* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Oktober 10, 2006

Bab 4: Gathering Berbuka

Kronologi pengembaraan malam penutup gathering

Selepas menghantar F, Lang terus melalui highway dan masuk di persimpangan yang tak pernah dilalui sebelum ini kerana ingin memperjudikan nasib malam itu! Terkejut pula jalan yang dipilih lebih kompleks dari yang disangka apabila kami terpaksa melalui jalan kampung, jalan pekan , estet – estet dan jalan – jalan tanpa garis tengah mahupun tepi!! Meskipun kaget dengan itu, Lang meneruskan saja semangat perjuangan untuk menuju ke destinasi walaupun diasak Grey dan disindir Himitsu!!

Bagaikan pengembaraan tanpa hujung, kami meredah kabus dan jerebu yang mengehadkan jarak penglihatan depan hanya beberapa meter walaupun dengan lampu tinggi dan spotlight! Beberapa kali kami hampa di pekan D itu apabila setiap papan tanda yang sukar dijumpai disitu sudah rompong dan anak panahnya sudah hilang!! Namun Lang meneruskan azam dan keyakinan diri terus membawa mereka lagi meredahi jalan2 yang pasti tidak siapapun percaya berada di sebuah negeri termaju di Malaysia!!Kemunculan panggilan daripada Derek menambah rasa gundah gulana dihati apabila bertanyakan keadaan yang sedang kami hadapi ketika itu!!

Batu tanda ke bandar K menjadi objek peyakin untuk meneruskan perjalanan hinggalah kami tiba di satu simpang yang memberitahu bandar B tinggal 10 km lagi!! Lang pun terus memecut sehingga satu papan tanda yang memberitahu bandar B di sebelah kiri namun tertipu apabila jalan yang diberi arah itu ialah sebuah perkampungan! Meter di dashboard sudah menunjukkkan sudah memandu lebih 10km daripada signboard tadi namun keyakinan semakin berbuah apabila highway PLUS berada betul2 disebelah jalan itu!! Namun seketika sahaja sebelum kami melalui jalan estet dan jalan kampung lagi!

Akhirnya pengembaraan penuh liku selama sejam itu berakhir apabila tiba di bandar B yang terang benderang. Pun begitu kami sempat juga terkeliru dengan jalan disitu sebelum kembali ke landasan sebenar menuju ke chalet penginapan! Sampai pada jam 1.00 pagi, Derek orang pertama diberitahu oleh kami tentang keadaan sudah selamat!! Fuuuhh...lega ...ermm biasalah perangai Lang yang suka hentam jalan ni...sib baik betul jalan tanpa tu!! Cuma lebih 15 km daripada jalan sepatutnya yang dilalui dan tiada tol pun!! Huhu...selepas itu tentulah aktiviti tidur sebentar gara2 keletihan mengharungi aktiviti kemuncak bagi Lang, Grey dan Himitsu itu!

Label: