* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Mac 13, 2007

Kisah Tirai AF 5

AF dah pun bermula...Roslan Aziz jadi pengetua kepada 16 pelajar kali ini. Disini LAng nak komen skit tentang Tirai AF yang bersiaran semalam...

Lang memang teruja nak mengenal pelajar2 AF kali ini..harap2 pelajar perempuan akan lebih menyerlah. Episod semalam tentang pelajar lelaki...pastila LAng taknak miss!!

Dimulakan dengan temuramah dengan pelajar wanita dengan soalan " pelajar lelaki AF yang kamu mahukan macam ne??" then adalah yang jawab..nak yg macam Vince, Mawi, Felix dan Lotter. Aiyo, napelah nak yang macam yg dah dimunculkan dalam AF sebelum ini?? Pun begitu Lang masih leh tahan telinga, namun ada plak yang cakap cengini " saya nak plajar yang hensem, tinggi , macho...muka tu bila senyum manis je..baru syok saya nak pandang" ditambah lagi " saya nak yang body tu fit sikit baru lah seswai skit dengan saya" ...wah dengan bangganya minah2 ni menjawab!!

Mungkin pompuan2 itu terlalu mentah atau memang perangai gedik macam tu?? perlu ke nak syok2 bagai dalam akademi pembelajaran (kononnya) itu?? wah3..datang situ nak menggesel2 ke?? isk..kejis sungguh jawapan yang gedik tapi tak santai ittew!! MEluat I bak kata Shahriz, dengan gaya yang mengada-ngada, tak mustahil akan terkeluar awal pelajar itu!!!

Kemudian segmen kejutan memberitahu setiap bakal pelajar Lelaki kejayaan mereka ke AF 5. Yang pertama kena kezutan (bak kata Aznil) rumah dirompak,last2 bagi kad AF yg bagi tahu dia berjaya ke AF. sampai sesak nafas si Farha sambil diurut2 dadanya.


Kezutan kedua dengan menakutkan bakal pelajar dengan pocong dalam kancil. pelajar itu, Ebi menunggang motosikal dan berhenti untuk melihat kereta itu, kemudian pocong yang duk di seat blakang itu pun sergah!! "Hoooh!!! ". Ebi yang masih atas moto itu tak terkezut langsung...malah bleh plak check sekeliling kereta itu dan suluh kearah 'pocong' itu!! aiyo...malu la kepada yg buat kejutan yg langsung tak jadi!! then Ebi pun berlalu pergi ngan moto nya kerana anggap itu satu gurauan bodoh agaknya. bertambah menjengkelkan si 'pocong' itu terpaksa memanggil EBI tu dan bagi je kad AF tu!! Ebi disuruh baca dan baca tanpa perasaan...tetiba krew2 rakaman datang dan tepuk tangan.. "kitorang saje je nak kena kan U" ceh...padahal nak kaver malu!! si Ebi plak plain je...macam takde perasaan masa dorang dok tepuk2 congrats...aiyo..kalau depan Adlin Aman Ramli ni mau dikomennya "sebagai penghibur, awak patut fragile dan sensitip ngan keadaan sekeliling!!" memangla takde gaya lagi nak jadi penghibur atlit yang sorang ni!!


kezutan diteruskan di arena futsal, di opis, di tepi pantai tempat memancing, di restoren dan dirumah. Ada lagi yang buat2 lakonan plastik tak endah kezutan tu kunun padahal dah ada kamera depan mata!! pun gitu,Lang suka tengok Rizal dan Dafi. Rizal memang ensem...Dafi plak cumil..hehe pastilah pompuan2 gedik yang berhajat besar tu puas hati dengan kehadiran wajah2 meletop dalam AF5 kali ini...oops tapi suara Dafi ni lembut banget!! sopan gittew!!


then segmen masuk hostel..yang pompuan masuk bilik tidur trus lari terjerit2 mendapatkan katil masing2..dah macam dalam American NExt Top Model plak!! hehe..almaribaju mereka burux!! maybe takde tajaan..tapi memang patut pun, tu hostel bukan hotel!!! kemudian giliran pelajar lelaki pula ditunjukkan bilik tidur, mereka masuk dan beri salam, jalan perlahan2 ala2 Catwalk ke katil double decker masing2!! wah sungguh berbeza ngan ketika pelajar pompuan yang macam tak pernah dapat katil itu!!! terserlahlah kegedikan!!!


harap2 lagu diberikan kepada pelajar kali ini lebih vokal dan Roslan Aziz dapat membuat sesuatu kepada pelajar2 yang manja dan gedik tak kena tempat ni!!

Label: