Apakah perasaan ini ???
Entah mengapa debaran rasa bagai dikocak oleh gelombang yang tidak keruan....Kisahnya bermula di suatu hari Lang berada di kilang tempat latihan itu....Ketika sedang seronok membuat kerja2 menghadap mesin, tiba2 mendapat panggilan yang tidak diketahui akan nombornya...mungkin salah nombor..bukan apa telefon Lang ni selalu dapat panggilan yang salah dail!! Hmm perasaan malas nak angkat tu dtang tapi hati plak macam paksa suruh angkat saja panggilan tak dikenali itu..Lang: Hello
Pemanggil: Hello Assalamualaikum
Lang: waalaikumsalam..siapa ni??
~Dalam hati berkata “ wah machonya suara dia ni!!”~
Pemanggil: ala tak kenal ke siapa kita ni??
Lang: Siapa ek?? Tak ingatlah
Pemanggil : Tak ingat?? Kita ni takde pun lupa kat dia !!
~aiyo...sapa plak mamat ni?? Matilah Lang yg banyak kenalan masa muda2 dulu nak hengat semua!!~
Lang: betul saya tak ingat lah...minta maaf la bebanyak!! (aiyo nada bahasa pec lobs skit!!)
Pemanggil: Ini P**** la!!
Lang: Ooooo P****!! Pekaba?? Mana dapat no ni??
Pemanggil: ada ler dari sumber2 tertentu!!
Lang: ye?? (terharu)
Kami terus berborak...loghat utara P makin terserlah...rindu betul dengan P ni. Akhirnya muncul juga P ni buat kali pertama dalam tempoh hampir 2 tahun ni!! Terharu si P ni berusaha mendapatkan no. Lang setelah lama kami lost contact setelah HP nya hilang.
Mendengar alunan suara machonya ditelinga....perasaan pun Lang tiba2 dibuai kenangan silam semasa dialam pengajian tinggi..bagai terbayang P didepan mata....
#pause kejap#
~ P ialah jejaka str8 occay!! Body yang tegap ala2 Fahrin gitu sewaktu time blaja....haruzlah merembez kalau tengok!!hehe tapi dengar2 six packnya ittew dah bersatu menjadi satu (pinjam ayat Angah)...tapi taktau ler kabar angin itu!!~
# Ok sambung balik#
Perbualan bersama P terganggu oleh bunyi mesin kilang yang tak tezz ittew yang agak membingitkan...Sekali skala Lang terpaksa menjerit2 dan meminta P mengulang semula ayat yang disebutnya kerana kurang dapat tangkap percakapannya. Kami sempat berbual mengenai kehidupan masing2, kawan2 yang sudah berkahwin, dan juga kerjaya dimana P dah pun ke negara matahari terik eh..terbit demi kerjaya. Paling mengejutkan Lang ialah dia masih menyimpan perasaan terhadap awek sekelas yang akan berkahwin tak lama lagi. Setia sungguh P ni dengan perasaannya, kesian Lang tengok!
Kisah P dan wanita itu mendapat perhatian budak2 satu batch kami, P ni popular dan pompuan itu juga popular dalam perkara yang berbeza. P popular kerana aktif dalam sosial dan pompuan itu pula kerana akademik.P walaupun aktif dalam kelab dan sukan tetapi agak pemalu bila berhadapan wanita yang disukainya. Pun begitu cintanya masih ada walaupun direject banyak kali oleh wanita itu! Pelik kan??
P dan Lang adalah 2 insan yang banyak perbezaan ketara. P seorang peminat rock yang sanggup berjaga malam demi segmen rock di radio, tapi juga meminati lagu nasyid, aktif dalam bola sepak dan rajin membina otot2 serta popular dikalangan member2 lelaki. Lang pula peminat lagu2 balada, selalu tidur awal berbanding yang lain (tepat jam 12 malam di zaman pengajian) , tak reti main bola dan suka main game PC serta digemari dikalangan rakan pompuan !!
Siapa sangka kami boleh rapat?? Asal kemana saja P mahu berlibur, pasti Lang yang diajaknya. Bukan semua Lang ikut, tapi jika dia keluar dan tidak mengajak Lang, pasti dia datang dan meminta maaf!! Kami rapat pun setelah 3 semester, kerana Lang agak ‘gerun’ dengan P ni kerana terlalu ramai geng2 nakal yang dia leh go on!! Malah P juga digeruni oleh segelintir pelajar wanita kerana imejnya itu!! Lang berjaya ‘masuk’ sikit2 dan akhirnya menjadi kawan karib setelah dia beranikan diri untuk berkongsi kisah cintanya bersama Lang. Hmm cerita cinta terhadap pompuan itulah...siapa lagi?? Malangnya cintanya direject kan??
Pun begitu,langit tak selalunya cerah. Begitu juga halnya Lang dan P ni. Duduk serumah pastilah ada percakaran yang tak boleh dielakkan. Begitu juga dengan P yang kadang kala sukar diramal. Siapa sangka tengah sedap2 berborak atau bergurau2 tiba2 dia sentap?? Apabila P ni sentap, mulalah moody!! Orang yang buat dia sentap akan tidak dihiraukannya sehingga sentapnya itu hilang!! Rumah kami yang mengandungi 5 orang selain P dan Lang..yang mana kesemuanya mempunyai sejarah menghadapi sentapan P ni!! Rekod terbanyak dipegang oleh Lang iaitu sebanyak 5 kali, tetapi paling lama oleh seorang lagi gara2 usik awek yang diminatinya itu!! Kawan Lang itu tidak ditegur selama lebih 1 semester!!
Lang plak kejap2 je dia akan hilang sentapnya. Paling lama kami tak bertegur ialah hampir 3 bulan iaitu ketika sentap kali yang ke4. Kami di’satu’kan kembali ketika lawatan ke pusat tentera ketika Lang mengajaknya dan seorang lagi member berjalan keluar dari tempat penginapan di suatu senja yang indah. Kami berbaik2 setelah disatukan dalam satu gambar berdua dibawah cahaya purnama!! Terasa something sangat dengan drama penyatuan tu!!
Lang teringat lagi...di hari terakhir Lang di semester kedua akhir tetapi merupakan semester terakhir buat P, Lang merupakan orang pertama yang mengemaskan barang keluar dari rumah sewa itu. Barang2 itu terpaksa dipindahkan ke rumah sewa yang baru kerana Lang kena tinggal bersama housemate yang lain setelah mereka tamat belajar! Ketika hendak bersalaman dengan kengkawan yang dah grad buat kali terakhir, P menghilangkan diri. Lang gagal mencari P dan hanya sempat mengirimkan salam.
Lang pun berlalu bersama kereta yang dipandu bapa untuk pulang ke kampung halaman. Dalam perjalanan keluar ke jalan besar, Lang ternampak P dihujung pandangan mata . P sedang menjamu roti canai di gerai yang biasa kami pergi berdua setiap pagi keseorangan. Dia kelihatan termenung dan sugul bagai ada sesuatu yang menggangu perasaannya......hati Lang menjadi sayu melihatnya apatah lagi tidak dapat bersalam dan mengucapkan terima kasih kepadanya yang banyak berjasa membawa Lang ke kelas dengan motornya serta berjalan2 ke bandar ketika Lang kebosanan. Terasa macam nak suruh stop je dan nak je buat ala2 drama hindustan gitu.... tapi apakan daya...lagipun bapa Lang bawak agak laju keretanya itu !!Hmmm.... wajah P hanya dapat ditatap seketika di pagi itu...
P selalu menemani Lang yang tidur di ruang tamu rumah sewa walaupun dia leh tidur dalam bilik. Dia selalu berkongsi cerita sebelum tidur dan bila waktu pagi kami selalu sarapan bersama. P adalah orang yang banyak membuat Lang hilang bosan ketika di alam pengajian dan Lang amat kagum dengan dirinya. P amat popular dikalangan budak2 unit uniform yang turut hormat ngan fizikalnya yang tegap itu. Oleh kerana P lah Lang dapat berkenalan dengan member2 dari pasukan kadet yang cukup merembez itu... kalau tak, pandang dari jauh jelah kot!!
Teringat2 kisah lucu seluarnya yang koyak, kisah wheely motornya yang tak jadi juga kisah dia minta advice pencuci mana paling elok walhal kulit wajahnya lebih licin dari kulit Lang ni!!
Begitulah persahabatan kami yang agak karib dan ada chemistry meskipun sifat dan luaran kami amat berbeza! P adalah sahabat kedua masa zaman pengajian yang mepunyai minat dan sifat yang berbeza dengan Lang. Kawan karib pertama Lang masa pengajian adalah seorang mat rempit..tapi tak sempat habis pelajaran terlungkup gara2 seorang perempuan!! P mengisi ruang itu..dan Lang rasa amat gembira sekali dapat bersahabat dengan orang sepertinya!!
Gara2 panggilan dari P itu,Lang termenung mengenangkan benda2 yang dah lepas itu...pelik perasaan macam ni..terasa sebak pun ada!! Pernah gak perasaan rindu kat member str8 ni datang dan explain kepada seorang budak PLU dan tak habis2 dia kata kami ni ada affair! Geram gak kat budak PLU tu,dahlah nak dia je menang bila beri pendapat...semua hujah Lang disanggahnya..macam dia yang tahu lebih!! Hello...kami ni clean ok, takde benda2 tu semua lah!! Cuma perasaan rindu kawan tu yang terlebih2 rasanya apatah lagi kami pernah tinggal sebumbung..dah macam adik beradik rasanya meskipun P seorang yang agak menawan!!
Lang harap dapat lah jumpa P ni lagi untuk menghilangkan perasaan terbuku ini...tapi apakan daya dia jauh nun di sana!! Tapi, apakah perasaanku yang terbuku ini???
Label: kisah blalang





