* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, April 25, 2007

Oh Mr World!!

Beberapa minggu yang lepas, Lang berkesempatan menonton Mr World 2007. Hmm boleh tahan juga penganjuran dia ni walaupun guna konsep ala2 Miss World tapi versi lelaki!!Lambang pun sama, MW !! Mr World 2007 ni kali yang kelima dan adalah lanjutan penganjuran kali terakhir pada 2003. Aiyo jauhnya jarak!!



Kali ni diadakan di Sanya, China tempat Miss World beberapa tahun lalu yang menyaksikan Miss China mendapat tempat ketiga. Anehnya sejarah itu berulang untuk Mr China pula di tahun 2007 di tempat yang sama!!

Mr World ni diistilahkan dalam wikipedia sebagai “beauty Pageant” versi lelaki la..bukan macam Mr.Universe yang untuk bina badan tu!! Kali pertama berlangsung pada 1996 di Istanbul, Turki yang menyaksikan Tom Nuyens dari Belgium menjadi Mr World pertama.

Pada edisi kedua , 2 tahun berikutnya (1998) di Troia, Portugal; Sandro Finoglio dari Venezuela pula menjadi Mr World kedua. 2 tahun berikutnya (2000) di Edinburgh, UK ; Ignacio Kliche dari Uruguay pula menang.

Kemudian 3 tahun berikutnya di London pula menyaksikan Gustavo Gianetti dari Brazil pula menjadi Mr World keempat. Hmm tak tahulah kemana pergi para pemenang Mr World ni sekarang!! Penganjuran kali katanya paling berjaya dan mantap dari segala segi. Tapi kalau dibanding Miss World, Mr World nampak lebih suram pada malam pengumuman keputusan. Dengan pengacara yang kurang mantap (kecuali seorang yang tezz tizz) dan sistem bunyi dan pencahayaan kurang cantik mengurangkan prestij malam itu. Ketika pemenang diumumkan, nampak macam tergesa-gesa dan juara lama juga tak dimunculkan di atas pentas!

Anyway Juara terbaru adalah dari Spain; Juan García Postigo yang sememangnya dapat banyak point sebab fizikalnya yang tinggi dan senyuman menawan sehingga mengalahkan 56 peserta dari negara lain! Tapi bagi Lang, pemenang kedua ; Lucas Gil dari Brazil lebih menawan...hmmm maybe penganjur takmo juara dari negara yang sama kot dengan edisi lepas atau dia kalah sebab berbahasa Portugis!! Pengadil plak terdiri daripada beberapa orang pemenang Miss World dan orang kuat Miss World dan tuan rumah.




~Dari kiri; Lejun Tony Jiang (China) – ketiga, Juan García Postigo (Spain)-Juara dan Lucas Gil (Brazil)- Naib Juara


Bagi Lang sendiri plak...pun ada rank sendiri selepas menonton pertandingan ini dan juga selepas melawat website mrworld.tv ini. Baiklah jom tengok sendiri ranking mengikut citarasa sesuka hati Blalang Lalang ini!!

1. Lucas Gil- Brazil ~(naib Juara)

Model dan pakar pemakanan kesihatan (ala2 Kevin Zahri la ni!!). Suka bermain bola sepak, pergi gim dan memniati Jiu-jitsu. Suka muzik dan membaca buku atau menari muzik house-mix....hmm pec lobs skit hobi nih...

~ oohh...cair!!! oops apa yg cair tatau!!


Bakat istimewa ialah menari Forro; iaitu tarian unik Brazil. Rajin buat kerja-kerja amal kepada ibu-ibu tunggal dan remaja...~wah meriahlah kerja amal tu!!

2.Dieter Voigt - Afrika Selatan ~ (semi finalis)

~lihatlah perut yang berkotak-kotak ini!!


Dieter kerja sebagai jurulatih sukan serta model. Seorang yang cemerlang dalam akademik tetapi lebih menggemari bidang olahraga. Seorang yang berwawasan dan bercita-cita besar demi negaranya !!! Boleh berbahasa English dan Afrika.

3.Anthony Hakim –LEBANON ~ (semi finalis)

~on your mark...get set ..go to the bed!!


Pemilik kelab malam?? Aiyoo..umur 24; ada ijazah dalam Pengurusan Perniagaan. Boleh berbahasa Arab, French dan English.Juga seorang model.

4.Nebojsa Malesevic -BOSNIA & HERZEGOVINA

~Hai semua, jangan lupa AFundi Dafi occay!!


Lahir di Banjaluka, Nebojsa merupakan pelajar tahun 2 Fakulti Senibina dan Kejuruteraan Awam. Seorang model, pengacara TV dan pengurus stesen radio. Juga pemain bola jaring kebangsaan. Cita-cita arkitek, menerbitkan buku puisi sendiri (ala2 Shahrizal) dan mengembara seluruh dunia!!

5.Roman Demchenko -RUSSIA

~I blaja Catwalk ngan Shahrizal tau!!


Graduan Moscow Institute of Culture juga seorang model. ~seperti biasa~
Banyak muncul dalam majalah popular dan juga model klip video penyanyi Rusia; Alsu. Pemain professional Rusia dalam sukan American Football .


6.Alonso Fernandez Alvarez -Costa Rica

~Kasih berbunga lalang...


Alonso, 24, model dan pembantu pengurus syarikat. Gemar yoga, gimnastik, akrobatik dan renang. Boleh berbahasa English, Spanish dan French!!

7.Harley Von Moger –Australia

~Ada suara Ada cinta...


Pemenang anugerah Geelong’s Bachelor of the Year (2006) membesar di Victoria Tengah berhampiran pantai Anglesea. Pelajar tahun 3 Engineering/Commerce di Deakin University.Gemar olahraga, berbasikal, motosikal, bola sepak dan rock climbing. Hobi menonton wayang dan mengikuti perkembangan fesyen.

8.Juan García Postigo – Spain (Juara)

~syurga Di Hati kita


Juan; 25 seorang pengembara sejati. Belgium, Mesir, England, Perancis, Malta, Belanda, Puerto Rico, Switzerland dan Itali sering dikunjungi bukan saja kerana cuti tapi karier sebagai model, pelakon dan pengacara. Hobinya ialah memancing, bermain bola sepak, ski air dan memasak!! Boleh berbahasa English, Italian dan Spanish semestinya!

9.Johaney Albor - Republik Dominica

~Bagai Gahara



Johaney adalah seorang Physiotherapist yang gemar sukan renang, pergi ke gim dan kick boxing!! Lahir di Caracas, Venezuela sebelum pulang ke kampung keluarganya di Republik Dominica. Suka menari Hip Hop dan tarian Latin.

10.Silvert Aassve - Norway

~Renungan Terakhir


Baru berusia 19 tahun dan merupakan pekerja sosial bagi komunitinya!~wah meletup!! Juga bekerja sambilan di gerai surat khabar!~ aiyo pasti laris!! Hobinya gemar sukan bermotor, menyelam, tenis dan memanjat gunung.

Itulah tadi top 10 pilihan Blalang, sebenarnya ada lagi yang merembez tapi cukuplah sampai top 10 sahaja ~ matila nak buat top 50 plak!!
Ooops ada yang tak puas ati?? Nah.... ini baki Top 11 -20 .. dah jangan rebut2!!

11.Omar Awad – Mesir (EGYPT) ~Graduan Komputer Grafik

~Sedalam mana cintamu?

12.Hugo Villegas –COLOMBIA ~model, pelajar System Engineering



~Setiaku korbankan

13.Jorge Aceves –MEXICO ~ pelajar Sekolah Tinggi


~Cintamani


14.Ho Duc Vinh – Vietnam: pemenang tempat ketiga pertandingan Supermodel Vietnam


~Seandainya masih ada cinta


15.Romeo Quinonez -PUERTO RICO ~ 25 tahun; atlit angkat berat dan pemenang emas sukan Javelin


~Kau kunci cintaku dalam hatimu



16.Jon Gunnlaugur Viggosson ICELAND _- 24 tahun;pemilik syarikat barangan sukan


~pelamin anganku musnah


17.Emanuel Mago - PHILIPPINES –~Atlit bola jaring dan pemenang anugerah atlit terbaik Filipina


~Janji manismu


18.Warren Harvey -ENGLAND – jurulatih kecergasan


~Sandarkan pada kenangan


19.Lejun Tony Jiang –CHINA (pemenang tempat ketiga)
perunding pelaburan dan pengurusan serta model iklan


~ke hujung dunia


20.Leigh Brookman -WALES ~ 23 tahun; Designer Trainee

~Usah ditambah bara yang tersimpan


Harap korang puas ati ek... pilihlah antara 20 tu. Penilaian persendirian memang berbeza-beza apatah lagi tezz masing-masing!! Penilaian cantik ni satu yang subjektif yer....nak tengok yang bakinya pegilah tengok kat website Mr. World sendiri...manatau ada yang tezz kat peserta Negro gitew!!

Label: