Bab 1: Gathering Berbuka
Gathering-Berbuka Puasa sukses!!!Assalamualaikum semua....puasa ke idak??huhu... takkan cuti kot?? Erm...Lang masih dalam suasana seronok gara- gara gathering-berbuka puasa anjuran Angah-Blalang-Himitsu telah berjaya disempurnakan!! Sementelah itu, Lang sebagai Setiausaha lantikan segera, diamanahkan pulak untuk menulis laporan berkisar tentang gathering kali ini....
Kronologi hari pertama
Selepas solat jumaat di bandar S, Lang menjemput Diva Wilayah Selatan yang juga duta Celcom iaitu Himitsu; yang dijadual tiba lebih kurang pada jam 5 petang!! Pun begitu, Lang tertiba awal plak pada jam 3 lebih....kononnya nak mengelakkan kesesakan trafik, tengok-tengok sesak gak jalan kat KL tu!! Oleh kerana keadaan yang kelam kabut, Lang parkir sahaja kereta ditempat parking yang luasnya macam kandang kambing aje...huhu...tapi bayaran macam parking kat shopping complex plak!! Cekik darah betul macha itu!! Erm...takpela, Lang dah termasuk kat parking dia tu nak wat macam ne kan?
Berbalik kepada kisah ketibaan Himitsu, wah...dalam pada menunggu dia tu, banyak plak manusia-manusia jelira yang lalu....hmm... sungguh menguji keimanan!! Namun ektibiti berkhayal tu tak lama....Himitsu tiba lebih awal pada jam 4.40 macam tu!! Lalu Lang pun terus disuruh menjaga beg oleh Himitsu yang sengaja mendera jiwa dan raga....padahal nak tolong belikan tiket untuk sedaranya!! Tak lama lepas tu terus ke tempat parking tu untuk menyimpan dulu bagasi Diva sorang ni sebelum kami ke CM untuk bersolat dan berbuka disana!! Sebelum berbuka, Himitsu sempat membeli sekotak kurma yang diberi nama “Maryamah” oleh dirinya sendiri ...yang membuat kakak penjual itu menjadi kaget sebentar!!
Selesai berbuka, kami terus berkejar ke tempat parking tadi dengan gaya terkedek-kedek..kerana teknik itu dikatakan dapat menjimatkan kalori badan!!
Setiba di tempat kereta Lang tu, kaget plak bila tiba-tiba tempat tu penuh kereta di susun berlapis-lapis tatkala kereta Lang di lapisan paling dalam!! Menci3.... Lang yang geram ngan sikap tamak pemilik tapak itu terpaksa gak keluar ngan macha-macha tersebut memberikan direksi yang agak keras tanpa lenggok lagu asli dalam keadaan menjerit-jerit dan membuatkan Lang bertambah keliru dan gerun untuk melepaskan kereta keluar dari kandang parkir yang sempit itu!! Namun begitu, akhirnya berjaya gak keluar walaupun hampir-hampir tergesel ngan kereta yang parkir disitu!! apalah macha-macha ni!! menci3!!
Sesudah itu, kami ke Midvalley pula untuk tujuan men-survey tempat...dalam pada itu, Lang follow up dengan undangan menjemput member-member forum manakala Himitsu ngan member-member Alan pula!!
Sampai di Midvalley, kami terus ke tempat cadangan iaitu Pizza Hut dan mulalah sesi gatal bertanya kepada budak Pizza tersebut!! Himitsu memulakan mukadimahnya dengan bertanya perihal booking yang dijawab hanya boleh sebelum pukul 6 petang sahaja oleh anak ikan tersebut!! Kemudian sesudah puas Himitsu bertanya kami pun berlalu ke deretan kedai lain dan tiba-tiba Himitsu teringat pula satu soalan lagi yang nak ditanya kepada pihak Pizza Hut!! Oleh kerana perasaan malu beliau yang muncul tiba-tiba , Lang dikerahkan untuk bertanya pula dan budak itu menjawab boleh sahaja membawa kek yang dibeli dari kedai lain!! Aiyo macam tak biasa plak!!
Selesai di Pizza Hut, kami bersolat apa yg patut dan kemudian survey pula pusat boling berkonsep disko dangdut di Midvalley itu!!ternyata kurang berjelira dengan konsep tersebut lalu diabaikan dulu perihal pusat boling!!!Kami kemudian melihat-lihat dulu kek yang ada disekitar Midvalley itu untuk diberikan kepada Angah keesokan harinya!!
Sementara itu, Angah yang berada di bandar B sibuk menempah tempat penginapan kami dengan penuh kerisauan tentang penerimaan kami yang menginap nanti!!Apa pun, kami yakin benar dengan mutu dan keunggulan Angah yang amboi3 itu!!
Dalam pada itu, Diva Harapan Wilayah Utara; Grey dikhabarkan telah tiba di KL dengan kawan-kawan misterinya yang belum Lang kenali!! Kemudian kami menjadikan tasik Titiwangsa sebagai meeting point dan bertemu disitu!! Grey pun memperkenalkan A dan S bagi dirinya yang berkategori tasty bagi Si Kelabu itu!! A iaitu Arip (bukan nama sebenar) dan S iaitu Shah ( bukan nama ketika tengah malam) menonjolkan sedikit sahaja diri mereka dalam pertemuan singkat itu sebelum bertolak ke bandar B untuk bertemu Angah!!
Tiba di bandar B, kami pun menunggu Angah di sebuah Plaza Tol dalam sela masa yang agak sederhana lama dan dalam pada itu Lang&Himitsu sempat berkenalan lebih lagi ngan Arip dan Shah dibawah sinaran lelampu jingga!! Ketika itu, Grey memapar aksi-aksi aneh ..bagai ada sesuatu melanda dan bergejolak dalam peparunya!!siapa tau??(-> ntahler...tatau!!)
Kemudian Angah pun tiba dan membawa kami ke chalet yang sungguh selesa bagi kami dengan pakej suasana yang damai sekali!! Lalu sesi beramah mesra pun bermula bersama Arip dan Shah yang bagaikan dibahagi kepada 2 kategori irama bual bicara; iaitu kategori Habang2 dan kategori Hadek2!! Menariknya kategori kedua itu juga dinamakan dengan program Pillow Talk with Angah&Lang yang mensasarkan Grey sebagai objek pada sesi itu gara2 aksi anehnya!! Si Shah yang sedar kedudukan beliau dalam kategori hadek2 pun join Pillow Talk kami dan mulalah sesi pemecah segan bersama Shah!! Kaget pula dengan Shah ini yang mulanya diam sahaja...dah mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar...abis Grey dilaukkannya!! Huhu...very the propa!!!
Manakala di suatu sudut lain, Himitsu berforum perdana pula dengan Arip dengan cerita2 bertema berat yang sukar dicelah masuk oleh Grey yang terpaksa lari ke sana kemari bagi memasuki kedua-dua kategori bual bicara tersebut...dan akhirnya Grey akur dengan membaca akhbar sahaja sambil tersenyum !!!!
Selesai bual bicara tersebut, Lang dan Angah pun tidur seketika bagi menghilangkan sedikit kepenatan setelah pecah perut ketawa dalam sesi Pillow Talk itu sebelum bangun untuk bersahur di kedai bersebelahan chalet itu!!
Arip meminta diri untuk pulang ke kampung halaman asmara nya selepas bersahur namun sempat kembali semula bagi menghadiahkan kuih sepit kepada siapa lagi kalau bukan Grey!!
Label: kengkawan



