Lagu iklan yang berkesan!!
Siapa tau lagu ni???Liriknya....Senyum seindah suria, yang membawa cahya, senyumlah dari hati , duniamu bererti... Senyum umpama titian... dalam kehidupan, kau tersenyum, ku tersenyum, kemesraan menguntum... Senyum, kepada semua.. senyumanmu, amatlah berharga... Senyum, membahagiakan, dengan senyuman, terjalinlah.... ikatan...
Lagu ni ialah jingle atau lagu kempen senyum mesra dalam memberi perkhidmatan dan melaksanakan urusan harian..kira macam iklanlah juga... iklan ni ehsan atau terbitan Maybank dalam penghujung tahun 1980an dan awal 90an macam tu.. Lagu duet lelaki dan wanita...Suara penyanyinya sedap...jayjay kalau tak silap!Lagu pun sedap lah di telinga Lang yang masih kecil lagi...yang masa tu ala-ala bagai gahara gitu!!
Lagu ni penah gak jadi lagu tema persahabatan ketika di kolej dulu...lirik agak kurang sesuai tapi memberi kesan yang agak mendalam...Lang tercari-cari kalau ada link untuk mendapatkan lagu ni....lagu pendek...lagu iklan RTM plak tu...hmm bertuahlah kan??
Lang cuma terjumpa versi nyanyian semula ..video amatur di youtube... ni sampel lagunya..
tentu2lah nyanyian asal jauh lagi merdu!!
Anyway kalau kengkawan ada lagu-lagu iklan atau lagu kempen yang memberi kesan sampai hari ni story mory lah sikit yer!!
Label: variasi



