* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Mac 05, 2008

Akhirnya kembali kepada keadaan ini

Lang akhirnya telah membuat keputusan memberhentikan diri daripada pekerjaan yang pada mulanya dibayangkan begitu baik

Keputusan Lang ini diambil setelah beberapa faktor menerobos ke beban fikiran dan fizikal

Pertamanya tentulah faktor pengurus itu. Sikap beliau yang selalu lepas tangan disamping kerap cuti panjang tanpa memberitahu Lang dan staf lain amatlah tidak bertanggung jawab. Malah beliau dengan selamba menjadikan Lang sebagai alasan dan sandaran untuk melakukan kerja-kerjanya sepanjang ketiadaannya. Pun begitu ketika Lang hendak mengambil cuti sakit, beliau memarahi Lang kerana sengaja nak bercuti!!

Sikap ‘bossy’ ditambah dengan tiada perancangan dalam segala tindakan pengurusannya menambah burukkan lagi keadaan. Beliau juga tidak segan silu memarahi Lang dihadapan staf lain malah di depan pelanggan ketika beliau merasakan tidak setuju dengan tindakan Lang juga membuatkan Lang bertambah tawar hati.

Pernah Lang memberikan idea kepadanya namun beliau mengkritik kembali dengan mengatakan Lang cuba menunjuk pandai!! Lang pernah menghadiahkan hasil kerja kreatif Lang tanpa mengharap sebarang balasan namun beliau mengutuk hasil tangan Lang itu dihadapan orang atasannya!!

Lang telah pun bersabar selama lebih 2 bulan setelah turutan-turutan kejadian yang mencabar kesabaran Lang....staf-staf lain juga simpati dengan keadaan Lang kerana menganggap Lang adalah mangsa beliau.

Hubungan rapat Lang bersama staf lain yang dianggap ‘bawahan’ oleh pengurus itu membuatkan beliau naik angin kerana menganggap Lang cuba membentuk satu pasukan lain untuk menentangnya!! Lang sebenarnya menganggap staf-staf itu seperti keluarga memandangkan umur mereka dan status mereka yang masih perlu dihormati selain ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka yang sudah lama bekerja disitu. Sikap staf lain yang dilihat lebih ‘menyayangi’ Lang berbanding pengurus itu membuatkan beliau bertambah sakit hati. Sesungguhnya inilah pengalaman yang pelik bagi Lang!!

Tinggalkan seketika faktor pengurus yang seperti bom jangka kepada hayat premis itu, faktor lain yang membuatkan Lang membulatkan tekad ialah bebanan kerja yang menanti. Ketika pengubahsuaian, Lang terlihat hasil-hasil kerja yang melalui pengurusan yang amat lemah.

Akibatnya, baranagan berlainan kategori telah bercampur aduk. Ini bakal menyusahkan sewaktu pembukaan semula malah terdapat kemungkinan banyak barang bakal ‘hilang’. Selain itu aduan pelanggan bakal mencapai tahap maksima dengan penjualan barangan tidak lengkap dan rosak ketika jualan penghabisan stok yang lalu. Dengan sikap pengurus yang sudah diketahui itu, tidak mustahil Lang bakal dipersalah dan dibebankan sekiranya masih kekal bekerja di premis itu. Adakah mampu bertahan dengan keadaan itu nanti?? Tepuk dada tanya selera!!

Faktor lain yang menambah ‘luka’ dihati ialah pengumuman struktur gaji mengikut gred yang bakal dipengaruhi oleh penjualan kad kredit. Ini merupakan syarat yang mengarut kerana pekerja yang gagal menjual kad kredit syarikat disamping menjual barang bakal diturunkan gred, atau dalam bahasa mudah...dipotong gaji!!

Sudahlah banyak bebanan diberi dalam tempoh 12jam bekerja 6hari seminggu dan pada hari cuti masih perlu melayan soalan berkenaan kerja...adakah berbaloi syarat ini dikenakan?? Orang atasan hanya tahu mengira untung sahaja padahal pekerja dianggap bawahan itu dikenakan syarat yang bukan-bukan!! Ini merupakan kali kedua syarikat itu mengumumkan struktur yang pernah dibatalkan pada waktu dahulu kerana terlalu ramai bekas staf terbaik mereka cabut lari!!

Dengan faktor-faktor terbesar diatas ditambah dengan faktor lain seperti jarak jauh dan kesempitan waktu untuk diri sendiri dan yang tersayang membuatkan Lang bertambah nekad dengan keputusan ini. Pembukaan semula premis itu pada hujung bulan ini diramalkan akan penuh keributan dengan ketiadaan perancangan yang rapi serta pengurusan pekerjaan yang baik.

Tiada guna lagi Lang mengikut arahan orang yang menganggap Lang cuba menunjuk pandai setiap kali cadangan mahu dikemukakan sedangkan beliau sendiri memalukan bangsa di majlis makan malam staf dengan menari sambil merangkul beberapa wanita di atas pentas dalam keadaan mabuk!! Kejadian itu pula disaksikan oleh bangsa lain yang ada juga yang mabuk namun masih tahu mengawal diri dan menjaga nama baik. Lang bersyukur juga tidak menghadiri majlis itu kerana tidak sihat kerana kalu tidak sudah pasti akan terpaksa duduk sebelahnya dan menyaksikan secara dekat kejadian yang memalukan seluruh pekerja ‘bawahan’ cawangan 100% muslim itu.

Begitulah keadaan yang menghimpit Lang sehingga terpaksa menelan keputusan pahit ini agar tidak ‘tercekik’ dengan keadaan yang lebih menyesakkan di masa depan. Inilah harga yang perlu dibayar dengan membuat keputusan penuh dilema ini kerana Lang kembali menganggur dan perlu kembali berusaha mencari ‘penawar’ baru di tempat lain!!

Label: