* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Disember 19, 2007

Minggu ini...aiyo..esok raya ke??

wah...sudah masuk 3 minggu Lang bekerja di syarikat S ini...hmm tak sangka betul pressure lebih tinggi berbanding menjadi jurutera junior satu ketika dulu!! pening kepala nak mengurus segala segi meskipun ada pengurus yang lebih besar pangkatnya namun LAng nampaknya sudah banyak kali menggantikan tempatnya ketika beliau tiada!! hmm..padahal orang no.2 nya kurang pula di suruh itu ini!! Lang terpaksa memanjangkan langkah dalam pembelajaran...pengurus itu jangka Lang boleh tahu dan handle semua dalam masa singkat???aiyo!!!

Walaupun baru 3 minggu tapi rasa macam dah 6 minggu di syarikat ini!! banyak benda terjadi dan setiap hari ada je perkara baru!! dengan kerja 12 jam sehari...aiyo!!!

Pun begitu, LAng baru sahaja mendapat 'reta' baru (bak kata org Perak).
Lang dah 'memiliki' skuter sendiri!! wah terasa bebas skitla...hehe padahal LAng cuma dapat motor ni dengan loan atau advance daripada bapak sendiri!! hm....lama dah LAng minta loan ni, sejak kerja di kilang X lagi...tapi bukan mudah nak meyakinkan orang tua ni...dahla Lang ni bukan Anak Emas nya!! Lang melalui mak (yang lebih rapat skit) memujuk dan menggunakan psiko halus dan tak halus selama bekerja di syarikat S untuk meyakinkan bapa LAng.

Bapa LAng yang terpaksa menggunakan kenderaan awam ...gara-gara elak jem dan kos minyak tinggi serta kawasan tempat kerja LAng yang tiada bas mahupun lrt itu sepanjang ketiadaan motor baru ini!! Lang pula yang 'sebat' skuter milik bapa LAng dengan penuh rayuan dari hati yang tulus terseksa kerana tiada kenderaan sendiri.

apa pun...Lang dah pun berjanji untuk membayar semua kos pinjaman bapa LAng yang menggunakan kad kredit itu...bukan tunai okay!!


Motor skuter hitam itu sangat memuaskan hati...walaupun Lang nak sangat kaler hijau tapi tak dapat gara-gara ada jiran guna motor kaler hijau ...bole?

Vrooom...eh ni moto sapo plak ni???



Sekarang 'K.M' nya dah nak masuk 500km padahal baru je 2 minggu!! wah...tengoklah betapa jauhnya perjalananku!!

esok raya haji...nampaknya LAng tidak beraya haji tahun ini kerana syarikat S keuntungannya akan berlipat pada hari cuti...so staf memang tak dibenarkan cuti!!!

hmm..banyak benda terjadi ni dalam seminggu ni termasukla ada staf yang bengang dengan ketegasan LAng yang dilakukan secara halus!! Namun staf itu semalam macam malu sendiri dengan perbuatan lepas geramnya dan macam memohon ampun secara tak langsung pula!! tetiba pula beliau berkelakuan sopan santun...hm tak tahulah kalau2 nak nunjuk depan bos aja!!

okla...itu je nak cerita...tapi memang LAng sekarang dah punyai tahap kesabaran yang lebih baik berbanding dulu...mungkin proses kematangan yang berlangsung itu dah tiba di satu tahap yang lain atau pun budaya sabar itu dah mula menguasai diri! namun sabar tetap ada batasnya kan?? untuk itu Sabarlah Sayang...oops tetiba feeling Kak Melah!


p/s: Salam Aidiladha kepada muslimin muslimat semua!!

Label: