alkisahnya ...kesibukan kerja 2009 merebak ke awal 2010...Lang kembali terpaksa kerja dari pagi ke malam selama 2 minggu berturut-turut tanpa cuti....
satu ketika di hari sabtu yg cerah, kereta Lang menghadapi kemalangan dengan sebuah motosikal yang dinaiki 2 remaja yg tergesa-gesa untuk ke tempat kerja....parah jua mereka berdua.
kedua-dua remaja itu terpelanting daripada motosikal mereka...nasib baik Lang membawa kereta dengan perlahan kalau tidak...hmm mau mereka dilanggar oleh kereta Lang!!
tindakan pantas Lang menyebabkan Pak Guard yang pernah memandang sinis terhadap Lang bertukar tanggapan. beliau memuji kecekapan Lang malah tindakan Lang hendak mendukung kedua-dua mereka mengejutkan Pak Guard itu!! Malangnya kudrat Lang x mampu mengangkat jejaka seberat 75-80 kg itu ketika itu!!
Mereka berdua ditahan wad dan Lang sempat berkenalan dengan ahli keluarga mereka.Mujur ahli keluarga mereka bersikap cool dan redha serta tidak bertindak di luar batasan.
Kemalangan itu memberi pengalaman pahit dan manis kepada Lang...tidak sangka dapat berkenalan dengan orang yang baik-baik meskipun kemalangan itu masih dalam siasatan polis.
Lang pun baru je balik dari bengkel ....terbang dah beberapa ratus RM meskipun hanya kemek sikit, bergarit, dan side mirror patah!!
Kisah kemalangan ke tempat kerja ni nmpk nya langsung tidak ambil perhatian oleh supervisor Lang...amatlah mengecewakan sekali apabila seorang orang atasan Lang bercerita kisah Lang kemalangan dia lebih lagi memikirkan kerja yang perlu dibuat oleh Lang!!!!
Terbaru beliau mengusulkan staf-staf baru & muda perlu dikerah lebih demi kepentingan kompeni!!! Beliau meletakkan semua orang sama sepertinya yang kalau dilihat bagai tiada kehidupan lain selain kerja, kerja & kerja!!!
Budaya kerja seperti ini semestinya tidak sesuai bagi generasi yang mementingkan kualiti kehidupan yang seimbang dengan kerjaya ..bukan kerjaya mengatasi kehidupan seperti SV Lang itu!!
Untuk tahun 2010 ini dijangkakan merupakan tahun paling sibuk bagi semua staf apatah lagi kompeni ini mahu menggunakan sehabis-habisnya tenaga kerja yg ada tetapi enggan merekrut tenaga kerja baru yang amat-amat diperlukan sebenarnya!
lama x update blog ni...sorry sesangat sebab sepanjang ujung tahun 2009 Lang tersangatlah sibuk dengan pelbagai aktiviti..selain itu Lang menghadapi masalah kelembapan servis internet sehingga menghilangkan mood untuk berblog!! * Kini Lang dah beralih kepada internet berwayar...lebih stabil...lebih hebat!!* Alkisahnya....Lang sempat ke utara beberapa kali sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2009 selain ke selatan tanah air....banyak betul travel kali ni!! hehe
sempatlah ber-Gathering bersama Mistu, Grey dan Shriz yang merupakan rakan setia setiap acara buah fikiran Lang...siapa sangka pada asalnya hendak berkumpul di KL tiba-tiba leh buat di utara!!!?? hehehe...syukur tiba-tiba dapat rezeki yang lebih masa tu!! selain itu dapat berkenalan dengan rakan barudi utara yang sangatlah baik meskipun ada baru berkahwin dan sibuk dengan tugas menjaga keamanan!! Syukurrr!!
Pada 2009, ligat betul Lang setelah berkenderaan 4 roda kepunyaan sendiri...hmmm berjaya gak capai azam 2009 tu!! Alhamdulillah!!
Setelah berpindah ke teratak baru ..Lang menghadapi suasana baru...dari kawasan bersuasana kampung kini duduk di kawasan perumahan tersusun. Ternyata duduk di taman ini lebih senyap dan sepi berbanding suasana lama...memang rindu juga dengan suasana tempat lama yang teramat dekat dengan pusat bandar. Jarak yang jauh ini juga mengurangkan peluang untuk bertemu kawan-kawan lama termasuk Toolar.
Tahun 2009 ..hidup solo amat menguji.... terima kasih kepada sahabat yang sudi mendengar keluh kesah bagaikan Kak Esah .. sedih jua namun ketabahan diri mengatasi segalanya..
Lang jua dapat melakukan beberapa aktiviti luar jangka yang mencabar. Kembara serta perjalanan yang mencabar memberi suatu pengalaman yang cukup berharga.
Tahun 2009 yang diselimuti sejarah suka dan duka tetap kekal diingatan..kepada rakan-rakan Lang yang menghilang dan muncul bak bayang diharap akan dapat dipertemukan kembali di dekad yang baru muncul ini...Salam 2010!!
Bulan ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya...semoga ibadah kita diterima hendaknya.. semoga mendapat keberkatan sepanjang Ramadhan.. ampun & maaf dipinta..
selamat menyambut lebaran Syawal yang bakal menjelma..
Alhamdulillah..akhirnya dapat jua bertemu dengan bulan paling agung iaitu Ramadhan ..bulan dimana turunnya Al-Quran..
Tahun ini diharapkan akan lebih memberi keberkatan dan semoga doa termakbul hendaknya terutama dalam menghadapi wabak pandemik yang semakin dahsyat H1N1...
Awal-awal lagi sebelum abis Syaaban sudah ada perkara yang agak menjelikkan berlaku..antaranya berkumandangnya lagu-lagu raya!! Amboi..tak sabar betul nampaknya nak beraya nih!! memang tak perihatin betul tokei-tokei kedai yang terbabit!! Diharap bolehla bersabar sehingga 2 minggu puasa berlalu dahulu untuk terlalu gairah memasang lagu-lagu raya ni!!
rasanya tahun ni lambakan pasar ramadhan mungkin sederhana akibat wabak & ekonomi merudum..namun siapa sangka kalau-kalau sebaliknya yg berlaku??
yg pasti dalam satu pasar ramadhan atau PaRam singkatnye.. menjanjikan gerai yg menghidangkan menu ulangan dengan pilihan yg juga berulang jika anda mengelilinginya!!
Murtabak= 3 gerai, Air Tebu= 4 gerai, ikan bakar = 3 gerai, karipap = 6 gerai???
apa-apapun..sudah pastinya ada kenangan manis di bulan Ramadhan bagi setiap umat Islam...pernah Lang berjumpa seseorang berspesis keliru tidak puasa kerana tidak yakin ibadatnya diterima!! Masya Allah... terima atau tidak..kita wajib menunaikan kewajipan ini... Lang pun tak leh nasihat kan orang sebab Lang sendiri pun tak perfect!!!
apa-apa pun..selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat menikmati detik indah di bulan yang mulia..Ramadhan Al mubarak!
sori sesangat bz beberapa minggu ni...gara-gara kena siapkan tugasan yang diberi dalam waktu yang singkat. bayangkan kerja yang memakan masa seminggu hingga 2 minggu perlu disiapkan dalam masa 3 hari??
Alhamdulillah...tugasan itu dah siap .. sang tukang bagi tugasan itu terkesima juga kerana tidak menyangka tugasan yang diberikan itu sebenarnya agak kompleks dan memerlukan masa yg lebih banyak mengikut logik akal. Terima kasih kerana baru tahu perkara logik itu!!
seksa menyiapkan tugasan dah tamat......pun begitu seksa belum habis!!
Sekarang penilaian terhadap hasil buah tangan Lang itu sedang dinilai...
tiba2 banyak pula masalah yang dikesan!!! Aiyo..mcm mana nak jawab ni???
Rupanya ada yg suka follow kisah 'Spa Q' yang saban hari mengusik jiwa Lang ni. Maaflah..beberapa minggu ni Lang terlalu sibuk menghabiskan kerja yang semakin menimbun sehingga kekurangan stamina untuk menulis blog.
Berbalik kepada 'Spa Q' yang tempat duduknya yang begitu hampir sekali dengan Lang, beliau semakin hari semakin manis pula! Figuranya sedikit sebanyak mengingatkan kepada kenangan lama Lang iaitu 'S' yang masih dalam ingatan.
Setiap kali Lang bersama 'Spa Q' beliau lebih banyak bertanya berbanding Lang yang lebih banyak berkongsi kisah dan pengalaman Lang. Ini bermakna saban hari, beliau lebih mengenali Lang berbanding Lang mengenalinya! Pun begitu, Lang tetap mengikut rentaknya bagi mendapatkan kisah daripada sebelahnya pula.
Apa yang Lang perhatikan, beliau sebenarnya mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan butir bicaranya kedengaran alim sekali!!! Kadangkala, Lang menjadi segan pula kerana takut tersalah cakap atau memperlihat kelemahan Lang yang ketara!!
Beliau juga rajin berpuasa dan sering mengucapkan kalimah suci sebagai alas kalimahnya! Ini membuatkan Lang menjadi segan untuk bersikap 'over the top' seperti kebiasaan ! !!!
Baru-baru ini, beliau semakin rajin berpuasa dan maka tertinggallah Lang di waktu makan tanpa dirinya di sisi!
Sifat yang ada padanya itu membuatkan Lang mula segan dan hormat padanya meskipun Lang akan terpana setiap kali bibir bak jambu air itu mengukir senyuman manis bagaikan mahu bertamu di alam kemesraan.
Alkisahnya ...hari-hari penuh senyuman di opis dengan kehadiran "SPA Q" yang melirikkan senyuman setiap kali bersama Lang..huhu (ceh perasan!)
Minggu lalu, Spa Q selaku teman lunch Lang begitu excited mengajak Lang makan bersama (berdua) di luar dari tempat klise setiap kali kami pergi lunch..Beliau men'culik' Lang dan membawa ke restoren kegemarannya untuk melepak iaitu restoren mamak yang popular lah juga..
Dengan begitu happy beliau memandu dan Lang di bawanya ke restoren itu lalu kami pun makan dan berbual (tidak lebih daripada itu)
Selesai episod hari itu, hari berikutnya Lang menghadapi hari yang amat sibuk lagi bz (bak kata org sekarang) dengan pelbagai aktiviti sehingga terpaksa menggunakan waktu sarapan untuk ke bank.
Kemudian di waktu lunch, Spa Q bertanyakan ke mana Lang pergi pada waktu sarapan itu kerana beliau sebenarnya ingin pergi sarapan bersama!! alkisahnya setiap kali sarapan sudah pasti staf lain turut ke kantin namun menariknya Spa Q hanya mahu pergi dengan Lang sahaja!! Walhal teman-teman lain juga sudah menjadi teman borak Spa Q ketika di kantin!!
Lang dapat tahu, beliau tidak bersarapan pagi tu dan menahan laparnya kerana Lang sudah meninggalkannya untuk ke bank!!
Terharu bercampur kesian juga..hmmmm kalau Lang tahu, lang akan tangguhkan sebentar urusan ke bank itu!!!
Pun begitu, kisah ini mencuit hati Lang untukmnambahkan koleksi mimpi berangan untuk bersama dengan Spa Q ~alamak terleleh air liur!!!~
belum pun masuk seminggu bersama SPA Q...Lang semakin teruja plak berada di opis semenjak kehadirannya
..hhmmm x pnah Lang terasa nak senyum memanjang sepanjang berada di opis...inilah detik paling menggembirakan.... hadir permata baru yang membuatkan Lang x khusyuk membuat kerja pejabat!!
sepanjang hari tadi ..Lang asyik terpandang mata&bibir yang memukau itu!!
mana tak nye..bila terpandang mukanya..terus dilemparkan senyuman 'cari makan' dia tu...aduyaiiiiii....
bila terserempak di muka pintu kaca tatkala dia mahu membukanya...dia senyum lagi...adoooiiii ...luruh jantung Lang ni!!!
tadi sebelum tamat waktu kerja tiba-tiba dia datang menerpa ke tempat Lang...mencangkung lalu berteluku dan memandang Lang ....lalu bertanyakan apakah yang telah Lang lakukan pada hari tersebut dan hal berkaitan skop pekerjaan Lang...
* bayangkanlah sesorang yang tezz memandang tepat wajah kita !!*
kemudian dengan bersemangat waja Lang menerangkannya...dengan ayat yang langsung tak tersusun gara-gara kaget dengan aura mencairkan beliau itu!! apalagi renungan mata berserta melihat bibir bak butir delima bertutur dengan ciri-ciri yang sangatlah mengujakan Lang malah membuatkan Lang boleh tak tidur lena malam ini!!
dalam sesi singkat itu Lang sempat berkongsi beberapa kisah..beliau nampaknya begitu suka dan teliti mendengarnya....hmmm kemudian berselang nada suara agak manjanya bertanya lanjut tentang Lang dengan irama yang sangatlah mendebarkan dada!!!
Lang yang menggeletar tangan kununnya nak cuba curi-curi snap muka dia dari jarak dekat tapi dia plak terpandang tingkah pelik Lang itu....maka serta merta Lang terpaksa mengkaverkan diri...lalu gagal misi mensnap wajahnya *kalau snap pun sorry la xkan nak post lam blog...(privasi hoccay!!!)*
Petang itu Lang memandu pulang ke rumah dengan rasa gumbira..namun tiba-tiba terkilan kerana terlepas sesuatu yang penting teramat sangat..iaitu meminta nombornya atau memberi nombor Lang kepadanya!! *motif????*
kesimpulannya... verangan je kan Lang ni??? tapi memang hajat hati nak peluk 'SPA Q' itewww *bukan peluk gunung atau bukit bukau tawww!!!!*
Setelah seminggu Lang telah berasa lemau di opis setelah kepergian seorang budak prektikel di opis yang kiut lagi mesra yang menyebabkan Lang kehilangan 'jiran' dan terasa sepi selama seminggu...
Semalam pula hadir satu permata baru menggantikan kepergian budak kiut itu dan paling mengujakan ialah beliau lagi mantap rupa & fizikalnya..pendek kata tersangatlah tezzzz!!!!
Mempekenalkan dirinya kepada staf lain antara terawal ialah kepada diri Lang ini..hmmm dengan lemparan senyuman manis madu berserta seri wajah yang memukau pandangan Lang...
Umur yang masih remaja dengan gaya yang memikat sesungguhnya amat menarik perhatian termasuklah beberapa staf yang lain...(hatta staf yang dah berkahwin!)
hmm setelah Lang diperkenalkan, budak baru itu terus berbual-bual dengan Lang (wow bulan jatuh ke riba) dan Lang pun terus melayannya bagaikan ada 'chemistry' antara kami berdua pula (perasan!)
sungguh mesra suara panggilannya!! wahhhh...teruja!!! (cair pun ada!!)
Lang sempat menanyakan sedikit sebanyak latar belakangnya dan Lang juga sempat memberi pengenalan serta panduan mengenai pekerjaan Lang dan persekitaran di opis itu.
Selesai berbual, kami sama-sama ke kafe untuk mengalas perut ...dapat lagi Lang menatap wajahnya!! (kelassss)
Persis model majalah remaja...Lang terus menatap keindahan yang terbentang di ruang mata....tanpa membazirkan meski sesaat!!
Dalam hati Lang nak sangat berterima kasih kepada Bos Lang yang nampaknya begitu bijak memilih pekerja dan pelatih baru di syarikat itu kerana kebanyakan mereka memiliki wajah yang menarik, berkarisma serta penampilan yang hebat!!!
Adakah bos Lang mementingkan rupa juga ye??hmmmmmm..bagus jugak tu!!
Apa-apa pun...kini Lang lebih bersemangat untuk ke opis dengan kehadiran budak baru yang digelar Spa- Q kerana sensasinya kepada diri Lang yang menatap wajahnya yang dah beberapa zillion kali ntah!!!! Wahai Spa Q...kemarilah kau ke dalam mimpi ku (cehhhhh!!!)
Lang dah selamat pun pindah ke kawasan baru yang berjarak 30++km dari umah lama...tempat ini sedikit terceruk dan bakal membataskan pergerakan sosial Lang ini...
Alkisahnya Sabtu lalu...ketika Lang tergesa-gesa menuruni anak tangga di rumah baru itu..tiba- tiba pandangan mata kabur lalu terpijak 'pentas angin' menyebabkan terlepasnya 2 anak tangga di bawah...lalu mendarat laju telapak kaki kanan menampung berat badan Lang dengan keupayaannya sahaja...!!!
"Krekkk" bunyi derapan tulang kaki..lalu terkesima sekejap Lang dengan rasa yang menghinggapi kaki kanan itu ...memang malang tak berbau!!!
tiba-tiba kaki Lang kelihatan 'gemuk' dan berwarna merah...Mak Lang menjerit dan menerpa kepada Lang...hmm...gopoh katanyer...
selepas 2 hari bengkak di kaki Lang belum surut dan ketika hendak bersolat barula terperasan kaki Lang dah bertukar kepada warna biru!!
Kemudian Lang terus minta kebenaran untuk pergi ke klinik sewaktu bekerja...Lang terus menunggang motosikal sendirian dan menuju ke klinik
di klinik itu..Lang dilayan oleh doktor bertudung tetapi rambut terjurai keluar ....bercakap loghat utara dan nampak bersungguh-sungguh...doktor Klinik itu menyuruh Lang membuat x ray kerana risau ada kepatahan tulang...dan kembali ke klinik itu selepas selesai membuat X ray
Selesai x ray di tempat berdekatan, juru x ray itu memberitahu tiada keretakan....!! Lang sedikit lega...kemudian kembali ke klinik doktor rambut terjuari itu...beliau kemudian melihat kembali dan ternampak ada garisan halus....retak katanya!!
Belia meng'kondem' juru x ray itu dan meminta Lang terus ke hospital swasta. Lang kemudian meminta untuk ke hospital gomen sahaja kerana memandangkan kemampuan Lang .. Lang kembali menunggang motosikal ke hospital yang pernah Lang kunjungi tahun lalu ketika kecederaan akibat kemalangan motosikal yang mana doktor meletops bekerja di sana!!
Tiba di hospital itu Lang terus menunjukkan surat doktor klinik kepada penjaga kaunter kecemasan yang agak blur..."adik" dipanggilnya Lang ni...(ntah2 dia lagi muda daripada Lang )
Lang terpaksa menaikkan pitch suara yang masih kesakitan tekak ini untuk memberitahunya kerana tahap blur yang tinggi dimilikinya!!
Kemudian Lang diberi kad hijau (maksudnya tidak kritikal) dan disuruh mendaftar di kaunter pendaftaran..
Selesai mendaftar Lang dipanggil setengah jam selepas itu untuk diperiksa oleh pembantu pegawai perubatan (bukan doktor) untuk dikategorikan...
Kemudian acara menunggu pun bermula pada jam 330 petang...
Lang tunggu dan terus menunggu ...banyak pula kes kritikal yang berlaku pada hari itu..lalu menambahkan lagi waktu menunggu...pengumuman bersabar asyik berkumandang demi menyabarkan sang penunggu...
ada yang menunggu sejak pagi masih belum dapat dilayan sampai mengeluh...
Jam demi jam berlalu...perut dah berkeroncong...dah 3 jam menunggu keseorangan sambil Lang men-SMS kawan-kawan yang terpilih secara rawak dan melayan sahaja SMS mereka kerana tahap kebosanan yang maksima.. terdapat jua tezz yang lalu lalang...ternanti-nanti jua apakah doktor tezz itu akan menjelma...
setelah jam menunjukkan jam 7 barulah kelihatan doktor tezz itu....wah masih segak bergaya..makin cute walaupun sedikit kurus berbanding tahun lalu!!
Lang sempat mengambil gambar video jarak jauh bagi menjadikan kenangna....
Dah malam pun nama Lang belum dipanggil!! 2 jam kemudian barulah nama Lang dipanggil!!
Sungguh menguji kesabaran...Lang kemudian diminta menunggu lagi setelah doktor pertama yang memanggil Lang (berbadan gempal dan bersuara halus) seperti tidak bersungguh melayan Lang
Ketika menunggu , doktor tezz itu ada jua berlalu lalang..dapat jua Lang mencuci mata dan hilang rasa bosan...
Ketika itu Lang dah pun menelefon ahli keluarga supaya datang (kerana Lang x mampu nak pulang sendiri ke rumah yg jauh tu)
setelah itu Lang dilayan oleh doktor wanita yang kelihatan mesra bersama sorang lagi doktor muda yang percakapannya sedikit pelat.
Gambar x ray dilihat kembali dan dikatanya tiada keretakan...untuk kepastian ..Lang disuruh menjalani X ray lagi!! (mak uihhh kena sinar radioaktif lagi!!)
Lang pun membuat x ray lagi dan memangnya tiada keretakan kerana garis halus dimaksudkan doktor rambut terjurai itu ialah garis jari!!
Lang berasa lega kerana tiada yang serius... namun begitu Lang tetap diberi ubat-ubatan meredakan bengkak berserta MC seminggu!!!
Sekarang ni Lang sedang melepak di rumah je sambil mennti surt bengkak dan kebiruan di kaki ini hilang!!! ~tangga dah makan tuan!!~
Lang barusan selesai mencuci rumah baru yang bakal diduduki dalam masa seminggu dua ni ... memang memenatkan apabila terpaksa menyental kesan-kesan tumpahan cat, simen dan kotoran yang melekat di dinding, lantai dan cermin.
Di samping xtvt merapikan rumah baru, Lang jua turut menyambut kunjungan Shriz yang datang dari kejauhan dan bercuti semata-mata melepaskan keinginan bersantai bersama Lang!!
Xtvt kami berdua selama 4 hari berturut turut dan disulami xtvt Lang di teratak baru sangat menguji stamina Lang ni.
Shriz hadir dengan kondisi kurang sihat dengan gejala batuk2 yang menyesakkan dadanya. Pun begitu, itu tidak menghalang kami berdua beraksi duet di pentas persada lalakan sehingga 2 jam lamanya..iaitu yang pertama dalam sejarah!!
kami juga sempat me'labur'kan duit di kompleks beli belah dengan beberapa helaian baju...disamping menikmati hidangan kegemaran kami iaitu ayam Nando's !! Dah lama teringin nak makan Nando's ni..tapi tak de geng yang sama sama meminati restoren ini selain Shriz!!
Kami juga sempat bersiar-siar dengan kenderaan awam dan juga skuter Lang !!! Yang pastinya Lang hanya boleh membonceng kalau nak naik bersama Shriz!!
Meski pun 4 hari kedengaran seperti tempoh yang lama, namun ternyata belum puas lagi Lang rasa bersama ngan Shriz yang mempunyai banyak persamaan minat dan mampu berkongsi kisah-kisah yang menarik... Pun begitu, ampun dan maaf dihulurkan sekiranya ada kengkawan yg terasa hati kerana tidak dapat bertemu kami berdua sepanjang 4 hari tersebut kerana kami berdua pun mengalami masalah pengangkutan dan hanya berlegar di kawasan-kawasan tertentu sahaja!!
Pun begitu xtvt hari ni cukup melegakan kepala otak Lang yang berserabut dengan tugasan di pejabat yang semakin berlambak dan menanti sepanjang bulan hadapan ini~!
Entah kenapa beberapa hari kebelakangan ni ..hampir setiap malam terasa bahang kepanasan dalam umah lama Lang ni.... ayik-asyik hujan tak jadi!! 2 hari lepas barulah 'menjadi' hujan turun di kawasan umah yang bakal Lang tinggalkan hujung bulan ni!! Agaknya inilah kesan global warming...hmmm harus wat Earth Day hari-hari ni....jimatkan penggunaan tenaga maka kuranglah pembakaran arang batu, diesel, petrol & bahan bakar yang mencemarkan itu kekdahnya!!
Kisah nak pindah tak selesai-selesai lagi!! Kontrektor pengubah suaian dah tunjuk belangnya cuba menipu keluarga Lang dengan mengatakan rumah itu dah pun dicat warna putih padahal mereka hanya menggunakan alas cat(Under coat) yang berharga murah!! Ini lah dia sikap bangsa sendiri terhadap bangsa sendiri kan??
nyesal plak tak upah je kontrektor lain...konon bila dah kenal lama maka hasilnya ok dan tiada minta lebih-lebih...tapi 'nan ado' plak hasilnya..senget sana... bengkok sini...geram je dibuatnya!!bila suruh baiki balik kesilapannya tu..dimintanya pula upah yang baru!!! macam %&^*&($#@!!!
Barang-barang umah lama yang nak dibawa pun masih belum selesai lagi..umah baru tu dah 95% siap....mungkin dalam minggu depan baru 100%!!
berdebar-debar dan berkecamuk perasaan bila nak berpindah ke kawasan baru.apatah lagi dengan persekitaran yang amat jauh berbeza!!Perjalanan kehidupan seharian bakal berubah lagi!!
Minggu depan , teman Lang yang berada di carta teratas iaitu Shahriz@ Shahkira bakal mengunjungi Lang ...tak sabar nak bertemu teman baik Lang ni!Kepada kengkawan yang nak join..marilah!! beliau bakal muncul 21-24 Mei ni..dan kami bakal menjalankan beberapa aktiviti bersantai yang wajib!!!
Gathering??hmm perkataan tu tak sesuai la!!Tapi kalau ramai yg joinleh la pertimbangkan ia satu bentuk perjumpaan beramai ramai gak!!
Cuti 2 hari Lang dah pun lulus...yuhuuuu cuti Khamis,Jumaat,Sabtu & Ahad!!!
Nak kabarkan kisah kerja Lang ni kan...hmm nak sangat tau kan??tak story lak ada yg ingat Lang ni tanam anggur sesuburnya plak!!:p
Setelah tamat tempoh percubaan di syarikat S..ye Syarikat S lagi..banyak betul S dalam idup Lang ni!! Ok sambung balik..kerja di syarikat S ni iaitu syarikat S ketiga bagi Lang setelah kilang S, Syarikat Perniagaan S, merupakan tempat kerja terbaik pernah Lang jawati (ada ke perkataan ni?)
Dengan persekitaran yang semakin Lang senang dan kerja 'sebenar' yang Lang rasai...menjadikan hari-hari yang berlalu bagai angin yang meniup ubanku!!
Tugasan yang diberi memang mencabar minda!!
'Nature' bagi dunia pekerjaan Lang ialah punggung melekat di kerusi, kaki terhentak sesekali, tangan bermain di tetikus dan papan kekunci, mata yang melekat 180 darjah ke skrin komputer , otak berpusing bagaikan gasing dan mulut yang mengetap bibir!!
Dengan bebanan kerja Lang pada bulan ini yang berganda....jadi apakah pandangan umum terhadap pekerja yang seperti Lang ini??
mari kita dengar soseh2 mulut puaka dalam opis...
1. "eh budak tu tak reti bercakap ke??"
2. "eh budak tu sombong ye...duduk kat meja je!?"
3. "budak tu main game????"
Lang cuma dapat membalas setelah tahu soseh2 ni tapi ia langsung x menggangu perasaan Lang..
Jawapan 1: Lang memang tak bercakap sangat lagi-lagi ketika sibuk atau berhadapan dengan orang yang Lang tak rapat atau yang Lang tak reti nak terjah!!
Jawapan 2: Lang sombong??ini merupakan vice versa..Lang takkan 'sombong' dengan orang yang sombong atau tak tegur Lang apatah lagi kalau Lang senyum mereka tak balas!! Malang bagi orang yang rasa Lang sombong sebab dah ramai kawan tawa Lang dalam jabatan Lang ni!!
Jawapan 3: Bagi yang ingat Lang main game tu memangla berpengetahuan rendah dengan kerja Lang yang melibatkan beberapa perisian!! Mau tergelak Lang dibuatnya!!
itu dia antara soseh soseh yang langsung tak memberi efek kat Lang. Ada diantara mereka dulu pnah berani bertaruh yang Lang tidak akan melepasi tempoh percubaan dan akan berhenti awal. Sememangnya tidak dinafikan pada awal lantikan, prestasi kerja Lang amat perlahan dan boleh dikatakan lemah namun satu persatu kebangkitan transformasi dalam diri yang membawa Lang ke detik ini.
Meskipun gaji tidak setinggi kengkawan Lang yang sama belajar di pusat pengajian dulu..namun dengan jawatan di syarikat antara terkukuh di Malaysia ini membuatkan sedikit kegembiraan di hati Lang yang pernah dicemuh dan dituduh sebagai seorang yang suka goyang kaki, suka menganggur, terlalu memilih kerja dan macam-macam lagi ayat laser yang kejissss!!
Di saat kegawatan ekonomi ini menyaksikan beberapa syarikat yang pernah 'dikerjakan' oleh Lang mengalami masalah kewangan sehingga memaksa merka memotong kos pekerja dan pengeluaran produk.
Kilang S, kilang T, syarikat J, syarikat Perniagaan S semuanya mengalami kerugian dan watak-watak bongkak ketika Lang bekerja disana sudah tunduk ke bumi dengan tamparan yang merka terima kini. Lelaki filipina syarikat J yang bekerja dengan kilang T, yang pernah menikam Lang dari belakang sehingga Lang disingkirkan kini rasailah kerja tanpa elaun dan gaji tinggi seperti sebelum ini, begitu juga jurutera kilang S yang kini sudah mula membuka jobstreet untuk mencari pekerjaan lain setelah kilang itu dikatakan akan menutup operasinya di negara ini!!
sekali lagi..dunia ni bagaikan roda..Lang juga cuba beringat ketika masih berada ini...
itulah saja ngomelan Lang kali ni... jangan termenung je yer..huhu
Sesungguhnya kisah ini bukanla bertujuan mengaibkan sesiapa atau untuk tujuan riak ..tetapi sebagai pengajaran kepada diri Lang sendiri dan rakan-rakan yang dikasihi...Lang juga bukanlah insan sempurna..ada juga salah dan silap
Jika kengkawan ingat lagi kisah pengalaman Lang bekerja tahun lalu di syarikat S dimana Lang mempunyai pengurus yang tidak terurus!!
Sesungguhnya Lang tidak pernah berdendam dengan beliau..masih bertanya kabar melalui SMS..dan berjumpanya di tempat beliau bekerja sebagai tanda persahabatan yang tidak putus meskipun Lang pernah menimba pengalaman buruk bekerja bersamanya!!
Teringat detik2 kegemilangan beliau bergelar pengurus cawangan termuda dan paling cepat naik dalam sejarah syarikat itu sehingga mengubah kehidupan beliau sekelip mata!!
Percubaan beliau menguruskan cawangan secara ala tentera dan penuh diktator menyebabkan dirinya begitu tidak popular lalu menyebabkan Lang yang berpangkat satu tangga dibawahnya meraih kasih daripada staf bawahan kerana sering tidak bersetuju dengan langkahnya itu!!
Staf yang tidak sebulu dengannya dihantar ke cawangan lain lalu diangkut kroni-kroni beliau dari kampungnya bagi mengukuhkan kedudukannya.
Yang menakjubkan, staf yang dipindahkan itu pula tiba-tiba meraih sebagai antara staf terbaik bulanan di cawangan baru yang ditempatkannya itu!!
Pembawaan kroni-kroni beliau pada mulanya melahirkan skeptikal pada staf lama, namun telahan pengurus cawangan itu silap kerana kroni mentahnya itu akhirnya berpaling tadah dan mula tidak bersetuju dengan segala tindak tanduknya yang serba tidak kena!!
Perangai kuat joli setiap minggu serta sering mengambil cuti tanpa alasan kukuh menyebabkan kerja Lang ketika itu menjadi berganda dan paling kritikal bagi seseorang yang baru bekerja sebulan di situ apatah lagi tanpa pengalaman dan latihan yang cukup!!!
Setiapkali ada sesi berbual bersama Lang pastinya setiap perbuatan terkutuknya dikongsikan...Lang cuma mengambilnya sebagai sempadan.
Ketika itu beliau dengan bangganya menunjukkan simpanan wangnya yang banyak kepada Lang yang dikatakan tidak luak meskipun setiap minggu berjoli!!
Perangai setannya terserlah di majlis makan malam tahunan apabila beliau meneguk air syaitan sambil merangkul pinggang gadis tanpa segan silu meskipun memgang title Melayu Islam!!
Ketika prestasi cawangan semakin merudum, Lang cuba mengambil inisiatif bagi menambah baik..ternyata inisiatif Lang itu ditolak dan diperlekeh malah dituduh cuba mengajar beliau pula!!!
Sesi perdebatan semakin jelas setiap hari sebelum Lang mengambil keputusan untuk membiarkan saja dan menyimpan idea2 kreatif LAng itu supaya tidak dipersiakan dan diperlekehkan lagi.
Dengan prestasi cawangan yang semakin teruk akhirnya LAng mengambil keputusan meletak jawatan dengan alasan peribadi setelah mengesan begitu banyak penyelewengan yang berlaku sejak sebelum LAng bekerja disitu lagi serta dapat menghidu LAng cuba dipersalahkan!!
Dengan pemergian LAng di cawangan itu dan diikuti oleh kroninya sendiri maka tinggallah sang pengurus bongkak itu cuba bertahan di tebing yang semakin rapuh itu!!
Setelah 2 bulan setelah pemergian LAng..diberitakan pengurus itu dipindahkan ke cawangan lain. Mengikut tradisi syarikat S itu, jika seseorang itu dipindahkan maka ada 2 kemungkinan, sama ada syarikat menyukainya atau syarikat menghukumnya!!
Ternyata nasib buruk yang menimpanya apabila diturunkan pangkat menjadi staf biasa..ya, pangkat yang sering beliau herdiki, perendahkan dan perlekehkan!!!
Beliau diberitakan bertahan di cawangan barunya itu sehingga bulan Mac lalu sebelum dipindahkan lagi ke cawangan lain yang lebih terceruk (dikatakan bagi menghukumnya lagi) malah pangkatnya diturunkan lagi bagai staf baru yang baru bertatih!!!
oleh kerana tidak tahan dengan tekanan yang dahsyat bagi beliau itu, maka beliau pun meletakkan jawatan!!
Lang yang baru tahu tentang berita ini amatlah terkejut..masih terngiang-ngaing lagi ayat-ayat 'limosin'nya dan gayanya bersama PDA yang tak lekang ditangannya bersama set Bluetooth yang sering di telinga serta gaya jalannya yang sungguh bergaya!!
Bagaikan mimpi dan tidak terbayang keadaannya sekarang yang dikatakan sudah 'kehilangan' segala yang pernah beliau miliki....
Sesungguhnya dunia ini bagaikan roda...tidak selamanya kita diatas...bila di awan jangan lupa rumput di bumi..bila di bumi jangan cuma memuja bintang di langit...lalu lupa daratan yang dijejaki!!
nak dikabarkan bahawa selama tempoh Lang diam ni banyak pula kisah yang terjadi...suka,geram,sedih.... bercampur aduk menjadi satu
Alkisahnya ada kawan yang nak melanjutkan pelajaran ke luar negara..sekalung tahniah!! seorang lagi geng bakal 'meninggal'kan Lang setelah Angah Winehouse ke Eropah!!
Ada kisah-kisah duka yang menimpa sekeliling Lang..tak perlulah dikisahkan lagi..yang berlalu biarkan berlalu....
LAng kini sibuk mengemaskan barang untuk berpindah ke lokasi baru mengikut famili yang dijangka selesai proses pemindahan dalam bulan Jun...memang sibuk sekarang ni...
Sedih pula nak meninggalkan halaman yang dah bertahun Lang hinggapi..dan ini hanyalah satu persinggahan...lagi pun dunia ni memang satu persinggahan kan??
Percaya pada diri dengan harapan & keyakinan
Lokasi terbaru ini berada sejauh 30km dari rumah asal dan tempat kerja Lang yang membahagiakan ini...sudah pasti pengalaman letih berulang alik ke tempat kerja bakal menghinggapi tubuh kecil Lang ni!!
perasaan lain yang muncul termasuklah resah gelisah tetapi juga gembira kerana bakal berada di lokasi yang tenang dan mendamaikan selain bakal mendapat ruangan bilik yang lebih selesa dan berprivasi tinggi!!
Rumah tersebut masih dalam proses dinaik taraf dan bakal selesai Mei nanti..hmmm tempoh 'bulan madu' Lang akan berakhir...bajet akan bertambah nanti!!huhu
Akhirnya tempoh 'berkabung' blog yang nak masuk usia 4 tahun ini dah pun tamat. Maaf kepada pembaca yang 'menderita' sebentar gara-gara adegan sentap menyentap Blalang & Nyamuk yang meninggalkan sedikit kesan kepada blog ini.
Kisah sentap ini dianggap sudah beres, kerana pengisytiharan darurat yang dibuat diharap telah melegakan pihak-pihak yang berkenaan.
Setelah berfikir duo ploh juta tiga ratus zillion (ayat macam Azwana plak) selepas mendengar sendiri ujaran sang nyamuk yang mengatakan "marahkan nyamuk, kelambu dibakar" !!
maka dengan ini , Blalang akan membiarkan saja 'nyamuk' itu terbakar kepanasan kali ini demi melindungi 'kelambu' yang sejuk dingin ini! Dengan itu...selamat kembali enjoy dengan blog Lang ini!!! Selamat Datang semua!!!
p/s: Blalang mohon ampun gak la pada nyamuk tersebut....tak mahu bermusuh-musuhan ni!!
Kong Hei Fa Choi..puas ek cuti panjang sempena Tahun Baru Cina?? Lang cuti pun tak sempat nak rehat...ada je undangan pi majlis perkahwinan...duh..penat nyer... tak sempat rehat penat berjalan dah esok kena kerja!! siapa suruh cari padah kan pi melancong berbatu-batu jauhnya!!
Hari ni LAng kerja sampai dekat jam 8 malam..haha..first time tu wat overtime kat kompeni ni!! plak tu dah namanya kuli kan?? "terpaksa aku redha" konsepnyer... !!
Pun gitu kerja Lang di pejabat minggu ni dijangka akan hebat dan dahsyat apabila Lang diberikan masa yang terhad untuk menyiapkan projek yang hanya diberi masa untuk siap sebelum isnin depan!! padahal sambil2 nak wat kerja tu lah ada je iklan...banyak plak songeh bos dan tukang2 suruh ni kan....pening kepala melayan!!
Minggu ni dijangka Lang akan meluangkan masa di tempat kerja berlebihan sehingga cuti hujung minggu pun 'Yang Ado' katanya..merasalah feeling busy seperti TedNet yang dah lali dengan menjawab perkataan busy-nya itu!!
Harap sangatlah hasil buah tangan sulung Lang kepada syarikat ini akan menjadi sesuatu yang memuaskan hati kebanyakan pihak yang menyuruh nyuruh itew!!
Hmm ramai gak kengkawan Lang yang dah set-up nak wat bisnes sendiri ikut impian masing-masing...ada yang dah stabil ngan kerjaya mereka tapi tetap nak mula ngan bisnes...ada yang menganggur dan dah fed-up benar nak cari keje dan jadi kuli orang nak plak mulakan bisnes...
sekarang ni ada pelbagai skim pinjaman bukan dari Along atau Angah Winehouse...tapi dari ejen-ejen kerajaan seperti MECD dan Agro Bank...
Lang pun ada mendapat 'tawaran' untuk melabur dalam bisnes agro ni..tapi hanya melalui perbualan telefon yang tidak diundang..yang bercakap pun bunga ala2 kegersangan nak mengayat Lang ...lagilah pudar kepercayaan Lang terhadap bunga(atau kerang kata Shahriz) itew!
Kalau ada modal teringin ke kengkawan nak berbisnes??best sangat ke wat bisnes ni?? dalam hadis ada berfirman kebanyakan rezeki datangnya daripada perniagaan.
Tapi perniagaan ni selain memerlukan modal, ia memerlukan komitmen lebih 200%, usaha, idea yang kreatif dan inovatif, keberanian dan kesanggupan. Bukan semua orang leh berjaya dalam bisnes...hmm ada kaum keluarga Lang yang gagal juga!!
Tapi kengkawan Lang nampkanya cenderung nak buat bisnes..tapi bisnes apantah dorang je yang tau!! LAng pun dulu ada impian nak buat Cafe D'Lalang dengan gambaran kafe impian tu dah leh terlihat hampir di mana-mana!! Mana dorang leh baca idea dalam kepala otak Lang 3 tahun dulu ek?? Ntah ntah pembaca forum@blog tak??Isk speku jerrr...
~a dream within a dream~ mimpi dalam mimpi!!~ kan best kalau ada kedai camni???
Bila dah ada bisnes nanti macam dah kira macam ber'bini' juga...komitmen tinggi wooo!!! Hmm...tapi itu tetap salah satu impian Lang.....tapi bukan untuk masa ini dilaksanakan...tunggulah umur dah patploh macam tu kot!!!
adododoi...sibuk banget minggu ni ngan keje...dush!! sorry blog ni terkontang kanting...hmm keje Lang untuk minggu ni ...aduhai...banyak plak tugasan perlu diselesaikan!!!
Kena plak org yang suruh tu banyak kerenah...jap nak begitu..jap nak begitu...nak senget sana ..nak senget sini...adoi...senget betul lah!!!
kesabaran dan kegigihan mesti menyala-nyala nih...adoiiii...gigih ni...harap sempatlah siap sebelum minggu depan!!
Dah lama tak story mory pasal kerjaya Lang ni...hmm ala2 kak Lasagna lah gak kan?? Sekarang Lang dah masuk fasa akhir sebelum dihitung sama ada dikekalkan atau tidak di syarikat ketiga Lang kerja untuk 2008 (dan pertama untuk 2009) itu...
Di tempat kerja Lang ada seorang rakan yang agak rapat sebab kami kiranya sama batch gak...beza sebulan je...Dia masuk awal daripada Lang. Nama watak itu kita sebut W dalam story ni. W memang friendly hampir pada semua orang nampak dia leh masuk...tak macam Lang yang pendiam dan pemalu...
Kerajinannya membuatkan bos Lang yang juga bos W sayang kepadanya..leh katakan saban hari nama W menitip di bibirnya. W dilihat bakal protege dan bos sabagai mentornya.
Di pejabat suasananya tidaklah se-happening seperti pejabat lama Lang yang lebih meriah dan heboh.. Di pejabat baru ini diisi dengan staf-staf yang semuanya dah berkahwin dan kertu semuanya...kecuali Lang, W dan beberapa staf muda.
Akibat ke-kertu-an suasana, Lang kurang berani untuk menonjol apatah lagi pengalaman kerja LAng yang terlalu sikit dalam bidang berkaitan membuatkan hari-hari Lang muram dan suram dan membosankan!!
~Ketawa kertu nan plestik ~
Cuma ada 2 orang kakak-kakak setiausaha yang mulutnya meriah memberi sedikit hiburan selingan setiap kali kebosanan melanda..
Kerajinan W menonjol dan kesuraman Lang juga terjojol mungkin menyebabkan ramai berpandangan siapa yang akan berkekalan di syarikat itu...bagai tiada rahsia lagi!!
Setelah hampir 5 bulan W yang merupakan teman bual Lang terulung di syarikat itu terlepas kata. Kami selalu berbincara tentang happeningnya suasana tempat kerja lama yang riuh berbanding syarikat itu yang selalunya terlalu bisu hingga bunyi deruman pendingin hawa jelas di halwa telinga.
Tiba-tiba W meluahkan hasratnya untuk berhenti tak lama lagi dan sedang mengintai peluang di kompeni lain. Dengan pengalaman kerja lebih 3 tahun berserta akademiknya yang baik beliau pasti tiada masalah untuk bertemu 'buah hati' baru buatnya..
Memang Lang terkaget, terkejut malah terkilan apabila satu-satunya teman Lang di kompeni tersebut hendak pergi dari situ....apakan daya, kehendaknya melebihi segala-galanya..
Selama beliau di situ, kakak yang selalu berlagak bagai guru disiplin selalu membandingkan Lang yang bermasalah disiplin ni dengan dia dan pandangan staf-staf lain bagai melemparkan kata bahawa Lang tidak akan lama di kompeni itu berbanding W yang bakal menjadi the next apprentice...mereka mungkin mendakwa Lang akan terima 'You're fired" manakala W " You're hired" ketika bos tengah feeling Donald Trump dalam bilik sempitnya.
Kuasa tuhan siapa yang tahu, rupa-rupanya kerajinan W itu adalah semata-mata untuk mengaburi pihak syarikat itu tentang aktivitinya yang sedang mencari pekerjaan lain. Alasan nak bertukar begitu ringkas...bosan katanya!!!
W sudahpun menemui bakal majikannya dan akan berpindah akhir bulan ini sebelum bos feeling Donald Trump lagi!! Apa-apa pun itu keputusannya dan itu juga katanya buat masa ini...takdir siapa yang leh ramal??
Lang kini dah pun lali dengan suasana sepi pejabat ini dan mula menyukai keadaan ini. Suasana tempat ini mungkin bosan tetapi tidaklah seteruk di tempat kerja Lang sebelum ini...pun begitu untuk buat Overtime..sorry Lang tak berminat!!
Berbalik kepada cerita si W yang bertubuh tinggi lampai dan berkulit cerah..memang beliau dah bulat dengan keputusannya katanya sambil menepuk belakang LAng bagai mengucapkan selamat menghadapi suasana di pejabat itu 'berseorangan' !!
Buat kakak sumber manusia yang feeling guru disiplin yang selalu mengherdik Lang tiba tepat pada waktu dan balik tepat waktu, mungkin satu hari selepas W pergi dan Lang pula yang kekal maka segala andaian kakak dan staf lain akan terbukti gagal dan memalukan diri mereka sendiri!!
Baru-baru ini muncul pula ambilan terbaru syarikat ini yang nampaknya begitu peramah dan rajin apatah lagi memiliki kemahiran yang amat mengkagumkan sudah memulakan langkah pertama di syarikat ini..Oleh kerana beliau adalah satu-satunya 'bunga' yang masih baru berkembang, maka ramailah kumbang-kumbang tua yang cuba sengatan masing-masing yang dah tumpul itu....Blalang pula hanya tersenyum sinis!!
~Angkut jela bunga itu kumbang tua oi!!~
Hmm....dengan jawatan yang sama level dengan W...siapa akan tahu apakah yang akan berlaku seterusnya!!
~Alang Blalang~
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
diriku umpama belalang yg terselindung di sebalik lalang...tiada yg perasan..tiada yg memandang...kehadiranku hanya sebagai pemerhati klik untuk profil