Wayang Melayu lah pulak
Fuuh.....tak sangka dah nak masuk Mac 2007!! Penat rasanya selepas kerja kahwin akak LAng ni...jiran sebaya sebelah rumah pun dah bina masjid ngan gadis pilihannya...erm... adala skit pressure kalau difikirkan bila LAng akan kahwin ni!! Nantilah I kawen yer!! laaaambaaaat lagi!!!Plak tu, dalam bulan Februari ni..sempatlah LAng menyebokkan diri sambil nonton 2 filem Melayu yang kununnya terhangat skang ni...Qabil Khusrie Qabil Igam dan Puaka Tebing Biru (bukan kelabu occay!!)..mak uih...direktor skang ni..semua boh tajuk panjang2!! Oklah ini adalah ulasan LAng ni ..tapi ni dari sudut kaca mata LAng ajer...takde pengaruh mana2 pihak occay!!
Qabil Khusrie Qabil Igam
permulaan promosi filem ini..golongan sasaran dimomokkan dengan bayagan bahawa filem ini adalah filem ala2 hindustan (gara2 tajuknya) dan menggunakan elemen lucu sebagai teras.
Pun begitu , ramai tertipu!! elemen drama airmata lebih menonjol di pertengahan cerita sehingga tamat filem ini. Lakonan Rusdi RAmli sememangnya berkesan..mungkin inilah hikmah Yusri keluar dari filem ini kerana watak Qabil Igam terlalu berat buat penyanyi KRU itu!!Pertama kali Ziana membawa watak kakak kepada Erra sedangkan sebelum ini Erra menjadi kakak kepada Ziana dalam MAria MAriana!! Agak janggal juga perasaan mulanya...tapi lama2 leh terimalah watak2 itu!!memang pun ZZ lagi tuek dari Erra occay!!
ni apa tarian gunting2 ni??
LAkonan Erra Fazira dan Fauziah NAwi berjaya menambah lagi perisa dalam penceritaan filem ini. Pun begitu, suara dubbing Fauziah NAwi tidak 'sejiwa' dengan wataknya dan adakala kedengaran kurang sesuai! Lakonan Ziana kurang diberi cabaran tetapi memberansangkan (I minat Kak ZZ occay!!)..lakonan Hans pula agak kaku...(sorry ek Shahriz!!) tetapi tarian Hindustan dalam filem ni leh dikatakan menjadi juga berbanding dalam filem melayu lain yang pnah wat adegan tarian hindi (contoh: Filem Senario dan filem Prof. Razak)
Terdapat pulak shoot yang diulang2 terlalu kerap!!!...paling menonjol ialah adegan ketika HAns hendak mencium Rusdi yang diulang sehingga 3 kali!!(motif?? I don't why!!??)
Sinematografi pula agak menghampakan. Sayang jurukamera tidak menggunakan sehabis baik view2 ketika air bah kelihatan seperti tasik, babak di sawah padi dan juga di tepi sungai malah ketika adegan di majlis kahwin juga kelihatan terlalu 'sesak'!! mungkin lebih baik upah saja Grey yang sedang lena tidur itu!!
Filem ini berjaya mebuai perasaan serta membuat penonton kaum hawa menangis teresak esak ..ia turut mencabar kelelakian jantan macho seperti Shahriz!! LAng beri 3 bintang bagi penceritaan dan lakonan yang mantap bagi filem ini!!
Puaka Tebing Biru
Filem seram yang dinantikan kerana pertama kali pengarah filem pendek ternama melibatkan diri dalam filem komersial! Elemen seram digunakan sebagai promosi namun sekali lagi penonton ter'tipu'.
Sepanjang bab permulaan filem, semeangnya elemen seram berjaya diserlahkan!!tahniah pengarah!! pun begitu, graf filem ini sentiasa turun naik dan diselit pula dengan sesi penerangan tentang sebab musabab sesuatu itu terjadi secara detail sehingga membuatkan penonton dipanggung sentiasa melihat jam tangan mereka dan terdetik "bilalah nak abis ni?".
turutan pelakon terchantek dalam filem ni..Fahrin is the winner!!
Watak2 dikembangkan dengan baik tetapi tidak sehingga ke akhir cerita dimana watak mak NAsha (Wan MAimunah) bagai hilang terus!! lakonan Nasha Aziz pula tidak konsisten berbanding Umi Aida dan Sy. Amani. Babak filem ini ada yang kurang asli malah seperti pernah disaksikan dalam filem lain. Seperti irama nyanyian dari suara si hantu (seperti dalam PHSM) yang kemudiannya dinyanyikan dalam versi lelaki oleh Fahrin (juga seperti dalam PHSM ). Nyanyian Fahrin itu mengundang hilai tawa penonton kerana kedengaran agak pelik!!(maybe pitching lari kot atau suara pec lobs kuar noks!!!)
Ada babak dimana kawan NAsha berbangsa Cina yang tinggal serumah,memberikan kata2 peransang kepada NAsha dengan meletakkan tangan dibahu (dari belakang) sambil mengusap2 lembut rambut Nasha sehingga menimbulkan 'sesuatu' kepada watak NAsha ini!! juga pelik pekerja hospital kerajaan leh kaya bawa Vios dan tinggal di Kondo dengan view KLCC lagi sehingga menambah elemen pelik!!
Babak berkemban turut dipaparkan!!Pastilah NAsha menjadi mangsa ...tapi Fahrin juga nak dijadikan mangsa!!(demi penonton2 seperti Shahriz dan kami ni kanjuga babak pemanas badan antara Umie dan Fahrin selepas berpegangan tangan!!??)..merembez gak babak2 ittew!!
Filem ini terlalu drama dan sememangnya meleret2 walaupun cuba dinafikan oleh pengarahnya!!(aiyo yg nak tonton ni diri pengarah sendiri ke??)
Lang leh bagi 2 bintang sahaja kerana lakonan kurang memberi impak oleh mana2 watak pun dalam filem ini!!
Label: variasi