* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Ahad, November 12, 2006

Kisah si lembu Taurus .......20 April - 20 May

Oklah, kali ni Lang nak cerita pasal si Taurus plak. Ni semua atas permintaan Himitsu yang nak sangat kisah mengenai zodiaknya iaitu Taurus atau si Lembu bertanduk!! Wah ganas gak ye!!




Apa-apa pun, sekali lagi jangan percaya bulat-bulat mahupun lonjong-lonjong benda tafsiran ni yer....ermmm....walaupun mungkin ada persamaan juga!! Bila baca betul-betul , memang ada kena skit ngan Himitsu tu!!hehehe... abislah personaliti terbongkar!! Ooopss!!!

Personaliti:

Seseorang yang simple namun mampu memberikan kejutan!!

Bila bercakap, Taurus gemar memalingkan kepalanya dari satu bahagian kepada satu bahagian dengan satu arah sahaja.

Taurus amat bersabar dengan orang lain tapi bukan kepada dirinya sendiri!! Sekiranya sesuatu yang tidak kena berlaku, dia akan menyalahkan kelemahan dirinya daripada menyalahkan diri orang lain!!

Taurus amat jujur kepada kawan-kawannya meskipun kepada orang yang tidak disukainya!!

Taurus gemar melakukan perkara pelik dan memberi kejutan kepada orang lain!!

Taurus tidak mengendahkan apa yang orang lain fikir tentang dirinya dan menganggap seseorang itu berfikiran sempit sekiranya memandang dirinya sebagai pelik!!

Taurus suka menganalisa manusia dan benda disekitarnya. Dia akan menganalisa kenalannya dan apabila sudah cukup maklumat, dia akan mencari sesuatu yang baru pula untuk dianalisa!!

Taurus mengenali ramai orang tetapi hanya mempunyai kawan yang boleh dikira jumlahnya. Dia mengutamakan kualiti daripada kuantiti dalam persahabatan.

Taurus rapat dengan beberapa orang kawan namun beralih kepada kawan yang lain pada ketika yang tertentu.

Taurus selalunya merasa keseorangan meskipun ketika dikelilingi oleh ramai orang.

Taurus memandang masa depan dan berfikiran bahawa kehidupannya adalah demi masa
depan.

Taurus mungkin memikirkan apa yang diperkatakan orang tentang perbuatan atau perlakuannya namun dia tidak mahu menjadi orang lain!!



Taurus punyai personaliti konflik. Seorang yang sabar,tenang, memahami, mampu bekerja keras dan sangat artistik.

Taurus mungkin kelihatan agak tidak berhati-hati namun dia adalah seorang pemikir dan keras kepala!!
Taurus mampu menenangkan perasaan hiba orang lain disamping mampu mencipta kejutan!!

Taurus akan memberikan pendapat yang straight forward tetapi dia tidak akan memberi nasihat tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya!!

Dia tidak suka orang memberitahunya apa yang perlu dilakukan olehnya. Taurus berpendapat impian dan kisah setiap individu adalah hak milik persendirian!!

Taurus punyai tahap kepuasan tertentu dalam kehidupan dan tidak gemar memaksa dirinya memasuki sebarang persaingan!



Taurus memandang sesuatu dengan teliti dan tidak mudah mempercayai orang sehingga dia betul-betul mengenalinya. Sesekali dia mempercayai dan menerima seseorang itu sebagai sahabat, tiada sesiapa yang boleh mengubahnya malah dia tidak mengendahkan gosip buruk mengenai sahabatnya!!

Taurus benci penipuan!!Sekiranya dia mendapati ada keperluan bagi dirinya untuk berbohong, dia lebih suka menggunakan cara lain untuk tidak memberitahu (mengelak) atau tidak akan memberitahunya langsung!!

Taurus sememangnya boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia dan punyai jiwa yang bersendiri.

Sekiranya anda mahu bersama Taurus, anda mestilah seorang yang berpersonaliti menarik!

Kemarahan si Taurus adalah lambat memuncak, namun apabila meletus amat berbahaya!!

Jejaka Taurus gemar bekerja di bidang yang boleh dilihat hasil akhirnya dengan tujuan yang khusus dan keuntungan yang boleh dinikmati sekiranya mahu dikongsi bersama orang yang beliau sayangi.


Sifat lucu Taurus adalah tersendiri dan yang boleh menggeleteknya adalah lawak slapstik!

Jejaka Taurus adalah kebendaan dalam segala segi terutama kewangan dan tidak suka urusan atau bisnes yang tidak adil.

Taurus amat tidak selesa dengan tempat baru yang beliau tidak ketahui dan suasana yang asing baginya!!

Adalah mudah untuk berurusan dengan Taurus.

Taurus selalunya tidak memandang kecantikan wajah tetapi fizikal badan orang yang diidaminya!!

Taurus adalah pemurah, penuh toleran dan suka membantu.

Taurus adalah pencari kestabilan dan keselamatan bagi dirinya. Dia mahukan keselesaan, kecantikan, kesetiaan , keindahan dan keselamatan dalam cintanya!

Taurus tidak mempunyai masalah dalam menyuarakan kemahuannya.



Jejaka Taurus selalunya berjaya dalam bidang yang memerlukan kemampuan mekanikal seperti kejuruteraan, seni bina, kontraktor dan komersial. Dia juga cemerlang dalam bidang yang memerlukan daya ingatan yang tinggi termasuk Zoologi, Botani dan Kimia.
Taurus juga mampu menyerlah dalam bidang seni muzik, rekaan fesyen, jurufoto atau menghias laman.

Taurus juga sering possesif dan obsesif!!

Taurus benci tidur di tempat tidur yang pelik atau tidak selesa.

Kebanyakan Taurus gemar menghabiskan percutian mereka di rumah. Di masa percutiannya, memetik buah-buahan adalah antara acara kegemaran sekiranya terdapat kebun buah atau menghabiskan masa yang ada di halaman rumah!

Jejaka Taurus adalah jejaka rumah! ( suka duduk di rumah)

Sekiranya anda baru mengenalinya dan belum mampu berkenal rapat dengannya, jawapan yang akan anda perolehi daripadanya ialah jawapan yang pendek seperti “Ya”, “tidak” “A-ha” ,“A ah”, “Terima Kasih” atau “Thanks”

Taurus membuat pengiraan sepantas kilat namun mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan.

Taurus yang sentimental dan Scorpio adalah 2 yang berlawanan sifat namun amat serasi.

Taurus akan merasa ragu bila bersama Virgo, Capricorn dan Aquarius.



Fizikal:

Berketinggian sederhana tinggi, punyai kesihatan badan yang baik dan bentuk badan yang kuat.

Telinga selalunya kecil dan bukaannya rapat dengan kepala.

Bila makan, mereka mengunyah perlahan lahan dan mempunyai sistem penghadaman yang baik!

Postur badannya agak lurus, bentuk wajah segi empat dan sinar matanya memancar!!

Bentuk badan mereka adalah dari julat berotot kepada berisi hingga kepada gemuk.

Kebanyakan Taurus punyai rambut yang berombak , beralun atau kerinting.

Salah satu ciri istimewa jejaka Taurus ialah ton suara yang dalam dan seksi.

Taurus memerlukan senaman untuk kelihatan hebat dan kekal sihat walaupun mereka menafikannya!

Taurus adalah penggemar makanan dan suka makan!

Bahagian sensitif mudah cedera atau sakit bagi Taurus ialah tekak, leher, kaki, buku lali, organ produktif, bahagian belakang dan pinggang.

Taurus boleh menjadi lebih sihat daripada zodiak lain sekiranya tidak menghidap obesiti, keletihan dan penyakit buah pinggang.


Meskipun tidak terlalu tertarik dengan fesyen pakaian terbaru, Taurus sentiasa kelihatan menarik, kemas dan bersih!

Azimat tuah: Taurus April – Diamond (permata)
Taurus May – Emerald (zamrud)

Selebriti Taurus: Antarabangsa

Stevie Wonder, Jack Nicholson, Pierce Brosnan, Luther Vandross, David Byrne, Al Pacino, Dennis Rodman, George Lucas, Andre Agassi, Jay Leno, Billy Joel, Willie Nelson, Salvador Dali, Malcolm X, Liberace, Bing Crosby, Fred Astaire, Rudolph Valentino, Orson Welles, Sigmund Freud, Adolf Hitler, Shakespeare, David Beckhams

Selebriti Taurus: Tempatan

Ziana Zain, Amy Mastura, Zizan Nin, Fahrin, Anding AF2


Nombor bertuah: 2, 8, 24 dan 33


Label: