Anugerah Seri Lalang Pertama!!
Anugerah Sri Lalang muncul buat julung-julung kalinya . Kali ini ditaja oleh kosmetik De' Buaya dan dipancarkan melalui kaca aquarium di Saluran Lalang Anda. Dengan Tema " Diriku Lebih Berharga ... Dirimu??". Kali ini diacarakan oleh Raju Azuri dan Ogy Atas Daun, suasana majlis ternyata lebih meriah dan havoc. Majlis ini dianjurkan berikutan gathering Januari yang berjaya dan sukses sehingga meninggalkan kesan pada jiwa dan pakaian masing-masing (oops!!).Kali ini 15 anugerah disenaraikan dan rata-rata juri mengadu sakit pening gara-gara mengadili sesuatu yang tidak pernah mereka lihat!! Juri2 yang tezz telah dimasukkan ke bilik rawatan khas yang telah disediakan oleh penganjur yang begitu mengambil berat... dan Kepada pemenang di ucapkan tahniah yer... terimalah trofi berupa lalang kering dari Rawang ...(boleh???)
Apa kata juri ....
“ Aksi Kamar menyalin tuala di atas batu di Ulu Yam di hadapan umum merupakan aksi paling berani dan kerana itulah kami memilih beliau sebagai pemenang Anugerah Aksi Selamba Terlampau kali ini”
“ Kami mengambil masa juga untuk memilih pemenang Anugerah Khas: Penyucuk Perut Terbaik. Pening juga kerana Blalang adalah antara penggemar menyucuk perut Shahrizal dan Angah. Namun akhirnya juri memilih Toolar yang kerap menyucuk perut Afeer secara senyap kerana kurang mendapat publisiti ramai ”
“ Bagi Anugerah Aksi Tidur Terbaik nampaknya saingan sengit berlaku antara TedNet , Himitsu dan Grey...akhirnya Grey yang tidur kejung di sebelah Blalang dan Shahriz terpilih sebagai pemenang kerana gaya tidur keras yang menakjubkan!!”
“ Bagi kategori Kostum/Pakaian Terbaik diberikan kepada Shahriz yang nampak selesa beraksi bersama tuala di kepala ketika menunggu giliran untuk ke bilik air. Saingan Shahriz dalam kategori ini ialah dirinya sendiri dengan memakai tuala belang-belang dan Grey yang menyinsing kaki seluarnya ke paras lulut”
“ Pemenang bagi Aksi Plastik Terbaik diberikan kepada Himitsu yang berjaya membuat ramai percaya beliau sudah tidur dan mengata-ngata tentangnya padahal dia masih sedar!!”
“ bagi kategori Drama Terbaik ..nampaknya drama “Blalang dan Angah” berjaya menggondol anugerah ini kerana berjaya memainkan watak sebagai budak yang kecewa dengan Angah yang tidak mahu join aktiviti berkaraoke dan respon Angah yang menghdupkan drama itu lalu mencuakkan mereka yang lain!!”
“ untuk kategori “Pendengar Rayuan Terbaik” Afeer mendapat pengiktirafan ini kerana aksinya dengan tekun mendengar Kamar merayu untuk tidur di katil Afeer dan responnya memberi lampu hijau kepada Kamar yang sedang merembes itu dan feeling Rohana Jalil menyanyikan lagu "Rayuanku"!!”
“ Juri sepakat memilih Cek Mi sebagai “ Juru-servis Terbaik” setelah kejayaannya membasuh rambut Himitsu yang kerinting itu di sungai dengan jayanya serta mendapat pujian kerana hasilnya lembut dan mempersonakan!! Guna jari pun bole!!”
“ Anugerah Aksi Tak Mahu Terbaik diberikan kepada TedNet yang pada mulanya enggan mandi sungai namun tiba2 tergelincir ke dalam air sungai dan membuatkan dia bertukar fikiran untuk basah terus pada hari itu!! keserian terserlah!!!”
“ Bagi Anugerah Penunggu Terbaik nampaknya Nan berjaya menambat hati juri setelah kesabarannya menunggu di Pusat Karaoke itu mendapat pujian ramai”
“ Anugerah Aksi Ketawa Terbaik diberikan kepada Akak Lasagna yang ketawa tak hengat2 ketika menonton filem Epic Movie di TGV, KLCC sampai kaget para penonton, bapak2 , ibu2 disekitarnya!!”
“ Bagi Anugerah Aksi Kucing nampaknya saingan sengit antara Kamar dan Zerd..tetapi aksi Zerd yang lebih malu2 kucing mendapat perhatian juri berbanding Kamar dengan aksi kucing yang lebih daring!!”
“ Anugerah Kaver Macho Terbaik diberikan kepada Peah yang dicalonkan melalui aksinya yang bersungguh-sungguh meyakinkan Nan bahawa dirinya straight ketika minum di Restoran 22 Jam!!! Turut bersaing ialah aksi Shahriz dengan ayatnya ‘Mak Straight Okey!!’ yang mengharukan!!”
“ Bagi Anugerah Khas : Chipsmore ....kejap ada kejap tiada diberikan kepada 3 orang pemenang iaitu Alan, Ryan dan ‘Mawi’ Afeer kerana kemunculan ala2 biskut gitu!!”
dan.......akhir sekali... bagi Anugerah Peneman Blalang Terbaik diberikan kepada Mr F...keh3 tiada pesaing dalam kategori ini!!Syabas behti!!
Apa pula kata pemenang???
Label: kengkawan




