nak muat turun (download) video dari youtube!!
Hm...saban hari Lang mengisi hari di kafe siber melayan internet, mencari peluang pekerjaan dan mendapatkan maklumat , dan sejak beberapa bulan ini waktu di kafe siber ‘terpanjang’ pula gara-gara kegilaan terbaru Lang iaitu memuat turun video daripada youtube.
Naik penuh dah harddisk PC kat umah dengan hasil 'kerja' LAng ni....ok lah, ni LAng cuma nak kongsi ilmu yang dah ada ni sebab ada dulu yang insan tanya macam mana nak muat turun video dari dalam youtube ni....da alang-alang ni...LAng buat jelah entri ini......
aplikasi yang LAng ajar ni boleh juga diguna pakai untuk googlevideo dan lain-lain....ok inilah prosedur nya!!!
Mula-mula dapatkan ‘URL link’ daripada video youtube tersebut.
Copy ‘URL’ tersebut
Buka tetingkap (window) baru untuk youtube downloader KeepVid ini: www.keepvid.com
paste link yang copy tadi ke dalam kotak disediakan
klik dan pilih youtube dibaha gian pilihan jenis video
tekan ‘download’ dan tunggu sebentar sehingga muncul ‘download link’ dibahagian bawah.
tekan pada perkataan ‘download link’ itu dan tunggu sebentar sehingga kotak ‘save’ keluar

tekan save dan save sebagai format .flv ; contoh; video1.flv
tekan 'save' dan tunggu sehingga fail tamat dimuat turun
Oh...ye....untuk memainkan video yang dah dimuat turun itu, pastikan anda mempunyai FLV Player, hmmm......kalau tiada boleh dapatkan di
http://applian.com/flvplayer/download_flv_player.php

Label: variasi