Bab 5: Gathering Berbuka
Menghantar 2 DivaPagi itu kami bersahur di kedai makan berdekatan sahaja tanpa Angah yang tidak dapat join pagi itu!! Selepas subuh,kami tidur semula dan bangun sekitar jam 10 sebelum check –out chalet itu!! Kemudian Lang ke KLCC untuk bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama Diva 2 kutub berlawanan ini!!
Di KLCC, Himitsu ternyata asyik dengan majalah2 perembez dari Jepun manakala Grey pula dengan komik2 manga yang diminatinya walau tidak boleh dibaca olehnya kerana bertulisan Jepun!! Lang pula terkenangkan masa dulu ketika bekerja di situ lega juga tak ramai pekerja saing Lang yang masih bekerja disitu! Kalau tidak mulalah sesi soal jawab tidak diundang berlaku!!
Setelah itu kami ke surau untuk bersolah sebelum Grey ke tandas dengan seluar panjang yang dilipat ke paras antara lutut-buku lali dengan selamba katak tanpa mempeduli pengunjung disitu!! Himitsu sempat membeli CD yang mengandungi lagu Ku Redha Sendiri (Kalthum-penyanyi awal 90an) yang sungguh nostalgik bagi Lang dan Himitsu!! CD itu dipasang sepanjang perjalanan ke Puduraya.
Tiba di Puduraya pada jam 3 petang, Himitsu mendapat tiket bas bertolak jam 4 manakala Grey pada jam 3.30!! Grey sempat membeli Dunkin Donuts manakala Himitsu bercadang berbuka dengan kurma Maryamah yang dipanggil kurma Musalmah oleh Lang itu didalam bas nanti! Kami pun berpisah dengan Grey pada jam 320 sebelum Himitsu ke platform basnya pada jam 3.40. Begitulah akhirnya pengembaraan bagi Lang yang bermula jam 3.40 Jumaat lalu dan jam 3.40 juga isnin lepas!!
Label: kengkawan



