konsert suara hati Sudirman
hari ahad (semalam) berkesempatan tengok konsert suara hati kat TV1...(tengok TV je) dengan MrF...seronok dapat tengok konsert yang merupakan tribute kepada Artis lelaki paling LAng minati ni!! Dimulakan dengan nyanyian Mawi dengan lagu DIR-nyanyian asal Rahim MAarof. Nyanyian MAwi kurang membrangsangkan untuk lagu tersebut..tak kesampaian feel lagu tu!! Rasanya baik bagi orang lain nyanyikan seperti Zahid, Bob atau Faizal AF4 yang lebih menonjol malam itu berbanding MAwi. Pun begitu konsert selama 2 jam itu diselitkan dengan klip2 yang menarik, mengingatkan kita kepada Allahyarham yang belum ada penggantinya sehingga kini.Al Fatihah.PErsembahan paling memukau, ialah JAclyn Victor dengan lagu One thousand Million Smiles. Ternyata versi Jac adalah terbaik berbanding versi Syafinaz dan CT yang pernah nyanyikan lagu ni!Siapa yang boleh menarik nada setinggi JAc ketika melampiaskan perkataan "smile" di akhir lagu seperti itu??
Persembahan seterusnya yang juga cemerlang ialah Misha Omar dengan lagu Terasing yang mempunyai julat rendah ke nada tinggi yang luas. Ternyata Misha mampu mengawal vokalnya dengan baik tanpa merosakkan feel berhantu dalam lagu itu dan mengundang sorakan penonton yang mula bersemangat kembali. Bintang TV realiti paling cemerlang ialah Bob melalui lagu Kulit...bagus lontaran vokal macam Bob ni, puas dengar!! Zahid juga tak kurang hebat terutama dengan lagu Pulang Dari Kilang.
Yang lain kurang menyengat. Persembahan CT sama seperti dalam Konsert di Istana Budaya...tak surprise pun!! Rasanya ini konsert terbesar pernah RTM buat...tahniah meletup gak walaupun agak meleret!!
ini rank persembahan paling mantap pilihan LAng....
1. JAc-one thousand million smiles
2. Misha Omar- Terasing
3. Ning-Aku penghiburmu
4. Bob- Kulit
5. Datuk CT-Salam Terakhir
6. Ramli Sarip- Milik siapakah Gadis ini
7. Zahid-Pulang DAri Kilang
8. Saleem-Merisik Khabar
9. Faizal AF4 &Izwan Pilus- Dengar RAdio
10.Lotter - Chow Kit Road
Label: variasi



