Majlis beradat yang kurang adabnya!!
Kisahnya semalam baru je pulang dari majlis perkahwinan member sekelas semasa belajar dahulu...Hmm ramai juga member lama yang hadir....ada yang dah beranak pinak dan berbadan dua...ada juga sedang menunggu masa untuk hari bahagia. Soalan berupa perihal pasangan masing-masing agak menjemukan Lang... Masing-masing menceritakan perancangan masa depan masing-masing....hmm...
Apapun soalan yang singgah... namun paling segan nak jawab ialah “Kau kerja di mana sekarang?” Lang pun dengan bangga menjawab...”kerja di GRAPE PLANTATION dan lokasinya di rumah!! Ada juga yang “lam-pi” (Lambat pikap) tertanya-tanya apa bisnes kompeni tu!! Aiyo!! Rakan-rakan Lang kesemuanya sudah mendapat platform terbaik dalam hidup dan kerjaya mereka malah semuanya sudah memiliki kenderaan dan harta masing-masing...kejayaan mereka melahirkan rendah diri dalam diri Lang dan keinginan untuk mengikuti jejak langkah mereka..Insya Allah!
Majlis perkahwinan di selatan tanah air itu sememangnya kelam kabut...apa tidaknya, Lang dan kengkawan yang hadir sehari awal tidak lagi dianggap tetamu setelah dengan seikhlas rasa menghulurkan pertolongan di pagi hari sebelum majlis. Abang kepada pengantin itu tanpa memperkenalkan diri, dengan wajah bengis dan masam, membentak-bentak dan menyuruh kami membuat kerja berturutan seperti kami ini orang suruhannya!!
Kaget dibuatnya kawan-kawan Lang yang semuanya berasal dari utara tanah air. Kekasaran budi bahasa kaum keluarga itu membuatkan kami kecewa, apatah lagi kehadiran kami bagaikan langsung tidak dihargai!
Kawan-kawan Lang yang terdiri daripada golongan profesional dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta langsung tidak berlagak dengan jawatan mereka berbeza pula dengan seorang lagi ahli keluarga pengantin tersebut. Dengan menghebahkan aktiviti keluar negaranya yang menjadi tugas berserta hartanya yang melimpah dan mempunyai pemandu peribadi membuatkan rakanita-rakanita Lang berasa meluat!!
Majlis perkahwinan pada petang itu kelam kabut dengan kelambatan perkhidmatan melayan tetamu ...terserlah ketidak cukupan kakitangan majlis tersebut ........malah program menjamu keluarga menantu diserahkan kepada kami...sedangkan kami ini langsung tidak mengenali keluarga tersebut !!! Sungguh mengkagetkan!!
Belum pernah lagi Lang datang ke majlis perkahwinan yang menyediakan akauntan khas berserta meja untuk mengutip duit yang dihulurkan oleh tetamu yang hadir. Apatah lagi ‘akauntan’ itu tanpa segan mencatitkan nama penghulur wang yang sepatutnya ikhlas malah mengocok dan mengira duit di depan tetamu yang sedang beratur mendapatkan makanan!! Mungkin sudah terserap budaya perniagaan yang merupakan teras pendapatan dan populariti keluarga terbabit.... namun bagi Lang unsur adab dan kesopanan tidak harus diketepikan sama sekali!! Inikah budaya kita??
Apa yang lebih dikesali, keluarga itu langsung tidak segan silu menyuruh kami...mentang-mentanglah kami ini kelihatan seperti ‘budak muda’. Kami terpaksa ‘menghilang’ diri beberapa kali, setelah mengesan sesuatu yang tidak kena. Ketidak cukupan kakitangan itu mungkin menyebabkan mereka mahukan kami ini menjadi budak suruhan lagi dalam hal-hal melayan tetamu!! Hello...siapa tuan rumah ni???
Selesai sahaja majlis persandingan dan puas bertemu bual rakan-rakan yang hadir sedikit lewat, Lang dan kawan-kawan seramai 5 orang sekereta pun berangkat pulang. Sesungguhnya inilah pengalaman menghadiri majlis perkahwinan yang terburuk dalam sejarah Lang setakat ini. Namun Lang tetap gembira dapat bersua muka dengan rakan-rakan lama setelah 2 tahun tidak bertemu. Kepada bakal-bakal pengantin selepas ini diharap akan melakukan perancangan lebih teliti tanpa mengetepikan budi bahasa, adab dan kesantunan.
Label: kisah blalang