Konsert AF 5 yang ketujuh ini dimulakan dengan nyanyian beramai-ramai lagu Joget Pahang. Nampaknya pelajar wanita yang tinggal bertiga ini lebih banyak nyanyi berbanding pelajar lelaki! Ok juga tema joget irama Malaysia ni. Macam citrawarna plak!!

Kak Ani& Diddy pun ada!
Oops ada tema lain rupanya...tema kali ini sebenarnya ialah Air & Angin!! Kak Ogy sebok ngan air lagunya, sedangkan pelajar plak dengan angin prott -prott!! ~aiyo dah macam Shahrizal prott2 plak!!
Heliza- Lagu Rindu Merindu
Rindu kat siapa?
Kali ni Heliza menyanyi dengan lebih baik berbanding minggu sebelumnya. Gaya dengan penuh perasaan Heliza masih boleh dipuji. Heliza harus lebih ‘berani’ lagi mengeluarkan suaranya sepenuh jiwa walaupun mungkin prinsip dirinya yang menjadi penghalang. 1 biru dari pengkritik...Lang bagi 2 Hijau!
Shawal – Joget Kaki Lima
Ni joget kat kaki lima mana ni?
Persembahan Shawal terkawal dan sederhana. Namun begitu masih mempunyai keyakinan pada riak wajahnya. Suatu persembahan yang okay sahaja dan mendapat 2 biru dari pengkritik. Lang bagi 2 Hijau juga.
Ebi – Berdendang dalam Tangisan

ngapain pakaian macam lari konsep aje??
Persembahan Ebi sedikit menghampakan. Inilah akibat menetapkan standard terbaik terlalu awal. Akibatnya, Ebi kelihatan merosot. Tiada lampu Biru...Lang plak bagi satu Hijau sahaja!
Aswad – Penyu Menangis

Peminat Aswad yg nangis rupanya!!
Tidak sia-sia Cikgu Shafi mengamuk dan bagi kritikan pedas kepada Aswad! Hasilnya lontaran suara Aswad lebih baik dan nada sumbang juga hampir tiada. Emosi yang ditonjolkan diakhir lagu kesampaian pada Lang. Pengkritik memberi 2 Biru...Lang bagi 4 Hijau!!
Dafi- Joget Angan Tak Sudah

Tak Abis2 berangan ek?
Dafi semakin yakin melontarkan suaranya yang tersimpan selama ini. Pun begitu masih belum memuaskan lagi tahap pencapaiannya. Satu pujian kerana berjaya menghidupkan lagu ini walaupun merupakan lagu yang sukar dinyanyikan. Pengkritik beri 3 Biru, Lang bagi 3 Hijau!!
Candy- Tari Silat Melayu
Candy membawakan lagu ini seperti biasa dan nampaknya nasihat Cikgu Shafi tidak digunakan sepenuhnya. Nafas Candy yang agak pendek jelas kedengaran. Pengkritik silap nampaknya memberikan Biru awal-awal kerana selepas mendapat Biru, Candy terus tiada fokus dan tidak memberi sepenuh jiwa lagi terhadap nyanyiannya sehingga ke akhir lagu. Walaupun mendapat 4 Biru...Lang bagi 1 Hijau sahaja!!
Mila- Dondang Dendang
Alahai...!
Mila sedikit menurun minggu ini. Nampak Mila agak terkejar-kejar dalam lagu ini selain tiada improvisasi yang dibuat seperti yang diharapkan. Mendapat 2 Biru ..Lang bagi 3 Hijau okay!
Aizat- Ada
pengundi sudah membuat keputusan!!
Budak Gegar ini menyanyi dengan penuh yakin sekali... sehingga mendapat 4 Biru sekali lagi. Tapi sudah terlambat..pengundi sudah membuat keputusan!! RED Light!!
Segmen Ayah & Ibu sememangnya menyentuh perasaan. Ramai yang menangis nampaknya termasuk pengkritik, tenaga pengajar AF, penonton di dewan,di Astro Ria & @ 15...semuanya gara-gara disaat pelajar lain memeluk rindu ibubapa mereka sedangkan Aswad tinggal keseorangan melihat keriangan mereka kerana ibubapanya sudah pulang ke rahmatullah. Ibu Lang pun turut menangis..Lang plak tabahkan hati je tonton drama realiti itu...nampaknya Aswad selepas ini makin tinggilah undinya!!
Seterusnya nyanyian koir lagu Joget Sireh Pinang Muda. Aiyo..dalam koir tak semestinya nyanyi dengan badan tegak je macam nyanyi lagu kebangsaan!! ~konfesi seorang bekas penyanyi koir occay!~ ok la lontaran vokal mereka..tapi aksi angkat kaki tu macam kurengz & biadap skit ngan penonton kat bawah tu!!
Pilihan Blalang Lalang
4 Hijau – Aswad3 Hijau – Mila, Dafi2 Hijau – Heliza, Shawal1 Hijau – Candy, EbiMerah – Aizat (sebab terkeluar!)Undian (Selepas konsert)
Aswad = 31%Candy = 15 %Shawal = 13 %Ebi = 13 %Mila = 10 %Dafi =10 %
Heliza= 9 %Label: variasi
AIM kali ni dimulakan dengan persembahan M.Nasir. Diacarakan oleh Afdlin , Bob dan Adibah Noor...sememangnya majlis ini penuh dengan hilai tawa! Pun begitu, Lang tidak dapat khusyuk mengikuti AIM ni gara-gara keluarga yang lebih nak menonton konsert AF. Keputusan AIM yang paling mengujakan Lang ialah Vokal Wanita Terbaik yang dimenangi Jaclyn Victor. Inilah pertama kali dalam sejarah AIM, Datuk CT tewas sejak memenangi kategori panas itu sejak 1998. Sememangnya vokal yang dimiliki Jac wajib diiktiraf! Seorang lagi bukan Melayu dalam pencalonan vokal juga berjaya iaitu Reshmonu. Ini sesuatu yang menarik dalam industri muzik Melayu khususnya!
Kejayaan Sean Ghazi untuk Artis Baru sememangnya sudah dijangkakan. Beliau dicabar dengan bekas finalis Malaysian Idol, Fazli Zainal, Bintang RTM; Izwan Pilus & pelajar AF; Farhan & Bob. Persembahan mereka untuk segmen Artis Baru Terbaik memang patut dipuji meskipun ada riak tidak yakin di wajah calon kategori itu!Rasanya pencalonan tahun ini juga sesengit tahun lalu yang menyaksikan Jac menewaskan Adibah Noor.
Untuk Lagu Terbaik kejayaan M.Nasir melalui Juwita Citra Terindah juga sudah dijangkakan. Tapi pelik pula M.Nasir tewas dalam kategori Album Terbaik sedangkan beliau membariskan lagu-lagu yang hebat serta penuh maksud tersirat dan vokal yang tercalon untuk kategori terbaik! Apakah kriteria album terbaik?? Itu yang perlu dipersoalkan apatah lagi album Sean Ghazi yang tercalon untuk banyak kategori teknikal juga gagal dicalonkan untuk album terbaik! Kemenangan album Transkripsi lebih berbentuk populariti di kalangan juri namun itulah hakikat yang perlu diterima.
Senarai pemenang anugerah utama:
Artis Baru Terbaik: Sean Ghazi
Ramalan ramai: Sean Ghazi
Vokal Lelaki Terbaik: Reshmonu (Superfine)
Ramalan ramai: M.Nasir
Vokal Wanita Terbaik : Jaclyn Victor (Inilah... Jac)
Ramalan ramai : Siti Nurhaliza
Vokal Berkumpulan Terbaik : Raihan (Tawakkal)
Ramalan ramai: Raihan
Susunan Muzik Terbaik: Vivian Chua (Semalam –Sean Ghazi)
Ramalan ramai: Vivian Chua (Getaran Jiwa - Sean Ghazi)
Lagu Terbaik : Juwita Citra Terindah (M.Nasir)
Ramalan ramai: M. Nasir (Sang Pencinta - M. Nasir)
Muzik Video Terbaik : Jordan Suleiman (Lost In America - Pete Teo)
Ramalan ramai: Bisakah – Siti Nurhaliza
Album Pop Terbaik : Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)
Ramalan ramai: Transkripsi
Album Pop Etnik Terbaik: Syahda Berdendang (Syura - Pak Ngah, Eddie Hamid & Idzhar Azwa)
Ramalan ramai: Syahda Berdendang
Album Pop Rock Terbaik : Sang Pencinta (M. Nasir - M. Nasir)
Ramalan ramai: Sang Pencinta
Album Hard Rock Terbaik: Gothik Malam Edan (Search - Edrie Hashim & M. Nasir)
Ramalan ramai: Gothik Malam Edan
Album Nasyid Terbaik: Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan - Omar Nawab, Ali Hussien Mawla)
Ramalan ramai: Tawakkal (Raihan)
Album Inggeris Tempatan Terbaik: Television (Pete Teo - Nick Lee & Pete Teo)
Ramalan ramai: For Real (Juwita Suwito )
Album Indonesia Terbaik : Naluri Lelaki (Samsons - Samsons)
Ramalan ramai: Republik Cinta (Dewa 19)
Album Terbaik : Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)
Ramalan ramai: Sang Pencinta (M.Nasir)
Label: variasi
Jumaat dan Sabtu lepas berlangsung acara yang penting dalam industri hiburan. Lang pun sanggup ‘cuti’ nak jumpe si dia ni semata-mata nak tengok acara hiburan yang bukan selalu muncul macam Hits 1 Akhir dan AIM ni. Anyway jumpe gak ari ni...insyaAllah ler jumpe dia...
Anyway kita mula dulu dengan ulasan Hits 1 Akhir. Kali ini acara ini dinantikan gara-gara pertama kali pasangan tak ideal Mawi& Diana Naim bertanding bersama-sama. Di mulakan dengan persembahan artis jemputan A.Halim, Nora, Saleem dan Siti Nordiana mengalunkan lagu yang menang Anugerah Lagu Popular MACP mengikut era masing-masing. Lang tak amik port sangat Cuma tertarik dengan susunan muzik lagu Cindai yang diberi nafas baru oleh orkestra RTM.
Farahwahida memulakan pertandingan dengan lagu Tanpamu. Secara vokal tiada masalah tetapi persembahan nampak biasa sahaja. Ada plak penari ala2 kelasi gitu...yang sorang tu plak gaya ala2 Mawi mukanya!! Kaget kejap! Adam pula muncul ngan lagu Jatuh. Adus....nampak amatur sungguh persembahan Adam ni walaupun dan 3 kali bertanding dalam Hits 1 Akhir! Kemudian diikuti Izwan Pilus yang muncul ngan kostum ala2 Kolonial Inggeris. Nampak persembahan Izwan jauh lebih baik berbanding Adam. Segmen pertama ini bagaikan membanding gaya bekas peserta Bintang RTM (Farahwahida &Izwan) dengan bintang realiti AF iaitu Adam.
Di segmen kedua muncul pula Adibah Noor yang disebut-sebut sebagai bakal juara. Persembahan yang dimulakan dengan terjemahan seperti dalam Juara Lagu tetapi kali ini menggunakan Bahasa Inggeris. Pun begitu persembahan Adibah di Juara Lagu lebih baik berbanding kali ini. Kemudian muncul pula bekas pemenang tempat kedua tahun lalu, Misha Omar dengan Nafas Cahaya dengan tema merah yang menjadi kegemarannya. Mengasyikkan juga persembahan Misha ni! Kemudian Juwita Suwita pula muncul menggantikan Datuk CT menyanyikan Bisakah. Terseksa pulak tengok Juwita nyanyi lagu ni!!Hasilnya undian buat Datuk CT pun merudum gara-gara Datuk CT tidak menggalas sendiri tugas ini!!
Di segmen ketiga bagai segmen kontroversi pula! Diana Naim muncul buat kali pertama mendendangkan lagu Duhai Hati dengan tema Putih & Pink. Masalah tempo dan kekurangan pada vokal begitu jelas pada beliau namun masih mampu menyanyi live. Kemudian Mawi plak muncul dengan Kian dengan serba hitam yang bagaikan pihak lawan dengan peserta sebelumnnya. Nyanyian Mawi jelas kurang penjiwaan dan persembahannya biasa sahaja.
Kemudian persembahan bekas-bekas Juara Hits 1 yang dimulakan dengan Pulangkan dari Misha Omar. Vokal Misha tiada perubahan melalui lagu berhantu ini. Kemudian Misha menjemput Jac pula menyanyikan lagu Gemilang. Ooops sekali gedebuk Jac jatuh!! Jac mulakan dengan berkata “janganlah ketawa!!” lawak sungguh insiden kelam kabut Jac ni. Jac masih mampu menyanyikan Gemilang dengan baik. Kemudian muncul kawan-kawan baik Mawi iaitu Yazer dan Hazama. Pelik pula mengapa MAwi tidak menyanyikan sendiri lagu ini? Persembahan Yazer-Hazama biasa sahaja.
Keputusannya:
Persembahan Terbaik : Adibah Noor = RM 5k
Lagu Paling Popular : Kian – Mawi, Fauzi Marzuki& Lukhman S = RM10k
Lagu Kedua Terbaik : Nafas cahaya – Misha Omar, M.Nasir & Loloq = RM20k
Lagu Terbaik : Terlalu Istimewa – Adibah Noor& Azlan Abu Hasan = RM25k
Ketika Misha naik ke pentas, Misha telah mem’babab’ lelaki yang mengiringinya sebab sebok sangat tolong angkatkan kain labuh Misha tu...lawaks lagi!! Kemudian masa Adibah Noor nyanyi,Misha membuat gaya hunus perut lelaki itu mungkin sebab insiden angkat kain tu...aiyo!!Anyway tahniah Adibah Noor yang menjadi juara baru. Tahniah juga kepada Misha & Mawi yang mengekalkan kemenangan tahun lepas.
Label: variasi
Beberapa minggu yang lepas, Lang berkesempatan menonton Mr World 2007. Hmm boleh tahan juga penganjuran dia ni walaupun guna konsep ala2 Miss World tapi versi lelaki!!Lambang pun sama, MW !! Mr World 2007 ni kali yang kelima dan adalah lanjutan penganjuran kali terakhir pada 2003. Aiyo jauhnya jarak!!

Kali ni diadakan di Sanya, China tempat Miss World beberapa tahun lalu yang menyaksikan Miss China mendapat tempat ketiga. Anehnya sejarah itu berulang untuk Mr China pula di tahun 2007 di tempat yang sama!!
Mr World ni diistilahkan dalam wikipedia sebagai “beauty Pageant” versi lelaki la..bukan macam Mr.Universe yang untuk bina badan tu!! Kali pertama berlangsung pada 1996 di Istanbul, Turki yang menyaksikan
Tom Nuyens dari Belgium menjadi Mr World pertama.
Pada edisi kedua , 2 tahun berikutnya (1998) di Troia, Portugal;
Sandro Finoglio dari Venezuela pula menjadi Mr World kedua. 2 tahun berikutnya (2000) di Edinburgh, UK ;
Ignacio Kliche dari Uruguay pula menang.
Kemudian 3 tahun berikutnya di London pula menyaksikan
Gustavo Gianetti dari Brazil pula menjadi Mr World keempat. Hmm tak tahulah kemana pergi para pemenang Mr World ni sekarang!! Penganjuran kali katanya paling berjaya dan mantap dari segala segi. Tapi kalau dibanding Miss World, Mr World nampak lebih suram pada malam pengumuman keputusan. Dengan pengacara yang kurang mantap (kecuali seorang yang tezz tizz) dan sistem bunyi dan pencahayaan kurang cantik mengurangkan prestij malam itu. Ketika pemenang diumumkan, nampak macam tergesa-gesa dan juara lama juga tak dimunculkan di atas pentas!
Anyway Juara terbaru adalah dari Spain;
Juan García Postigo yang sememangnya dapat banyak point sebab fizikalnya yang tinggi dan senyuman menawan sehingga mengalahkan 56 peserta dari negara lain! Tapi bagi Lang, pemenang kedua ; Lucas Gil dari Brazil lebih menawan...hmmm maybe penganjur takmo juara dari negara yang sama kot dengan edisi lepas atau dia kalah sebab berbahasa Portugis!! Pengadil plak terdiri daripada beberapa orang pemenang Miss World dan orang kuat Miss World dan tuan rumah.

~Dari kiri; Lejun Tony Jiang (China) – ketiga, Juan García Postigo (Spain)-Juara dan Lucas Gil (Brazil)- Naib Juara
Bagi Lang sendiri plak...pun ada rank sendiri selepas menonton pertandingan ini dan juga selepas melawat website mrworld.tv ini. Baiklah jom tengok sendiri ranking mengikut citarasa sesuka hati Blalang Lalang ini!!
1. Lucas Gil- Brazil ~(naib Juara)
Model dan pakar pemakanan kesihatan (ala2 Kevin Zahri la ni!!). Suka bermain bola sepak, pergi gim dan memniati Jiu-jitsu. Suka muzik dan membaca buku atau menari muzik house-mix....hmm pec lobs skit hobi nih...

~ oohh...cair!!! oops apa yg cair tatau!!
Bakat istimewa ialah menari Forro; iaitu tarian unik Brazil. Rajin buat kerja-kerja amal kepada ibu-ibu tunggal dan remaja...~wah meriahlah kerja amal tu!!
2.Dieter Voigt - Afrika Selatan ~ (semi finalis)

~lihatlah perut yang berkotak-kotak ini!!
Dieter kerja sebagai jurulatih sukan serta model. Seorang yang cemerlang dalam akademik tetapi lebih menggemari bidang olahraga. Seorang yang berwawasan dan bercita-cita besar demi negaranya !!! Boleh berbahasa English dan Afrika.
3.Anthony Hakim –LEBANON ~ (semi finalis)

~on your mark...get set ..go to the bed!!
Pemilik kelab malam?? Aiyoo..umur 24; ada ijazah dalam Pengurusan Perniagaan. Boleh berbahasa Arab, French dan English.Juga seorang model.
4.Nebojsa Malesevic -BOSNIA & HERZEGOVINA

~Hai semua, jangan lupa AFundi Dafi occay!!
Lahir di Banjaluka, Nebojsa merupakan pelajar tahun 2 Fakulti Senibina dan Kejuruteraan Awam. Seorang model, pengacara TV dan pengurus stesen radio. Juga pemain bola jaring kebangsaan. Cita-cita arkitek, menerbitkan buku puisi sendiri (ala2 Shahrizal) dan mengembara seluruh dunia!!
5.Roman Demchenko -RUSSIA

~I blaja Catwalk ngan Shahrizal tau!!
Graduan Moscow Institute of Culture juga seorang model. ~seperti biasa~
Banyak muncul dalam majalah popular dan juga model klip video penyanyi Rusia; Alsu. Pemain professional Rusia dalam sukan American Football .
6.Alonso Fernandez Alvarez -Costa Rica

~Kasih berbunga lalang...
Alonso, 24, model dan pembantu pengurus syarikat. Gemar yoga, gimnastik, akrobatik dan renang. Boleh berbahasa English, Spanish dan French!!
7.Harley Von Moger –Australia

~Ada suara Ada cinta...
Pemenang anugerah Geelong’s Bachelor of the Year (2006) membesar di Victoria Tengah berhampiran pantai Anglesea. Pelajar tahun 3 Engineering/Commerce di Deakin University.Gemar olahraga, berbasikal, motosikal, bola sepak dan rock climbing. Hobi menonton wayang dan mengikuti perkembangan fesyen.
8.Juan García Postigo – Spain (Juara)

~syurga Di Hati kita
Juan; 25 seorang pengembara sejati. Belgium, Mesir, England, Perancis, Malta, Belanda, Puerto Rico, Switzerland dan Itali sering dikunjungi bukan saja kerana cuti tapi karier sebagai model, pelakon dan pengacara. Hobinya ialah memancing, bermain bola sepak, ski air dan memasak!! Boleh berbahasa English, Italian dan Spanish semestinya!
9.Johaney Albor - Republik Dominica

~Bagai Gahara
Johaney adalah seorang Physiotherapist yang gemar sukan renang, pergi ke gim dan kick boxing!! Lahir di Caracas, Venezuela sebelum pulang ke kampung keluarganya di Republik Dominica. Suka menari Hip Hop dan tarian Latin.
10.Silvert Aassve - Norway

~Renungan Terakhir
Baru berusia 19 tahun dan merupakan pekerja sosial bagi komunitinya!~wah meletup!! Juga bekerja sambilan di gerai surat khabar!~ aiyo pasti laris!! Hobinya gemar sukan bermotor, menyelam, tenis dan memanjat gunung.
Itulah tadi top 10 pilihan Blalang, sebenarnya ada lagi yang merembez tapi cukuplah sampai top 10 sahaja ~ matila nak buat top 50 plak!!
Ooops ada yang tak puas ati?? Nah.... ini baki Top 11 -20 .. dah jangan rebut2!!
11.Omar Awad – Mesir (EGYPT) ~Graduan Komputer Grafik
~Sedalam mana cintamu?
12.Hugo Villegas –COLOMBIA ~model, pelajar System Engineering

~Setiaku korbankan
13.Jorge Aceves –MEXICO ~ pelajar Sekolah Tinggi

~Cintamani
14.Ho Duc Vinh – Vietnam: pemenang tempat ketiga pertandingan Supermodel Vietnam

~Seandainya masih ada cinta
15.Romeo Quinonez -PUERTO RICO ~ 25 tahun; atlit angkat berat dan pemenang emas sukan Javelin

~Kau kunci cintaku dalam hatimu
16.Jon Gunnlaugur Viggosson ICELAND _- 24 tahun;pemilik syarikat barangan sukan

~pelamin anganku musnah
17.Emanuel Mago - PHILIPPINES –~Atlit bola jaring dan pemenang anugerah atlit terbaik Filipina

~Janji manismu
18.Warren Harvey -ENGLAND – jurulatih kecergasan

~Sandarkan pada kenangan
19.Lejun Tony Jiang –CHINA (pemenang tempat ketiga)
perunding pelaburan dan pengurusan serta model iklan

~ke hujung dunia
20.Leigh Brookman -WALES ~ 23 tahun; Designer Trainee

~Usah ditambah bara yang tersimpan
Harap korang puas ati ek... pilihlah antara 20 tu. Penilaian persendirian memang berbeza-beza apatah lagi tezz masing-masing!! Penilaian cantik ni satu yang subjektif yer....nak tengok yang bakinya pegilah tengok kat website Mr. World sendiri...manatau ada yang tezz kat peserta Negro gitew!!
Label: variasi
Konsert kali ini menepati ramalan bahawa konsert angka genap merupakan konsert yang lebih hebat berbanding konsert ganjil (ganjil sungguh!!). Para pelajar mula menampakkan potensi masing-masing sekiranyan dapat lagu yang bersesuaian dengan vokal mereka. Baiklah kali ni Lang susun ulasan mengikut ranking.
1.Shawal – Peronda Jaket Biru
Ini merupakan persembahan vokal terbaik Shawal. Dengan lontaran yang bersungguh-sungguh membuktikan beliau adalah antara calon Juara vokal yang paling layak dalam AF 5 ini.Shawal tidak cuba menjadi Awie dan menonjolkan gaya vokal tersendiri!! Persembahan Shawal juga menghiburkan dan tidak ‘munafik’.
2.Mila – Drama~Darma mari sini!!
Persembahan vokal Mila cemerlang kali ini. Mila berjaya mengawal pernafasannya walaupun persembahannya memerlukan langkah tarian berserta jarak ruang nyanyian dan nafas yang singkat!Ada percubaan daripada Mila untuk membuat ‘whistling’ tapi hanya mengeluarkan angin bersama suara yang amat lemah! Pun begitu, keberanian Mila harus dipuji. Lagu rancak boleh ke meremangkan bulu roma??
3.Aizat _ PerpisahanAura lagu Anuar Zain ini berserta filem Cinta memang kuat pengaruhnya sehingga ada yang terlupa untuk menjadi juri kepada persembahan ini. kepada Klip video yang disiarkan banyak membantu mood penonton. Masih terdengar Aizat cuba menjadi Anuar Zain namun pengkritik tidak tegur pula! Beberapa bahagian lagu ini kedengaran kurang meyakinkan tapi satu persembahan yang ok walaupun tidak setanding persembahan vokal Bob melalui Jangan Bersedih Lagi.
4.Candy – Gadis & BungaSekali lagi Candy mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya serta merupakan lagu yang popular. Sebutan Candy pada beberapa perkataan agak janggal namun keyakinannya terserlah. Memek muka ala diva masih belum dikikis. Identiti vokal Candy sudah mula kedengaran.
5.Ebi – JujurSejujur tajuk lagu ini! Itulah persembahan Ebi; sesuatu yang jujur. Sederhana sahaja dari segi keseluruhan tapi Ebi dah mula menampakkan identiti persembahannya. Feelnya masih ada dan harus dipuji.
6.Rizal – That thing you doAkhirnya Rizal berjaya menyanyikan sebuah lagu dengan lontaran suara yang lebih meyakinkan. Persembahan yang sederhana walaupun nampak bersungguh-sungguh. Namun pergerakan Rizal nampak kurang natural dan tidak mempunya arah tertentu. Nasib Rizal nampaknya sama dengan kumpulan The Wonders ini yang juga dipanggil nasib One Hit Wonders !!
7.Dafi - Qing Fei De Yi (Ku juga Mencintaimu)Lagu ini kurang mencabar vokal Dafi kerana sesuai dengan suaranya. Pun begitu masih nampak peningkatan dari segi lontaran dan Dafi sudah berani mencuba vokal yang lebih dinamik. Persembahan keseluruhannya adalah sederhana sahaja.
8.Aswad – Yang Sedang-sedang saja
~jom pi disko dangdut!!
Vokal Aswad terlalu bunyi ala karaoke untuk lagu ini. Pun begitu keyakinan dirinya terserlah dalam persembahan ini dan keberanian Aswad harus dipuji. Pun begitu persembahannya kali ini biasa sahaja dan nampak amatur! Menghiburkan juga kalau dilihat dari segi humor.
9.Heliza – Nafas Cahaya
~napela semua dress mesti I pakai luar baju itam ni??
Heliza adalah peserta yang paling mengecewakan Lang. Persembahan vokalnya terlalu mendodoikan dan menjadikan persembahannya agak membosankan. Meskipun ada bunyi CT tapi tiada pula bunyi seperti penyanyi asal! Nampaknya graf Heliza makin merudum dan beliau perlu membuktikan sesuatu kepada penyokongnya!
Akhirnya pelajar yang hensem; Rizal terkeluar juga. Tapi Blalang dah pun menjangkakan penyingkirannya selepas Dekna sejak minggu lalu lagi!! Kepada peminat jejaka ni tak perlula nak bersedih sebab lepas ni Rizal pasti muncul dalam Trek Selebriti, Muzik @ Ria , Fulusmania dan beberapa lagi rancangan Astro dengan gaya yang lebih meletop!

~babai...jumpe kat AstroRia lagi!!
Tugasan Konsert Minggu ke 7:
▪ Penyu Menangis - Sudirman : Dinyanyikan oleh Aswad
▪ Ada - M.Nasir : Dinyanyikan oleh Aizat
▪ Tari Silat Melayu - Aishah : Dinyanyikan oleh Candy
▪ Rindu Merindu - Fauziah Idris : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ Dondang Dendang - Noraniza Idris : Dinyanyikan oleh Mila
▪ Berdendang Dalam Tangisan - Jamal Abdillah : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Joget Angan Tak Sudah - Jay Jay : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Joget Kaki Lima - Dahlan Zainuddin : Dinyanyikan oleh Shawal
RAsanya, graf konsert depan pun mungkin menurun gak....tapi tak tahulah kalau2 badi angka ganjil AF5 ni akan berakhir!!
Label: variasi
sorry ek kengkawan &kroni JoYwOrLd ku.....forum
JoYwOrLd ada problem ngan server dia

~Footer pada forum yang menjanjikan sesuatu..~
ni ada plak kes orang dengki ngan forum ni atau sikapnya yang anti (or maybe perangai auntie kot) , saja nak sabotaj forum ni...hmm...leh agak2 la siapa...tengok IP pun dah kantoi!!
tapi tak tau la plak kalau2 orang lain atau saudara mara dia yang guna IP tu!!! well kalau bahasa tu sepesen memanglah takleh nak plastik lagi!! tapi, nak buat macam mana.... takpela...tak semua leh suka kita kan?? ~pinjam ayat artis kejap~
Hmmm ..harap2
forumer.com akan setelkan masalah ni!! 24 jam katanya...matila nak tunggu make up dah cair!!!Ooops sapa pakai make up ..tatau!!
Label: variasi
Jom kita tengok pelakon-pelakon siri Fashion House ni...
Bo Dereksebagai Maria Gianni- tokei gedung fesyen. mak kepada Luke
~Apa pandang-pandang ni Tednet??Morgan Fairchildsebagai Sophia Blakely musuh ketat Maria.
~Paris Hilton versi tuaTaylor Kinneysebagai Luke Gianni - anak Maria ; seorang pelukis yang gigih
~Renungan yang manjer jer tau!!Natalie Martinezsebagai Michelle Miller - bekas isteri LAnce, pereka fesyen yang mencintai Luke Giani
~Ramai orang bilang diriku seksi..seksi2 sekali!Mike Begovich
sebagai Lance Miller - suami Michelle yang ego dan mengongkong
~Dengarlah rayuanku...wahai ShahrizalDonna Feldman
sebagai Gloria - pemusnah rumah tangga Michelle-Lance
~Lihatlah angin-angin di rambutku!!Joel Bertisebagai William Chandler - abang kepada Luke tetapi anak kepada Sophia; turut berdendam dengan MAria.
~I love Grey...Nicole Pulliam
sebagai Nikki Clark - kawan baik Michelle dan skandal dengan William Chandler
~pose ala2 iklan ubat jerawatRobert Buckley
sebagai Michael Bauer - Fotografer "The Gianni" yang meminati NiKki
~I love Blalang..matila perasan!!
Jordi Vilasuso
sebagai Eddie Zarouvian - samseng dalam drama ini
~I love TiraHimitsu!!Ethan Erickson
sebagai John Cotter - pesaing Michelle
~smile u're in candid camera yg jurukameranya gersang..oops!!Label: variasi