* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, November 22, 2006

Gathering syawal dan Hari Jadi Lang!!!

Alhamdulillah...selesai juga perancangan membuat gathering sempena Syawal kali ini. Sememangnya diatas kertas nampak kurang teratur berbanding gathering-gathering yang lalu, tetapi perasaan gembira yang Lang dapat ikongsi bersama hadirin hadirat sepanjang 3 hari bermula jumaat dan berakhir Ahad lalu adalah sangat bermakna!! Banyak kawan baru yang dapat dijumpa!! Sempena hari jadi Lang yg lepas kehadiran mereka adalah satu hadiah yg bermakna!! Terima kasih kepada mereka yang datang!!!

Perkisahan Jumaat

Jumaat lalu, Lang keluar awal dari tempat keje lebih kurang jam 4 lebih dan terus menuju ke Puduraya untuk menjemput Himitsu. Kesian rasanya Himitsu terpaksa menunggu sendirian sebelum Lang menjemputnya. Sampai disana, terus ditanya apakah rancangan yang bakal menyusul....ermm.. rupa-rupanya Himitsu telah berjanji untuk bertemu selebriti yang bakal meletop iaitu A-Del di Sogo. Kami pun terus ke Sogo, sampai je sana tetiba Lang sakit perut plak!!Aiyo... lepas tu harus ke nak citer Lang buat apa??

Selepas selesai urusan mengejut itu, Lang sempat ke farmasi untuk membeli ubat penawar. Kemudian kami terus ke bahagian pakaian jantan2... wah cantek2 pakaian di situ....geram plak tengok!Ketika berjalan2 itu, tiba2 Himitsu menyampaikan lirik KU MoHON kerana beliau sudah tidak mampu untuk berjalan2 lagi sebab kepenatan!! Bangku yang ada disitu terus diserbu!! Tak lama kemudian A-Del pun muncul secara tiba2 dihadapan kami dan melemparkan senyuman Cek Mek Molek nya yang bernada serius!! Kitorang terus salam A-Del dan beramah mesra!! Topik utama ialah tentang kerjaya!! Wah.... kaget dibuatnya!! Kemudian A-Del memberitahu hajatnya untuk membeli pakaian khas untuk acara yang bakal disertainya! Kami pun menemaninya meninjau pakaian yang ada disitu sebelum kawan A-Del datang menjelma!Dik Z namanya...siapakah dia?? Adik Abg. Z banglo istana kat Klang tu ke?? Erm.. meriah sungguh mulut Dik Z ni... klakar plak mendengar perbualan dia bersama A-Del!!

Selesai di Sogo, Lang diminta A-Del; untuk menghantarnya ke opisnya untuk mengambil keretanya yang tayarnya tidak cukup angin itu. Lang pun terus ke kawasan sekitar Masjid Negara mengikut kemahuan A-Del yang merupakan selebriti masa depan itu!!

Sampai disitu, A-Del terus memandu keretanya itu untuk membawa kami ke kedai makan yang bergelar Gelas Besar!! Dalam perjalanan itu kami melalui highway sebelum
susur keluar ke jalan biasa & bertemu dengan kesesakan yang menyesakkan malah menyukarkan Lang untuk menukar dari lorong paling kiri ke yang paling kanan!! Lang terpaksa memasuki lorong sedikit demi sedikit dan bertemu pula dengan sebuah kereta BMW yang tidak mahu langsung memberi laluan kepada Lang memasuki lorong tengah. Lang berusaha dan akhirnya berjaya memasuki lorong tengah dan memintas BMW itu.

Kereta A-Del pula sudah jauh di hadapan namun masih berada di lorong tengah! Tiba2 pula A-Del menukar ke lorong paling kanan sekali, dan Lang terpaksa mengikut rentaknya dan terus cuba untuk mengikutnya. Sebenarnya, lorong paling kanan itu adalah untuk memasuki simpang, manakala lorong yang tengah dan kiri untuk jalan terus.Kesesakan itu disebabkan oleh lampu merah disitu.. Dalam pada hendak memasuki lorong paling kanan itu, lampu untuk jalan terus bertukar hijau dan Lang berada di antara lorong tengah dan lorong kanan. BMW yang berada dibelakang mula hon dan semacam tak sabar2 dan tidak memahami kesukaran yang Lang lalui untuk menukar lorong itu! BMW itu terus menghon sebelum membelok dan memotong Lang. Himitsu ketika itu sedang menjawab HP nya. Kereta BMW itu memotong Lang dan berhenti sebentar disisi kereta Lang. Kemudian terpacul muka seorang jantan yang sedang membebel entah apa apa dan memandang Lang dengan penuh tidak puas hati ......!!! reaksi Lang?? Tak terjejas apa apa!! Kesian plak tengok orang yang sebegitu ... hmmm kesian....buang tenaga je marah tapi orang tak layan!!


Kemudian lampu ke simpang kanan itu bertukar hijau dan kesesakan pun mula reda. Kami kemudian berhenti sebentar di stesen minyak untuk A-Del mengisi angin tayar keretanya dan Lang pula mengisi petrol kereta! A-Del kemudian singgah di stesen LRT untuk mengambil seorang lagi rakannya yang bernama H-Res.

Kemudian kami tiba di restoren Gelas Besar itu untuk menikmati makan malam bersama-sama. Sesi beramah mesra pun bermula antara Lang, Himitsu, Dik Z, A-Del dan H-Res. Lang memesan tom yam, bgitu juga Himitsu,namun hanya satu mangkuk yang diberi!! Terpaksalah berkongsi dengan Himitsu saja lauk itu!!

Selesai kami menghabiskan makanan masing2, cikgu meletop bernama Cek Mi pun tiba! Bertambah meriah sesi itu dengan kehadiran Cek Mi. Beliau kelihatan sungguh berseri2 seperti sedang merasai kebahagiaan !!Pun begitu, hanya dimakan separuh saja makanan yang dipesan sebab menjaga badan katanya!!

Selesai makan dan bayar, mereka merancang mahu menuju ke rumah H-Res sebelum menghantar Himitsu ke rumah Dk. Siapa Dk tu?? Bukan Datuk K la...tapi nama pendek seorang member yang Lang jumpa masa bulan puasa hari tu!! Cek Mi sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada Lang....yang pertama pada malam itu!!! Tapi belum masuk tarikh lagi ler... ter –advance!! Kemudian, Lang terpaksa berpisah dengan mereka untuk bertemu Mr.F di bandar S yang sedang menanti dengan hadiah istimewanya!!

------------------------------------------------------------------------------------
“Perkisahan Jumaat”


Pedokong utama :

* Blalanglalang
* Himitsu
* A-Del
* Cek Mi

Memperkenalkan :

* Dik Z
* H- Res

Penampilan Istimewa:
* Mr. F
* Abg BMW yang marah2
* Dk (yang hanya disebut nama)


Lagu Tema

* Hatinya Tak Tahan - Christina Aguilera

-----------------------------------------------------------------------------------
Perkisahan Sabtu

Sabtu itu bermula dengan menuju ke rumah Dk untuk mengambil Himitsu. Lang dan Mr.F seawal pagi bertolak bagi mengelakkan kelewatan kerana Dk hendak pergi kerja pagi itu dan Himitsu bakal ditinggalkan jika terlewat!

Sampai di rumah Dk di pekan C, kami dihidangkan Teh Laici oleh Dk dan semangkuk coklat dari Langkawi. Tak lama kemudian Dk terpaksa ke tempat kerjanya dan kami pun terus berangkat untuk bersarapan dulu. Kesian F yang kelaparan tapi Lang paksa gak tahan sebentar!

Selesai sarapan, kami ke KLCC untuk mengambil TedNet yang telah tiba disana. Kemudian kami ke Plaza A untuk men-survey pusat karaoke keluarga disitu sebagai perancangan malam nanti. Ternyata selesa dan menarik sekali pakej ditawarkan.

Kemudian kami ke Puduraya untuk mengambil Diva Jelapang Padi, Shahriz nama diberi.Sementara menunggu, kami ke tempat minum2 di Puduraya itu,. Dalam nak berjalan itu, ramai lah akak memujuk dan ada plak brader2 tezz yang turut memujuk kitorang. Himitsu buat2 tak heran ngan pujukan brader tezz itu dan akhirnya Himitsu berpatah balik ke arah brader itu untuk menanyakan kedainya!! Kami pun dibawa ke kedanya, yang rupa2nya pelayan sebenarnya adalah akak juga!!! Tertipu plak kami... hmm brapa lah diorang ni bayar abang2 tezz itu untuk memujuk pelanggan ke kedai mereka ye?? hehe

Kemudian selesai minum, kami pun menunggu Shahriz di suatau port. Kemudian muncullah sekujur tubuh dengan gaya catwalk yang tak perlu diprektis!! oo itu ke Shahriz?? Wah kaget juga kali pertama bertemu, tinggi sungguh si Shahriz ni!! Pun begitu kelihatan Shahriz begitu segan dan menyorokkan personaliti sebenarnya. Mungkin kerana masih baru lagi, belum panas lagi!!

Dalam pada itu, kami membuat perjanjian dengan Angah untuk bertemu. Tempat cadangan ialah Bukit Bintang, tapi Angah hanya tahu jalan ke Bukit Bulan katanya, terpaksalah berjanji untuk bertemu di KLCC sahaja!

Kami seterusnya bersolat dulu di surau KLCC dan bertemu Angah disitu. Selesai bersolat, Angah mengajak TedNet entah ke mana destinasinya dan menyuruh kami terus menuju ke Restoren Jepun di KLCC itu. Macam2 order yang pelik2 keluar.. semua ada perkataan “Maki” .. hmm siapalah nak kena maki ???!! Kemudian Angah & TedNet muncul dengan kek ari jadi yang bertulis “Selamat Hari Jadi Lang”. Gembira sungguh rasanya, apatah lagi kek buah itu sungguh cantik dengan buah kiwi, strawberi dan anggur ditengah2nya!! Pertama kali dapat kek yang bertulis perkataaan “Lang” ni!!! Kaget sebentar!!!

Pun begitu, kami memakan dahulu makanan Jepun yang telah di pesan. Banyak pula makanan yang dipesan oleh 6 orang yang datang petang itu. Paling menggeletekan hati mereka ialah ketika pelayan bertanya “mahu tambah teh hijau?” dan semua menolak dan seminit kemudian Lang terperasan air teh Hijau dalam gelas Lang sudah kehabisan dan terus menjerit “NAK!!!” padahal pelayan itu sudah melangkah pergi!!Terus mereka ketawa!! Himitsu berseloroh, “aiyo.... dah macam warung kopi plak??” .

Lang kemudian teringin mengusik F disebelah dengan bertanyakan apakah didalam mangkuk yang bertutup itu. Lalu Lang terus cuba membuka mangkuk itu dan malangnya tudungnya melekat dan tercampak ketika hendak dibuka. Habis tumpah sup didalam mangkuk itu. Kecoh sebentar dibuatnya restoren itu gara2 Lang dan ketika itu tahulah siapa yang akan di “maki” nanti!!!

Selesai makan di restoren itu, Himitsu sempat mendaftar diri sebagai ahli. Akibat pendaftaran itu, Himitsu mendapat cenderahati percuma lalu diberikan pula kepada Lang sebagai hadiah!! Terima kasih Himitsu...cantik mangkuk dan kalender 2007 tu!! Kemudian kami ke tingkat bawah sedang Tednet dan Angah meminta diri. TedNet pulang kerana urusan keluarga . Angah pula katanya dia hendak bertadarus sambil bertudung litup! Aiyo, feeling ustazah agaknya!!

Kemudian Himitsu mengatur janji temu bersama rakannya untuk bertemu malam nanti. Oleh kerana Himitsu dan Shahriz kelihatan penat, Lang bawakan mereka ke hotel pilihan kali ini, Hotel Pokok Kelapak! Kami pun berehat sebentar, mandi dan bersiap2 untuk aktiviti seterusnya di Plaza A.

Tiba di Plaza A, kami bertemu Toolar dan peserta baru acara malam itu , iaitu Nan. Oleh kerana masing2 mahu menonjolkan kelebihan vokal malam itu, masing2 membeli air mineral bersaiz Jumbo di kedai serbanika yang terdapat disitu sebelum ke pusat karaoke.

Tiba di pusat karaoke tersebut, kami disambut oleh pelayan bertaraf anak udang yang tezz2 belaka!! Kaget sebentar dibuatnya!! Kami kemudian ke bilik #37 yang sememangnya mampu memuatkan lebih 6 orang peserta!

Acara malam itu dimulakan duet “Sonata Musim Salju” persembahan Himitsu& Lang. Diikuti lagu pemanas dari Nan yang berjudul “Kenangan Terindah” . Kemudian lagu Mawi berjudul “Kian” menjadi pilihan Himitsu. Ternyata lagu Mawi juga menjadi pilihan ramai apabila lagu “Seroja” menjadi pilihan Lang, “Lagu Jiwa Lagu Cinta” dinyanyikan Toolar&Lang, "Memori cinta luka" dari Shahriz dan “Aduh Saliha” daripada Himitsu dan Lang sebagai penyampuk! F pula memilih lagu cekik leher daripada Felix; “Warkah Berlagu Pilu” . Banyak sungguh lagu yang dinyanyikan malam itu sampai sakit tekak dibuatnya!! Lang turut berduet ngan Shahriz dalam lagu “Jangan Pisahkan” dan ada plak diorang kata Lang feeling abis nyanyi lagu tu!! Kemudian Nan mengundang Shahriz dalam lagu “Kaulah Segalanya”. Meriah rasanya apabila 2 Diva bertemu dalam satu lagu!! Paling lawak ialah ketika Shahriz sedap2 menyanyikan “keabadian Cinta”,Himitsu tertekan butang stop ketika Shahriz baru hendak menunjukkan skilnya untuk menarik nada tinggi!! begitu juga ketika Lang baru hendak feeling lagu “ Jangan bersedih lagi”!!!baru sebut perkataan "kekasihku", lagu dah abis!! kur3

Paling mencuri perhatian malam itu ialah lagu Jepun nyanyian Himitsu berjudul “True Heart!”..... oleh kerana senikatanya di tulis dalam bahasa Jepun, tak boleh lah seorang pun daripada kami nak menyampuk dalam nyanyian Himitsu itu! Dalam pada itu, Toolar terperasankan seseorang sedang mengintai dari luar bilik kami...aiyo kenapa ek??Persembahan yang paling meriah pabila lagu “When U Tell Me That U Love Me” dan “You’re My Everything” pilihan Shahriz menjadi nyanyian koir pula!! Acara melalak malam itu berakhir dengan lagu “2 Insan”. Seronok rasanya dalam tempat itu meskipun tak pernah Lang menyanyi dalam mana2 pusat karaoke sampai 3 jam pun tak rasa!! Aircond yang sejuk beku pun kami sanggup tahan demi aktiviti itu. Betul kata Himitsu, kalau kita buat benda yang menyeronokan; tak sedar masa yang berlalu!! Hilang rasa segan apabila semua orang menyanyi!!



Selesai melalak, kami pun keluar daripada Plaza A, Lang sempat berkata, “kalau retak2 Plaza tu , tau lah siapa punya kerja” kemudian Shahriz nyampuk “ tak lama ...runtuhlah tu!!” . Kami kemudian ke kedai makan disitu untuk makan. Ternyata masakan kedai mamak itu tidak menjelirakan dan tidak berpadanan dengan harga yang ditawarkan! Geram pula Laksa Asam yang Lang order berasa pahit!! Laksa Asam ke Laksa Pahit?? Isk3


Gathering malam itu berakhir disitu dengan berpisahnya Himitsu,Lang,F dan Shahriz dengan Toolar dan Nan. Kami kemudian menuju ke hotel untuk melelapkan mata!!Sebelum itu kami ke kompleks beli belah sebelah Hotel itu kerana Himitsu dan Shahriz hendak membeli toiletteries. Dalam pada berjalan2 itu adalah seorang promoter pompuan yang memanggil LAng untuk menerangkan produk jualannya, dan Lang hanya angkat tangan tanda tidak mahu... budak pompuan tu balas "Sombongnya!!"... aiyo... kuat sungguh dia jerit sampai Himitsu dan Shahriz yang jalan jauh dibelakang Lang pun terdengar!! Sian dak pompuan tu... tapi nape tak panggil budak2 blakang Lang tu plak ye?? hehee.... Selepas di kompleks itu, Kami terus pulang ke hotel kerana sudah benar2 kepenatan!!

------------------------------------------------------------------------------------
“Perkisahan Sabtu”


Pendokong Utama:

* Blalanglalang
* Himitsu
* Mr. F
* TedNet
* Shahriz
* Angah

Turut Dibantu :

* Toolar
* Dk
* Pelayan Restoren Jepun
* Krew2 Pusat Karaoke yang meletops!

Memperkenalkan:

* Nan

Lagu Tema

* True Heart - Himitsu
------------------------------------------------------------------------------------


Perkisahan Ahad

Ahad itu bermula dengan tersedarnya Lang dari tidur dengan kehadiran seseorang. Oleh kerana mata Lang yang rabun itu tidak berkanta lekap maka dari jauh meneka2 siapakah gerangan yang datang ke bilik penginapan kami seawal jam 9 lagi! Makin dekat semakin jelas, orang itu adalah TedNet!! Malu dibuatnya apabila kami masih berlingkar di tempat tidur sedangkan TedNet bersemangat waja (ke semangat Iswara?) untuk acara hari tersebut! Dalam kelam kabut, Shahriz, Lang, F dan Himitsu bersiap2 untuk keluar bersarapan bersama TedNet.

Kami kemudian ke sebuah gerai untuk bersarapan dan tiba2 Lang mendapat panggilan daripada keluarga yang mahu menggunakan kereta yang Lang pandu itu! Lalu plan baru dibuat untuk menumpang kereta TedNet ke tempat seterusnya setelah kereta Lang dihantar. Kami kemudian ke rumah Lang bersama-sama untuk menghantar kereta itu!! Kaget pulak Lang tengok ramai sedara dah ada di rumah!! Dalam keseganan dan rasa bersalah, Lang terus memberikan kunci kereta tersebut kepada ayah Lang yang tengah melayan sedara mara itu dan terus keluar setelah bersalaman dengan mereka!!

Kemudian Lang terus ke kereta TedNet dan mengajak mereka meronda sekejap kawasan rumah Lang. Lihatlah betapa indahnya kampung halaman asmara ku!! hehe... Ada jugalah benda yang nak ditunjuk kepada mereka supaya kurang sikit merasa bosan!!

Selesai di kawasan rumah Lang, kami ke Midvalley untuk acara makan bersama! Kami memilih restoren Kenny Roger's Roaster untuk jamuan tersebut. Kaget pulak melihat seorang pelayan tezz yang disuruh lap tingkap restoren...uhh macam tak seswai je!! Jamuan itu diserikan dengan kehadiran Toolar dan rakannya, Peah. Kemudian Angah muncul. Meskipun lewat sedikit tapi cukup bermakna kepada kami!! Makan beramai-ramai itu sungguh meriah dengan borak2 dari Himitsu, Toolar, Peah serta lawak jenaka Angah, usikan TedNet dan senyum simpul Shahriz.

Selesai makan , kami ke tempat parking untuk melepaskan TedNet pulang kerana urusan keluarganya dan terserempak pula dengan Cek Mi. Lama juga di tempat parking itu sampai F mengadu kepanasan!! TedNet pun meminta diri 20 minit kemudian setelah puas berborak di tempat parking itu....Kami kemudian ke Jusco sekejap kerana Angah ingin ke surau. Dalam pada itu, keDIVAan nya Shahriz terserlah apabila ramai pula kenalannya yang dijumpainya di Midvalley!! 3 orang rakan beliau yang Shahriz terserempak dan 2 daripadanya bersama kami di tempat tujuan seterusnya iaitu Boling ber konsep Disko!! Pun begitu Angah terpaksa pulang kerana nak feeling ustazah lagi!!

Di Pusat Boling Disko itu, kami menyewa 2 lane dengan lane satu terdiri daripada bekas juara, Himitsu, Lang, F dan pendatang baru Shahriz. Di lane kedua pula Cek Mi, Toolar dan Peah. Shahriz mengatakan kepada Lang bahawa itu adalah kali pertama beliau bermain boling!! Lang macam tak percaya apabila balingannya tidak meninggalkan satu pin pun sepanjang 7 frame!!

Shahriz ternyata mencuri tumpuan umum dengan gaya balingan “Catwalk di sawah Padi” nya!! Hebat sungguh!!Kagum3 sampai awal2 lagi Himitsu yang merupakan bekas Juara mengaku kalah!!! Tidak sia2 Shahriz membawa 2 orang rakannya sebagai pom pom pom!!

>>Keputusan rasmi Juara= Shahriz diikuti Himitsu, Lang, Cek Mi, Toolar, Peah dan F.

Selesai di Pusat Boling itu, Toolar dan Peah meminta diri. Kami pula memikir-mikir aktiviti yang sesuai dilakukan seterusnya..lalu timbul idea nonyon wayang!!

Filem Jebon “Casino Royale” menjadi pilihan Cek Mi!! Lang berjaya mendapatkan tiket jam 6 untuk Casino Royale. Filem ini biasa sahaja namun Daniel Craig menjadi daya penarik (menurut CekMi). Lang sempat tertidur masa babak main terup yang amat membosankan bagi Lang sebelum terkejut dengan babak penjahat menyamar jadi polis untuk meletupkan kapal terbang!! Filem ini banyak angle2 menarik dan terserlah pecah lobang direktor ini yang mengeksploitasi Daniel sebagai objek SX!!

Selesai menonton wayang, Lang menumpang kereta Cek Mi bersama F, Shahriz dan Himitsu. Mula2 F dihantar ke KL Sentral. Sedih rasanya Lang time tu sebab x dapat anta dia ke rumah!

Selepas itu, kitorang ke Kg Baru untuk makan malam. Rancangan Mentor menjadi topik berserta dunia artis dan hiburan menjadi buah mulut sambil makan!! Selesai disitu kami menghantar Shahriz di Lokasi bertanda ‘X’ di sekitar KL !! Berani sungguh Shahriz ni!!! Kaget3 Kami dan Shahriz berpisah disitu!!

Selesai menghantar Shahriz, Lang paksa Cek Mi menghantar Lang ke rumah . Klakar pula nengok gaya Cek mi yang rabun ayam tu memandu gara2 speknya tidak cukup 'power'!!!! Sampai je di rumah Lang terasa sungguh sayu plak sebab berakhir dah gathering sempena syawal kali ini!!! Tidak puas rasanya malam itu meskipun kepenatan melanda diri!!! Harap2 akan bertemulah lagi dalam gathering akan datang.......Semoga berjumpa lagi semua!!!!(Sob...Sobb)

------------------------------------------------------------------------------------
“Perkisahan Ahad”


Pendokong Utama;

* Blalanglalang
* Himitsu
* Mr. F
* Cek Mi
* Ted Net
* Angah
* Shahriz


dibantu oleh

* Toolar
* rakan2 Shahriz seramai 3 orang
* Peah

Lagu Tema

* ...... - sila Nyanyi sendiri!!

----------------------------------------------------------------------------------
Begitulah kisah gathering selama 3 hari ini... Terima kasih banyak2 kepada Himitsu yang menjadi tulang belakang gathering bersama penyokong kuat seperti TedNet, Angah, F, Shahriz dan Cek Mi! Tanpa korang tak tahulah gathering ini berjaya atau tidak. Juga tak lupa kepada A-Del, Toolar, Peah, Dk dan kawan2 baru seperti Nan, H-Res dan Dik Z!! Thanks Uols!!! Pun begitu, sedih pula tak de jurugambar kali ini disebabkan ketiadaan Mr. Snap2 !! Menci3
_______________________________________________________________________
Fakta nombor:
>> peserta terkumpul sepanjang 3 hari ialah 13 orang!
>> 6 buah kereta terlibat berserta perkhidmatan bas, teksi, LRT dan Komuter.
>> 8 buah tempat makan yang berbeza dikunjungi.
>> Sebuah panggung wayang , hotel, pusat boling, stesen bas, stesen LRT, stesen komuter serta pusat karaoke menjadi tempat singgahan.
>> 3 pusat membeli belah menjadi port pertemuan.
________________________________________________________________________

Label: