* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Mac 13, 2007

wayunk3 lagi!!!!

Bertemu lagi dalam segmen wayun3..kali ini Wah3…minggu yang cukup santai bagi Lang kerana sempat menonton 3 buah filem yang berlainan bahasa dan genre….Primeval, Mukhsin dan Metroseksual.Ketiga2 filem punyai jalan cerita yang kuat...Primeval disaksikan bersama Grey dan membernya yang misteri itu...manakala Mukhsin dan Metrosexual bersama Mr F!! kita ke segmen kritikan sekarang juga!!!!!!

Iklan: Kisah bersama Grey

Filem Primeval Lang dapat tontoni bersama Grey a.k.a Mr Kelabu bersama kawannya...siapa?? biarlah rahsia katanya!!Kami bertemu jam 830 selepas Grey selesai solat Isyak...kemudian kami bergerak ke Burger King... Plak tu Lang terserempak plak ngan A-Del yang sedang menunggu tayangan Mukhsin tapi sempat melantak dulu...sori A-Del sempat melambai aje!! Kami ke Burger King untuk makan dulu kerana member Grey itu sudah kelaparan. Dalam panggung kami di kedudukan tepi...sengetlah gambar yang ditonton!!Plak tu bisingnya mulut orang belakang Lang ni..gferam gak!! Lepas je tayangan tu...kami berpisah di tempat keluar parking KLCC itu kerana hari dah pun lewat malam!!! Jumpe lagi ek Grey!!!

Primeval

Mengisahkan seekor buaya pemangsa yang ganas serta diselitkan kejahatan manusia bergelar buaya kecil yang bersikap kejam. Fielm yang dinantikan oleh Grey ini menepati konsep suspen kerana ramai gak yang menjerit dalam panggung tu walaupun Lang kurang terkejut sebab dah agak merasa stereotaip ngan filem2 saspen sebegini!!

Lang agak kecewa juga kerana terpaksa menunggu selama setengah babak filem ini untuk melihat kelibat fizikal buaya gergasi ini..... Penonton pula sampai hilang fokus dibeberapa babak kerana penceritaan mula teralih kepada kekejaman konco2 penjahat yang membunuh orang.

Watak pemuda Afrika-amerika menceriakan sedikit filem ini dan watak hero plak agak biasa2 je walaupun Grey tezz banget kat hero yg bernama Dominic Purcell yg berbulus2 ittew!!



"mana lah Grey ni...tunggu dia dah lama ni!!" , keluh Dominic Purcell


Efek dalam filem ini agak kabur dan dibeberapa babak shotnya agak gelap samapi penonton bertanya “gelapnya..apa yg terjadi??”

Filem ini berlabel 18Pl memang tak seswai ditonton kanak2 krana ada adegan bunuh orang dengan pistol dan pancun kepala oleh konco2 si buaya kecil juga babak Buaya gergasi itu mengunyah kepala ketua penjahat itu bagaikan mengunyah M&M’s!!


"oh Grey..thanks god I found you!!"


Meter merembez bagi filem ini ialah 4/10 sahaja..kerana Lang kurang teruja untuk menonton kembali filem ini dalam bentuk apa jua!!



Mukhsin

Mula2 masuk panggung, Lang dimomokkan dengan perasaan bangga kerana akan menonton salah sebuah filem Malaysia yang merangkul banyak anugerah di luar Negara sebelum ditayangkan lagi! Mukhsin yang berkisarkan tentang percintaan kali pertama dalam hidup seorang wanita bernama Orked yg juga watak utama dalam filem Sepet dan Gubra. Barangkali ini adalah pelengkap trilogi filem mengenai Orked ini!!

Watak Mukhsin lakonan Syafie ni adalah 2 tahun lebih tua daripada Orked yg berumur 10 tahun dan tinggal bersama Makcik dan Abangnya kerana krisis ibu bapa. Melihat watak Mukhsin ni ada la juga sebab untuk dicintai Orked yang merupakan gadis lasak sedangkan Mukhsin ; lelaki sopan dan bijak melayan Orked.

Rambutmu sungguh kasar!!tapi I like!!


Suka juga melihat Syafie dalam ni walaupun ketika melakonkan watak ini masih kecil lagi...bodynya agak mantap bagi kanak2 seusianya!!!

Graf penceritaan filem ini adalah cantik dari permulaan sehingga ke hampir ke akhir cerita. Pun begitu, dibabak2 akhir, Graf cerita menjunam secara mendadak dan mengheret penonton dengan rasa kurang senang. Kisah jiran sebelah rumah terus ditenggelamkan dengan pemergian Mukhsin. Mungkin tak mahu over shadow, tapi rasanya watak jiran itu agak kuat juga dalm filem ini!!

Latar belakang zaman filem ini juga agak mengelirukan. Di kereta Beetle Pak Atan tertampal tamat tempoh roadtax pada September 1994 tapi ada pula pondok telefon warna jingga model 1980 an yang masih kelihatan baru bagai props yang sengaja dicipta untuk filem itu ....sedangkan di zaman 90an pondok telefon aluminium telah menggantikan pondok plastik itu!! Apakah motif shot di pekan lama jika hendak mewujudkan suasana zaman dulu sedangkan ketika Pak Atan ke bandar, kelihatan kereta model tahun 2000an (atau akhir 90an) meluncur dijalan raya??

Di kampung itu pula bagaikan tiada yang berkemampuan untuk memiliki kenderaan sendiri!! Diikutkan kalau “Mukhsin” adalah prekuel kepada Sepet, maka tahun 1990 an adalah logik namun jika dikaitkan dengan dengan Orked sebenar agak questionable!! Jadi zaman bilakah “Mukhsin” berlaku??

Diakhir filem, penonton dibawa untuk menonton adegan krew2 bersama pengarahnya menikmati alunan lagu keroncong “Hujan” versi asal Mak Inom dengan petikan piano Pak Atan yang cukup merdu. Pun begitu, dalam filem ini yang menyanyikan lagu keroncong merdu itu ialah Adibah Noor yang memegang watak Mak Yam (bukan Mak Ayam occay!!) berbanding Mak Inom (Sy.Aleya) yang hanya tahu menari sahaja!! Mungkin ada mix and match dalm penceritaan filem ini kot!!!

Pun begitu adegan sebalik tabir itu menerbitkan perisa amatur pada filem ini, seolah2 untuk tontonan krew2 filem sahaja, kerana penonton umum tidak memahami motif tayangan itu, sekaligus mewujudkan perasaan “ntahapapa” dan konpius ngan kemahuan pengarahnya terhadap penonton!!Apatah lagi , para pelakon tidak pula dimunculkan dalam adegan sebalik tabir itu, seperti tiada maknanya!!

Mukhsin, mungkin target pasaran untuk kanak2 yang bercuti bermula minggu ini, tetapi agak kurang sesuai bagi kanak2 yang mentah untuk menontonnya!! Pun begitu, realitinya ; budak sekarang sudah pandai bermain cinta meskipun masih belum tamat sekolah rendah lagi!!! Meter merembes filem ini ialah 4/10...tengok sekali dua dah cukup....enough!!!


Metrosexual (Gang chanee gap ee-aep)

Filem Thailand sememangnya agak terbuka dan kadangkala hasilnya mengejutkan!! Filem Metrosexual ini menjadi keinginan Lang untuk menontonnya sejak membaca preview di sebuah akhbar tabloid. Filem yang mengisahkan 4 sahabat wanita yang ingin mengelakkan sahabat mereka berkahwin dengan seorang lelaki yang disyaki PLU. Lelaki itu mempunyai ketrampilan kemas dan teratur, gemar bershoping dan tahu perihal fesyen melibihi seorang wanita!!


"Hey nyah..make up U macam badut la!!"


Filem ini dimulakan dengan adegan model2 lelaki yang cumil2 berjalan catwalk tanpa berbaju sekaligus membuatkan penonton (seperti Lang ni) teruja!! Kemudian terselit juga babak2 melibatkan watak sampingan yang dilakonkan pelakon yang ensem2 bertaraf anak udang yang bekerja sebagai promoter...meletup sungguh pelakon2 muda dalam filem ni sehinggakan Mr.F pun terlepas cakap “meletop!” dengan nada yang agak kuat ketika kuarnya watak tersebut!! Nasiblah tak ramai dalam panggung tu, dan brader sebelah dia pun buat taktau aje (maybe he’s got something??)


Poster filem yang sungguh sesuatu!!


Filem ini wajib ditontoni oleh warga komuniti PLU MALAYSIA dan anda semua!! Ada tips2 mengenal PLU yang pastinya melekat dihati penonton!! Dengan penceritaan dan graf yang konsisten, meter merembez filem ini ialah 9/10 dan pastinya Lang nak menjadikan VCD atau DVD filem ini sebagai koleksi peribadi!!

Label: