Ulasan Konsert 5 AF 5
Konsert kelima ini menunjukkan graf menurun sekali lagi dan nampaknya sejarah konsert kelima AF 4 berulang. Pun begitu jika dibandingkan pada konsert AF4 yang menyaksikan Velvet membawa lagu Sangkar Cinta (Ziana Zain), Farhan- Biarlah Rahsia, Salima- Because Of You ..ternyata konsert AF 5 kali ini berada di bawah par persembahan terburuk AF 4 itu.Persembahan dimulakan dengan lagu hindi ...erm tapi Himitsu kata ta sehebat AF 3 yang menampilkan Amylea sebagai penari utama dan Mawi feeling ala2 Shahrukh Khan!!
aiyoyo...
Kata kunci Kak Ogy minggu keempat iaitu Improvisasi nampaknya tidak diguna pakai dalam persembahan pelajar kali ini. Belum pun mereka melaksanakan improvisasi, kata kunci baru iaitu Kreatif dalam persembahan ditekankan pula. Promosi rancangan Muzik-Muzik secara tidak langsung berlaku dalam AF kali ini. TV 3 harus berterima kasih kepada Aznil, Hattan, Norma Norell dan Mila kerana turut serta dalam promosi itu!
Baju ni mengerlip....tapi Dekna tak muat occay!!
~ Itu Kamu - Estranged : Dinyanyikan oleh Aizat
Ni konsep ala2 3 Stooges
Kemunculan Rich beserta mikrofon tidak berfungsi sememangnya merupakan kejutan yang tidak menjadi. Aizat yang menyanyi dengan lagak “I’m better than Rich “ (yelah dah Rich nyanyi tak kuar suara) mendapat boo daripada beberapa penonton yang anti beliau. Sekali kali Aizat dibelasah pengkritik yang kena pada masanya!!
~Bibir Mesra Jiwa Parah - Zam Zam : Dinyanyikan oleh Dafi
Auuww!! ~matila i feeling Jacko~
Vokal Dafi kedengaran flat dan tiada versatiliti. Pun begitu tariannya untuk lagu ini harus mendapat pujian berserta raut wajah yang amat cumil bak kata Himitsu. Pun begitu, Dafi masih belum menunjukkan vokal terbaiknya. Kunci kepada kejayaan lagu-lagu lama ialah nyanyian menusuk kalbu dan ternyata Dafi tidak berjaya.
~ Puncak Kasih - Ziana Zain : Dinyanyikan oleh Mila
Dalam air tenang..ada buaya berenang...
Kerisauan Lang tentang nada rendah Mila terbukti benar. Mila sememangnya tidak mampu seperti pada konsert pertama melalui lagu Bersamamu(Siti Sarah). Pun begitu nada tinggi Mila tidak perlu diragukan dengan ‘suara lepas’. Puncak Kasih merupakan salah satu lagu kegemaran Lang. Kecewa sungguh dengan susunan muzik lembik dan dipotong-potong. Mungkin inilah yang merosakkan “journey of emotions” bak kata Syafinaz itu!! Ini tidak sepatutnya berlaku kerana muzik yang asal boleh diperolehi daripada Cikgu Adnan yang mencipta sendiri lagu ini!!
~Diam-Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram : Dinyanyikan oleh Heliza
Jangan-jangan kau menggoda...
Lagu ini sememangnya berkonsepkan gedik santai. Heliza terlalu mencuba untuk menjadi sebegitu sehingga menampakkan segala perlakuan atas pentasnya tidak natural serta menjejaskan vokalnya. Heliza terlalu ingin memuaskan hati cikgu dan pengkritik sehingga lupa pada penonton. Nampaknya graf persembahan Heliza semakin menurun sejak konsert pertama. Diharapkan Heliza tidak menghampakan rantaian peminat yang menggelarkan penyokong S.H.E (Syawal- Heliza-Ebi)
~ 60's TV - OAG : Dinyanyikan oleh Aswad
Jom pekena NAsi KAndaq!!
Lagu ini memerlukan penyampaian yang relaks namun Aswad nampak tidak selesa dan rimas. Mungkinkah disebabkan perkataan English atau rambut palsu yang melekat di kepalanya?? Sebutan Englishnya agak menduka citakan. Pun begitu, tenaga dan kesungguhannya masih boleh dipuji.
~ Pada Syurga Di Wajah Mu - Nash : Dinyanyikan oleh Rizal
Ermmm...ko ingat ko tu chanteque???
Lagu ini sepatutnya adalah lagu penyesalan. Pun begitu, perwatakan suami memarahi isteri terbawa-bawa sehingga nampak Rizal menyanyikannya dalam marah!! Rizal ada masalah sebutan yang tidak bulat seperti Syafinaz katakan. Lagu ini juga menjadi sengau ditangan Rizal!! Rizal masih belum mampu menawan hati melalui vokal tetapi sebaliknya pula berlaku dengan bakat lakonan!!
~ Unfaithful - Rihanna : Dinyanyikan oleh Dekna
Lihatlah diriku yang seiras Dynaz ni!!
Lagu kegemaran Hattan ini bukanlah kegemaran Lang. Lagu ini kurang improvisasi dan terlalu middle notes. Dekna membawakannya dengan caranya dan kelihatan cantik pula malam itu! Sedikit peningkatan pada kawalan vokalnya namun Dekna gagal menggoda pengundi gara-gara kontroversi yang melanda sepanjang minggu lalu. Kak Ogy kecewa dengan Dekna yang gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk mempamirkan vokal hebat. Pun begitu,pada pendapat Lang; lagu ini lebih memerlukan vokal yang melepas geram!
~ Layu Sebelum Berkembang - Broery Marantika : Dinyanyikan oleh Ebi
apa yg layu sebelum kembang ni??? konpius I!!!
Ebi bermula dengan pose di tepi piano yang tidak digemari Syafinaz. Pun begitu, bagi Lang itu adalah satu cara interaksi dengan pemain piano yang masih menarik hati walaupun dah terlalu klise. Vokal Ebi tidak kesampaian dan kunci kepada lagu lama iaitu nyanyian menusuk jiwa gagal dilaksanakan dengan baik. Pun begitu persembahan Ebi masih lebih baik berbanding rakannya yang lain.
~ Berdua Lebih Baik - Acha Septriasa : Dinyanyikan oleh Candy
kanak-kanak semua..ini nombor dua yer!!
Lagu ini sememangnya penyelamat Candy. Lagu ini tidak memerlukan teknik vokal yang terlalu hebat. Candy masih menyanyikan dengan memek muka ala2 diva yang tidak dapat diterima oleh Lang. Candy harus membuktikan kehebatannya berbanding senior Sabahnya seperti Linda, Marsha dan Velvet.
~ Cinta Tak Karuan - Amigos : Dinyanyikan oleh Shawal
Gelek gerudi...~matilah feeling Inul!!~
Syawal cuba membawa aura persembahan konsert keduanya ke dalam lagu ini. Akan tetapi gelekan Syawal tidak dapat diterima dan agak melebih-lebih. Persembahan ini masih menghiburkan walaupun vokal Syawal biasa-biasa aje.
Ranking Pilihan Blalanglalang
1.Mila
2.Ebi
3.Syawal
4.Dafi
5.Dekna
6.Candy
7.Rizal
8.Heliza
9.Aswad
10.Aizat
Label: variasi















