* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Oktober 17, 2006

Satu lagi...Permulaan baru...??

Aii ...lama tak bersua yer...kehangatan gathering ternyata masih terasa...Lang sudah dapat teman2 kontek yang baru macam Zerd, TedNet, Cek Mi, Shah Swinger dan D-rek.
Bulan Ramadan pun dah sampai penghujungnya...tapi apa yang menarik ialah permulaan Lang menjadi pelajar latihan pekerjaan( praktikal) lagi selama 5 bulan bermula minggu ini!! Sementelah itulah , aktiviti di alam maya hanya boleh Lang layari pada waktu malam atau hari cuti sahaja!!Erm...rindulah nak berforum dan berborak bagai nak rak dalam internet ketika waktu puncak! Erm... takpelah kan...

Dijadikan cerita, pada pagi hari pertama ke kilang S di kawasan tidak jauh tempat tinggal Lang itu...satu temujanji dibuat bersama Abg Sumber Manusia kilang S itu ... Lalu Lang pun pakai lah kemeja bagai dengan kasut hitam!! Tiba di gate kilang itu, Lang menyambut kerenah pak guard yang bersoal jawab tentang kehadiran Lang ke kilang S itu!! Soalan berkisar tentang dari mana, nak buat apa, nak jumpa siapa dan siapa nama bertalu-talu di tanya!! Selesai menjawab kuiz pantas itu, Lang diberi masuk kerana jawapan kepada soalan yang diberikan itu betul!! Lalu Lang diiringi oleh seorang abg guard yang agak menarik juga...erm tapi Lang tak terfikir plak pasal tu dan terus je mengikut telunjuknya membawa Lang ntah kemana!!

Kemudian beliau siap membukakan pintu masuk ke pada Lang ke kilang itu....kehadiran Lang disambut dengan permintaan supaya menyarungkan kasut Lang yang hitam licin itu dengan beg plastik biru!! Aiyo....macam ne nak interview ngan kasut berbalut plastik ni???apa barang??
Lang menurut sahaja kemudian dibawa ke Bahagian Sumber Manusia (HR) untuk bertemu abg HR itu!! Oo rupa-rupanya ada sekuntum bunga telah dipetik oleh kilang ini untuk menjadi mangsa....erm..maksud Lang menjadi budak praktikal!! Lang sempat bertanya dari mana asal bunga itu tetapi terlupa pula bertanyakan namanya kerana abg HR itu terlalu over-shadow!!

Abg HR itu memerli Lang yang membawa fail sijil2 dalam beg kerana tidak berbaloi!
Lang diberi penerangan oleh abg HR itu selepas mengisi beberapa borang yang perlu ditanda tangani...Lang kemudian dibawa melawat ke kawasan kilang yang besar itu!! Wah sungguh penat untuk berjalan ke bahagian dimana Lang diletakkan dibawah seliaan seorang penyelia yang belum pulang dari percutiannya!!

Alangkah hampa apabila Lang ditolak ke sana kemari bagaikan bola disebabkan ketiadaan jurutera penyelia Lang itu .... Lang diberikan kepada seorang jurutera biasa dan kemudian ditolak pula kepada juruteknik yang ketika itu disuruh duduk didalam sebuah bilik yang mempunyai 2 buah komputer dan penuh dengan spare part mesin!!

Lang dilayan oleh seorang akak yang mesra yang kemudiannya memberikan kot kilang berserta kasut putih bersih sebagai uniform pekerja bahagian tersebut!Selesai tugas akak itu, Lang kemudian ditolak kepada seorang lagi juruteknik wanita yang beranak satu! Keramahan mulut juruteknik mesin ini membuat Lang rasa dekat dan gembira seketika melayan dirinya yang sedang memasukkan data-data ke dalam komputernya!

Dari seorang juruteknik kepada seorang juruteknik lain...kemudian Lang diberi kepada jejaka juruteknik yang sebaya iaitu Y. Dalam bilik itu , Lang telahpun terlihatkan aksi-aksi Y yang agak lucu melayan juruteknik hamil itu!! Dalam sibuk-sibuk bergurau, Y tiba-tiba teringin menunjukkan foto kenangan beliau ke luar negara yang disimpan di dalam pen drivenya!! Juruteknik hamil itu mengusik Y yang tiba-tiba mahu menunjukkan gambar-gambar ekslusifnya itu dengan mengaitkannya dengan kehadiran Lang disitu!!Aiyo!!!
Y kemudian ditugaskan membawa Lang melihat ceruk-ceruk kilang yang terlalu banyak mesin-mesin bersaiz kabinet pakaian serta istilah-istilah yang agak baru juga bagi Lang!!



Sungguh mengejutkan ..kerana lain yang dipelajari lain pula yang Lang hadapi di situ!! Keramahan Y yang bertubuh sasa membuatkan Lang hilang sedikit rasa segan dan suka pula dengan gaya sedikit keanak-anakan itu!! Erm...mungkin kami lahir di tahun yang sama...ada la persamaan sifat itu!!

Lang ketika itu dikelilingi oleh ramai gadis yang comel2 dan sedang dibawa jenjalan oleh Y, ada pula gadis2 yang teruja...aiyo!!pulak tu, ada pula seorang juruteknik wanita sibuk mempromot Lang ni sebagai kumbang baru di situ!! Oops...ni Blalang la...bukan kumbang ok!!

Selepas bosan dan penat berjalan2 sambil berkenalan dengan hampir semua orang yang Y kenal (termasuk makcik2)...Lang kemudian dihantar duduk ke satu bilik inventori barang yang diselia oleh juruteknik yang hamil itu! Bilik itu menjadi tempat favourite pekerja2 disitu untuk melepak-lepak sambil bergurau senda...dan setiap kalimereka masuk,pastilah Lang ditemu ramah!! Sampai kering air liur menjawab soalan...Lang yang ternyata belum hilang rasa malu disitu kemudian dihiburkan oleh seorang pak cik Tiong Hua yang menceritakan tentang perihal berkhatan!!

Pak Cik yang bersuara seperti suara iklan itu, tidak pelat bercakap dan paling mengkagetkan ialah reaksi jurutera wanita hamil itu yang menokok tambah serta mengundang hilai tawa dan senyum kambing yang tidak dibela oleh pengunjung bilik yang berjumlah 10 orang ketika itu!!


Dengan sound2 effect serta perkataan2 bombastik, hilang perasaan mengantuk Lang ketika itu dan Lang tersenyum dan berketawa kecil sahaja mendengarnya!! Dalam pada itu, ada juga beberapa gurauan perihal dalam kain yang diperkata tanpa segan silu...erm...mungkin sebab ramai yang sudah berkahwin dan berpunya dalam bilik itu!

Lucu berbaur kurang selesa dan terkejut..Lang pun membawa diri setelah bosan untuk berdiri lama dalam bilik sempit itu!! Lang mengelilingi kilang itu untuk melihat kawasan kerja serta pekerja2 disitu....erm ramai gak yang menarik pandangan!!

Sejujurnya Lang masih terasa bosan kerana hari pertama praktikal yang mengejut itu tiba-tiba teringat janji untuk bertemu abg HR pada jam 4 petang untuk bertanyakan locker menyimpan barang dan soalan-soalan lain!! Lang kemudian mencari jalan untuk ke opis..terkeliru pula pabila semua bahagian kelihatan sama dengan pintu-pintu kesemuanya berwarna putih!! Beberapa kali tawaf untuk mencari pintu yang Lang lalui untuk ke bahagian kerja Lang seperti dibawa oleh abg HR pagi itu!! Keluasan kilang yang melebihi padang bola sepak itu membuat Lang benar-benar kepenatan dalam kesesatan itu. Lalu Lang ternampak akak sekuriti dan bertanya bagaimana untuk ke opis...aiyo dia pun tak tahu nak terangkan!!

Akhirnya akak cleaner yang bersifat keibuan memberitahu direksi yang agak blur juga dengan menyuruh Lang membelok kiri tak abis-abis!!Dengan direksi blur itu, Lang mengagahi dan sesat juga!! Akhirnya Lang mengambil keputusan untuk memasuki lorong yang panjang disitu dam ternyata itulah lorong yang dicari!! Dalam kepenatan Lang kemudian bertemu abg HR itu yang sedang melayan bosnya yang sedang berceramah!!Lang menunggu beliau hampir setengah jam dan akhirnya segala urusan tertangguh selesai!!

Selesai di opis,Lang kembali semula ke bahagian kerja Lang untuk mengambil beg. Oleh kerana sudah boleh pulang, Lang pun terus keluar dari kilang itu dalam kelelahan berjalan!!
Tiba-tiba teringat pula pesanan ibu Lang yang memesan bahan-bahan membuat kuih yang berkilo-kilo itu!! Lang pun terus ke pasaraya dan membelinya!! Kemudian Lang terus memandu ke rumah dengan harapan untuk menonton drama Hikmah!! Belum sempat keluar kereta, tiba-tiba mendapat panggilan saudara Lang meminta untuk mengambilnya di stesen LRT. Dalam keletihan itu, Lang terus memandu ke tempat itu dan mengambilnya....

Sampai di rumah Lang terus pengsan di atas katil!!Berakhirlah hari pertama Lang di kilang S itu yang penuh dengan kejutan...tengah-tengah baring tu sempat membalas mesej-mesej kengkawan..dalamn pada menghantar itu ..tiba-tiba HP Lang bergetar!! Rupa-rupanya Arebird menelefon dan kaget pula apabila tak sempat keluar “toot-toot” Lang dah angkat!! Lang berborak lah dengan dia sekejap sebelum talian terputus!! Sorry line tak clear!!Ada bukit lah pulak kat umah Lang ni!

Lepas itu ..Lang terus je ke meja makan untuk berbuka...lepas berbuka solat dan tengok TV jap sebelum menuju ke pelayaran yang menenangkan!!


Hari yang memenatkan itu akhirnya tamat juga dengan tidur yang sangat lena!!Begitulah serba sedikit citrawara perihal hari pertama Lang di kilang S..harap-harap akan lebih ceria nanti di sana!!diikutkan..kalau macam ni makin kurus ler Lang ni berjalan jauh setiap hari!!huhu

Label: