa mereka perlu menaiki tangga setinggi 7 tingkat yang mana setiap tingkat begitu tinggi silingnya dan jenuh untuk melepasinya!!!
Cekimine&Mistriah bergerak mantap mendahului Divoa yang lain diikuti Greyney Spears.Blance&Shahkira pula berkongsi kepancitan gara-gara kepenatan beraksi di gigi air petang itu berserta perut yang penuh memberi impak maksima !!
Afeetha pula kemudian banyak membantu Shahkira setelah Blance meninggalkannya untuk mengejar Greyney Spears dihadapannya.
Dengan penuh redha dan redah je..para Divoa akhirnya tiba di panggung tersebut namun tersebut namun masih perlu menunggu kerana waktu tayangan masih belum tiba.
Sementara menunggu waktu tayangan itu sempat jua para Divoa feeling berangan sebagai model komersial bagi setiap kedai yang sudah tutup itu dan ada juga yg jadi model tandas awam!!!

Mistriah, Blance dan Shahkira sempat mengadakan sesi perbincangan dan luahan hati sanubari tentang betapa suksesnya program gath kali ini!!Jelas terpancar kegembiraan mereka kerana program itu berjalan dengan lancar meskipun tiada perancangan yang terperinci!!Rugi kepada yang tidak turut serta kata mereka!!
Selesai berceloteh kemudian hadir pula Afeetha bersama saudaranya yang memperkenalkan diri sebagai Rudie Minogue.

Meskipun berkonsep pop tarian, ternyata Rudie merupakan seorang yang amat pemalu!!
Waktu tayangan pun tiba, dan para Divoa mengambil tempat masing-masing. Kaget dibuatnya kerana tempat duduk itu agak terkedepan sehingga tidak dapat pandangan yang optimum untuk menghayati filem yang ditayangkan. Gara-gara itu, babak pantas daripada filem Chun Li itu sukar ditangkap pandangan mata para Divoa yang selalunya tidak pernah gagal menangkap tezz melalui kilas pandangan .

Oleh kerana babak pantas gagal dihayati disamping penceritaan Chun Li yang amat membosankan maka Blance & Shahkira ada beberapa kali melelapkan mata...mungkin juga kerana keletihan !!
Greyney & Mistriah paling berjaya menghayati filem itu bersama-sama Cekmine, Afeetha dan Rudie Minogue . Blance pula hanya sedar ketika hampir ke babak terakhir dan bebelan watak Chun Li yang tak habis habis mengomel aje!!
Selesai filem itu, para Divoa menapak kembali untuk ke kenderaan dan sempat menikmati pemandangan pekan di tepi laut itu di waktu malam..kebasahan rintik hujan yang menitis pada malam itu meniupkan kedinginan malam ke sum sum tulang lalu menaikkan selera untuk mengimpikan terus berselimut!!
Dengan tidak membuang masa lagi, para Divoa terus bergegas pulang ke teratak penginapan yang dihembusi bayu laut itu. Kemudian mereka terus melampiaskan kepenatan masing masing di atas tilam empuk masing-masing dihiasi dengan alunan dengkuran yang pelbagai irama sebagai lagu penutup hari kedua yang berlangsung dengan baik sekali!
Label: kengkawan