* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Oktober 03, 2006

Ramadan minggu ini…

Assalamualaikum WBT semua!!bertemu lagi dalam bicara pening lalat bersama Blalang ni!! Seronok rasanya melalui bulan Ramadan kali ini…tenang sahaja!! Aktiviti bulan Ramadan ni agak kurang…Lang banyak menghabiskan masa depan TV aje melayan sinetron2 macam Bawang Merah Bawang Putih (BMBP), Malin Kundang 2 dan Hikmah 2!! Menariknya sinetron ini ialah semuanya berkisarkan kisah perjuangan pihak teraniaya melawan manusia jahat yang rakus dan takbur. Dalam BMBP setiap kali tamat pasti ada kata-kata hikmah yang diberi, macam episod lepas ....

“Manusia yang berbuat jahat tahu akan dirinya dalam sesat!!”
“ Setiap kejahatan pasti ada balasannya”

memang geram dengan watak-watak jahat yang sedang enak menikmati nikmat sementara yang tuhan beri dalam cerita tersebut apatah lagi melihat watak baik bagaikan tidak berdaya!!namun akhirnya, pasti watak baik itu dapat mengalahkan juga watak2 ‘brengset’ itu...dan semuanya menjadi aman kembali!!

Tak sabar pulak nak tunggu ending sinetron2 malatop ni!!! Pun begitu, kat Astro dah kebanjiran drama Indon plak sampai tak larat nak menonton kesemuanya!! Dengan saluran Aruna, Prima dan Ria plak tu RTM & TV3 pun nak lawan...sampai kaget dibuatnya!!

Sesudah juling mata dengan sinetron2 Indon itu, kerja Lang sekarang ini ialah membantu Angah dalam penganjuran Gathering- Berbuka Puasa JW yang dirancang pada Sabtu & Ahad ini! Harap2 sukses perhimpunan kali ini!! Ramai dah di jemput...rasanya terbesar setakat ini!! hmm..bertambah lagi la rakan2 Lang dengan kehadiran mereka ke majlis ni!! Majlis ni juga melepas rindu untuk bertemu rakan2 yang dah kenal rapat tapi jarang dapat berjumpa!! Rugi plak Phoenix, Shahrizal & Budi tak dapat join!!... Pun begitu, Insyaallah, majlis ini akan tetap berjaya juga!! Kepada semua jemputan...kita jumpa di sana!!!!

Label: