Jom Kerja..cuti dah abis!!!
Assalamualaikum semua..Amacam seronok ke beraya?? Lang sempat beraya di wilayah tengah dan selatan tanah air... Suasana raya tu ada la juga...seronok berjumpa sedara mara yang rapat ni!! Hmm biasalah bila dah berjumpa sedara mara, ada je cerita nak dikhabarkan. Cerita paling hangat tentulah tentang makanan baru, pakaian baru, langsir baru, TV baru, menantu baru, ipar baru, kereta baru dan semua baru lah..termasuklah tentang pengangguran Lang yang terbaru!! Memang segan dibuatnya bila dah heboh yang Lang ni dapat keje 3 bulan je pastu berhenti...mulalah pertanyaan dan respon bersahutan. Kelulusan Lang jadi pertanyaan hangat diikuti respon murah hati nak minta kawan-kawan mereka rekemen Lang ditempat mereka....aiyo...ni yang buat Lang menjadi bertambah tak senang hati.
Apa-apa pun, Lang bersyukur sebab mereka begitu mengambil berat tentang Lang sekeluarga apatah lagi bersedia membantu. Pun begitu Lang tak suka dianggap menagih ehsan daripada mereka pula...Hmm susah-susah je!!
Perihal interview yang Lang dapat setiap minggu juga sesuatu yang mengejutkan. Tak sangka, laku juga resume Lang ni!! Lang baru mendapat satu tawaran kerja yang bukan dalam skop kejuruteraan. Bermula dengan interview pusingan pertama Lang ditemu duga bersama seorang lagi calon yang cukup berpengalaman dalam bidang pemasaran. Sungguh gementar apabila mengetahui calon itu sudah berpengalaman 5 tahun. Memang ketrampilan beliau juga hebat dengan Bahasa Inggeris yang lancar berbanding Lang yang berbahasa Inggeris pun macam hampeh!! Siap penemu duga tu betulkan ayat Lang lagi tu...aiyo..haruslah amik kursus ngan Cekmi pasni!
Dalam pusingan pertama itu, Lang terasa peluang untuk mara ke peringkat kedua agak samar. Lang langsung tidak menaruh harapan apatah lagi pada hari selepas itu, tiada satu pun panggilan telefon daripada pihak syarikat itu. Sehari kemudian Lang dikejutkan dengan panggilan untuk hadir ke pusingan kedua pula!! Sungguh tidak sangka!!
Lang pun hadir ke temuduga yang lebih kepada praktikal itu. Lang teringat tips-tips subjek temuduga yang pernah Lang belajar dulu, lalu diaplikasikan dalam pusingan itu. Pun begitu bagi Lang, temuduga itu bagaikan satu bentuk lakonan yang perlu Lang lakukan bagi menyembunyikan sifat pemalu dan tidak selesa dengan persekitaran yang baru.
Lang dibelanja makan tengah hari oleh bos syarikat itu sebelum dibawa ke tapak kerja iaitu di luar pejabat dan merupakan tempat tumpuan orang ramai. Memang agak kekok..namun Lang tidak boleh menunjukan sebarang perilaku negatif. Sesi soal jawab berlaku selama 4 jam disertakan dengan gambaran kerja yang bakal dilakukan. Lang masih dengan Bahasa Inggeris yang kurang baik namun masih cuba yang terbaik demi mengelakkan 2 orang penemuduga berasa bosan dengan Lang. Komunikasi Lang berjalan lancar malah bos syarikat itu turut memuji penampilan Lang.
Melihat waktu kerja yang agak panjang dan memenatkan, Lang memang berasa kurang teruja apatah lagi perlu bekerja setiap hari daripada pagi ke malam. Paling melemahkan semangat ialah tempat kerja yang berpindah randah. Lang juga tidak digalakkan menaiki kenderaan sendiri dan perlu bergantung dengan pengangkutan awam terutamanya bas!! Wah..inilah menjadi 3 kali ganda kepenatan!!
Selamat tinggal cuti-cuti M'sia (oops ni gambo angkasawan M'sia)
Lang sudah pun menerima tawaran kerja itu. Lang diberitahu bahawa Lang berjaya memenuhi 12 kriteria daripada 15 yang dikehendaki....sungguh mengkagetkan!!! Lang dijadualkan untuk bermula pada Isnin 22 Oktober 2007 dan akan diperkenalkan kepada pekerja-pekerja syarikat. Perasaan Lang bercampur aduk sehingga tak lena tidur dibuatnya! Apa-apa pun Lang faham bahawa tidak boleh bersikap memilih dan mungkin inilah rezeki yang tersurat buat masa ini! Berat juga hati menerima kerja yang tiada cuti dan waktu rehat yang amat minima ini!! Hmm...harap Lang akan dapat menyesuaikan diri dan serasi dengan suasana yang mengejutkan itu!! Lepas ni susah skitla nak pi cyber cafe..aiyo!!!
Sekian salam Syawal semua!!!
Label: kisah blalang




