* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Jun 16, 2008

Kembali lagi

Lang kembali ke hospital tezz itu..kali ini Lang mendapati di jabatan itu terdapat seorang doktor muda yang persis model dan teramatlah mencuri pandangan LAng...Beliau juga melemparkan pandangannya sehingga terpana Lang dibuatnya.. Giliran demi giliran dipanggil dan Lang berharap dapatlah menjadi giliran yang 'bertuah' lalu diundang ke bilik doktor tezz itu!!

Giliran Lang pun tiba dan Lang diminta bertemu doktor yang tak tezz huhu....

Lang pun terus menerangkan keadaan Lang kepada doktor tak tezz yang senior itu....tak lama kemudian masuk doktor persis model modelan itu dan bertanyakan soalan kepada doktor senior itu...suaranya lembuut gitu!!

Balutan simen hasil pertemuan pertama di'reject' oleh doktor tak tezz itu dengan hujahnya yang konkrit bahawa balutan itu tak 'chantek'!! (Ko ingat ko chantek ker?) lalu disuruh membuat balutan yang baru. Ketika ditempat simen itu, Lang dilayan oleh 2 orang pembantu perubatan yang tezz yang bersedia membuka balutan dan membuat yang baru. Ketika membuka balutan itu, seorang daripadanya memegang mesin pemotong dan seorang lagi memegang tangan Lang. Tanpa disedari juluran tangan Lang berada tepat di zon V nya!! Wah...apa lagi...'kejung' Lang dibuatnya sekejung tangan yang menjulur itu!

Selama 1 minit ...tangan Lang masih di zon V nya...sehinggalah kerja membuka balutan simen tebal itu selesai. Lang kemudian dipakaikan balutan yang baru. Lang disuruh ke bilik X ray sebelum disuruh bertemu doktor tak tezz itu kembali.

Selesai X ray di bilik yang 'sejiuk' sekali...Lang bertemu doktor. Alangkah terkejutnya Lang disuruh ke bilik simen untuk membuat sekali lagi sedangkan balutan simen kedua kali itu belum pun kering !! Ini kerana, tulang Lang didapati berada dikedudukan yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang lain pula yang terkeluar dari tempat asalnya!!

Lang kembali ke bilik simen itu...dan kali ini sempat lagi juluran tangan berada di zon V kakitangan hospital itu buat kali kedua. Pun begitu kali ini tak sampai10 saat jer...huhu....

Selesai membuat balutan ...Lang bertemu doktor tak tezz itu Lang diberikan cuti 4 minggu lagi...wah gitu!!! Selesai cuti 4 minggu itu, Lang diminta ke hospital itu lagi.....harap2 dapatlah bersama doktor tezz yang asyik memandang mandang itu nanti!!!

Label: