kecohnya!!
Inilah kisahnya ketika Lang di tempat kerja di hari Jumaat...pagi itu Lang sibuk dengan tugasan untuk ke pejabat demi memfakskan laporan bulanan ke pusat latihan Lang...kalau lambat hantar, alamat lambatlah elaun kerajaan tak seberapa tu masuk!! Dari kawasan mesin , Lang berjalan ke opis yang berada di tingkat atas, dengan memakai seluar jeans yang agak ketat pada hari itu, langkah Lang tidaklah selaju mana.
Kemudian tibalah di opis itu, Lang terus berjumpa kerani sumber manusia di situ untuk meminta beliau menguruskan hal memfaks bagai itu!! Kemudian Lang terus ke toilet sekejap kerana ada hal yang ‘penting’!! dalam keadaan tergesa-gesa Lang pun terus masuk dan tak lama lepas tu...eh lama ke?? Ntahla lama gak kot...Lang pun terus ke kantin kerana waktu rehat pagi sudah tiba! Teringat pula bekalan di dalam kereta yang terlupa untuk dibawa turun ketika masuk ke kilang, Lang terus meraba poket untuk memeriksa kunci kereta...AIYO!!! Alamak...mana plak kunci ni????

kunci...ooo kunci!!!manalah ko ni??serabut aku noh!!!
Kemudian tibalah di opis itu, Lang terus berjumpa kerani sumber manusia di situ untuk meminta beliau menguruskan hal memfaks bagai itu!! Kemudian Lang terus ke toilet sekejap kerana ada hal yang ‘penting’!! dalam keadaan tergesa-gesa Lang pun terus masuk dan tak lama lepas tu...eh lama ke?? Ntahla lama gak kot...Lang pun terus ke kantin kerana waktu rehat pagi sudah tiba! Teringat pula bekalan di dalam kereta yang terlupa untuk dibawa turun ketika masuk ke kilang, Lang terus meraba poket untuk memeriksa kunci kereta...AIYO!!! Alamak...mana plak kunci ni????

kunci...ooo kunci!!!manalah ko ni??serabut aku noh!!!
Jiwa Lang menjadi resah gelisah....gundah gulana memikirkan nasib kunci itu yang entah ke mana!!!
Rupa-rupanya kunci itu sudah terkeluar sewaktu Lang berjalan-jalan di opis tadi...dan menggelabahlah Lang terus mengikut semula jalan yang telah dilalui pagi tadi sambil memandang permukaan lantai dan bahagian tepinya!! Lang terus mencari dan mencari tanpa menghirau masa rehat yang berlalu ketika itu!! Sampai 4 kali pusingan , Lang dah pasrah kerana keletihan ....naik tangga turun tangga (dah macam tajuk drama pulak!!)...Lang kemudian ke kantin untuk minum sekejap sebelum menyambung usaha mencari dan menyelamat! Di kantin, Lang mengadu nasib kepada teknisyen hamil yang juga rakan sekerja Lang , dengan sepenuh hati, sesi luah rasa Lang mendapat sambutan dan perhatian beliau untuk turut sama mencari!! Lang yang hanya bertujuan untuk minum sahaja, terus menuju ke opis semula untuk mencari....hampa..tidak juga kelihatan!
Lang kemudian turun dari opis dan menuju ke kawasan kerja Lang untuk membuat kerja yang tertangguh sambil mengadu nasib kepada kenalan yang ada disitu!! Teknisyen hamil itu menyuruh Lang membuat laporan kepada sekuriti dan Lang terus mengikut kemahuan beliau!! Lama pula berbual dengan sekuriti sambil2 membuat laporan itu...sah2 lah mereka akan mengecam muka Lang selepas ini!!! Selesai buat laporan penuh prosedur itu, teknisyen hamil itu mengajak Lang berjalan semula ke tempat kejadian!! Sambil2 berjalan, dia meninggalkan pesanan kepada rakan sekerja yang ditemui sambil2 menunjukkan muka empunya kunci itu....Lang!!! perasan bercampur baur terbit dalam diri..namun itu semua ditolak tepi demi misi mendapatkan semula barang yang hilang!!
Kemudian seluruh opis telahpun kecoh dengan kes yang Lang hadapi, menjadi buah mulut dari sekuriti, kerani ke cleaner dan kebanyakan pekerja!! Teknisyen itu turut membuat pengumuman....makin kecoh jadinya!!

bibir siapa lah ni...kecoh betul!!
Lang yang sudah kehilangan mood, terus menelefon ibu Lang yang berada di rumah untuk mencari kunci spare!! Alangkah terjeut dan kagetnya, kunci spare juga gagal ditemukan!! Lang turut mengadu nasib kepada ayah Lang dan beliau dengan selamba berkata kunci baru bernilai RM200!! Aiyoo.... kopaklah Lang....mahalnya kunci kereta yang satu ni!! Lang turut mengadu nasib kepada mr. F &Himitsu ....serta sempat juga berbalas2 mesej dengan kawan-kawan yang lain!!
Jam menunujukkan pukul 12 tengah hari, penyelia kerja Lang pula sibuk memberi kerja baru, lantas dibela oleh teknisyen hamil itu yang mengatakan Lang akan kerja separuh hari sahaja akibat insiden itu!!yela, banyak kerja perlu dibuat untuk membuka kereta tanpa kunci yang hilang itu!!! Lang terus menghubungi kawan Lang yang bekerja di kawasan berhampiran untuk membawa Lang pulang ke rumah untuk mencari sendiri kunci spare yang gagal ditemui itu pada waktu rehat tengah hari nanti!!
Tak lama kemudian Himitsu menelefon dan bertanyakan sitiuasi Lang...ermm perasan Lang belum juga reda!!!
Kemudian Lang bertemu member itu di’bus stop’ ...... dalam perjalanan ke kereta nya, Lang mendapat panggilan daripada teknisyen hamil itu bahawa kunci sudah dijumpai!!! Perasaan lega dan terasa dunia kembali bercahaya bagai mentari terik membakar kulit terasa pada waktu tengah hari yang sememangnya panas terik itu!! Alhamdulillah....perkataan pertama terucap!! Pun begitu kunci itu tidak boleh lagi diambil kerana waktu itu ialah waktu rehat solat& makan tengah hari!! Terpaksalah menunggu lagi!!
Lang terus memberi tahu khabar gumbira itu kepada ayah dan ibu....(macam tajuk lagu)
Demi menenagkan perasaan mereka yang turut terasa dengan kejadian itu!! Lang turu memberitahu kawan-kawan bahawa keadaan sudah kembali tenang!!
Selesai makan &solat Jumaat, Lang terus ke kilang dan mengajak teknisyen itu untuk berjumpa wanita yang menemui kunci itu!! Rupa2nya wanita itu ada sewaktu Lang mengadu nasib di dalam kantin itu dan duduk dekat je pada waktu itu!!hampeh juga terasa kerana kenapa pula dia bertindak senyap sahaja??? Wanita itu menjumpainya sejurus je selepas tercicir dan patutlah Lang cari tak jumpa!!
Kami kemudian ke tempat kerjanya ...tapi tuan punya badan tiada pula!!! Kami bertanyakan kepada jiran-jiran sekerjanya dan mereka memberitahu kunci itu sudah pun diletakkan di kaunter ‘hilang&jumpa’...
Lang terus berlari2 anak ke kaunter itu dan bertanyakan tentang kunci itu!! Dengan kekwatnya, kakak kaunter itu berliuk lentuk dengan kunci itu bagaikan tarian PGL sambil dengan lagaknya bagai permaisuri bertakhta!! Sejurus je dia meletakkan diatas kaunter yang bagaikan kaunter ubat di klinik itu, Lang terus mengapai dan menggenggam erat penuh kesyukuran kerana ujian Tuhan yang menimpa sudah pun berakhir!! Terasa nikmat kebebasan dan Lang pun terus keluar dari opis itu dan melayan sahaja sindiran daripada warga opis yang sudahpun mengetahui perihal hari itu!!
Lang terus ke tempat kerja dan menyetelkan apa yang patut sebelum balik ke rumah dengan lega hati dan seronok pula memandu ketika itu!! Yang pasti , diri Lang sudah pun menjadi buah mulut pekerja pada hari itu dan pastinya mendapat publisiti tak diundang!!! Uik.... tak sangka juga kawan2 lain pun dah tau cerita ni!!!cepat sungguh tersebar!!!
Label: kisah blalang



