* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Ogos 05, 2008

Robotisme akan kembali lagi ke??!!

Selepas sebulan kembali ke meja kerja, perasaan di’robot’kan kembali menjelma. Dengan pekerjaan yang lebih 8 jam melekat di kerusi dan peluang untuk bersosial di tempat kerja yang hampir tiada kesempatan langsung membuatkan perasaan itu menghantui diri kembali.


Ketika ini, Lang telah pun berada di penghujung kontrak kerja selama 6 bulan itu dan hanya 4 minggu lagi sebelum ‘hari kemerdekaan’!

Suasana di tempat kerja riuh dengan golongan ‘pec lobs’ yang sudah menguasai segenap sudut di tingkat itu...mereka sudah tidak segan silu menjelmakan diri hatta pendatang baru yang kununnya nak ‘cover line’ pun dah tak segan membahasakan diri sebagai ‘mak’ dan ‘hakak’!


Beyonce Robot
Beyonce pun jadi robot???



Pun begitu, Lang tidak menghirau fenomena itu..Lang hanya memikir tentang masa depan selepas ini...dan pekerjaan ini bukanlah seindah di sangka...

Sejam rasa bagai sehari lamanya....sehari bagai seminggu...seminggu bagai sebulan...sebulan bagai setahun!!

Dengan peraturan – peraturan yang banyak sekali mengenepikan kemanusiaan dan penuh dengan hukuman sekiranya ingin menjadi manusia meski sebentar masa ketika bekerja..apatah lagi dengan di bawah arahan golongan kurang berpelajaran dan timbang rasa membuatkan nilai kerja keras di menara gading selama bertahun bagai sehelai tisu di kamar usang!

Perasaan rupa0rupanya turut dirasai dan diluahkan oleh teman Lang yang merupakan seorang wanita yang sebaya dan mempunyai latar dan nasib yang hampir serupa!! Bagaikan Lang dalam versi dan irama yang lain pula!! Beliau juga terasa bagaikan robot....perkataan itu juga yang terpacul dari mulutnya!! Kaget3!

Memang tidak menghairankan setiap kali selepas hari pembayaran gaji, maka selepas itu juga jumlah pekerja di tingkat itu akan berkurangan..bebanan kerja pada pekerja yang masih ada pun akan menjadi berkali ganda!!

Keluhan rakanita Lang itu alunannya senada dengan Lang malah beliau makin pening dengan dilema baru yang diciptanya selepas membeli kereta idamannya sebulan yang lalu.

Kami berdua membincangkan perihal yang sama iaitu peraturan-peraturan yang merobotkan juga lagak ketua – ketua atasan yang kununnya pandai tetapi bila diminta pertolongan atau dikemukakan pertanyaan... akan menyergah kembali kami dengan penuh kasar dan langsung tiada etika profesional sedangkan mereka pula mengatakan kami yang tidak profesional!! Pekerjaan itu juga membuatkan kami terlepas beberapa acara penting selain melahirkan beberapa dilema lain yang kami sahaja yang tahu.


Satu persatu teman seperlatihan kami meninggalkan tempat kerja itu dan kini berada di dunia mereka yang baru termasuklah mereka yang pada awalnya mengatakan kerja inilah paling seronok, mudah dan 'happening' malah ada yang kononnya hendak bekerja sehingga bertahun lamanya tetapi lebih awal mengucapkan hai hai bye bye berbanding Lang!!

Oleh kerana memikirkan masa mendatang yang bakal menghimpit, Lang telahpun melancarkan pencarian kerja selepas seminggu melekat di kerusi kerja itu.Rezeki tiba di minggu kedua dengan tawaran berkaitan dengan bidang yang telah ditinggalkan hampir 2 tahun yang lalu!

Lang terus je ‘gamble’ dan mencuba nasib dengan menghantar resume kepada syarikat yang merupakan syarikat yang bersaiz multinasional juga. Lang dipanggil temu duga bersama jabatan sumber manusia dan jabatan berkaitan beberapa hari kemudian.

Lang melalui proses temuduga itu dengan penuh sopan dan agak plastik kerana sebenarnya Lang bukanlah pakar dan terlalu ‘berkuasa’ dalam bidang tersebut..pun begitu jiwa Lang tetap jujur occay!!

Temuduga itu berakhir dan kemudian dikatakan akan memperoleh jawapan dalam 2 minggu lagi....namun 2 hari selepas itu mereka terus menyuruh Lang bekerja dengan mereka!! Aiyo!!!

Dengan ikatan kontrak bersama syarikat yang berpengaruh membuatkan Lang terpaksa bersikap tarik tali kerana tidak mahu nama Lang disenarai hitam oleh mana-mana syarikat untuk diambil bekerja. Tidak sangka....pihak sumber manusia syarikat itu memahami dan membenarkan Lang bekerja selepas selesai dengan syarikat yang me‘robot’kan ini!!

Lang akan memulakan langkah baru yang penuh debar pada penghujung bulan ini ...namun ikatan pekerjaan yang merimaskan ini membuatkan Lang tiada masa untuk membuat persediaan untuk jawatan yang baru tersebut. Jawatan baru itu memerlukan daya kreativiti penyelesaian dan ilmu yang tinggi dan penuh mencabar.

Dengan keadaan kerja yang pastinya berbeza bagai langit dan bumi.. inilah cabaran baru yang akan melanda hidup Lang ketika bulan Ramadhan menyinarkan cahayanya nanti!

Say no to robotism!!


~Oooops !! Ada ke perkataan robotisme ini??maaf ye para penulis Kamus Dewan!!~

Label: