Warna Warna Gathering Gemilang
Alkisahnya tersebutlah kisah 3 divoa pingitan dari 3 benua hadirkan diri demi bertemu wajah yang sudah lama tak jumpa... Blance Knowles , Mistriah Kari dan Shahkira bersatu di bawah program Warna-Warna Gatheringku Gemilang .


Dengan semangat waja wira iswara, 3 divoa tersebut rela mengambil cuti bekerja selama 4 hari...Jumaat hingga Isnin demi mereliasasikan acara yang dijadual setiap 3 bulan dalam setahun. Dengan perancangan yang agak teliti dan berkonsep 'taram sajalah', Blance, Mistriah dan Shahkira akhirnya melalui detik-detik indah bersama.
Di hari pertama...Blance memulakan langkah selepas menunai ibadah dengan wajah yang 'sok suci' terus menuju tempat yang wajibul ghunnah iaitu stesen ketibaan divoa utara dan selatan. Dengan teknik goyang rabak segala...muncul dengan wajah berseri Shahkira diikuti Mistriah Kari yang hadir dengan gaya gelekan ayam golek!
Blance tiba agak lewat gara-gara kesesakan luar biasa di kota tika 2 divoa hadir dengan lenggang lenggoknya. Ketibaan Blance disambut mesreee dan disamping suara-suara soprano ala filem hindustan. Kerinduan diubati tika masing-masing bersalaman... seperti..... baru je berkenalan ?
Pertemuan dihadapan pondok pengawal itu diserikan dengan kehadiran gula-gula mata yang menghiasi setiap pelusuk stesen itu diselang selikan dengan lidi-lidi mata yang menyucuk pandangan!!
Seterusnya, Blance membawa Shahkira dan Mistriah ke pusat penginapan sementara mangsa program Warna Warna Gatheringku Gemilang gara-gara kediaman rasmi masih belum sesuai diduduki.
Aktiviti dimulai dengan menjemput seorang lagi divoa tersohor iaitu Aries Lavigne yang baru selesai berpenat lelah mencari rezki. Kemudian sesi mendapatkan kereta rasmi program itu dijalankan dengan penuh bersemangat dengan Blance dan Shahkira sebagai pendokong utama. Terserlah kemantapan Shahkira serta ketokohannya sebagai pemandu Bas Mini!! (~laaaariiii!~)

Selesai mendapatkan kenderaan rasmi berwarna perak itu, para divoa terus ke tempat santapan khusus menikmati resepi peri-peri di bawah menara jagung.
Di tempat santapan tersebut, sempat jua mengambil gambar curi seorang gula-gula mata yang nampaknya sedar wajahnya digemari. Tetiba datang pula 'gerabak keretapi' menghalang pandangan terhadap gula-gula mata tersebut. Pun begitu, teknik kerlingan tepis gerabak yang diperturunkan oleh Shahkira berjaya dimanfaatkan demi kepuasan diri para divoa tersebut.
Selesai mentakedarah di tempat santapan itu, mereka terus menuju ke 'pusat pelepas suara ngeri' di kawasan sekitar menara 2 jagung itu. Selepas mendaftar dan menunggu dalam 20 minit , tiba-tiba pelayan memanggil nama yang bunyinya seperti Blance.
Lalu Blance, Aries Lavigne , Mistriah Kari dan Shahkira dibawa ke sebuah bilik melalak yang kecil dan berlokasi kurang menarik. Dengan berkeyakinan, Blance terus menekan punat untuk memilih senarai lagu...tiba-tiba pelayan itu memberitahu bahawa nama tersebut bukan Blance tapi Langsuir!!
Bunyinya memang nak dekat sama gara-gara kepelatan si pelayan yang berasal dari pantai timur itu!!
Maka dengan itu...Terus dengan perasaan 'kaverina' yang menebal...Blance, Shahkira , Aries Lavigne dan Mistriah kembali ke tempat menunggu giliran.
Kemudian tiba-tiba Blance mendapat pesanan ringkas dari Greyney Spears yang berada dikejauhan dengan ayat-ayat divanya yang tersendiri. Agaknya 'cemburu'lah tu...hmmm sian!
20 minit kemudian barulah nama Blance dipanggil kembali oleh pelayan yang lain pula. Dengan perasaan sedikit trauma (gara-gara malu dengan kejadian sebelumnya) para divoa dengan waspada melangkah masuk ke bilik yang lebih sesuai untuk dilalaki itu!!
Dimulakan dengan alunan Hero dan Viva Forever oleh Mistriah dan Shahkira, suasana hening program Warna-Warna Gatheringku Gemilang dipecah lobangkan oleh mereka berdua!! Kejayaan memecah lobang itu diikuti oleh Blance yang mendendangkan Dingin, When You Believe, Tell Him, Tak Ada Logika dan Let Love Lead The Way bersama Shahkira yang menguasai keadaan malam itu. Aries Lavigne lalu mengegar dengan My Happy Ending,I Dont Have To Try, Complicated dan When You Gone. Akhirnya terserlah jua 'kejelitaan' Aries Lavigne lalu menjadi erti pertemuan kali ini.
Mistriah nampaknya tidak mengalah, lalu bermadah berhelah dengan rangkaian lagu-lagu Jepun yang hanya beliau fahami dengan penuh perasaan berserta Awan Yang Terpilu yang sungguh memilukan!!. Shahkira paling ligat malam itu dengan tambahan lagu Drama namun gagal di habiskan gara-gara Aries Lavigne mensabotaj persembahan yang penuh penghayatan itu. Ketika Blance mendendangkan Kau Kekasihku, tiba-tiba pelayan tiba ke bilik itu lalu membuatkan persembahan tergendala akibat kemaluan yang sungguh mendalam.
Ketika Blance dan Shahkira menyanyikan Di Akhir Garisan pula, Muncul insan yang baru sahaja membuat pembedahan plestik ; menukar identiti diri daripada Elizabeth Toolar kepada Toolar Majid.

Beliau hadir dengan pasangannya iaitu Farziah Latiff yang begitu 'suci' sehingga mengkagetkan Blance & Shahkira yang sedang 'memecah lobang' malam itu. Lalu nyanyian menjadi separuh lontar akibat terkesima hati disepanjang waktu malam itu.

Akibatnya tiba-tiba rangkaian lagu menjadi lebih 'keras' dan nyanyian pun lebih 'tegap' dengan pemilihan lagu-lagu Januari oleh Shahkira, Jangan Bersedih Lagi - Blance&Shahkira, Mistriah pula mendendangkan Fantasia Musim Cinta.
Toolar Majid membuka tirai vokalnya dengan lagu Kasih Berubah versi klasik...
Farziah Latiff pula meluahkan rasa selambanya melalui lagu Aladin dan Kau Ilhamku yang menonjolkan vokal yang begitu nasyid bersama Toolar Majid . Lagu Aladin...menghantui hidup Mistriah sehingga terngiang-ngiang ungkapan kata bernafas "Gosok Jangan Tak Gosok " yang mungkin memberi erti kehidupan kepada Mistriah di sepanjang waktu.
Oleh kerana kehadiran mereka agak lewat maka hanya lagu itu sahaja yang dapat disampaikan gara-gara para divoa malam itu begitu rakus sekali menguasai pemilihan lagu selama 2 jam!
Selesai sesi meluah suara yang cukup mengerikan itu..tibalah masa untuk kechantekan! Oops...masa utuk lelap mata yang sudah puas dicuci itu!!Aries Lavigne terpaksa pulang kerana perlu menyucikan diri sebelum ke acara beradu di khayalan...
Selepas meninggalkan Aries di terataknya, para divoa terus pulang ke kediaman sementara mereka lalu terus ke kamar dan menanti sinar bahagia untuk keesokannya pula.
Hari kedua muncul dengan lagu tema sinar mentari Oh Korea oleh Raja Ema yang sudah dilupakan itu. Para divoa terus bersiap siaga sepert singa kelaparan dan menuju ke lembah kediaman Aries Lavigne yang sepi dan dingin keseorangan tanpa teman. Para divoa diajak bersarapan di gerai yang berkonsep alamak terlebih sudah dengan Nasi Lemah Longlai sebagai menu utama.
Mistriah kemudian ternampak kedai yang menjadi idamannya selalu untuk dikunjungi iaitu kedai Mek Siti (macam jenama rempah) yang menjual rekod-rekod lama yang cukup klasik lagi mengantukkan Shahkira jika mendengarnya. Namun malang sekali duakali dan tigakali bila Kedai Mek Siti itu belum beroperasi maka tertangguhlah niat dan cita-cita Mistriah ke sana.
Aktiviti seterusnya ialah ke kolam air seribu umat yang menjadi agenda utama petang itu.Pun begitu perjalanan ke kolam itu menjadi lebih panjang gara-gara Blance yang lupa nak save dalam pendrive ingatannya 3 tahun lepas yang dah terdelete secara tak sengaja. Mistriah yang baru berkunjung ke kolam itu beberapa bulan lalu juga kehilangan memori terciptanya itu. Blance cuba menanyakan adiknya melalui panggilan jarak jauh ... namun nampaknya dia juga berkonsepkan bukan lupa tapi tak ingat!
Akhirnya Blance menghubungi Toolar Majid yang merupakan pakar jalanan berduri. Dengan sedikit gambaran dan arahan maka Blance,Shahkira, Mistriah dan Aries tiba jua di Kolam Air Seribu Umat itu.
Dengan terik suria khatulistiwa yang memancar...semangat para divoa itu langsung tidak luntur meskipun dibilas Clorox gara-gara gula-gula mata yang menghiasi kawasan kolam itu. para divoa terus menukar pakaian dan terus terjah ke dalam kolam yang sejjjjiuuk meskipun cuaca agak panas panas panas ketika itu.
Gula-gula mata yang menghiasi mengelodakkan keterujaan untuk ke hulu ke hilir demi mendapatkan pandangan yang lebih memuaskan. Acara di kolam itu diikuti dengan pukulan ombak yang manja lagi menghiburkan. Blance bergandingan dengan Shahkira manakala Mistriah Kari bersama Aries dalam acara itu.
Kemudian acara melalui sungai malas pula menyusul dengan Aries menyerlahkan keterujaannya mengejar citarasanya!!
Selepas hampir dua jam di kolam, para divoa ke tempat pesalinan dengan Blance menjadi yang terakhir sekali selesai. Penungguan terhadap Blance itu digunapakai oleh para divoa yang lain untuk memuaskan lagi pandangan mereka terhadap citarasa masing-masing sambil mengunyah kacang dan makanan ringan.
Selesai di Kolam, para divoa terus ke tempat santapan yang berada di Kompleks Lembah Tengah yang popular. Di kompleks itu ,ketika menunggu lif tiba, Mistriah terserempak dengan pesaingnya yang merupakan diva serba putih lalu membisikkan kalimah "diva" kepada Blance bagi merujuk perlakuan Diva Putih itu. Blance terus menoleh dan kemudian terpacul ungkapan penuh berlenggok "Mengata akulah tu!! " oleh Diva Putih yang terasa dirinya disindir gara-gara lenggang lenggoknya. Apabila berada dalam lif bersama-sama...masing-masing mengunci mulut seolah-olah ada sesuatu yang berlaku(..oh memang pun!!)
Selepas berlalunya Diva Putih berambut karat itu, maka Mistriah melepaskan hilai tawanya kerana terkantoi mengata sesorang yang terus membalasnya gara-gara bunyi perkataan 'Diva' yang diucapkan serta reaksi serta merta Blance menoleh ke arah Diva Putih itu. Alunan bertajuk "Mengata akulah tu" terus menjadi hit di carta-carta dan merampas kedudukan juara kerana menjadi trademark baru dalam pertemuan kali ini!!
Selesai makan di Komplek Lembah Tengah itu, para divoa terus ke teratak Aries. Tiba di kawasan teratak Aries, sempat juga Mistriah menggapai cita-citanya untuk ke kedai Mek Siti itu dan membeli barangan klasik idamannya. Shahkira pula singgah di kedai bersebelahan untuk mendapatkan sarung kaki diva in black colour.
Di teratak Aries, Aries kekagetan gara-gara kain dalam mesin pencuci yang digunakan sejak pagi masih lagi belum selesai mengerjakan tugasnya. Gara-gara itu, Aries tidak dapat meneruskan niatnya untuk menyertai aktiviti malam di rumah Toolar Majid seperti yang direncanakan.
Blance, Shahkira dan Mistriah terpaksa berlalu dengan kecewa...namun berpatah balik semula ke teratak Aries gara-gara Mistriah Kari tertinggal kain lapnya!!
Drama kecewa terpaksa diulang tayang lalu meninggal Aries Lavigne kembali keseorangan...
Blance terus memacu kenderaan rasmi itu dan menuju ke Istana Toolar Majid di ceruk desa. Toolar Majid yang sedang membeli barangan untuk di masak malam itu nampaknya masih belum selesai meskipun para divoa sudah tiba di Istananya.
Kemudian waktu terluang itu digunakan para divoa untuk bersiar-siar mengelilingi taman istana yang sunyi itu.
Kemudian para divoa tersermpak dengan kenderaan Toolar Majid di jalanan. pun begitu, keasyikan Toolar Majid bersama dayang-dayang nurfaizahnya membuatkan dia tidak perasan dengan kehadiran para divoa. Para divoa menunggu beberapa minit kemudian barulah ke istana Toolar Majid demi memberi laluan kepada tuan rumah aktiviti malam itu untuk bersedia.
Ketibaan para divoa disambut oleh angin malam dan getaran jiwa. Dayang-dayang Toolar Majid malam itu adalah Peahnna dengan lagunya Umbrella..ella..ella eh eh ..

diikuti Faila Abdul yang masih maintain dengan imejnya meskipun membawa bersama adiknya yang masih dibawah umur.

Peahnna memulakan acara malam sehati berdansa itu dengan mengupas bebawang untuk menyiapkan resepi pembuka selera malam itu iaitu Char Kuay Teow Tiaw Tiau!!(ngeri bunyinya tapi sedaplah!)

Shahkira yang juga merupakan juara bertandingan memasak masakan sendiri yang diadilinya sendiri terus membalas dengan menyaipkan rona roni makaroni berperisa sos cili kedai runcit.
Malam itu ditambah seri dengan hadir pula Farziah Latiff yang menyaingi imej Faila Abdul sebagai queen of the night malam itu.
Para divoa kemudian diperkenalkan dengan adik Farziah Latiff yang menggunakan nama samaran Neney Suhaiza yang penuh kontroversi.

Dayang-dayang lain yang turut hadir ialah Fa'ellary Duff,

Miley Yuyus.....

dan seorang lagi yang nak nama glemernya Fantasia Bearrino (padahal penulis yang tak ingat namanya!!)

Makanan pertama yang singgah malam itu adalah hasil nukilan Peahnna yang sejak awal memberi amaran jangan dikomen masakannya!! Akhirnya masakannya itu dikritik oleh dirinya sendiri dengan memberi markah C- ketika beliau sendiri menjadi orang pertama melahapnya!!
Makanan kedua yang siap ialah Rona Rono Makaroni dan Sambal Sutun Kembali di TV9 cetusan Shahkira.

Diikuti oleh masakan Farziah Latiff yang dibantu oleh Neney dan Mistriah Kari iaitu daging dan ayam istrimewa.

Hasil proses masakan itu, kemesraan terjalin antara Farziah,Neney dan Mistriah juga Peahna bersama Shahkira. Toolar Majid menjadi pelayan chef-chef berserta pembantunya malam itu. Blance pula sekadar jadi tukang nyebok selain menyelit apa-apa yang patut dan tak patut!
Selesai masakan dihidangkan bermulalah aktiviti untuk menyerang makanan yang sekali lagi terlebih bajet prihatin berserta pakej ransangan. Dimulakan dengan doa oleh Farziah Latiff ...makanan terus diserang..namun oleh kerana perut sudah dipenuhi angin kuss kuss maka sebahagian makanan tidak dapat dihabiskan. Pun begitu, Farziah dan Neney memanfaatkan apa yang terlebih dengan membawa pulang sebahagiannya. Namun masih ada lagi makanan tidak dapat dihabiskan... Seribu kali Sayang!!
Malam itu berakhir dengan acara mengemas sebahagian je sepahan sebelum acara renang bebas diatas tilam dengan masing-masing sudah bijak memilih tempat masing-masing....oops ada kisah kontroversi ke??
Hari ketiga dimulakan dengan bersarapan Nasi Lemak berlaukkan telur...telur ..telur...dan telur!! Mungkin kegilaan terhadap telur membuatkan menu pagi itu dipenuhi dengan masakan telur iaitu telur rebus, telur dadar, sambal telur dan telur mata kerbau!!Lauk tambahan ialah sambal sutun resepi semalam tak abis!

Kemudian diikuti acara penungguan kemunculan Fargie the Fargielicious kegemaran Blance.

Blance bersama Shahkira ke kawasan yang dijanjikan untuk mengambil Fargie dan seterusnya membawanya ke Istana Toolar.
Selesai Fargie bersarapan, aktiviti perjalanan ke puncak keriangan dimulakan. Dengan 2 kenderaan yang bergerak pagi Ahad itu, di satu sudut Toolar membawa Peahnna dan Shahkira manakala satu sudut lagi Blance bersama Fargie(haruzlah) dan Mistriah.
Perjalanan selama hampir sejam itu akhirnya selamat tiba meskipun terdapat insiden kenderaan Toolar Majid dihimpit oleh pemandu berbahaya. Ketika tiba di puncak, terpancar jelas keriangan di wajah Peahnna bagai melupakan insiden yang menggubrakan itu.
Dengan cuaca yang teramatlah sejjiuuk berserta kabus tebal namun perasaan para divoa tetap hangat.

Dengan dimulakan acara mendapatkan pas laluan, seterusnya ialah menaiki permainan berkonsepkan telur seperti dikatakan oleh Mistriah....."telur lagi??" Permainan yang perlahan tapi menggerunkan Shahkira itu tidak disertai Peahnna dan Toolar Majid yang sedang feeling berpacaran.
Terpasang niat pula untuk menaiki permainan yang lain namun agak malang apabila cuaca yang berkabus membuatkan niat terbantut dan terpaksalah berjalan-jalan sahaja. Kemudian acara makan tengah hari di puncak keriangan pula menyusul. Ketika di pusat santapan itu sempat jua bergambar kenangan yang pastinya kekal diingatan nanti.
Selesai mentakedarah, para divoa terus ke permainan seterusnya yang berkonsepkan kapal lanun. Sekali lagi Peahnna dan Toolar terpisah dan berduaan.Seterusnya pula menaiki buaian berpusingan yang cukup Mistriah Kari elergi sepi-kan!! Permainan seterusnya ialah junaman dari langit yang tidak rela disertai oleh Blance, Shahkira dan Toolar Majid. Peahnna, Fargie dan Mistriah Kari menaiki permainan yang gayat itu manakala mereka yang lain memilih acara lumba kenderaan.
Acara lumba kenderaan itu memakan masa yang panjang kerana barisan yang beratur untuk permainan itu teramatlah panjang dan pabila tiba giliran Shahkira, Blance dan Toolar menikmati acara itu tiba-tiba hujan menimpa dan acara terpaksa dihentikan awal. Ketika itu Mistriah, Peahnna dan Fargie sudah pun menaiki permainan yang lain pula yang berkonsep naik turun pusing pusing.
Oleh kerana kecewa tidak dapat menaiki apa-apa lagi permainan yang ada, maka para divoa terus ke pusat boling. Alangkah terkejutnya pabila melihat harga setiap permainan boling amatlah mencekik darah!! Pun begitu demi melepaskan hajat yang terbuku dan dendam kekalahan masing-masing maka permainan boling tetap diteruskan.
Dimulakan dengan balingan Toolar Majid diikuti Peahnna, Fargie, Shahkira dan Mistriah Kari. Blance pula hanya menyelit beberapa kali ketika Fargie membuat balingan kerana masih dalam rawatan kecederaan tangangnnya yang retak dalam kemalangan jalan raya.

Hasil keputusannya Shahkira berjaya mengalahkan Mistriah Kari sekaligus menamatkan kemarau penantiannya. Mistriah memberi alasan kerusinya tidak empuk sebagai punca kekalahan. Tempat ketiga diiisi oleh Peahnna yang sudah menunjukkan kemantapan permainannya. Juara longkang sudah tentulah Fargie diikuti Toolar Majid.
Selesai berboling, para divoa memulakan perjalanan untuk pulang. Kali ini Mistriah terkena mabuk perjalanan sehingga muntah-muntah seperti bunting pelamin.
Pun begitu Mistraih sempat membuat janji untuk bertemu seorang kawannya di bawah puncak keriangan itu nanti.
Tiba di tempat dijanjikan, masih belum tiba rakan Mistriah itu. Blance dan Mistriah sejak awal mengidam untuk menikmati hidangan bot berwap atau steamboat. Pada mulanya ingin ke tempat yang jauh namun disebabkan batasan masa, maka mereka memilih untuk ke restoren berdekatan sahaja.
Restoren berjudul Hakak hakak itu mempunyai hiasan yang kemas. Pun begitu pabila melihat senarai harga hampir terjojol mata dibuatnya.Oleh kerana mood Mistriah yang baik ketika itu maka beliau dengan rela hati membantu. Maka pesanan dibuat. Dengan pelayan yang menarik pandangan Toolar Majid, suasana mesra malam itu diserikan dengan kehadiran rakan Mistriah yang seiras dengan Angah Winehouse. Adakah beliau klon Angah Winehouse?

Dari gerak gayanya memang ada iras... namun lenggok Angah Winehouse yang asli tiada siapa yang mampu menirunya!! Rakan Mistriah itu begitu rancak berbual bersama Mistriah. Makanan malam itu banyak juga namun sedikit perasaan terkilan gara-gara perkhidmatan pelanggan yang lemah dan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
Gara-gara itu Shahkira beraksi melepas geram setelah pesanannya lewat tiba setengah jam dengan membuat aksi yang berlabel 18SeramGanas. Aksi itu dineutralkan oleh Mistriah yang masih bermood baik malam itu...hmm kenapa ek?
Malam itu Peahnna terpaksa mengundur diri untuk pulang ke desa tercintanya kerana keesokannya beliau perlu bekerja. Blance pula terus memandu ke Istana Toolar kerana sudah kepenatan dan memerlukan rehat disamping Fargie yang juga perlu pulang kerana keesokannya ada mesyuarat yang perlu dihadirinya.
Malam itu berakhir dengan masing-masing melelapkan mata selepas sesi Cakap Bantal atau Pillow Talk.
Hari terakhir merupakan hari perpisahan buat semua divoa. Dimulakan oleh Toolar Majid yang perlu ke tempat kerja selepas bertemu Farziah Latiff setelah bersama Faila Abdul malam itu...sungguh padat jadual si Toolar Majid ni!!
Selepas itu Blance, Shahkira dan Mistriah terus bergerak keluar dari Istana Toolar dan meninggalkan Faila Abdul yang ditemani adiknya. Blance, Shahkira dan Mistriah terus ke tempat bersarapan sebelum bergerak ke ibu kota.
Ketika perjalanan ke ibu kota, Blance telah terserampak dengan kenderaan yang membawa citarasa universal dan mengejarnya sehingga ke plaza tol. Namun setelah disedari pemandu kenderaan terbabit mereka pun membawa kenderaan menjauhi kenderaan Blance.
Ketibaan yang agak awal di ibu kota memberikan idea kepada Blance untuk membawa Shahkira dan Mistriah ke tempat mencuci mata yang selalu Blance singgahi. Ternyata Mistriah begitu teruja manakala Shahkira pula masih terkawal. Banyak pula gula-gula mata yang melewati pemandangan mata...segar kembali pandangan dibuatnya!!
Selepas berjalan-jalan sehingga lupa mencarikan mesin pengeluar wang yang dihajati Mistriah, Blance terus memacu kenderaan ke stesen kenderaan untuk destinasi luar kota. Dijadual tepat jam 12 tengah hari, Mistriah dan Shahkira ternyata menanti dengan penuh perasaan yang berkecamuk..Begitu juga Blance yang merasakan begitu pantas masa berlalu sehingga tak puas lagi bersama mereka.
Shahkira berlepas dahulu dan kenderaan Mistriah terlewat tiba. Tiba-tiba Fargie datang dan sempat bertemu Mistriah untuk ke sekian kalinya. 20 minit kemudian kenderaan Mistriah untuk pulang ke kampung halaman asmaranya pun tiba .... maka berakhirlah episod Warna-Warna Gatheringku Gemilang yang berlangsung dengan lancar meskipun ada kekurangan yang masih boleh dimaafin..!
Memori yang tercipta pada program kali ini ternyata amat manis dan memberi kesan kepada pesertanya ....alangkah manisnya program itu jika dapat dikongsi rasa lagi dengan kehadiran kengkawan divoa yang lain kan??
p/s : Divoa tu adalah gelaran semata-mata..tiada dalam kamus okay!! -->mengata aku lah tu!!
Label: kengkawan



