* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Januari 30, 2007

Gathering Tahun Baru : Episod 2

Pagi itu dimulakan dengan Himitsu keluar bersarapan dengan seseorang dan kedatangan Tednet yang menyatakan komitmennya sepanjang 2 hari itu!! Kami semua terus bersiap2 untuk memulakan acara yang akan berlangsung hari itu!! Erm.. sesi bersiap2 memang mengambil masa sikit...yelah Diva2 semuanya!! Keh3

aiyo...Ampang Park lagi!!


Selesai bersiap, kami ke Ampang Park sekali lagi untuk membalas dendam kerana tidak dapat makan di sebuah restoren yang sepatutnya pada hari sebelumnya!! TedNet menjadi pemandu bersama2 Lang!! Manhattan Fish Market yang tidak pernah dikunjungi itu menjadi pilihan. Ketika sesi order makanan, kami agak lambat memesan kerana tidak tergambar lagi apa yang bakal terhidang. Cuma ayat2 dari menu itu sahaja menjadi daya penarik!! Kami memesan Alaskan Pollock Chip dan Fish n Chips selain air Teh yang boleh di refill!! Lang dan Grey memesan air mangga yang sedap tapi tak boleh refill pulak!!bosan3

Hiasan Luaran dan Dalaman kedai ni memang meletops!!


Sampai je order terus kami teruja dengan presentasinya!! Order Himitsu dan Grey iaitu Fish N Chip tiba dahulu sebelum Alaskan Pollock Chips. Ternyata rasa makanan tidak mampu menembusi tembok selera kami meskipun Himitsu, F dan Afeer dapat menghabiskan makanan!!

Kami seterusnya masuk ke pusat beli belah itu untuk mensurvey barangan cendera hati untuk Angah....tetapi tak ada pula yang menarik hati! Pun begitu, kami tetap tunjuk skill catwalk masing2 di situ!! meriah uols!!!

Lalu kami ke pusat boling di tingkat atas untuk bermain boling...tapi ada pula tournament yang sedang berlangsung...terpaksalah kami menunggu!! Sempat lah kami bersolat dahulu sebelum bermain. Petang itu cuma Lang, Himitsu, TedNet dan Shahriz yang mendaftar diri untuk bermain...F, Afeer dan Grey duduk di kerusi penonton sahaja. Di game pertama Himitsu menunjukkan kecemerlangannya apabila dapat membalas kekalahannya kepada Shahriz pada gathering yang lalu. Lang Cuma tempat ketiga diikuti Tednet.

Di Game kedua pula TedNet menarik diri dan menyerahkan kasut ‘tuah’nya kepada Afeer. Gaya permainan Afeer yang penuh drama itu sungguh menarik perhatian. Grey turut tertarik dan siap snap2 lagi!!! Game kedua itu agak perlahan.....Menariknya prestasi Shahriz dan Himitsu kurang menyerlah di awal permainan dan membolehkan Lang lead hingga ke frame ke 6 sebelum Shahriz memotong jumlah jatuhan pin Lang yang tidak konsisten!! Pada frame ketujuh, oleh kerana lane yang kami gunakan mempunyai masalah, pekerja boling itu menukar kami ke lane bersebelahan. Akibatnya balingan Lang makin ntahapapa dan membolehkan Himitsu mengalahkan Lang dengan satu bezaan pin sahaja!! Keputusannya Shahriz dapat mengalahkan Himitsu, Lang dan Afeer!!

Selesai menari gelek di pusat boling itu, kami ke KLCC pula. Dalam pada itu , Akak Lasagna ada menghantar mesej ingin menyertai kami untuk menonton wayang. Kami terus sahaja beratur tanpa mengetahui apa filem yang hendak ditonton kerana filem Kuntilanak dan beberapa filem lain sudah kehabisan tiket!!

Daripada kesemua member yang beratur, akhirnya tinggal Lang, F dan Grey saja yang terus beratur!! Grey sempat meliar2kan bola matanya melihat tezz beliau yang ada disitu!!Lang layan saja!!! Kemudian datanglah Akak Lasagna yang perasan Lang dari kejauhan tapi tak perasan pula Himitsu yang dekat je dengan beliau!! Lang menunjukkan kepada Akak Lasagna kedudukan Himitsu itu!! Terus di tepuknya Himitsu!! Akak Lasagna sempat berkenalan dengan Tednet, Shahriz dan Afeer sebelum menanyakan filem yang bakal ditonton kepada Lang melalui telefon. Lang yang tak kisah setuju sahaja apa jua pilihan mereka!! Tiba di kaunter , Himitsu datang dan tolong memilihkan filem, Mitsu plak kecewa tidak dapat menonton Evan Sanders berlakon....ermmm cian!!akhirnya filem “Epic Movie” menjadi pilihan putus terpaksa Himitsu!!

Oleh kerana masa tayangan yang masih lambat lagi, kami kemudian mengambil keputusan untuk mencari hadiah kepada Angah. Himitsu dan Grey akhirnya dapat jupe hadiah yang ingin diberikan kepada Angah tersayang dan kemudiannya kami singgah sebentar di Food Court untuk minum2. Grey dan F menjadi mangsa beli air. Sempatlah berbual2 , bergosip sana sini di meja itu. Paling tidak dapat dilupakan kisah Afeer menggunakan judul lagu Ziana Zain sebagai tema dalam penceritaannya!!Lang, Himitsu dan Shahriz pun turut menokok tambah...abis keluar semua tajuk lagu, Setiaku Disini, Antara Ikhlas dan Paksa, Kalau Mencari Teman....dan banyak lagi!!

Turut mendapat perhatian Akak Lasagna ialah satu keluarga berpakaian kuning dengan Ibu dan 2 anaknya berbaju kuning..tapi bapanya tidak pula kelihatan!! Oleh kerana Grey berbaju kuning petang itu, maka Grey dituduh bapa kepada budak 2 orang tu!! Keh3


Kemudian kami ke panggung dan mulalah menonton dalam kegelapan!!!

Epic Movie sebuah filem sinikal ala2 Scary Movie memang melucukan! Tetapi ada plak part yang agak kurang difahami lalu menyebabkan Lang yang kepenatan ketika itu terus tertidur!! Part paling lawak ialah ketika watak wanita jahat bernama White Bitch membaca myspace nya secara merangkak2!!


Epic Movie: tak tahulah nak bagi brapa bintang!! bagi Bintang Supermarket baru tau!!


Dalam grup kami, Tednet, Lasagna, Shahriz dan Afeer paling kuat ketawa!! F dan Himitsu pun ketawa juga tapi Lang pula yang terlena!!


Selesai di wayang kami ke tepi koridor untuk berbual sekejap. Akak Lasagna kemudiannya meminta diri ketika Lang, F dan TedNet ke tandas! Cuma kiriman salam dapat beliau titipkan... Anyway thanks!!!


Seterusnya kami ke Kolam Air Pancut KLCC untuk berehat sebentar. Dalam pada itu janji dibuat bersama Cek Mi dan Toolar untuk bertemu di KLCC.

Dalam pada kami melepak itu, sempatlah TedNet dan Afeer berblue tooth untuk bertukar2 koleksi gambar yang telah diambil sepanjang gathering. Lang dan Himitsu cuma merehatkan diri sambil memikirkan plan yang setereusnya!!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, Lang mengambil keputusan untuk mengajak mereka makan dahulu di Burger King sambil menunggu Cek Mi dan Toolar. Kami pun makan untuk mengalas perut masing2 sebelum Cek Mi tiba dan terus membeli makanan untuknya!! Cek Mi hanya memakan Apple Pie...mungkin kerana berdiet atau apa...hanya tuan punya badan yg tau!!DAlam pada itu, Himitsu sekali lagi meminta Lang menghafal kedudukan di dalam restoren itu...aiyo...kena lagi!!

Masing2 memesan set makanan berkentang goreng tapi tak habis pula kentang goreng itu!!! Kentang goreng itu dikumpulkan dalam satu plastik dan diberikan kepada Toolar yang tiba selepas itu!! Toolar pula tidak menolak...mahupun menarik pemberian ittew!!


Kami kemudian menuju ke tempat letak kereta dan terus menunggu Toolar di tepi Ampang Park. Destinasi seterusnya ialah rumah Kamar. Bila sampai je di rumah KAmar ,kereta Ted melalui sebelah kereta sewa LAng ..ketika itu Shahriz menunjukkan teknik mengangkat cermin tingkap dengan penuh kontrol chantek!! wah sungguh dramatik aksi tontonan LAng ittew!!!! Kami menjemput Kamar , Toolar pula meninggalkan keretanya di situ...dan kami terus ke KLIA dengan pemandunya adalah TedNet dan Lang sendiri!!

Tiba di KLIA kami terus ke kaunter D dimana Angah telahpun bersiap sedia untuk berlepas!! Kami sempat bergambar dan meyerahkan hadiah yang telahpun dibelikan!! Angah seperti biasa dengan gaya salam peluknya menyambut kami yang tiba. Sungguh menyentuh hati juga sebab kami bakal merindui Angah yang punyai imej tersendiri itu!! (bukan klon mana2 artis Qasidah tau!)

Angah kemudian bergerak ke tempat pemeriksaan setelah bergambar dan berbual sebentar dengan kami dan kenalannya...mak Angah mengucapkan terima kasih kepada kami yang sudi datang menghantar anaknya yang sungguh baik pekerti itu!!terharu mendengar lenggokan penuh syahdu suara mak Angah itu...

Pertemuan singkat itu sungguh mengharukan Lang. Kami kemudian bergerak ke rumah Kamar kembali untuk mendapatkan kereta Toolar yang ditinggalkan sebelum bertolak ke Tasik Permaisuri. Kamar menjadi driver gantian Lang yang sudah kepenatan .....akhirnya Kamar muncul sebagai driver paling bersopan santun!!!Lagu Enggan (kak Jee) berkumandang lagi!! Kaget3!!! Tiba di tasik itu kami tidak pun berjalan2 di situ sebaliknya ke satu lagi port pec lobs di Bukit Bintang. Kamar sekali lagi tiba paling lambat!!

Kami pun minum2 di gerai port pec lobs itu!! Segala manusia se-spesis nampaknya agak berani juga menonjolkan diri!! Biduanita Shahriz dan Diva Kamar paling teruja ..tak abis2 memuji kechantekan ratu2 yang catwalk di situ!! Eh..korang lagi chantek tau!!!

Selesai minum2 disitu kami ke hotel penginapan. Di bilik itu sempatlah kami berborak2, bergosip, bergurau, dan bergelak tawa. Tak lama kemudian hadir pula teman Afeer yang bergelar Mawi . Hmm memang adalah iras Mawi pun!! Patutlah ramai teruja malam tu terutama peminat Mawi...siapa ek??

Sesi gelak tawa diteruskan. Shahriz paling menyerlah sehingga mengundang hilai tawa Grey, TedNet, Cek Mi, Kamar F, Toolar dan Lang. Himitsu pula terus melelapkan matanya dengan gaya penuh plastik!! ooo tidur2 ayam yer???

Kemudiannya Cek Mi dan Toolar meminta diri kerana ingin membuat show di tempat lain pula!! Selepas itu drama pun berlangsung antara peserta berwajah macam adik beradik, Kamar dan Afeer. Ketika itu Kamar pula dengan slambanya, slow talk untuk join Afeer dan Mawi di bahagian sebelah dengan alasan katil kami sudah padat..KAmar pun berjaya mendapat habuannya dan tidur di side yang berbeza ngan Mitsu,Ted, Shahriz, Grey, Lang dan F !! Tak tahulah apa kisah malam itu kerana kami berenam tidur di katil berasingan dengan Kamar, Afeer dan si Mawi itu!! tau2 je pasangan serasi bersama itu dah ada kat bawah katil!! ganasnya KAmar!!!

Label: