Pertemuan di bulan mulia
Alkisahnya di suatu senja di bulan suci Ramadhan ..bermulalah suatu perjalanan kisah pertemuan sahabat-sahabat bertakhta di persada masing-masing..di istana singgahan yang digelar Istana Diva. Dimulakan dengan jejaknya kaki seorang bernama Shahkira yang terkenal dengan 'gelekan maut' yang mampu membunuh nyamuk tiruk.
Pada jam 4 petang hari pertama, Shahkira memulakan langkah gelekannya di stesen pengangkutan termasyur dengan asap hitam sambil menanti sebutir bintang di hujung benua bernama Mistriah Carey.

Dengan kehadiran Mistriah Carey sejam kemudian, maka langkah beliau semakin berani untuk terus ke destinasi yea.. yea.. iaitu Istana Diva. Oleh kerana waktu berbuka sudah menjengah, maka mereka mendapatkan apa yang termampu bagi mengakhiri ibadah mereka hari itu.
Seterusnya, kehadiran mereka dikesan oleh seorang bintang yang merendah diri iaitu Tednet Jackson.

Kehadiran Tednet Jackson yang terkenal dengan tarian lantai cukup menggembirakan Mistriah Carey dan Shahkira. Tednet Jackson sebenarnya terkejar-kejar akibat jadual yang padat..yelah ketika era popularitinya mencanak sehingga telah memberitahu julat masa yang beliau mampu luangkan bersama-sama sehingga jam 11,kerana mengikut dongeng dipaksa untuk dipercayai, selepas jam 11 itu pakaian yang dipinjamkan Peri-peri bakal bertukar menjadi kain guni!
Tak lama kemudian dalam jam 830, muncul pula empunya diri bernama Blance Knowles.

Kemeriahan mula dirasai bila sesi 'tembak menembak' dengan madah berhelah mula menguasai istana itu. Sebenarnya itulah cara sekumpulan sahabat ini melepaskan rindu yang terpendam dalam diri masing-masing.
Dalam pada itu, Blance Knowles telahpun mengajak seorang teman kesayangannya untuk menyertai acara itu namun atas sebab-sebab tak dapat dielakkan berlaku kelewatan. Akhirnya pada jam 1022 malam, barulah tiba Fergie dengan lagunya Fergilicious.

Kelewatan itu memaksa Tednet Jackson melanggar pantangnya dan dipaksa mengikut Blance,Shahkira, Mitsiah Carey dan Fergie ke warung berkonsep pantai timur bagi membasahkan tekak dan mengalas perut.
Ketika di warung itu, terdapat ramai pula gula-gula mata yang menjadi tarikan sehingga terdendang lagu Candyman. Dalam pada itu, mereka cuba mengatur pertemuan dengan seorang lagi bintang tersohor iaitu Elizabeth Toolar untuk ke warung itu. Diketahui bahawa Elizabeth Toolar memang gemar berborak sambil minum air bergelas-gelas selagi perutnya tidak kembung!
Shahkira terus menghubungi Elizabeth Toolar dan diberitahu akan hanya tiba dalam 30minit. Oleh kerana risau jampi Peri-peri terhadap Tednet Jackson akan berakhir didepan mata shabat-sahabatnya, maka Tednet Jackson pun dilepaskan pulang bersama kereta kudanya.
Dengan keadaan masing-masing yang dah mula menunjukkan riak keletihan, maka keputusan dibuat untuk kembali ke istana singgah dan menanti Liz Toolar di sana.

Tiba di Istana Diva dengan kenderaan putih suci itu, masing-masing terus mendapatkan ranjang masing-masing demi melepaskan kepenatan dengan berbaring. Rimas dengan itu, Fergie memutuskan untuk pulang ke halaman asmaranya kerana ada urusan keesokan hari kununnya. Blance dengan berat hati terpaksa berpisah jua dengan teman terulungnya itu.
Selepas berlalunya Fergie...tibalah pula Elizabeth Toolar dan membuat kezutan dengan membawa bersama seorang yang agak pemalu digelar Faila Abdul.

Dengan berbekalkan botol air...mungkin sedikit penawar buat Elizabeth Toolar yang tidak dapat bersama dalam acara membasahkan tekak yang berlansung sebelum itu. Blance Knowles cuba beramah mesra dengan Faila Abdul dengan mengusik secara gurau. Faila Abdul nampaknya memberi respon yang agak baik. Shahkira juga cuba beramah mesra dengan menyelitkan sepatah dua mutiara naga.
Sambil melayan Liz Toolar dan Faila Abdul...oleh kerana kepenatan, Blance, Shahkira dan Mistriah Carey masing-masing sudah beraksi ala ulat mulong yang bergulung-gulung diatas katil. Tak lama kemudian Elizabeth Toolar dan Faila Abdul meminta salam permisi mengundur diri....dan mulalah acara renangan bebas diatas katil.
Dalam perjalanan pulang itu rupa-rupanya Faila Abdul tiba-tiba menjadi pengkritik mengalahkan Simon Cowell dengan mengkritik Blance sebagai Diva bermulut banyak dan Shahkira sebagai Diva yang menggerunkan!! Kritikan ini akhirnya diketahui Blance dan Shahkira dan mengejutkan mereka berdua kerana kelaseran Faila Abdul yang kelihatan pendiam itu!!
Penghujung malam pertama itu, Blance Knowles sebenarnya terpaksa menidurkan diri kerana dijadualkan oleh seorang lagi diva untuk menjemput ketibaannya di stesen. 2jam kemudian, hadir panggilan yang memberitahu beliau akan tiba dan sedia untuk dijemput. Blance terus bersiap lalu mengajak kedua-dua diva tersebut untuk ikut bersama kerana acara bersahur akan terus dilaksanakan selepas itu.
Tiba di stesen itu, terpinga-pinga juga bintang utara yang bergelar Greyney Spears setelah melihat kehadiran kenderaan putih suci itu.

Blance terus memecut kenderaan pinjamannya itu ke tempat untuk menjamu selera bagi tujuan bersahur.
Greyney Spears telah menunjukkan selera gergasinya apabila memesan 3 jenis lauk manakala Blance menunjuk-nunjuk selera kenitnya dengan memesan lauk sup sahaja. Shahkira dan Mistriah Carey kekal dengan kesederhanaan.
Selepas acara bersahur itu, mereka terus ke istana singgah itu dan terus beradu selepas subuh sehingga tengah hari!
Hari Kedua
Acara hari kedua itu dimulakan dengan aktiviti menyiapkan diri masing-masing. Sedikit insiden memalukan Blance apabila episod gentayangan berlaku di kamar mandi akibat keterlupaan yang tidak disengajakan yang dikesani oleh Mistriah Carey!
Kemudian kami merancang perjalanan ke Gedung Lembah Tengah yang popular. Perjalanan kali ini menggunakan Polar Express yang berkelajuan kuasa kuda belang. Oleh kerana tiada kepastian, Blance Knowles bertanyakan kepada seorang pak cik yang berlitup di dalam kaunternya tentang platform mana harus ditujui. Dengan suara kepit bernada rendah , pak cik itu menjawab...namun keadaan ruang kaunter tertutup itu menyebabkan suara ala Fushia Sundroh itu tidak kedengaran di cuping telinga Blance. Blance bertanya lagi dan secara tiba-tiba pak cik itu menjelma sebagai musang dengan suara garaunya menjawab soalan tersebut sehingga membuatkan Blance lari kekagetan!!
Dalam pada menunggu Polar Express tiba, Greyney Spears sempat mengambil gambar dengan kameranya untuk diabadikan dalam koleksi peribadinya. Shahkira turut tidak ketinggalan. Mistriah Carey pula elergi sepi dengan sesi bergambar-gambar ini.
Tiba di gedung itu, terkejut pula melihat lautan manusia bagai semut menghurung gula dan kelkatu mengerumun lampu..
Di gedung itu, tiba-tiba elegi sepi Mistriah Carey hilang dan menjadi pantang nampak pula setiap kedai muzik yang ada disitu!! Habis semua kedi muzik diterokanya!! Aktiviti pertama dilakukan di gedung itu ialah menonton layar perak dengan filem dari negara seberang menjadi pilihan tak sengaja gara-gara silap melihat poster!!
Cerita bertajuk Rumah Hantu itu sebenarnya langsung tiada ciri-ciri seram lebih kepada plot psiko yang lembab namun menguji minda. Kelembapan jalan cerita itu sekali sekala mengundang resah di hati Blance dan Shahkira namun pemegang watak utama tersebut menjadi penyelamat kerana agak menjelirakan mata yang memandang!
Selesai menonton layar perak tersebut, aktiviti menjelajh gedung itu diteruskan dan hampir keseluruhan kedai muzik yang menjadi tempat tujuan. Ketika jam hampir 640 petang, diva-diva tersebut terus menuju restoran kegemaran Blance dan Shahkira namun kehampaan bila tempat sudah dipenuhi. Mistriah Carey dan Greyney Spears sudah pun tawar hati namun Blance tiba-tiba ternampak beberapa manusia yang tidak wajib berpuasa dan sedang enak menjamu selera. Blance dan Shahkira terus mendapatkan barisan menunggu dan terus menunggu.
20minit kemudian dengan berkat kesabaran meskipun beberapa kerat yang makan itu digelar 'setan' oleh Mistriah Carey barulah dapat tempat untuk berbuka puasa. Kemudian hadir Elizabeth Toolar keseorangan untuk menyertai majlis yang sederhana kecil sahaja itu.
Keadaan di restoran itu agak sempit dan kelam kabut apabila kitaka hampir waktu berbuka masih ada lagi yang belum mendapatkan makanan. Pun begitu, simpati lebih tinggi melihat para pekerja bertungkus lumus ketika mereka sendiri belum dapat menjamu selera dan terpaksa melayan beberapa makhluk yang lain selain yang hendak berbuka puasa.
Selesai berbuka, Elizabeth Toolar membawa sekumpulan diva itu pulang ke istana singgah untuk bersiap-siap sebelum acara selanjutnya menyusul.
Acara seterusnya ialah memekik dan meretakkan bangunan yang turut disertai oleh Shahna Turner bersama seorang teman berbaju kuning yang amat pendiam tetapi menarik juga...oops!

Tiba di lapangan sasar suara tersebut, terkaget pula dengan melihat begitu ramai yang memenuhi pusat hiburan tersebut meskipun pada bulan Ramadhan. Mungkin mereka juga menganjurkan majlis seperti para diva tersebut agaknya!!
Setelah menunggu lebih sejam..akhirnya dapat jua lapangan sasar suara yang diinginkan. Dimulai dengan Memori Cinta Luka beberapa rangkaian lagu diva yang belum pernah dinyanyikan akhirnya dapat diluahkan dengan sepuas-puasnya. Lagu-lagu seperti Tell Him, When You Believe berjaya dibawakan dengan baik oleh Shahkira dan Blance namun bila tiba lagu Beautiful Liar tiba-tiba penyakit hentam melodi melanda sehingga membuatkan Shahkira dan Blance malu sendiri.
Elizabeth Toolar menghidangkan lagu-lagu klasiknya termasuk ANgin Malam, Kau Pergi Jua dan Massachusetts yang cukup digemarinya. Greyney Spears menonjolkan teknik "ooh" "aah" dengan menyelitkan ad-lib dibeberapa lagu selain secara duet menyanyikan Nurkasih bersama Mistriah Careyyang berkonsepkan purdah kerana tiba-tiba terkenangkan Angah Winehouse.
Paling diingati ialah lagu Di Akhir Garisan dimana setiap yang menyanyi pada ketika itu ingin menjadi Ning dengan suara soprano masing-masing. Adegan itu menggeletek hati Blance yang hanya menjadi suara latar selain Mistriah Carey meneruskan nyanyian dalam keadaan hilai tawa!
Malam yang sudah bertukar pagi sebutannya itu diteruskan dengan kezutan dari Shahna Turner dengan lagu rock Relaku Pujuk sebelum beliau mengkaburkan diri bersama teman kuningnya itu. Sebelum itu Shahna Turner membawakan lagu Biarlah Bulan Berbicara.
Malam itu Shahkira mnyinar dengan lagu Januari yang setinggi langit nadanya selain lagu seperti Nothing at all. Selepas pemergian Shahna Turner semakin giat kedivaan berlaku apabila lagu-lagu seperti Putus Terpaksa, Hurt,Gemilang, Cobalah Untuk Setia dan Cinta (KD&Melly) mula berkumandang. Disamping itu terselit jua lagu Goodbye (Air Supply) dan diakhiri lagu Lelaki Ini setelah masing-masing sudah kehilangan suara yang mantap.
Selesai di pusat melalak itu, Elizabeth Toolar membawa para diva terus ke restoran untuk bersahur kerana jam telah melewati jam 230 pagi. Di restoran itu pula terserempak dengan diva catwalk iaitu Adelia Schiffer.

Pertemuan tidak sengaja itu memberikan kesempatan buat Mistriah Carey meluahkan rasa rindu dendam terhadap kawan baiknya itu selain Elizabeth Toolar sendiri yang membuat kezutan terhadap Adelia Schiffer.
Selesai di restoran yang berjelira jua kata Shahkira, Elizabeth Toolar terus membawa para diva ke istana singgah untuk beradu sebelum beliau pulang ke teratak sengetnya.
Hari kedua itu berakhir dan bermulalah hari -hari terakhir perjumpaan tersebut.
Hari Ketiga
Hari ketiga dimulakan dengan aktiviti ke tempat berkonsepkan Firaun yang terkemuka. Dengan angan-angan hendak berluncur ais pada asalnya , dapat jua Shahkira dan Mistriah Carey melepaskan sedikit kekecewaan dengan melihat sahaja pertunjukan amatur di depan mata.
Hari ketiga itu agak ringkas dengan aktiviti membeli belah. Greyney Spears mencuri perhatian dengan pembeliannya yang menakjubkan...selain Shahkira, Blance dan Mistriah membeli barang mengikut kehendak masing-masing.
Acara kemuncak ialah aktiviti berbuka puasa di kedai berkonsepkan negara matahari terbit. Dengan pengetahuan mendalam, Mistriah Carey memberitahu sinopsis tentang menu yang dihidangkan. Greyney Spears dengan yakin memesan Nasi berlauk ayam selain Blance memesan Nasi dengan potongan daging dan ayam digoreng manakala Shahkira tidak lagi memesan nasi kari telur sebaliknya memilih Nasi Goreng Ayam berserta kepak ayam goreng . Lauk pilihan Shahkira itu mendapat gelarang sebagai 'ayam goreng bodo' disebabkan resepi yang terlalu ringkas dan mudah bagi diva masakan tersebut.
Selesai makan, terus ke istana singgah kerana masing-masing sudah puas berjalan . Dalam perjalanan itu dihiburkan pula dengan telatah seorang kanak-kanak yang dengan selamba menunggang motosikal mainannya untuk menuju ke tempat parkir...sempat jua Greyney Spears mengambil gambarnya!!
Tiba di istana singgah bermulalah acara pillow talk sebelum masing-masing melelapkan mata... dan pillow masing-masing pula yang kena 'talk'!
Hari Terakhir
Hari tersebut bermula dengan aktiviti bersahur di warung abang-abang yang sopan santun meskipun marah di New Ville. Blance yang sudah kehilang selera makan, hanya makan separuh sahaja makanan yang diambil dan lebih gemar berulam air barli yang dipesannya.
Selesai bersahur, Blance berpisah dengan Greyney Spears, Mistriah Carey dan Shahkira kerana perlu bekerja pada hari Isnin tersebut. Blance tiba dirumah dan terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja sebelum terkena sakit dan membolehkannya mendapatkan surat pelepasan doktor.
Kesempatan dapat bercuti itu tidak dilepaskan oleh Blance Knowles untuk bertemu Shahkira, Mistriah Carey dan Greyney Spears untuk mengucapkan selamat berjumpa lagi. Blance terus ke istana singgah namun terlewat apabila Mistriah beritahu mereka sudah berada di stesen, Blance terus menuju ke stesen bila mendapat tahu.
Ketibaan Blance dikesan Greyney Spears dan mengkagetkan Shahkira dan Mistriah kerana pelik. Setelah di terangkan barulah mereka bertenang.
Tak lama kemudian pada jam 1130, Mistriah Carey melambaikan tangan diikuti Greyney Spears selang beberapa minit kemudian. Blance setia menanti keberangkatan Shahkira serta menemaninya mendapatkan bekalan berbuka di perjalanan.
Dalam perjalanan ke tempat juadah, terserempak pula dengan sepupu-sepupu Blance.
Apalagi...sesi bersalaman di tengah jalan pun berlaku. Kaget pula melihat sepupu Blance yang agak tezz mencium tangan Blance ketika bersalam ..."wah..tezz ke??" ujar Shahkira.
Selesai sesi bersalaman itu, kami terus membeli juadah sebelum kembali ke stesen. Ketika menanti kenderaan yang bakal membawa diva utara tersebut, Blance ditemuramah mesra oleh seorang mak cik yang teramatlah mesra dan ramah berasal dari pantai timur. Lama jua berborak dengan mak cik tersebut yang bercerita peihalnya anak beranak dan aktiviti beliau ke seluruh negara!
Paling mengeletek sedikit hati Blance apabila Blance dikatakan adik kepada Shahkira!!
Mak cik itu akhirnya mendapat kenderaannya yang bakal membawanya pulang ke kampung halamannya...terasa bagai dah kenal lama pula apabila mak cik itu kembali kepada Blance untuk bersalaman bagai bersaudara !
Tidak lama kemudian Shahkira pun mendapatkan kenderaannya dan berpisahlah disitu dan berakhirlah acara penuh mesra dan menghiburkan bagi mereka yang menyertainya...
Berakhirnya majlis itu, para diva terbabit sepakat untuk mengadakan acara pertemuan di penghujung tahun ini dan dengan ini diharapkan beberapa diva lain akan dapat menyertainya...antaranya...

Lasagna Zain

Aries Lavigne

Kamardonna

Angah Winehouse
dan ramai lagi yang diharap bakal menyertai acara kana datang nanti...Tungguuuuuuu!!
Label: kengkawan