Tak bernapas cahaya!!
Alkisahnya hal Cik Adik yang merupakan tunangan orang itu masih menjadi isu dalam kehidupan Blalang ini. Tunangan orang itu sudah mula SMS sejak meminta nombor telefon Lang. SMS beliau seperti 'menghidupkan enjin kereta' mula dengan menghidupkan dan menekan sedikit pendikit untuk memanaskan enjin. Pun begitu rentaknya agak pantas itu semakin menggusarkan LAng. Lang harus bertindak cepat supaya beliau tidak memasuk 'gear' kereta idaman beliau itu!!Pun begitu, Lang sedikit tertekan gara-gara Lang bukanlah jenis kejam terhadap kaum Hawa ini....mungkin sudah terdidik begitu! Beberapa kata nasihat daripada teman 'Joyworld' untuk Lang nampaknya sekadar idea, akhirnya Lang bertindak mengikut gaya sendiri kerana tidak biasa dengan gaya tindakan yang diunjurkan itu.
Lang melayan sahaja SMS tunangan orang itu, sehingga satu ketika mesejnya berbunyi terlalu 'daring' dan semakin men'gerun'kan Lang!! Lang keesokannya memulakan tindakan yang halus mulus bagi menyatakan tiada ruang lagi untuknya!! Lang menerima mesejnya yang dahulunya memanggil Lang dengan tambahan perkataan 'abang' dihadapan tetapi kini dipanggil 'Abang' sahaja!! Lang pun membalas dengan pertanyaan mengenai hadiah paling sesuai untuk awek Lang. Agak lama kemudian , barulah beliau menjawab dengan nada yang masih manja tetapi ayat yang agak pendek. Lang juga mengelakkan daripada melalui tempat kerjanya yang terpaksa Lang lalui kalau hendak ke surau dengan melalui laluan Alternatif....kiranya macam mengelak Tol lah pulak!!!
Semakin lama, semakin kurang mesej beliau...sehinggalah ke hari ini mesejnya sudah tiada lagi!!! Ketika Lang terlalu tempat kerjanya untuk ke surau (akibat terlupa) , Lang terlihat beliau bermain mesej dengan seseorang dengan kyusuk...lega, Lang bukanlah penerima mesej Cik Adik itu, mungkin bermesej dengan tunangannya...Lang begitu dan teramatla leganya...akhirnya keserabutan itu terurai!!
Kini hanya mesej daripada Cik Adik Kilang yang mengaku merindui Lang tanpa menggunakan ayat-ayat 'daring' tetapi berkonsepkan irama ROck Etnik !!???bole??
Label: kisah blalang



