
Seminggu dua selepas tamat latihan industri ni terasa relakz (tetiba guna tagline EBI AF 5 kan?)... Hari2 Lang hanya ‘hidup’ selepas jam 10 pagi..(pagi dah sedar pastu selimut balik!!) .Selepas bersarapan pagi...Lang terus tolong wat apa2 yg patut kalau2 ada ibu Lang perlukan bantuan atau keje.

satu siang di padang rumput yg menghijau
Bila line clear (oops feeling ASWAD AF5) terus drive keta ke CC di bandar untuk jenguk blog,e-mel dan forum. Duk kat CC ni memang tak sedar..dahla abang2 yg jaga CC tu pun muka kendo2 !!!~~matila berangan!!~~
Selepas hampir 2 jam di CC, terus drive ke sekolah adik untuk amik dia lik skolah!! Sambil2 amik adik ..usha gak anak2 ikan dak skolah ni..... yg cumil2 semestinya....erm...ada plak jeling balas...~oops abisla pec lobs!!~
Then lik umah...... makan ...pastu kenyang.... then baring2 sambil layan SMS dan layan jiwang..(oops!!) lepas tu plak, mencongok depan TV menonton Sinetron Ratapan Anak Tiri yang nak sampai episod akhir dah tu!! Sampai je 3.30 petang mata dah mula kuyu.......isyarat untuk lepak tidur petang itu sampai Asar. Nak gak layan telenovela Amarrte Asi yang hero dia hensem banget tu,tapi mata dah ngantuk benar time tu!! Pastu Asar, bangun dan layan diri sampai kul 5.30 dan mandi. Then kul 6 terus drive ke station LRT amik akak lik keje!! Uik...pack gak jadual!!!
Then after dah amik kakak tu, layan le dia kalau2 nak singgah mana2 plak!! Sampai umah relaks jap, layan sinetron “wah cantiknya 1” sambil2 minum petang ..sampai waktu maghrib .Kul 8 malam tengok berita jap, kalau ada American Idol atau American Next Top Model, kejap2 tukar siaran!! Sambil2 tu makan malam ngan famili kat meja makan...ni pun patut takleh miss!!!
Malam kul 9 plak layan diari AF sampai kul 10..semata2 nak nengok si Heliza, Dafi, Rizal, Ebi dan Aswad. Kalau ada plak Ugly Betty kul 9.30 tu, kejap2 tukar siaran ler....gila kuasala pegang remote nih!!!
Lepas Diari AF, kalau2 ada drama best macam siri CSI, Fashion House dan Desperate Housewife harus la layan kalau takde ‘gangguan’!! Lain2 siri TV selalu terlepas walaupun gigih berusaha nak tengok macam Hope&Faith, Janice Dickinson Model Agency, JAG (matila nak tengok abg askar je), Misi XX Ray, Fail Bukit Aman (motip tengok abg pol), Prison Break, Heroes, Fara, Puteri the gedix ... semuanya payah skit sebab selalu bertindih ngan waktu cerita lain!!
After dah capek tengok TV tu, on ler computer untuk wat aktiviti lain ...konon variasi ler...antaranya main game PC yang dah lapuk tu, tengok fail yang di save masa kat CC atau menaip blog kalau datang seru!! Sampai area nak kul 2 pagi baru tido, erm kalau ada internet kat umah mau ler online je kan?? Takpe kita tunggu la nanti!!

aiyo..tiba2 dah malam
Itula hari2 yang stereotaip Lang ni. Nak kata bosan, adalah gak..tapi ada gak yg sronok sebab relaks jer!! Hmm...tapi bosan gak sebab kengkadang kena bebel, jadi driver tak berbayar dan sebagainya...erm....tak pe...rasanya leh sabar lagi!
Skarang Lang pun dalam proses nak dapatkan kerja, erm adala pi interview kunun2 nak keje kat bandar S, last2 offer datang dari bandar C yang ala2 bandar mati itu!! Oh no!! Leh plak Lang cakap ok je kalau dapat keje situ kat ejen tu padahal hati dup dap dup dap kata “tak mau!!!” . Apa2 pun rasanya tak dapat kot jawatan tu, sebab dah masuk hari ketiga dia kata nak call tapi senyap je!! lega, atleaste leh try untuk jawatan kat bandar S tu!!~~matila berangan nak duk sama2 ngan Mr.F...ooops!!~~
Selepas 2 pagi Lang tidur dan ulang le balik macam jadual hari yang semalamnya..ermm terasa macam Tru Calling plak, asyik ulang2 je. ...kecuali hari sabtu&ahadla... Hmmm....harap2 hari mendatang akan lebih ceria dan berperisa...bukan saja untuk Lang,bahkan untuk korang semua jua!!!

Tru posing diva lagi atas katil autopsi
Label: kisah blalang
Sejak kebelakangan ni , kat akhbar dan majalah sering menyisipkan artikel tentang blog ni.Blog ni berasal daripada perkataan WEB LOG, tapi ada plak yang pegi pecahkan jadi “we blog” dan akhirnya muncullah perkataan blog itu!! Ada yg anggap blog ni macam catatan peribadi umpama diari gitu, tapi sesuai ke anggapan tu??
Terdapat bermacam2 platform untuk membina blog ni...antaranya
blogger atau
blogspot ,
blogdrive ,
geocities-yahoo ,
myspace,
flickr ,
fotopages dan macam2 lagi!! Lang memilih blogspot kerana simple, mudah untuk register (guna account gmail aje) dan ramai yang menggunakannya!! Pun begitu kadangkala blogger.com ni ada gak buat hal dan tersekat plak masa nak publish entry tu!!
Tentang blog ‘kisah blalang disebalik lalang’ ni ..ia terwujud gara-gara galakan orang lain yang beriya benar nak membaca penulisan Lang. Semuanya bermula dengan perangai suka mengarut dalam forumlah kan...hmm atleast dalam blog ni orang leh terdendang dengan irama lain daripada Lang berbanding posting dalam forum tu!!
Dalam Lang melayari dunia internet ni, sempat juga Lang mempelajari teknik2 penulisan blog daripada penulis lain. Lang dulu selalu melepak kat satu blog tu, tapi sekarang sayangnya blog itu dah tak wujud lagi. Minat sungguh dengan gaya penulisannya yang menghiburkan walaupun kurang gambar disisipkan. Mungkin itulah sebabnya Lang lebih suka menulis daripada meletakkan gambar2 dalam blog kerana bagi Lang , dari gaya penulisan blog itu kita boleh juga gambarkan personaliti orang tu...sama ada dia ni periang, mudah emosi, keras hati dan sebagainya. Gambar sahaja tidak menggambarkan segalanya ocay!!

blog rimau??adakah rimau yg menulis nya??
Minat Lang untuk menulis blog terlahir sejak sekian lama, tapi blog yang dulu tu hanya
testing2 (aiyo... nape ayat macam pnah dengar je??). Selepas Lang membaca blog orang lain, perasaan tu makin membuak kerana Lang memang suka menulis dan rasanya blog nilah platformnya. Penglibatan dalam forum menyebabkan Lang mula mempunyai rantaian kengkawan yang supportive apatah lagi mereka pun ada blog juga antaranya Grey, Phoenix, Toolar, Kunimitsu dan Kamarulizwan. Pun begitu, blog Phoenix dan Kamar ni dah pun dihentikan oleh sebab yang mereka sahaja ketahui....sedih !!! Begitu juga dengan Kunimitsu yang dah menghilang ntah kemana!! Di awal usia blog ni , merekalah yang palin rajin memberikan respon.
Bagi Lang, respon terhadap blog adalah pemangkin penting untuk blog itu terus hidup dan alhamdulillah setiap posting Lang ada respon meskipun kadangkala nukilan tu terlalu panjang sampai lenguh juga orang nak baca!
Komitmen. Itulah perkataan paling penting untuk memastikan blog terus subur dan bermaya. Lang pernah hilang semangat untuk menulis dan pernah menghentikan selama beberapa bulan penulisan blog gara-gara satu peristiwa yang melibatkan hak peribadi dan privasi Lang satu ketika dulu. Pernah juga hilang mood gara2 tiada masa serta kerajinan untuk menulis dan hampir2 membuatkan blog ni ditamatkan. Pun begitu, kata2 perangsang daripada kengkawan seperti Himitsu masa tu akhirnya berjaya menyelamatkan’nyawa’ blog ni!!
Satu yang menarik tentang penulisan blog, kita kuasai semua jawatan dalam penerbitan!! Kitalah editor, wartawan, pencari story, penulis, pembebel, jurufoto dan akhirnya kalau apa2 yang tak kena, kita juga yang kena!!

Blog burung...wah suke ek korang ngan beburung ni??
Pun begitu ada juga yang tak best tentang penggunaan blog ni. Ada yang
menyalahgunakan untuk
menulis sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain,
memfitnah, mencerca , mengeji, mencarut dan
mengelarkan orang lain dengan pelbagai gelaran. Ada yang menjadikan ia satu platform
menjatuhkan maruah orang lain selain
membina populariti untuk tujuan yang salah. Lang memang
tak berminat langsung dengan blog2 sebegini....memang patut dijauhi walaupun kadangkala mereka ni cuba menonjolkan watak yg macam baik aja. Tidak kurang yang bagai
men’diva’kan diri (bak kata Himitsu) dan ada plak yang meluahkan perasaan dengan
cara yang keterlaluan. Isk..memang Lang tak leh terima konsep ala2
sakit mental itu, tapi itulah realiti segelintir blog yang ada di luar sana!!Tapi itu terpulanglah kepada penerimaan masing2!!
Pernah Lang melawat satu blog milik pelajar sekolah menengah yang mempunyai jaringan dengan rakan sekelasnya (hampir 30 orang) hm...seronok juga membaca perbincangan mereka tentang hari2 yang mereka lalui dan aktiviti semasa yang mereka buat!! Untung mereka ni, zaman Lang sekolah dulu internet kurang meluas dan belum popular lagi!!
Kan seronok kalau rakan2 forum pun ada jaringan blog begini?? Apatah lagi orang2 yang mempunyai personaliti unik yang menarik macam Angah, Aries, Himitsu, Tednet, Shahrizal, Afeer, Alan dan lain2. Tapi ingat satu perkataan tentang blog ni...komitmen!!!

tema blog sapa ni?? ~matilah curik jerr!!!~
Apa2pun untuk kengkawan yang dah ada blog itu, teruskanlah menulis atau
menyayangi blog anda itu dan sentiasalah “
be yourself” dan
enjoy dengan apa yang anda buat dengan blog itu!! Diharapkan blog Lang ni pun akan bertahanlah hendaknya selagi ada yang menyokong... wasalam!!!
Label: kisah blalang
Entah mengapa debaran rasa bagai dikocak oleh gelombang yang tidak keruan....Kisahnya bermula di suatu hari Lang berada di kilang tempat latihan itu....Ketika sedang seronok membuat kerja2 menghadap mesin, tiba2 mendapat panggilan yang tidak diketahui akan nombornya...mungkin salah nombor..bukan apa telefon Lang ni selalu dapat panggilan yang salah dail!! Hmm perasaan malas nak angkat tu dtang tapi hati plak macam paksa suruh angkat saja panggilan tak dikenali itu..
Lang: Hello
Pemanggil: Hello Assalamualaikum
Lang: waalaikumsalam..siapa ni??
~Dalam hati berkata “ wah machonya suara dia ni!!”~
Pemanggil: ala tak kenal ke siapa kita ni??
Lang: Siapa ek?? Tak ingatlah
Pemanggil : Tak ingat?? Kita ni takde pun lupa kat dia !!
~aiyo...sapa plak mamat ni?? Matilah Lang yg banyak kenalan masa muda2 dulu nak hengat semua!!~
Lang: betul saya tak ingat lah...minta maaf la bebanyak!! (aiyo nada bahasa pec lobs skit!!)
Pemanggil: Ini P**** la!!
Lang: Ooooo P****!! Pekaba?? Mana dapat no ni??
Pemanggil: ada ler dari sumber2 tertentu!!
Lang: ye?? (terharu)
Kami terus berborak...loghat utara P makin terserlah...rindu betul dengan P ni. Akhirnya muncul juga P ni buat kali pertama dalam tempoh hampir 2 tahun ni!! Terharu si P ni berusaha mendapatkan no. Lang setelah lama kami lost contact setelah HP nya hilang.
Mendengar alunan suara machonya ditelinga....perasaan pun Lang tiba2 dibuai kenangan silam semasa dialam pengajian tinggi..bagai terbayang P didepan mata....
#pause kejap#
~ P ialah jejaka str8 occay!! Body yang tegap ala2 Fahrin gitu sewaktu time blaja....haruzlah merembez kalau tengok!!hehe tapi dengar2 six packnya ittew dah bersatu menjadi satu (pinjam ayat Angah)...tapi taktau ler kabar angin itu!!~
# Ok sambung balik#
Perbualan bersama P terganggu oleh bunyi mesin kilang yang tak tezz ittew yang agak membingitkan...Sekali skala Lang terpaksa menjerit2 dan meminta P mengulang semula ayat yang disebutnya kerana kurang dapat tangkap percakapannya. Kami sempat berbual mengenai kehidupan masing2, kawan2 yang sudah berkahwin, dan juga kerjaya dimana P dah pun ke negara matahari terik eh..terbit demi kerjaya. Paling mengejutkan Lang ialah dia masih menyimpan perasaan terhadap awek sekelas yang akan berkahwin tak lama lagi. Setia sungguh P ni dengan perasaannya, kesian Lang tengok!

dalam air tenang..sekali embunnya menitis memecah...
Kisah P dan wanita itu mendapat perhatian budak2 satu batch kami, P ni popular dan pompuan itu juga popular dalam perkara yang berbeza. P popular kerana aktif dalam sosial dan pompuan itu pula kerana akademik.P walaupun aktif dalam kelab dan sukan tetapi agak pemalu bila berhadapan wanita yang disukainya. Pun begitu cintanya masih ada walaupun direject banyak kali oleh wanita itu! Pelik kan??
P dan Lang adalah 2 insan yang banyak perbezaan ketara. P seorang peminat rock yang sanggup berjaga malam demi segmen rock di radio, tapi juga meminati lagu nasyid, aktif dalam bola sepak dan rajin membina otot2 serta popular dikalangan member2 lelaki. Lang pula peminat lagu2 balada, selalu tidur awal berbanding yang lain (tepat jam 12 malam di zaman pengajian) , tak reti main bola dan suka main game PC serta digemari dikalangan rakan pompuan !!
Siapa sangka kami boleh rapat?? Asal kemana saja P mahu berlibur, pasti Lang yang diajaknya. Bukan semua Lang ikut, tapi jika dia keluar dan tidak mengajak Lang, pasti dia datang dan meminta maaf!! Kami rapat pun setelah 3 semester, kerana Lang agak ‘gerun’ dengan P ni kerana terlalu ramai geng2 nakal yang dia leh go on!! Malah P juga digeruni oleh segelintir pelajar wanita kerana imejnya itu!! Lang berjaya ‘masuk’ sikit2 dan akhirnya menjadi kawan karib setelah dia beranikan diri untuk berkongsi kisah cintanya bersama Lang. Hmm cerita cinta terhadap pompuan itulah...siapa lagi?? Malangnya cintanya direject kan??
Pun begitu,langit tak selalunya cerah. Begitu juga halnya Lang dan P ni. Duduk serumah pastilah ada percakaran yang tak boleh dielakkan. Begitu juga dengan P yang kadang kala sukar diramal. Siapa sangka tengah sedap2 berborak atau bergurau2 tiba2 dia sentap?? Apabila P ni sentap, mulalah moody!! Orang yang buat dia sentap akan tidak dihiraukannya sehingga sentapnya itu hilang!! Rumah kami yang mengandungi 5 orang selain P dan Lang..yang mana kesemuanya mempunyai sejarah menghadapi sentapan P ni!! Rekod terbanyak dipegang oleh Lang iaitu sebanyak 5 kali, tetapi paling lama oleh seorang lagi gara2 usik awek yang diminatinya itu!! Kawan Lang itu tidak ditegur selama lebih 1 semester!!
langit kelabu pun tiba bila langit dah tak cerah.... Lang plak kejap2 je dia akan hilang sentapnya. Paling lama kami tak bertegur ialah hampir 3 bulan iaitu ketika sentap kali yang ke4. Kami di’satu’kan kembali ketika lawatan ke pusat tentera ketika Lang mengajaknya dan seorang lagi member berjalan keluar dari tempat penginapan di suatu senja yang indah. Kami berbaik2 setelah disatukan dalam satu gambar berdua dibawah cahaya purnama!! Terasa something sangat dengan drama penyatuan tu!!
Lang teringat lagi...di hari terakhir Lang di semester kedua akhir tetapi merupakan semester terakhir buat P, Lang merupakan orang pertama yang mengemaskan barang keluar dari rumah sewa itu. Barang2 itu terpaksa dipindahkan ke rumah sewa yang baru kerana Lang kena tinggal bersama housemate yang lain setelah mereka tamat belajar! Ketika hendak bersalaman dengan kengkawan yang dah grad buat kali terakhir, P menghilangkan diri. Lang gagal mencari P dan hanya sempat mengirimkan salam.
Lang pun berlalu bersama kereta yang dipandu bapa untuk pulang ke kampung halaman. Dalam perjalanan keluar ke jalan besar, Lang ternampak P dihujung pandangan mata . P sedang menjamu roti canai di gerai yang biasa kami pergi berdua setiap pagi keseorangan. Dia kelihatan termenung dan sugul bagai ada sesuatu yang menggangu perasaannya......hati Lang menjadi sayu melihatnya apatah lagi tidak dapat bersalam dan mengucapkan terima kasih kepadanya yang banyak berjasa membawa Lang ke kelas dengan motornya serta berjalan2 ke bandar ketika Lang kebosanan. Terasa macam nak suruh stop je dan nak je buat ala2 drama hindustan gitu.... tapi apakan daya...lagipun bapa Lang bawak agak laju keretanya itu !!Hmmm.... wajah P hanya dapat ditatap seketika di pagi itu...
P selalu menemani Lang yang tidur di ruang tamu rumah sewa walaupun dia leh tidur dalam bilik. Dia selalu berkongsi cerita sebelum tidur dan bila waktu pagi kami selalu sarapan bersama. P adalah orang yang banyak membuat Lang hilang bosan ketika di alam pengajian dan Lang amat kagum dengan dirinya. P amat popular dikalangan budak2 unit uniform yang turut hormat ngan fizikalnya yang tegap itu. Oleh kerana P lah Lang dapat berkenalan dengan member2 dari pasukan kadet yang cukup merembez itu... kalau tak, pandang dari jauh jelah kot!!
Teringat2 kisah lucu seluarnya yang koyak, kisah wheely motornya yang tak jadi juga kisah dia minta advice pencuci mana paling elok walhal kulit wajahnya lebih licin dari kulit Lang ni!!
Begitulah persahabatan kami yang agak karib dan ada chemistry meskipun sifat dan luaran kami amat berbeza! P adalah sahabat kedua masa zaman pengajian yang mepunyai minat dan sifat yang berbeza dengan Lang. Kawan karib pertama Lang masa pengajian adalah seorang mat rempit..tapi tak sempat habis pelajaran terlungkup gara2 seorang perempuan!! P mengisi ruang itu..dan Lang rasa amat gembira sekali dapat bersahabat dengan orang sepertinya!!
Gara2 panggilan dari P itu,Lang termenung mengenangkan benda2 yang dah lepas itu...pelik perasaan macam ni..terasa sebak pun ada!! Pernah gak perasaan rindu kat member str8 ni datang dan explain kepada seorang budak PLU dan tak habis2 dia kata kami ni ada affair! Geram gak kat budak PLU tu,dahlah nak dia je menang bila beri pendapat...semua hujah Lang disanggahnya..macam dia yang tahu lebih!! Hello...kami ni clean ok, takde benda2 tu semua lah!! Cuma perasaan rindu kawan tu yang terlebih2 rasanya apatah lagi kami pernah tinggal sebumbung..dah macam adik beradik rasanya meskipun P seorang yang agak menawan!!
Lang harap dapat lah jumpa P ni lagi untuk menghilangkan perasaan terbuku ini...tapi apakan daya dia jauh nun di sana!! Tapi, apakah perasaanku yang terbuku ini???
Label: kisah blalang
Aiyo..tak pasal2 Lang kena plak heret dalam game tag2 ni...si
Zerd atau Fird dah masukkan Lang dalam tag list dia tu!! Jangan ngelat katanya!! Ok ler....Lang tak ngelat..kang disumpah jadi lalat plak kang!! Hmmm....menurut dia Lang kena list 6 benda yang mungkin tak semua orang tahu dalam blog ni..here we go!!
1.Lang tak pandai berfesyen!! Lang memang bukan seorang yang pandai bab2 fesyen ni terutama pakaian...adik Lang lebih bijak berfesyen malah jauh kedepan dari Lang ..oops tapi dia pompuan la!! Kalau masa kecik dulu apa jua yg ibu Lang belikan, Lang sarungkan aje...termasuklah baju pink yang ibu beli...pastu orang2 di kampung sukar terima lelaki berbaju pink ni...abisla kena perli!!!! Berbeza skali ngan adik Lang tu, dia tahu apa yang dia nak!! Tapi skang ni , Lang beli je sendiri...janji puas hati!!!
2.Minat dengan suara penyanyi wanita berbanding penyanyi lelaki. True!! Lang lebih masyuk dengan lagu2 penyanyi wanita berbanding penyanyi lelaki. Susah gak lagu penyanyi lelaki boleh melekat dalam hati. Pun begitu jangan terkejut ada plak lagu2 penyanyi lelaki lama yang Lang minat macam lagu nyanyian P.Ramlee, Sudirman, SM Salim, Jamal Abdilah, Nash, M.Nasir dan Zamani. Penyanyi lelaki kegemaran Lang ialah Allahyarham Sudirman .....penghibur itu pernah bertanyakan sendiri nama Lang ketika usia 6 tahun...Lang masih teringat sampai sekarang!!
3.Lang laser?? Ada benarnya, tapi laser Lang sebolehnya tidak mahu menyentuh peribadi sesiapa dan selalunya laser tu statementnya berbentuk pertanyaan. Lang pernah mempopularkan budaya ‘tembak menembak’ ni di dalam kelas sehingga mengubah seorang budak yang teramat pendiam dan sopan kepada seorang yang boleh membuatkan orang kelu hendak berkata bila dia mula ‘tembak’!! Sampai Lang sendiri pun kalah !!!Kaget!! Pun begitu skill laser melaser ni dah tumpul dan kurang dipraktikkan...dah taubat kot kaedahnya!!
4.I’m going 29.......oops ni bukan pasal umur tau!!! ...tapi ukur lilit pinggangku yang ramping ni!! Seluar saiz 28 Lang dah mula ketat dan skang ni mula dah cari seluar saiz 28 yang longgar skit cutting dia atau pun saiz 29 yang cutting fit!! Aiyo..lama tau menunggu nak naik saiz pinggang ni!!dah 7 tahun guna saiz 28!!!
5.Lang mudah percaya pada orang, terutama kengkawan!!...hmm habit buruk atau tak, tak tahu lah .......sebab dah banyak kali orang khianat kepercayaan Lang ni!! Tapi.....bila Lang dapat tahu, abislah orang tu Lang cari!!! Itu dulu, sekarang ni Lang serah pada Allah je yang bagi pembalasan kat orang2 yang tak tau merasa bersalah tu walaupun dah terang2 wat salah!! Sabar jelah!! Sekarang ni dah serik skit kot!!
6.Seorang yang agak lasak satu ketika dulu!! Ye..Lang pernah setiap hari berjalan sejauh 5 kilometer pergi ke sekolah dan 5 kilometer balik ke rumah setiap hari!! Lang juga pnah masuk persatuan uniform ni...hehe masuk kadet polis tau tapi 1 tahun je!! Pernah berdiri kawat selama 3 jam kat tengah padang yang panas terik...dimana ramai yang pengsan time tu..dan pasukan Lang tinggal hanya 10 orang je termasuk Lang di akhir perbarisan!! Kalau kat kampung plak selalulah main polis sentri, galah panjang, lumba basikal, sorok2,kejar2, main kat sungai dan bukit, dan main panjat2 bangunan sekolah agama!! Lompat getah dan main mak-mak atau kawen2 paling Lang tak suka!! Lang pernah lompat dari bumbung sekolah agama ke rumput; setinggi 4 meter pada usia 9 tahun!! tapi sekarang ni macam2 perangai takut...gayatlah, malas nak jalan jauh ler...hmm dah macam tak mampu nak buat semua tu!
OK lah..cukuplah penerangan kali ni untuk permainan TAG2 ni...perlu ke nak tag orang lain??aiyo, Lang ni bukan selalu lompat blog orang sana sini...jadi ni je yang dapat Lang tag...
1.
Cek Mi2.
Grey 3.
Yanz a.k.a Lasagna 4.
Shah a.k.a Bubbly Hubbly5.
Joyworld 6.
RATTAR Thanks kepada Zerd yang membawa Lang ke permainan ni!! Leh tak keep it secret semua benda2 kat atas ni?? ~~takde maknenya kan???~~
Label: kisah blalang
AF dah pun bermula...Roslan Aziz jadi pengetua kepada 16 pelajar kali ini. Disini LAng nak komen skit tentang Tirai AF yang bersiaran semalam...
Lang memang teruja nak mengenal pelajar2 AF kali ini..harap2 pelajar perempuan akan lebih menyerlah. Episod semalam tentang pelajar lelaki...pastila LAng taknak miss!!
Dimulakan dengan temuramah dengan pelajar wanita dengan soalan " pelajar lelaki AF yang kamu mahukan macam ne??"
then adalah yang jawab..nak yg macam Vince, Mawi, Felix dan Lotter. Aiyo, napelah nak yang macam yg dah dimunculkan dalam AF sebelum ini?? Pun begitu Lang masih leh tahan telinga, namun ada plak yang cakap cengini " saya nak plajar yang hensem, tinggi , macho...muka tu bila senyum manis je..baru syok saya nak pandang" ditambah lagi " saya nak yang body tu fit sikit baru lah seswai skit dengan saya" ...wah dengan bangganya minah2 ni menjawab!!
Mungkin pompuan2 itu terlalu mentah atau memang perangai gedik macam tu?? perlu ke nak syok2 bagai dalam akademi pembelajaran (kononnya) itu?? wah3..datang situ nak menggesel2 ke?? isk..kejis sungguh jawapan yang gedik tapi tak santai ittew!! MEluat I bak kata Shahriz, dengan gaya yang mengada-ngada, tak mustahil akan terkeluar awal pelajar itu!!!
Kemudian segmen kejutan memberitahu setiap bakal pelajar Lelaki kejayaan mereka ke AF 5. Yang pertama kena kezutan (bak kata Aznil) rumah dirompak,last2 bagi kad AF yg bagi tahu dia berjaya ke AF. sampai sesak nafas si Farha sambil diurut2 dadanya.

Kezutan kedua dengan menakutkan bakal pelajar dengan pocong dalam kancil. pelajar itu, Ebi menunggang motosikal dan berhenti untuk melihat kereta itu, kemudian pocong yang duk di seat blakang itu pun sergah!! "Hoooh!!! ". Ebi yang masih atas moto itu tak terkezut langsung...malah bleh plak check sekeliling kereta itu dan suluh kearah 'pocong' itu!! aiyo...malu la kepada yg buat kejutan yg langsung tak jadi!! then Ebi pun berlalu pergi ngan moto nya kerana anggap itu satu gurauan bodoh agaknya. bertambah menjengkelkan si 'pocong' itu terpaksa memanggil EBI tu dan bagi je kad AF tu!! Ebi disuruh baca dan baca tanpa perasaan...tetiba krew2 rakaman datang dan tepuk tangan.. "kitorang saje je nak kena kan U" ceh...padahal nak kaver malu!! si Ebi plak plain je...macam takde perasaan masa dorang dok tepuk2 congrats...aiyo..kalau depan Adlin Aman Ramli ni mau dikomennya "sebagai penghibur, awak patut fragile dan sensitip ngan keadaan sekeliling!!" memangla takde gaya lagi nak jadi penghibur atlit yang sorang ni!!

kezutan diteruskan di arena futsal, di opis, di tepi pantai tempat memancing, di restoren dan dirumah. Ada lagi yang buat2 lakonan plastik tak endah kezutan tu kunun padahal dah ada kamera depan mata!! pun gitu,Lang suka tengok Rizal dan Dafi. Rizal memang ensem...Dafi plak cumil..hehe pastilah pompuan2 gedik yang berhajat besar tu puas hati dengan kehadiran wajah2 meletop dalam AF5 kali ini...oops tapi suara Dafi ni lembut banget!! sopan gittew!!

then segmen masuk hostel..yang pompuan masuk bilik tidur trus lari terjerit2 mendapatkan katil masing2..dah macam dalam American NExt Top Model plak!! hehe..almaribaju mereka burux!! maybe takde tajaan..tapi memang patut pun, tu hostel bukan hotel!!! kemudian giliran pelajar lelaki pula ditunjukkan bilik tidur, mereka masuk dan beri salam, jalan perlahan2 ala2 Catwalk ke katil double decker masing2!! wah sungguh berbeza ngan ketika pelajar pompuan yang macam tak pernah dapat katil itu!!! terserlahlah kegedikan!!!

harap2 lagu diberikan kepada pelajar kali ini lebih vokal dan Roslan Aziz dapat membuat sesuatu kepada pelajar2 yang manja dan gedik tak kena tempat ni!!
Label: variasi
Bertemu lagi dalam segmen wayun3..kali ini Wah3…minggu yang cukup santai bagi Lang kerana sempat menonton 3 buah filem yang berlainan bahasa dan genre….Primeval, Mukhsin dan Metroseksual.Ketiga2 filem punyai jalan cerita yang kuat...Primeval disaksikan bersama Grey dan membernya yang misteri itu...manakala Mukhsin dan Metrosexual bersama Mr F!! kita ke segmen kritikan sekarang juga!!!!!!
Iklan: Kisah bersama GreyFilem Primeval Lang dapat tontoni bersama Grey a.k.a Mr Kelabu bersama kawannya...siapa?? biarlah rahsia katanya!!Kami bertemu jam 830 selepas Grey selesai solat Isyak...kemudian kami bergerak ke Burger King... Plak tu Lang terserempak plak ngan A-Del yang sedang menunggu tayangan Mukhsin tapi sempat melantak dulu...sori A-Del sempat melambai aje!! Kami ke Burger King untuk makan dulu kerana member Grey itu sudah kelaparan. Dalam panggung kami di kedudukan tepi...sengetlah gambar yang ditonton!!Plak tu bisingnya mulut orang belakang Lang ni..gferam gak!! Lepas je tayangan tu...kami berpisah di tempat keluar parking KLCC itu kerana hari dah pun lewat malam!!! Jumpe lagi ek Grey!!!
Primeval
Mengisahkan seekor buaya pemangsa yang ganas serta diselitkan kejahatan manusia bergelar buaya kecil yang bersikap kejam. Fielm yang dinantikan oleh Grey ini menepati konsep suspen kerana ramai gak yang menjerit dalam panggung tu walaupun Lang kurang terkejut sebab dah agak merasa stereotaip ngan filem2 saspen sebegini!!
Lang agak kecewa juga kerana terpaksa menunggu selama setengah babak filem ini untuk melihat kelibat fizikal buaya gergasi ini..... Penonton pula sampai hilang fokus dibeberapa babak kerana penceritaan mula teralih kepada kekejaman konco2 penjahat yang membunuh orang.
Watak pemuda Afrika-amerika menceriakan sedikit filem ini dan watak hero plak agak biasa2 je walaupun Grey tezz banget kat hero yg bernama Dominic Purcell yg berbulus2 ittew!!

"mana lah Grey ni...tunggu dia dah lama ni!!" , keluh Dominic Purcell
Efek dalam filem ini agak kabur dan dibeberapa babak shotnya agak gelap samapi penonton bertanya “gelapnya..apa yg terjadi??”
Filem ini berlabel 18Pl memang tak seswai ditonton kanak2 krana ada adegan bunuh orang dengan pistol dan pancun kepala oleh konco2 si buaya kecil juga babak Buaya gergasi itu mengunyah kepala ketua penjahat itu bagaikan mengunyah M&M’s!!

"oh Grey..thanks god I found you!!"
Meter merembez bagi filem ini ialah 4/10 sahaja..kerana Lang kurang teruja untuk menonton kembali filem ini dalam bentuk apa jua!!
MukhsinMula2 masuk panggung, Lang dimomokkan dengan perasaan bangga kerana akan menonton salah sebuah filem Malaysia yang merangkul banyak anugerah di luar Negara sebelum ditayangkan lagi! Mukhsin yang berkisarkan tentang percintaan kali pertama dalam hidup seorang wanita bernama Orked yg juga watak utama dalam filem Sepet dan Gubra. Barangkali ini adalah pelengkap trilogi filem mengenai Orked ini!!
Watak Mukhsin lakonan Syafie ni adalah 2 tahun lebih tua daripada Orked yg berumur 10 tahun dan tinggal bersama Makcik dan Abangnya kerana krisis ibu bapa. Melihat watak Mukhsin ni ada la juga sebab untuk dicintai Orked yang merupakan gadis lasak sedangkan Mukhsin ; lelaki sopan dan bijak melayan Orked.

Rambutmu sungguh kasar!!tapi I like!!
Suka juga melihat Syafie dalam ni walaupun ketika melakonkan watak ini masih kecil lagi...bodynya agak mantap bagi kanak2 seusianya!!!
Graf penceritaan filem ini adalah cantik dari permulaan sehingga ke hampir ke akhir cerita. Pun begitu, dibabak2 akhir, Graf cerita menjunam secara mendadak dan mengheret penonton dengan rasa kurang senang. Kisah jiran sebelah rumah terus ditenggelamkan dengan pemergian Mukhsin. Mungkin tak mahu over shadow, tapi rasanya watak jiran itu agak kuat juga dalm filem ini!!
Latar belakang zaman filem ini juga agak mengelirukan. Di kereta Beetle Pak Atan tertampal tamat tempoh roadtax pada September 1994 tapi ada pula pondok telefon warna jingga model 1980 an yang masih kelihatan baru bagai props yang sengaja dicipta untuk filem itu ....sedangkan di zaman 90an pondok telefon aluminium telah menggantikan pondok plastik itu!! Apakah motif shot di pekan lama jika hendak mewujudkan suasana zaman dulu sedangkan ketika Pak Atan ke bandar, kelihatan kereta model tahun 2000an (atau akhir 90an) meluncur dijalan raya??
Di kampung itu pula bagaikan tiada yang berkemampuan untuk memiliki kenderaan sendiri!! Diikutkan kalau “Mukhsin” adalah prekuel kepada Sepet, maka tahun 1990 an adalah logik namun jika dikaitkan dengan dengan Orked sebenar agak questionable!! Jadi zaman bilakah “Mukhsin” berlaku??
Diakhir filem, penonton dibawa untuk menonton adegan krew2 bersama pengarahnya menikmati alunan lagu keroncong “Hujan” versi asal Mak Inom dengan petikan piano Pak Atan yang cukup merdu. Pun begitu, dalam filem ini yang menyanyikan lagu keroncong merdu itu ialah Adibah Noor yang memegang watak Mak Yam (bukan Mak Ayam occay!!) berbanding Mak Inom (Sy.Aleya) yang hanya tahu menari sahaja!! Mungkin ada mix and match dalm penceritaan filem ini kot!!!
Pun begitu adegan sebalik tabir itu menerbitkan perisa amatur pada filem ini, seolah2 untuk tontonan krew2 filem sahaja, kerana penonton umum tidak memahami motif tayangan itu, sekaligus mewujudkan perasaan “ntahapapa” dan konpius ngan kemahuan pengarahnya terhadap penonton!!Apatah lagi , para pelakon tidak pula dimunculkan dalam adegan sebalik tabir itu, seperti tiada maknanya!!
Mukhsin, mungkin target pasaran untuk kanak2 yang bercuti bermula minggu ini, tetapi agak kurang sesuai bagi kanak2 yang mentah untuk menontonnya!! Pun begitu, realitinya ; budak sekarang sudah pandai bermain cinta meskipun masih belum tamat sekolah rendah lagi!!! Meter merembes filem ini ialah 4/10...tengok sekali dua dah cukup....enough!!!
Metrosexual (Gang chanee gap ee-aep)Filem Thailand sememangnya agak terbuka dan kadangkala hasilnya mengejutkan!! Filem Metrosexual ini menjadi keinginan Lang untuk menontonnya sejak membaca preview di sebuah akhbar tabloid. Filem yang mengisahkan 4 sahabat wanita yang ingin mengelakkan sahabat mereka berkahwin dengan seorang lelaki yang disyaki PLU. Lelaki itu mempunyai ketrampilan kemas dan teratur, gemar bershoping dan tahu perihal fesyen melibihi seorang wanita!!

"Hey nyah..make up U macam badut la!!"
Filem ini dimulakan dengan adegan model2 lelaki yang cumil2 berjalan catwalk tanpa berbaju sekaligus membuatkan penonton (seperti Lang ni) teruja!! Kemudian terselit juga babak2 melibatkan watak sampingan yang dilakonkan pelakon yang ensem2 bertaraf anak udang yang bekerja sebagai promoter...meletup sungguh pelakon2 muda dalam filem ni sehinggakan Mr.F pun terlepas cakap “meletop!” dengan nada yang agak kuat ketika kuarnya watak tersebut!! Nasiblah tak ramai dalam panggung tu, dan brader sebelah dia pun buat taktau aje (maybe he’s got something??)

Poster filem yang sungguh sesuatu!!
Filem ini wajib ditontoni oleh warga komuniti
PLU MALAYSIA dan anda semua!! Ada tips2 mengenal PLU yang pastinya melekat dihati penonton!! Dengan penceritaan dan graf yang konsisten, meter merembez filem ini ialah 9/10 dan pastinya Lang nak menjadikan VCD atau DVD filem ini sebagai koleksi peribadi!!
Label: variasi
Makluman ; zaman prektikal Lang akan tamat seminggu lagi…. Macam2 cerita berlaku kat kilang ni. Teman prektikal pun bertukar ganti. Kini, budak yang sama department prektikal ni ada 2 orang perempuan yang lebih muda daripada Lang. Jadilah mereka sebagai kawan baik Lang kat situ dan selalu lah kitorang ni ke mana-mana tempat dalam kilang bersama (except toilet occay) .
Alkisahnya sorang daripada mereka ni, dipanggil “N”; berkenal2 dan mula berjinak-jinak dalam percintaan dengan budak prektikal di department lain. Budak department lain tu kita gelarkan “R”. R ni sememangnya sorang yang berpenampilan menarik, nice body shape dan mempunyai renungan yang seksi...teruja juga first time tengok!!
N dengan R selalu date selepas waktu kerja. Di waktu kerja pula, N lebih selalu bersama dengan Lang dan beberapa orang budak prektikel di department yang berdekatan pada waktu rehat.
Apa yang nak diceritakan disini ialah perasaan R itu terhadap Lang! Pada mulanya Lang perasan jelingannya agak tajam dan sinikal terhadap Lang dan macam ada sesuatu terbuku dihatinya!!Lang tidak melayan jelingan itu..kontrol str8 apa lagi kan?
Di suatu hari N ni menceritakan sendiri tentang R yang sebenarnya jeles dengan Lang yang rapat ngan N itu. N menunjukkan SMS yang R hantar kepadanya menyatakan dia tidak senang dengan Lang ketika bersama N. N yang berwatak ceria mula mencebik masam melihatkan SMS itu dan bertanyakan pandangan Lang!! Ketika itu kaget sebentar Lang dengan sikap R yang baru mula nak bercinta dengan N itu!!apalah salah Lang???
Lang berniat kawan sahaja dengan N kerana suka berkawan dengan pompuan yang ceria dan tidak perasan cantik sepertinya! Setiap kali N bersama Lang dan R ternampak kami, ketika itulah HP N ni menerima SMS mengatakan N ni seorang yang gatal!!! Agak mendukacitakan buat Lang …nak je cakap kat R tu, “She’s not my taste okay!!” (haruzla pec lobs kat situ!!)
Lang terpaksalah control skit gurauan dan komunikasi dengan N tu supaya R akan faham bahawa kami ni kawan biasa saja selepas mengetahui perkara itu. Pun begitu R masih lagi cemburu walaupun kadangkala Lang duduk selang 2 orang daripada N. Pelik kan??
Ada beberapa ketika Lang terserempak dengan R di tengah jalan dan dia terus menjeling tajam terhadap Lang dan ketika itu bagai rasa semacam je kat dalam diri…yelah tak rocklah beb!!(pinjam konsep akak Yanz kejap)….. Lang ni tak suka nak cari pasal ngan orang…tapi ada je orang nak cari pasal ngan diri Lang ni!!! Peliknya!!!
Dah lebih sebulan R dan N bercinta dan tempoh yang sama juga jelesnya terhadap Lang tidak pernah pudar. Nak je bersemuka ngan R tu..tapi rasanya buang tenaga je sebab dah memang sikapnya begitu bak kata N!!
Lang layan aje drama yang berlaku … takpelah dah nak abis pun waktu bergelek sakan kat kilang ni!!!
~gambo Collin Farrel tengah kaver str8..eh pec lobs ler..!!!~
Tapi kan….drama ni macam berulang ulang terjadi kat Lang!!…teringat di zaman kolej. Lang ada bestfriend pompuan.yang juga berperangai ceria dan suka membantu Lang. Ketika dia mula berjinak-jinak dengan seorang jejaka pilihannya, Lang dan pompuan ni dah 5 tahun menjadi kawan baik ketika itu..dan macam2 cerita pernah kami kongsikan bersama. Jejaka pilihannya seorang yang cute juga.
Satu ketika Lang dapat rasakan perbezaan ketara dengan kawan pompuan Lang ni. Dia bagaikan sengaja menjauhkan diri dengan Lang dan tidak pula obvious sikap itu dengan kawan lelaki lain. Terasa amat sedih ketika itu…tertanya-tanya…apakah salah Lang?? Mungkinkah kerana sikap Lang yang suka sangat mengadu nasib terhadapnya ketika itu!!??
Lang pun terus bersemuka dengan besfren Lang itu untuk mengetahui perkara yang sedang berlaku pada hubungan kami. Ternyata tekaan Lang silap!! Siapa sangka kekasih kawan baik Lang itu rupa-rupanya amat jeles dengan kehadiran Lang malah memberi amaran kepada besfren Lang itu supaya memilih antara 2!! Pengakuan kawan baik Lang itu membuatkan Lang terkedu….nak je cakap “ ko ni bukan taste aku tau!!” geram sangat dengan sikap pakwe budak sorang ni!!
Kawan baik Lang itu juga mengatakan pakwenya pernah berkata “Dalam ramai2 kawan U ni …I paling cemburu dengan dia (Lang)”..aiyo kenapalah perlu bersikap begitu ?? Lang ni bukan perampas okay!!
Kenapa diorang ni tak yakin ke dengan diri sendiri yang dah cukup dari segi penampilan luaran dan pesona bulan bintang milik mereka itu!! Lang pelik gak, Lang ni bukannya hebat pun, tengoklah muka pun childish!!! Tapi dah hati orangkan?? ..kita tak leh nak buat apa2!!! Kalau dah hitam tu hitam juga!! Kalau kelabu tu, Grey lah jawabnya!!
Pun begitu Lang masih nak tengok dari angle yang lebih sensasi. Sekurang-kurangnya Lang tahu yang Lang ni pun boleh membuatkan lelaki str8 cemburu…. bukan yang dari kategori hadek2 okay!! Kiranya mantap gak lah kaver str8 yang dilakonkan walaupun banyak gak pec lobs yang berlaku tanpa disedari!!
Kepada yang jeles tu …terimalah pesanan ini : “Tolonglah!! Please….. I penat okay nak melayan uols!!! I pun ada komitmen okay…ooops!!!”….
Label: kisah blalang
Kisahnya...American Idol dah masuk musim ke6!! ramai peserta kali ini mencuri perhatian dari segi vokal seperti LAkisha, Sabrina, Jordin, Melinda dan Stephanie..harap2 ramai antara diorang ni sampai sekurang-kurangnya ke "final 5". Tapi dari segi penampilan, LAng tertarik ngan pesreta lelaki yang sorang ni, Blake Lewis namanya.

Penampilan menarik dan unik...suka sangat ngan rambutnya yang 'terangkat' ittew....gaya pun merembez!! Inilah Blake Lewis masa episod Top 24 !

~tolong jangan samakan I ngan Tednet atau Shahriz occay!!

~ hai semua...mesreeee!!

~wah...pandai kamera cari angle

~gaya yang mengkagetkan !

~ Aku pinta kepadamu...maafkan kesilapanku (feeling Azharina plak)

~lihat lubang hidung ku yang kempis ini!!

~Blake dan Ryan Seacreast...dua2 menarik!!

~masa episod keputusan TOP 20

~rasanya dia paling kacak antara diorang yang lain2 ni!!
Harap2 Blake ni leh gak bertahan sampai ke Final 5 ngan Lakisha, Stephanie dan Chris Richarson (peserta kegemaran Shahriz). Tunggu gak kat AF tu kalau2 peserta kali ini vokalnya lebih mantap bukan setakat persona atau personaliti aje!!!
Label: variasi
Hmm.. penat sungguh minggu lepas...mood malas dalam diri dah membuak-buak....aih..Lang plak dalam proses mencari kerja ni!!!...kerja apa pun dah tak kisah...tapi kerja yang seswai occay!!Minggu lepas sempat kuar tengok wayang dengan Mr F..citer Turitas:Holiday of Horror...hmm ok gak le citer tu walaupun ada kelemahan dalam penceritaan. Suka sangat kat Josh Duhamel tu.. selalu tengok dalam drama Las Vegas je pakai suit kemas2...dalam filem ni selekeh sikit..hehe tapi ada plak scene mandi kat pantai ramai2...! Adegan menari plak ada fokus kat zon V ngan bahagian pinggang si Josh Duhamel ni...uhh....kelazzz!! bertuah ko Fergie...fergilicious ler hari2!!

~Josh Duhamel dalam filem Turitas~
~Josh Duhamel dengan Topher Grace?? kaget3!!~
Hmm.. tak tau nak merapu apa ni.. tapi nak storyla sabtu lepas kuar bersarapan ngan Mr F tersarapan plak ngan segerombolan abg2 Pol muda gitu!! Dengan impian nak makan nasi lemak di kedai biasa kami itu..tak sangka pula akan menyelam sambil minum air (oops...kang lemas plak!!) ...Lang gerun gak...samai2 je ada 3 kereta peronda polis kat kedai tu!! Ternampak pulak abg2 Pol lengkap beruniform (I suka3) baru je sampai dan mengambil tempat duduk di kaki kedai....
Turun je dari skuter terus catwalk depan mereka ....ada gak yg cumil2 tu!!ooh dorang makan ngan sarjan mereka..hmm..Lang terus tengok menu yang ada untuk dimakan dan memesan minuman panas!! kami pun duduk dan Lang pilih port yang senang skit nak usha!!
Eish....ada plak sekumpulan pak cik driver teksi kat sebelah....pak cik sorang ni sebok plak dok usha Mr F kat sebelah Lang ni...(nak kena plangkung ke pak cik??)..Lang terganggu jap ngan pak cik tu tapi meneruskan agenda mengusha Pol2 muda disebelah sana....erm..indah sungguh panorama pagi itu!! Ternyata pol2 itu menjadi tumpuan pandangan pengunjung..yelah muda2 getah gitu!! Mr F plak tak dapat nak tengok sebab duduk bertentangan dengan Lang......hehe katanya nak tngok Lang aje...hehe..dia pun dah biasa ngan prangai Lang ni...nasiblah dapat restu dan kepercayaan!!!
Ada plak sorang pol yang bagai tahu Lang memandang..aiyo abislah pec lobs!! Tapi takpe dia wat tak kisah dan merelakan sahaja setiap inci tubuh nya dijamah oleh mata Lang yang bagai nak terjojol ketika itu!!
Tertarik sungguh ngan aksi duduk sorang pol muda itu....kejap kakinya di atas kerusi, terkangkang sana, berlunjur lurus dan macam2 gaya lagi!!! Aiyo macam ada semut dalam seluar dia tu ...tak senang duduk ntah kenapa....eh tiba2 plak dia menggosok-gosok peha sarjannya yang sudah pertengahan umur dengan memberi riak wajah manja sambil bertanya sesuatu..oops berderau darah melihat aksi yang mengkagetkan itu!!
Tiba2 terdengar suara melatah.. “oh budak sekolah!!!” rupa2nya pakcik Teksi yang mengusha Mr F dan Lang itu terlatah apabila pelayan wanita terlanggar sikunya!! Pec lobs pak cik itu...nape dia melatah sebut budak sekolah ek???hmm mungkin dia terpandang Lang ngan Mr F ni macam pasangan budak2 sekolah kot..(hehe ni macam perbuatan si Angah kat pusat boling jer!!??)
KAcau betul pak cik tu...tak abis2 lagi dia memandang kami ni.....hmm.. Lang sambil menjamah nasi lemak itu masih memandang mereka yang jelas di mata..tiba2 seorang pol yang telah diusha oleh Lang dibahagian blakangnya bangun ...dan berjalan catwalk ke kaunter....bagai slow motion aksi catwalknya itu..Lang terus memerhati.
Dia membayar makanan di kaunter dengan penuh gaya seorang jantan gitu!! Kemudian datang pula seorang lagi Pol yang memakai beret dan berwajah cumil ke arahnya..... Wah...puas sungguh menatap mereka ini....yang memakai beret ini tampak lebih menarik!! Gerak seri dia mengeluarkan dompet dari poket belakangnya harus ditekan butang PLAY SLOW kalau Lang ada remote manusia ala2 Doraemon gitu!!
Pol memakai beret itu bagai tahu Lang memandangnya..dia pula seolah2 bangga dan merelakannya pula dan turut memandang kami...(ooops perasan kot Lang ni!! Hehe)
Dia kemudian kembali ke mejanya setelah kawannya itu catwalk ke tempat duduk asalnya...Lang terperasan pak cik teksi yang agak sesuatu itu turut memerhati mereka dan buat2 baca surat kabar pula tu!!
Nasi Lemak dan Air Teh O menu pagi itu pun slesai dan kami terus ke kaunter bayaran. Lang terus menuju ke skuter dan Pol2 itu memandang Lang dan skuter itu dengan penuh teliti....Pol yang berjalan di kaunter itu paling lama pandang dan perasan bola matanya memerhati nombor plat skuter Lang ni...aiyo gerun gak, tapi tak pelah..I rela!!!
Lang kemudian menunggu sebentar Mr F yang masih di kaunter bayaran dan tiba2 pak cik teksi pec lob itu memanggil satu nama...dan panggilan itu ditujukan kepada Pol muda yang meggosok peha sarjannya itu!! Pol muda itu bangun sambil tersenyum mendengar cerita pak cik itu yang mengatakan muka bapak Pol Muda itu masuk paper (mungkin muka BOS polis2 ni kot?) sambil Pol Muda itu tersenyum melihat berita pada akhbar itu.. Mr F pun tiba...dan memakai helmet pada wajah cumilnya itu...dan Lang pun terus beredar dari situ untuk menghantar Mr F ke tempat kerjanya kerana dia kerja pada hari itu!!Drama sarapan itu pun tamat dan menunggu sambil berharap kata putus produser untuk remake kembali drama itu...oops boleh ke??
Aiyooo.. seronok gak melayan drama sarapan pagi itu...teringat pula aksi2 sekumpulan Pol muda itu yang datang dengan 3 kereta peronda dan drama bersama pak cik teksi pec lobs itu!! Apa2 pun kepada abg2 Pol diharapkan anda kelihatan merembes selalu...ops pesanan apakah ini???
Label: kisah blalang